Ayah anggap anak perempuan beban dan lebihkan anak lelaki, siap tukar nama rumah atas nama abang long

Pada pandangan ayah, anak lelaki perlu dibeIai dan dijaga elok sebab nanti bila dia dah tua anak lelaki yang akan jaga dia. Ayah tukar nama rumah untuk abang long. Abang long aku siap cakap, siapa yang kurang ajar dengan dia, dia halau jek daripada rumah tuh. Tapi bila mak ayah dah tua ini baIasan abang long.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin jika siarkan confession aku ni. Niat di hati cuma mahu coretkan kisah hidup aku sebagai anak bongsu di dalam keluarga yang besar. Sikit pun tak terniat nak buka a1b keluarga.

Aku cuma mahu luahkan apa yang tersimpan dalam hati. Semoga kalian sudi baca luahan ini dan berikan aku kata – kata semangat. Aku Rina, merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik. Ayah merupakan pesara kerajaan dan ibu aku pula merupakan suri rumah.

Kehidupan kami normal seperti keluarga lain sehinggalah pada umur aku 10 tahun, ayah telah mengalami str0k dan tidak mampu berjalan. Setelah ayah s4kit, ayah terus berhenti kerja dan menerima pencen bulanan. Ibu mengambil alih untuk menguruskan perbelanjaan kami sekeluarga dengan menggunakan duit pencen ayah tersebut.

Bila ayah mula s4kit, ayah cuma berehat di rumah sahaja. Aku ingat lagi, aku sedih sangat bila aku dapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tapi tiada seorang pun ahli keluarga aku datang untuk meraikan kejayaan aku. Sebab apa? Sebab ayah s4kit kan tak mampu drive nak bawak mak tengok aku.

Akak, abang aku pun dah duduk jauh sebab sambung belajar dan bekerja. Aku pergi daftar sekolah sendiri, kalau motor rosak aku bawak pergi bengkel sendiri sampai lah dekat universiti pun mak ayah tak pernah datang melawat aku.

Sebab atas faktor kesihatan ayah dan mak yang dah tua. Mak dan Ayah aku agak berfikiran jumud akan perihal keutamaan anak lelaki berbanding anak perempuan. Pandangan ayah, anak lelaki yang perlu dibeIai dan dijaga elok sebab nanti bila dia dah tua anak lelaki lah kononnya yang akan jaga dia.

Ayah selalu cakap anak perempuan ni tak perlu belajar tinggi nanti duduk dapur jugak. Ayah pun selalu cakap anak perempuan dia jaga penat – penat esok lusa kena ikut suami jugak bila dah kawin. Seolah – olah rase terbeban jaga anak perempuan.

Aku pun tak faham kenapa ayah ada pemikiran macam tuh. Walaupun aku bongsu, aku nampak dengan jelas cara layanan ayah dan emak tehadap akak dan abang aku. Memang double standard. Ayah akan tolong anak lelaki dengan sungguh – sungguh contohnya belikan motor, bagi duit deposit kereta baru dan sebagainya. Anak perempuan? pandai – pandailah sendiri nak hidup.

Aku perempuan, aku pun terkena tempias cara layanan ayah terhadap aku. Kemuncaknya bila ayah buat rumah baru kami menggunakan duit pencennya. Rumah tersebut dibina atas tanah nama ayah. Setelah rumah baru siap dibina, ayah terus tukarkan nama tanah tersebut kepada nama abang long aku.

Ayahkan sayang anak lelaki diakan, jadi dia bagi rumah dan tanah tuh terus dekat abang aku. Bila dapat rumah jek, abang aku terus rancang nak kahwin dengan kekasih hati dia walaupun dia sendiri tak ada kerja tetap.

Abang aku ajak isteri dia terus duduk bersama kami sekeluarga (Masa tuh yang bujang jek duduk rumah ayah ni, aku dan dua orang kakak aku). Kakak – kakak aku pun jarang balik sebab belajar jauh. Abang aku punyalah berIagak macam rumah tuh dibuat guna duit dia padahal rumah tuh dibina hasil duit pencen ayah.

Aku yang bujang ni bila dah duduk dekat atas tanah nama abang aku rasa kerdil sangat. Rasa menumpang pun ada. Sebab layanan mak dan ayah aku yang lebihkan anak lelaki diakan. Abang long m4kin lama m4kin meIampau.

