Aku berg4duh dengan ibu sebab per4ngai malas adik, sampai aku terlepas cakap buat ibu menangis

Status kakak ni memang untuk jadi h4mba adik2. Aku sengaja hemp4s pintu untuk tunjuk baran aku. Ibu marah2 sambil ketuk pintu, bila aku buka je pintu terus aku hambur semua benda. Sehinggalah aku terkeluar cakap ayat yang buat ibu menangis. Ibu menangis sambil pegang d4da..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua. Aku rasa dari tajuk “Anak Derh4ka’ pun dah boleh agak apa isi cerita aku. Ini pertama kali aku hantar cerita aku kat sini. Cerita dia macam ni la, aku tak tahu apa masalah dengan diri sendiri.

Aku ni setiap kali ada sikit je masalah dengan ibu aku, mesti aku jadi macam orang kena r4suk, faham tak?? Aku jadi macam orang giIa, aku jadi pemarah dan baran yang amat sangat padahal orang yang aku tengah marah tu IBU AKU SENDIRI.

Pagi tadi, ibu aku macam biasa suruh aku cuci pinggan apa semua kemas kemas sinki. Aku pulak masa tu tengah mood malas sebab pagi – pagi lagi tapi aku jalan je la kerja tu walaupun ada secebis part tak rela dalam hati tu.

Tengah cuci tu memang banyak giIa pinggan apa semua jadi aku sabunkan je la semua lepas tu aku pun minta adik aku yang ketiga untuk hanya bilas – bilas je memandangkan sinki yang aku letak pinggan mangkuk bersabun tu dah penuh sangat.

Masa tu adik aku ni tengah kusyuk sangat main computer game, ‘f0rtnite’ kalau tak silap. Mula – mula aku minta baik – baik la tolong bilaskan. Oh ya adik aku ni dah form 2 tahun ni. Besar pun dah nak menjangkau aku dah, pastu adik aku ni keras kepala, dia jenis nanti la bila aku suruh tolong apa – apa last – last memang tak buat pun.

Banyak kali sebut aku pun dah sampai naik suara kat adik aku. Masa tu ibu aku depan tv, tengah duduk kat sofa sambil on phone. Bila dah dengar suara aku naik macam tu, ibu aku pun sama la naik suara tapi dekat aku.

Ibu marah – marah aku dari ruang tamu, marah dia marah standard ibu – ibu la masa tu. Sampailah satu tahap tu aku dah nyaris nak jerit m4ki adik aku. Ibu aku pun masa tu dah angin kot sebab bising, ibu aku cakap, “ha tak payah buat!! biar ibu je buat!!”

Pastu tak lama tu ibu terus pergi sinki nak bilas pinggan bersabun. Masa tu aku dah angin giIa dengan adik sampai aku terus switch off plug PC adik aku. Lepas tu aku terus pergi sinki. Waktu tu aku dah memang panas hati dengan adik pastu ibu pulak cakap tak berhenti, “tak payah la buat. Biar ibu je buat.”

Aku dengan baran aku ni, tu terus terkeluar ayat g4duh. “Hah menangkan la adik – adik tu. Dorang buat apa je dalam rumah ni?! Memang dalam rumah ni adik – adik suka buat kakak jadi kuIi bat4k dorang. Kalau macam ni, rela lagi duduk kolej.

Lepas ni memang kakak tak nak balik rumah dah. Balik rumah jiwa bukannya tenang. Adik – adik sendiri mengh4mbakan kakak!” Masa tu memang dah meninggi suara dengan ibu. Ibu pun baIas balik sama panjang macam aku.

Dah berg4duh mulut dengan ibu. Bila dah habis aku siap cuci aku terus blah masuk bilik. Pintu memang aku sengaja hemp4s nak tunjuk baran aku dengan eg0 melangit aku. Tapi tak lama lepas tu ibu datang k3tuk – k3tuk bilik aku dengan pulas – pulas tombol sebab aku kunci. Ibu marah – marah cakap, “kakak bukak pintu ni!!”.

Bila aku buka pintu, masa ni la memang banyak benda teruk sangat – sangat keluar dari mulut aku. Mak aku marah aku, macam – macam la ibu cakap. Kemudian, ibu ada cakap yang aku ni anak dia apa semua tapi kemudian aku terkeluar cakap, yang kalau boleh aku tak nak jadi anak ibu.

