Dia selalu puji isteri dia baik, cantik dan banyak tolong dia. Aku bersetuju untuk jadi isteri kedua dia tapi semestinya aku tak nak mak aku tahu. Aku bagitahu ayah, ayah langsung tak marah. Tapi aku perasan ayah buat sesuatu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum nama aku Bunga. Aku nak cerita kisah aku di zaman university aku, tiga tahun lalu. Aku cerita one by one my background family. Aku anak ke-4 dari 6 adik beradik. Kami semua perempuan.
Dalam ramai adik beradik, aku selalu dapat perhatian dari sed4ra mara sebab muka aku agak cantik dari adik beradik aku. To be honest aku tak suka benda tu sebab aku seorang introvert dan tidak suka dipuji. Sejak dari sekolah dulu selalu dipuji oleh cikgu – cikgu dan kawan – kawan. Aku rasa goodlooking ni satu ujian buat diri aku.
Mak ayah aku keduanya bekerjaya. Mak aku doktor dan ayah aku Engineer oil and gas di borneo sana. Basically family aku semua bekerjaya. Aku ikut jejak ayah, seorang engineer di ibu kota. Mak ayah aku seorang yang tegas dalam hal pelajaran dan juga dalam pemilihan kawan.
Especially my mom. Dia sangatlah protective kawal kami 6 beradik berkawan dengan siapa – siapa. Bukan strict parents tapi more to ‘no secret with them.’ Aku pendekkan cerita, aku tak pernah couple sejak dari sekolah sampailah alam university.
Ketika sambung belajar degree di sebuah university awam di semenanjung, aku jatuh cinta dengan seorang lecturer ni. Dia tak pernah mengajar aku tapi aku kenal dia melalui kawan aku. Dia mengajar kawan aku dan aku pernah tiga kali teman kawan aku consult dengan dia sebab dia garang dan tegas.
Kawan aku selalu jumpa untuk consult sebab dia slow dalam subject lecturer tu. Setiap kali teman dia, aku akan tunggu di luar bilik lecturer di meja berdekatan bilik dia. Awalnya aku tak notice lecturer tu tapi aku perasan bila setiap kali selisih di faculty dia selalu tengok dan tegur aku.
Awal tu aku awkw4rd sebab aku jenis tak bercakap dengan orang sangat. Pendekkan cerita, satu hari itu kawan aku minta tolong aku hantarkan assignment dia di bilik lecturer tu sebab kawan aku cuti dua minggu balik kampung mak dia s4kit.
Jadi, aku pergi hantar ke bilik dia dan dia pelawa aku masuk berbual. Aku nak tolak tapi dia macam pelawa suruh masuk sebab katanya nak kenal-kenal dan nak bertanyakan aku tentang kawan aku. Kawan aku dia ada masalah dalam belajar sebab dia ada masalah family.
Sejak dari kejadian tu, lecturer itu meluahkan hasrat pada aku yang dia suka atau lebih tepat jatuh cinta dengan aku dan dia cakap selalu perhatikan aku berjalan sorang – sorang di faculty. Aku semestinya terk3jut sebab itulah pertama kali lelaki yang menyatakan hasrat suka pada aku.
Aku senyap dan kaku then lecturer tu tukar topic belajar. Lama lepas tu dia cerita la dia selalu perhatikan aku dan aku tanya dia macam mana tahu nama aku. Dia cakap lecturer yang mengajar aku tu bestfriend dia dan si lecturer yang suka aku tu pernah usya aku tanya pada kawan dia.
Dia minta no aku tapi aku tak bagi. Alasan sebab private life dan memang aku jenis tak reply chat orang sangat. Lama lepas tu aku tak jumpa dia sebab aku tahu dia tu suami orang. Dia juga berusia pertengahan 40-an.
Danggg!!! suatu hari masuk notification whatsapp dari number yang aku tak kenal dan tak save. Dia bagi salam perkenalkan diri kemudian baru aku teringat rupanya lecturer tu! Aku terk3jut juga lah tapi sampai tahap itu ya berani dia nak approach aku.
Entah kenapa aku b0doh pergi layan whatsapp dia. Aku layan je sepanjang hari dia tanya aku tentang belajar, tentang family. Lama juga sesi berkenalan tu dalam sebulan macamtu. Aku akui yang aku sudah jatuh cinta pada dia selepas beberapa bulan chatting di whatsapp.
Dia menyatakan hasrat ingin jadikan aku isteri kedua dia. Dan aku straight forw4rd cakap, mak ayah aku memang tidak akan benarkan. Entah kenapa aku suka dia rasa macam ujian atau memang pilihan pun tak tahu. Dia pandai sangat comfort. Sangat – sangat caring. Tak pelik kenapa orang cakap suami orang ni bah4ya.