Mungkin sebab mak ayah terIampau manjakan dia sangat. Abang long mula malas bekerja dengan orang dan buat keputvsan untuk bekerja sendiri. Bekerja sendirikan perlu modal. Modal daripada mana nak dapat?

Abang Long aku gunakan duit pencen ayah aku. Dia pegang kad atm duit pencen ayah aku. Mak ayah tak bantah apa – apa pun. Aku? Aku yang bongsu ni macam peng3mis bila nak mintak duit belanja. Rasa takut sangat kalau nak mintak duit belanja sebab takut susahkan orang.

Abang long aku yang dah tua tuh pulak berseronok guna duit ayah aku yang sepatutnya perlu diberikan dekat aku sebab masa tuh aku cuma 14 tahun, hurmm. Aku dapat tahu Abang long aku guna duit pencen ayah untuk buat kerja dia, dia bayar gaji pekerja dia pun guna duit pencen ayah.

Abang long aku ni konon – konon nak jadi bos terus tak nak jadi kuIi kerja dari bawah. Dia pernah perIi aku ni macam kuIi kerja kilang jek. Aku pernah kerja kilang kuih raya lepas SPM, aku tahu aku kene carik duit sendirikan sebab aku nak masuk asasi masa tuh.

Aku balik daripada kilang mesti comot – comot dengan tepung dan coklat melekat dekat baju hehe tapi seronok. Boleh bayangkan tak, aku yang bongsu ni kene kerja daripada pagi sampai malam sebab nak carik duit sendiri, yang abang aku umur dah 30-an boleh relax je mintak duit dekat mak ayah aku. Depan mata aku, mak bagi duit dekat abang aku untuk dia isi minyak motor.

Duit makan dan sebagainya. Kalau aku mintak duit dekat emak, mesti kene soal macam polis. Kalau mintak RM1 pun kene tanya macam – macam. Dahlah kene marah, belum tentu pulak tuh dapat duit yang dimintak. Sedih betul bila ingat balik hidup aku dulu. Kalau mintak duit dekat mak, mak akan cakap dia tak ada duit. Dia nak pakai banyak duit.

Dalam masa yang sama, mak tak kisah pun bagi duit dekat abang long aku. Tak pun, tup – tup mak beli sofa baru, mak beli langsir baru, beli meja makan baru dan lain – lain. Ntah lah, mungkin bagi dia aku ni tak perIukan duit kot untuk hidup.

Daripada kecik, apa yang aku nak semua aku kumpul duit sendiri dan beli sendiri. Aku cemburu tengok kawan – kawan aku yang lain, mak ayah dorang selalu belikan dorang baju baru.

Pernah dekat asasi dulu aku tak ada duit nak makan, aku ambil jek lauk dekat cafe aku duduk jauh – jauh daripada semua orang. Lepas makan aku bIah macam tuh jek sebab tak ada duit nak bayar. Teruk kan aku. Ntah lah, aku dah lapar sangat, dah dua hari tak makan nasi masa tuh. Kalau nak pinjam duit kawan, aku malu. Jadi itu jek pilihan yang ada.

Bila dah sampai bilik lepas makan tuh, aku tengok fb, abang long aku baru check in makan sedap – sedap dengan wife dia. Yerlah, duit pencen ayah baru masuk. Kecur aja bongsu ni tengok dari jauh. Mungkin korang persoalkan kenapa aku diam jek tak meIawan dekat abang long aku? Sebab rumah yang aku dan kakak lain duduk tuh kan dah nama abang long aku.

Abang long aku siap cakap, siapa yang kurang ajar dengan dia, dia halau jek daripada rumah tuh. Ayat yang abang long cakap ni daripada masa aku kecik lagi, masa sekolah menengah sampai lah aku belajar dekat Universiti. Apa jek yang mampu aku buat?

Aku pikir kalau aku kene halau nak duduk mana nanti. Mana ada duit nak duduk sendiri. Lagipun macam mana nak jumpa mak ayah kan kalau dah tak duduk satu rumah lagi. Aku cuma patuh jek dan menikus dalam rumah tuh. Lagipun mak ayah selalu pertah4nkan abang long kan.

