Maaf sebab derh4ka dengan mak hari ni, perkara pertama aku buat, buang cincin pertunangan di jari terus campak kat mak

Aku keluar ikut pintu depan dan senyap – senyap pergi ke pintu belakang, saje nak spy apa yang sed4ra – sed4ra pu4ka tu dok sembang. Kecik hati aku dengar diorang sembang pasal aku. Umur dah 24. Muka tak terurus. Kulit gelap. Per4ngai macam jantan. Entah anak siapa entah sebab lain daripada adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la..

#Foto sekadar hiasan. Nampaknya ramai orang mengeIuh kena jadi h4mba abdi buat kerja rumah yang sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang suruhan lelaki dalam rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saud4ra yang datang menyemak kat rumah aku ni.

Jadi bagi aku, kalau waktu raya adalah tempoh yang meny4kitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Aku merupakan anak ketiga, jadi kakak dan abang aku memang mak aku sayang giIa la sebab diorang penyumbang kewangan utama family.

Adik – adik aku plak tersangat manja, memang family aku layan diorang macam anak raja. Aku? aku ni h4mba je. Dah berkali – kali aku plan nak lari rumah tapi sejak bapak aku s4kit, aku nekad untuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yang menanggung sengs4ra dari segi em0si dan fizikal.

Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah fikir kudrat aku tu sepadan ke tak dengan beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana – mana, jadi mak ayah tak perlu risau pasal apa yang diorang buat dekat luar.

Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak ada dekat rumah. Sekurang – kurangnya sinki tak penuh dengan pinggan kotor, toilet tak tersumbat dengan puntung rok0k, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak habis dan aku pun tak penat sangat.

Mak aku ni seorang caterer tapi dia tak nak upah pekerja sebab dulu dia pernah kerugian sebab staf dia bawak lari semua duit dia. Jadi, aku dengan mak yang usahakan semua tempahan tanpa bantuan daripada orang lain. Kenapa aku kata terp4ksa?

Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak atau tak bersyukur sebab Tuhan masih nak bagi peluang untuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Habis aku ni bukan anak dia ke?

Aku paham kalau dia simpan duit tu untuk modal. Tapi aku jugak perIukan duit untuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku sekurang – kurangnya kena ada walaupun sikit.

Nak harapkan family memang tak lah, keluarga aku didik aku dengan kasar sejak kecik lagi. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa – apa. Aku tak boleh menangis depan diorang walau apa pun jadi. Jadi sejak kecik aku tak pernah merasa apa – apa yang  dibeli dengan duit family.

Yuran belajar je separuhnya ditanggung oleh kakak aku. Yang lain semua aku tanggung sendiri dengan buat kerja part time. Selain tu, adik beradik lelaki aku juga memang tak ade kesed4ran langsung nak tolong mak aku, tolong jadi driver beli barang kat pasar ke apa.

Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh – puluh kilogram. Beras plak kena beli dengan kilang, dalam sehari aku memang dua tiga kali pusing satu daerah dengan mak naik motor pergi beli semua tu. Walaupun nak bawak bapak pergi hospitaI pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku.

Kalau ada duit lebih baru aku upah kereta luar. Diorang si lelaki buat apa? Membuta kat bilik sampai ke petang. Bangun je tak lain tak bukan meIahap macam s3tan. Aku tak ade lesen kereta. Dulu masa aku nak buat, mak kata tak payah sebab duit tu dia nak bagi kat adik – adik buat lesen kereta.

Pastu mak bagi plak sebuah kereta untuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik – adik sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak fikir yang kalau adik – adik tak ade, nak harapkan siapa bawak kereta tu semua?

Tak ade siapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai – pandailah nak hidup. Hari tu selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula – mula mak keras hati p4ksa jugak aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung.

Aku bangun seawal pukuI 5 pagi masak bahan basic untuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yang s4kit tu. Dalam pukuI 7 pagi aku kena siapkan anak – anak Abang aku ke sekolah, masak br3akfast untuk diorang, hantar diorang ke sekolah.

Dalam pukuI 8 aku bawak mak pergi pasar beli barang, dalam pukuI 10 pagi bawak bapak pergi hospitaI plak selesaikan hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tolong mak masak untuk bisnes dia plak.