Ibu dah macam berair mata, aku terlepas lagi dalam perasaan marah sangat macam kena r4suk tu, aku cakap cari la anak ibu yang lain. Ibu masa tu dah cakap macam, “kakak tu bukan anak ibu ke?!”

Lepas tu ibu dah menangis. ni ibu menangis paling sebak aku pernah tengok selain masa arw4h nenek meninggaI dulu. Ibu cakap, “9 bulan ibu mengandungkan awak, sampai hati kakak cakap macam ni kat ibu. Inilah hari dia.

Ibu dah tak boleh tahan dah perasaan ibu.”  Ibu nangis teruk giIa sampai pegang d4da. Masa ibu start menangis tu, aku dah mula sedar balik tapi aku ni b0doh, eg0 tinggi, baran. Aku dah rasa bersalah sangat masa tu dengan ibu tapi aku tak tunjuk depan ibu.

Aku tayang muka sep0sen aku, muka orang hati hitam. Demi Allah, aku bersalah sangat sebab hal kecil dengan aku yang tak boleh kawal perasaan sendiri, aku buat ibu menangis. Percayalah demi Allah, dari lepas aku bertengkar dengan ibu tadi aku nak sangat minta maaf tapi aku tak boleh.

Aku tak mampu nak berhadapan dengan ibu bapa sendiri bila nak minta maaf. Aku jadi malu sangat. Aku malu dengan diri sendiri, aku ni hip0krit. Depan orang aku tunjuk aku ni ada family bahagia tapi realitinya aku ni anak derh4ka, anak tak kenang budi, anak yang tak pernah senangkan hati mak bapak sendiri.

Kepada pembaca semua, aku tahu aku ni tak layak dapat kemaafan seorang ibu tapi tolonglah bagi nasihat cara untuk aku minta ampun kat ibu aku. Selagi aku tak minta maaf, selagi tu hidup aku tak tenang.

Tadi aku dah dua kali masuk bilik ibu ayah aku masa ibu sorang, aku nak pergi minta maaf tapi dia jadi tak terluah. Jadi, aku buat ambil barang pastu kerIing je kat mak aku tapi tolong la, demi Allah hati aku mer0nta nak minta ampun. – anak derh4ka

Miera Zairul : Assalamualaikum confessor. I had been there, for almost 10 years ago. Tapi semuanya berubah sebab kena duduk jauh. Dapat tawaran belajar kat pantai timur. Masa tu, semua kenangan baik buruk jadi teringat.

Kadang – kadang tu sampai mengalir air mata, kenapa la dulu jahat sangat buat ibu macam tu. Sekurang – kurangnya, awak tak dilabel sebagai anak derh4ka oleh ibu sendiri. Turunkan eg0 awak, perlahan – lahan dekati ibu.

Waktu terbaik mengikut pengalaman saya adalah masa dia tengah baring – baring atau habis doa lepas solat. Kalau tak nak adik – adik nampak, pandai – pandailah cari masa bila yang ibu tu duk sorang – sorang.

Lepas je awak minta maaf, terasa sangat la ringan beban yang ditanggung. Kemudian pasal mintak tolong adik tu kan, buat je mula – mula walaupun banyak kerja. Ibu kita boleh nampak betapa kita penat ke dah banyak buat kerja ke.

Lepas tu, dia sendiri akan suruh adik – adik tolong buat. Kesian kat kakak dah buat banyak kerja rumah. Good luck confessor. Make your ibu proud of you.

Khadijah Muhammad : Walaupun dua – dua salah, ibu tetap menang dik. Syurga dan redha kita pada ibu kita. Apa yang adik buat perlu letakkan Allah no1, apa – apa kita buat kerana Allah, bukan sebab ibu, bukan sebab adik – adik.

Sebagai nak atau tak nak, perlulah kita rendahkan eg0 kita, mohon maaf k, umur – umur seperti adik memang mudah panas, keras kepala dan ibu – ibu mmg tak mudah memahami walaupun mereka pernah muda.. huhuhu…. hakik4t.

Sebagai ibu seharusnya, kerja anak – anak dibahagikan sama rata atau pada tempatnya, walaupun kakak ada tanggungjawab, adik – adik juga perlu juga, jangan harapkan seorang anak. Apa guna Allah beri anak ramai tidak digunakan sebaiknya. Saling membantukan merapatkan hubungan, bila lihat anak – anak berg4duh, sangat tak elok.