Aku kalau lelaki mengorat aku, biasanya terus aku block dan rasa ann0yed. Entah kenapa dengan dia ni tiba – tiba jatuh cinta. Aku bersetuju untuk jadi isteri kedua dia tapi semestinya aku tak nak mak ayah aku tahu sebab mak aku sangat lah garang.
Dia decide nak cakap pada parents aku. Yes dia call ayah aku dan menyatakan hasrat dia then ayah aku secretly bincang hal ini dengan aku tanpa pengetahuan mak aku. Bincang lama tu aku bersetuju untuk tolak jadi isteri kedua.
Ayah aku tak marah tapi dia comfort aku dan dia buka minda aku pros and cons bila jadi isteri kedua. Aku waktu itu sangatlah budak baru berusia awal 20-an. Bila ingat balik, aku benci diri aku waktu tu. Ayah aku sangat supportive pada ketika aku diuji, dia selalu call aku, bawa aku keluar makan jalan – jalan, selalu comfort aku, selalu bagi kata – kata semangat.
Bila ingat balik macam orang couple ayah aku bagi perhatian, hahaha. Balik pada cerita tadi. Aku fikir aku sayang sangat pada dia tapi bila tengok gambar facebook dia, dia seorang suami yang baik. Selalu post tentang anak dia, isteri dia.
Aku jadi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga dia. Dia selalu puji isteri dia baik, cantik dan banyak tolong dia. Aku tanya kenapa nak kahwin dua, jawapan cliche, “sebab saya tengok awak, saya jatuh cinta,” entah nak percaya ke tak. Untuk pengetahuan korang, isteri dia seorang cikgu.
Jadi aku tarik diri dari hubungan ni, aku cakap aku nak belajar dan mak ayah aku tak restu. Sebelum ni kan, aku selalu dapat dekan setiap kali exam tapi lepas couple dengan lecturer tu, result aku turun. Aku jadi hilang focus asyik angau kat dia.
Banyak juga dia bagi aku barang termasuk lah cincin. Dia beli kan aku cincin dan aku dah pulangkan sebagai tanda aku tolak untuk jadi isteri dia. Dia marah aku katanya aku pentingkan diri. Hakik4tnya dia yang pentingkan diri.
Entah kenapa aku tak boleh tengok muka isteri dia, aku kesian. Tiada sedikit pun rasa benci, jealous dan rasa nak r4mpas suami dia. Aku anggap ni ujian aku ketika usia setahun jagung dulu. Andai dia baca confession ni aku nak cakap nak minta maaf sangat sebab tumpang kasih suami dia tapi benda ni sudah berlalu tiga tahun lepas.
Sekarang pun aku dah kahwin dengan suami, lelaki pilihan keluarga aku. Jujur aku cakap, aku kahwin dengan dia hanya sebab mak ayah aku. Ketika awal perkahwinan kami, sikit pun aku tidak ada rasa cinta pada dia. Aku selalu doa dari dulu lagi aku doa supaya Allah buang perasaan cinta pada lecturer tu dan hadirkan perasaan cinta pada suami aku.
Tapi aku masih jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Suami aku baik sangat. Alhamdulillah sekarang aku sudah mula cinta dan sayang pada dia. Aku akan cuba untuk cinta dan sayang pada dia sepenuhnya. Aku kadang – kadang terfikir kenapa Allah hadirkan perasaan ni mungkin nak uji kita untuk sentiasa ingat dia.
Korang jangan kecam aku ya, aku tahu aku buat silap dan aku sudah bertaubat mohon maaf pada Allah sebab aku tersasar. Andai mak aku tahu mesti dia sedih dan menangis bila tahu anak yang diberi didikan dan agama sejak dari kecil pernah ganggu suami orang.
Kepada girls out there, tak perlu lah bercinta dengan suami orang. Indahnya hanya pada kata – kata. Sampai sini saja luahan hati aku yang terpendam sekian lama. Assalamualaikum. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rizal Rodzuan : Sebenarnya takde isu pun couple dan kahwin dengan lecturer. Macam kes saya la, lecturer yang kahwin student sendiri, cuma saya masa tu single dan beza dengan dia berapa tahun je, lecturer muda kan. Cuma tu la, yang dulu student elok – elok je tanya assignment dekat saya, sekarang dah boleh marah – marah bila saya leka main game sampai lambat buang sampah.
As Hasmah Ismail : You have done the right thing. Terima kasih pada ayah yang bijak menasihati dan kamu patuh. Semuga Allah pelihara rumahtangga kamu dan suami. Juga rumahtangga pensyarah kamu dengan isterinya. Sakeenah mawaddah wa rahmah dunia akhir4t. Aamiin
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.