Petang ke hulu ke hilir pegi ambil anak – anak sed4ra kat sekolah, COD tempahan makanan kat rumah customer. Kalau hari biasa je aku rasa penat giIa. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunvh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena siapkan.

So lepas hantar barang, aku balik masak untuk family berbuka plak. Lepas dah makan, semua tinggal macam tu je dalam sinki. Kadang – kadang budak – budak munt4hkan makanan bawah meja, tak pun sorok makanan kat bawah meja.

Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yang dipersalahkan pastu, aku jugaklah yang kena cari lubang sarang and taruk r4cun. Bila aku bising kat mak suh nasihatkan adik – adik tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja.

Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak dengan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat – berat nanti bila kahwin sama jugak buat untuk suami. Jadi aku kena berterima kasih dekat diorang sebab aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sebab diorang.

Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi m4mpus. Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri s4kit sendiri merangkak pergi hospitaI. Berkali – kali doktor pesan jangan buat kerja berat tapi semua tu family tak paham.

Ok takpe, aku buat jugak. Aku try mintak dengan mak nak duit buat beli suppIemen tambahan macam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik – adik mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur RM200 seorang.

Mak aku siap kata lagi kat aku, kau punya tak payah beli baju raya takpe kan sbb duit dah banyak habis kat adik – adik. Aku menangis kat dalam bilik sebab kecik hati dengan mak. Tak sangka penampilan adik – adik lagi penting daripada kesihatan aku.

Baju raya takde takpa, sekurang – kurangnya cakaplah elok – elok. Takpelah aku kumpul duit sikit – sikit hasil cod hari tu dapat jugak duit tips daripada customer. Duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni, kot la ada kec3masan ke apa kan

Then kat sinilah bermulanya kisah pertengk4ran antara aku dan mak waktu raya. Entah dari mana datangnya tiga orang saud4ra yang aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku macam rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tapi masa orang duk masak ke tengah kemas rumah ke dia seIamba je duk tergoIek depan tv layan cerita.

Aur4t kat dalam rumah tak payah cakap la. Baju asyik nak Iondeh je. Suruh solat pun macam nak kena cungkiI dari katil. Pemalas nak mamp0s. Masa makan je berdesup ke dapur makan sampai perut buncit. Lepas makan tinggal macam tu je dalam sinki tak berbasuh.

Anak dia dok mer4ung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yang kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tapi astaghfirullahal’azim pemalas nak mamp0s. Sebelum tu satu family letih layan tetamu datang beraya.

Aku plak makan kat luar sorang – sorang takde mood nak makan dengan diorang semua. Bila balik je aku beng4ng giIa la kucing – kucing takde siapa bagi makan. Masa aku kat dapur tengah bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dah tak tahan terus m4ki dia.

Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas, tidur je keja. Vavi je per4ngai camtu. Pakai purdah kepala hOtak per4ngai cam siaI. Dia terus keluar mengadu kat mak bapak aku.

Mak aku marah giIa dengan aku. Dari ri4k muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan per4ngai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sed4ra yang dia paling sayang. Sebab cantik, pakai sopan, lembut tapi per4ngai macam ibIis.

Aku yang depan – depan macam ibIis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga ibIis mak dengan bapak ni tak jadi hip0krit macam perempuan tu. Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biad4p camtu.

Aku terus terang cakap “kalau camtu bagiIah duit, nak balik Gombak. Kerja kat sana sampai sem depan start. Kalau per4ngai mak macam ni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dah dapat kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri.

Mak hiduplah dengan family mak yang memb0sankan ni”. Mak bIah camtu je. mesti dia tak nak. Nanti sape nak tolong dia kan. Seorang lagi saud4ra aku tu. Dia ni buat jugak kerja rumah tapi kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku.

Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dalam bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sebab semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sebab dia letak kat luar.

Dapur bersepah dengan sisa makanan yang basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja s3tan. Mak marah – marah aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yang diorang buat kat dapur sebab aku jaga bapak aku.

Pastu waktu subuh aku join diorang masak. Mak aku okay sket la dengan aku, pastu mak suruh aku tolong dia siram bunga. Aku keluar ikut pintu depan dan senyap – senyap pergi ke pintu belakang saje nak spy apa yang sed4ra – sed4ra pu4ka tu dok sembang.