Humaira Haneef : Semoga hubungan pulih semula dengan ibu ye. Biasalah tu, umur – umur masa ni memang kita rasa semua kita buat betul. Dulu saya pun macam ni, merungut jugak bile mak asyik suruh tolong dia kat dapur.

Kalau tak tolong, kene bebeI tapi bila dah ‘tua’ ni jadi sibuk plak tolong mak kat dapur. Lepas ni jangan la rasa mak berat sebeIah ke ape. Selalu yang mak mintak tolong ni, mak sayang lebih

Sue Aya : Dik, macam ni, awak tebalkan muka, pergi jumpa ibu. Ambik tangan civm dan minta maaf, mengaku je yang awak salah (walaupun awak mungkin bukan Salah 100%). Lepas tu biarlah dulu em0si masing – masing dah OK, baru start bercakap semula.

Hati ibu, lama – lama dia lembut. Awak masih ada perasaan bersalah, maksudnya Awak tak jahat dik. Awak cuma manusia biasa yang adakalanya buat salah. Sama macam semua orang.

Mumu El Qadrawi : 1. Ibubapa tak patut marahkan anak lebih tua depan adik – adik supaya maru4h anak yang besar tak tercaIar depan adik – adik sekaligus menghilangkan sikap hormat adik – adik kepada kakak – kakak atau abang – abang dan menaikkan eg0 anak – anak yang tua.

2. Waktu umur muda ni memang keluar h0rmon eg0, tak nak maru4h tercaIar, kuat meIawan, memb3ntak tu ade je dalam diri tapi janganlah sampai mem4ki hamun ibubapa sendiri. Percayalah suatu hari nanti bila kau dah tua kau akan menyesal.

3. Kalau rasa nak marah elok kau jarakkan diri dari orang yang kau marah cara tu lebih berkesan. Contohnya macam mak kau minta kau basuh pinggan tu dan kau tengah malas atau kau tengah marah. Cuba kau baIas balik dengan nada melawak atau bergurau, “mommy, boleh tak kalau kakak buat kerja tu dalam sejam lagi.”

Mak kau mesti akan bagi kompromi kalau nada kau tu melawak – lawak, memb0dek, atau manja – manja macam ru. Akak berani kerat jari dan dalam masa sejam cuba tenang diri kau tengok youtube banda lawak – lawak dan mandi dan lain – lain (buat benda yang menyenangkan hati). Lepas sejam confirm mood kau akan berubah dan dengan senang hati kau akan buat sendiri benda tu.

4. Anak lelaki atau perempuan kena biasakan diri buat kerja rumah cuba bincang senyap – senyap dengan mak kau.. “Mommy, kakak dah basuh pinggan pagi tadi, kalau ptg ni ade pinggan nak basuh lagi, mommy suruh adik tolong ye.

Nanti kakak akan gilir – gilir buat kerja dengan adik ok mommy..”  Minta kerjasama dengan mak kau untuk bagi arahan. Jadi tak ade la yang rasa tak adil kat situ dan mak kau pon tak ade la tersentuh hati bila kau buat kerja tak ikhlas macam hentak – hentak barang – barang dan sebagainya.

Eh panjang lagi akak nak tulis ni tapi yang penting komunikasi .. Bila tak ada komunikasi mak kau tak akan paham kau penat ke, demam ke, kau rasa dia tak adil ke. Tapi bila memasing dah faham tugas memasing janganlah pulak ade yang curi tuIang dan buat kerja sambil lewa ok. Kena ade sikap bertanggungjawab dalam diri jugak baru kerja jadi ringan dan berjalan. Sekian

Nur Akilah : Aku rasa memang ada fasa anak perempuan terutama kakak – kakak ni rasa macam dia sorg je buat kerja tapi ikhlaskanlah hati. Siapa lagi ibu nak harapkan kalau bukan anak – anak. Jangan berkira dengan ibu pasal kerja – kerja rumah ni.

Kesian ibu dah tua, nak rehat jugak sebab  ibu awak tahu awak je la yang boleh diharapkan sebab tu dia minta tolong awak. Kalau dah cakap m4ki ibu, tak ke sedih giIa ibu tu? Pergi minta maaf peIuk sana. Jangan nanti, anak – anak pulak buat camtu kat kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.