Kecik hati aku dengar diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Per4ngai macam jantan. Tah anak siapa entah sebab lain daripada adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.” Tiba – tiba aku meluru ke pintu belakang dengan air mata.

Aku tanya apa yang diorang tak puas hati dengan aku? Diorang tunjuk ri4k muka ceIaka kat aku. Aku dah tak sanggup nak pend4m. Aku katalah, “ye aku hitam sebab aku berpanas hujan kat luar tolong mak cari rezeki. Anak – anak d4ra lain cantik gebu makan suppIemen pakai set kecantikan mahal – mahal.  Aku ni satu apa pun tak ade. Diri aku Selekeh sebab aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dalam poket, aku takkan jadi macam ni.”

Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal dengan diorang. Mak tuduh aku macam – macam. Sketsa apa la ni. Aku try nak sabar tapi tak mampu. Perkara pertama yang aku buat, aku buang cincin di jari terus camp4k kat mak.

Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dengan anak kawan dia tahun lepas. Entah siapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nak mengenali dia. Dia pun sama. Meny4kitkan hati jugak jadi tunang orang ni.

Aku cakap kat mak, “nah amik balik. Hari ni jugak saya putvskan pertunangan ni. Jangan nak guna kuasa vet0 wali ye. Lelaki tu tak sekufu dengan saya. Elok – elok mak buat saya macam kain buruk. Mak nak pass saya kat orang yang saya tak kenal.

Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dapat anak hitam tak terurus macam ni. Sebab anak mak yang cantik handsome semua mak simpan kat dalam rumah. Takut kena cahaya matahari sangatkan. Salah saya apa mak?

Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak tak nak. Mak simpan saya kat rumah jadi apa!!! Jadi kuIi je kan? Maaf sebab saya derh4ka dengan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yang maksum di dunia kecuali nabi. Mak layan saya macam samp4h nanti mak jawablah dengan Tuhan sendiri.

Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak – anak lain macam raja. Saya diam sebab saya tak nak derh4ka dengan mak. Mak tahu saya kena buat pembedahan tapi mak lagi sanggup utamakan adik – adik daripada saya.

Sekarang ni orang luar lagi tinggi darjat daripada saya. Kalau camtu saya ber4mbus dari hidup mak la senang kan? Saya lagi reIa mamp0s kat ceIah hutan sana daripada tanggung s4kit hati sebab mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kat rumah ni dengan biawak hidup ni semua.”

Aku tengok mak tunduk je menangis. Sed4ra aku sume tergamam sebab tak sangka jadi camni. Aku bIah masuk bilik ambik sweater, helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kat depan bapak aku civm tangan dia. Aku tak nak jadi macam ni pun tapi aku bukan h4mba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan.

Aku layak dapat kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Waktu raya kena layan drama ceIaka macam ni. Dia gengg4m tangan aku tak nak aku pergi. Tapi aku bIah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk – sibuk call and whatsapp aku suruh balik. Aku dah tawar hati.

Aku nak balik kemas barang aku dan bIah balik gombak. Eg0 mak tinggi sangat. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah. Lantaklah korang pikir aku anak derh4ka ke apa. Takde siapa kat tempat aku Dari dulu sampai ke hari ni.

Aku ni manusia yang membesar dalam tekanan. Aku tak ade kawan, tak pernah lagiIah orang peIuk aku and kata ” Jangan risau, semuanya akan ok” atau “Tak apa, aka ada untuk kau”. Kelakarkan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kat UIA dan aku akan pergi dari sini tapi jangan risau mak, tangggungjawab anak tetap wajib ditunaikan.

I love you so much dan sebab saya terp4ksa bersikap derh4ka. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak tunjuk macam manakan? Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, daripada anak mak yang paling tak sempurna. – shuya

Komen Warganet :

Sheril Mashuri : Terkedu. Kadang – kadang rasa macam tu juga. Anak kedua ketiga ni memang selalu kena bertabah agaknya. Shuya, carilah bahagia untuk diri sendiri. Awak dah k0rbankn kebahagiaan tu untuk family. Now its your time. Manusia ni jenis bila dah tak ade depan mata baru nak hargai. Masa ade dilayan macam sampah tak pun buat tak tahu jee. Bertabah selalu sis. Like you always did.

Rasanah Remli : Adik tak payah balik lagi buat masa terdekat ni. Maaf cakap mak jenis apa macam tu sanggup biarkan kesihatan anak terabai. Mungkin masa adik sound mak tu nampak macam derh4ka tapi ada masanya kita kena luahkan perasaan kita.

Tertanya – tanya adik dalam famili tu sebagai anak ke maid? Cara layanan tak ubah macam maid. Maaf cakap. Kenapa masih ada parent yang berbahagi kasih sayang macam ni? Semua anak adalah sama. Tak ada istilah anak emas dalam famili. Semoga adik kuat meghadapi dugaan ni. Berdoalah semoga mak adik dibukakan dan dilembutkan hati. Semoga adik temui kebahagiaan sebenar.

Kamariah Rahman : Bersabarlah adikku, cerita kita lebih kurang sikit je. Akak dulu cepat – cepat cari jod0h kemudian kahwin, duduk jauh. Lepas tu pandai pulak mak akak kecik hati sebab akak jarang – jarang balik kampung.

Tapi lepas kahwin ni, keluarga akak lebih hormatkan akak. Termasuklah abang, adik, akak yang dulu kalau cakap dengan akak kurang ajar je. Doa senj4ta terbaik orang mukmin, sebusuk – busuknya mereka, keluarga kita juga. Akak dah maafkan semua tapi masalah berumahtangga pon bukan tak ade. Jadi ingat, hidup ini adalah satu ujian.

Hana Adzumi : Aku ada kawan mcm kau ni mak dia buat dia sebijik macam kau, adik beradik lain dilayan macam raja tapi dia di buat macam sedangkan dia paling banyak berjasa. Takpelah aku rasa baik kau bawak diri kawan. Orang macam kau ni perIukan kawan lebih dari keluarga. Aku doakan kau jumpa kawan yang memahami kau yang boleh teman kau saat susah dan senang.

Nazibah Fauzi : Lepas baca banyak kisah pasal mak ayah yang bermacam – macam per4ngai, saya terfikir satu benda, adakah salah satu punca mak ayah diletak dekat rumah orang tua – tua tu disebabkan salah anak atau salah diri sendiri (mak ayah) tu.

Saya rasa pakcik makcik sekarang pun dah hebat, tahu fb, twitter, whatsapp, wechat. Jadi ambil ikhtibar dari kisah – kisah macam ni. Anak – anak tak la kej4m sangat, tapi disebabkan waktu kecil dia ada sejarah pend3ritaan fizikaI dan em0si yang tak dapat dikawal lagi, dia akan menjadi satu dend4m.

Bila dend4m, sebab waktu kecil dia tak dapat kasih sayang yang selayaknya dia dapat. Jadi makcik pakcik yang dah tua, cuba muhasabah diri balik kenapa ada anak – anak yang tak nak balik kampung langsung, yang seolah – olah jauh hati, yang jarang – jarang nak call.

Mungkin waktu anak – anak ni kecil, diorang tak dapat layanan yang baik, dibeza – bezakan dengan adik beradik yang lain. Sebab tu kasih sayang kena adil. Susahkan nak cakap adil sebab benda subjektif, tapi benda tu common sense kan.

Kalau nak jadi mak ayah pun kena ada ilmu, kena tahu nak didik anak – anak dengan kasih sayang tapi tegas, jangan suka – suka biasakan diri nak m4ki hamun anak, sebab nanti bila dah tak ada kudrat, tak ada upaya, anak – anak la yang akan jaga.

Tapi kalau dah banyak sangat s4kitkan hati anak, agaknya macam mana layanan diorang. Orang yang ced3ra fizikal boleh diubat, tapi kalau ced3ra em0si dan mentaI dia, susah sangat nk ubat, tapi boleh. Dengan syarat, buang Eg0 tu.

Minta maaf dengan anak, perbaiki semua kelemahan. Untuk adik, amalkan baca surah al-insyirah setiap kali rasa kecewa, sedih. InshaAllah doa bersungguh – sungguh supaya adik boleh hadapi semua ni dengan tenang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.