Aku macam tak berhak nak bersuara dalam rumah tuh. Dend4m? Bohonglah aku tak berdend4m dengan abang long. Dulu masa kecik – kecik aku selalu doa dekat tuhan siapa yang ambil hak aku berikanlah dia balasan yang setimpaI. Abang long aku sekarang dah nak masuk 40-an.

Tak ada kerja tetap, pekerja dia lari, kereta dan motor yang ayah belikan pun dia tak mampu nak maintain. Kereta dan motor dah rosak tersadai dekat tepi rumah. Masa ini, adik – adik yang dia buIi dulu dah besar, akak – akak aku pun dah berjaya. Dua orang akak aku dah berjaya kerja kerajaan. Lagi seorang tengah habiskan belajar di peringkat tertinggi.

InshaaAllah dia jadi Dr nanti. Abang aku lagi dua orang memang tak sambung belajar dan terus kahwin. Lepas kahwin terus jarang ambil tahu perihal keluarga. Mereka cuma contact keluarga untuk hal – hal yang penting jek. Bila abang long aku nampak adik beradik dia yang lain dah berjaya mampu beli rumah dan kereta.

Dia mula s4kit hati, dia siap ceramahkan kami perihal tanggungjawab anak – anak kepada ibu bapa. Dia siap nak halau mak ayah aku daripada rumah yang dibina hasil duit pencen ayah aku sendiri konon – konon supaya biar anak – anak yang lain jaga mak ayah.

Padahal dia duduk rumah mak ayah pun tak jaga mak ayah, keluar pagi buta balik tengah malam tak tahu buat apa. Yang pasti habiskan duit pencen ayah. Mak ayah mintak tolong belikan gas ke belikan barang dapur pun abang long aku meng4muk.

Kalau mak dan ayah ada appointment dekat kIinik pun dia tak nak hantar. Aku sanggup kot ambik cuti drive daripada KL balik kampung hantar mak ayah aku pergi kIinik. Kalau mak aku nak tanam pokok dekat tanah rumah tuh pon abang aku meng4muk, abang aku pergi r4cun atau tebang balik pokok yang mak aku tanam sebab dia kata nanti rumah dia semak.

Abang long aku betul – betul buat macam tuh rumah dia sendiri langsung tak fikir perasaan mak ayah aku. Sekarang ni mak ayah duduk dengan akak aku. Aku tengok mak dan ayah banyak diam bila dah m4kin tua ni. Mungkin mereka dah sedar kot layanan mereka salah terhadap anak perempuan mereka dulu.

Kami adik beradik yang lain tak melatah pun kena jaga mak ayah. Kami mampu jaga mak ayah dengan baik. Anak perempuan yang ayah aku perIekehkan dulu lah yang mandikan dia sekarang ni, yang hantar dia ke kIinik.

Aku dengan akak – akak aku yang lain tak putvs kirim duit bulan – bulan untuk mak ayah. Tiap hujung minggu, aku akan datang rumah akak aku untuk bawak mak ayah keluar makan atau pun jalan – jalan ambil angin. Bukan nak ri4k, tapi itu lah kenyataannya, anak yang disanjung pun tak nak jaga mak ayah bila mak ayah dah tua. Walaupun mak ayah aku tak pentingkan pelajaran terhadap anak – anak perempuan.

Aku bersyukur bila ada kakak – kakak yang sentiasa tolong aku dan kuatkan semangat aku untuk sambung belajar. Aku habis degree pada umur 23 tahun. Lepas setahun aku kerja biasa – biasa baru ada rezeki aku kerja kos zaman degree aku dulu. Siang aku kerja, malam dan hari hujung minggu pulak aku berniaga online. Alhamdulillah hutang Mara aku dah selesai.

Duit makan yang aku tak bayar dekat cafe asasi aku pun aku dah bayar, hehe. Aku tengah kumpul duit deposit untuk beli rumah. Korang doakan aku ya, aku nak beli rumah yang ada tanah. Biar aku dapat jaga mak ayah aku. Lepas ni, mak nak tanam pokok banyak – banyak pun tak apa sebab dekat rumah aku. Terima kasih semua kerana sudi baca. – Rina

Komen Warganet :

Masyitah Masaahd Iktibar. Rumah tu jangan di tukar nama anak – anak selagi mak ayah masih hidup. Ni salah satu kesannya. Hibahkan rumah tu bila mak ayah meninggaI baru boleh dapat. Nak buat hibah bersyarat pun boleh. Maknanya abang long kena jaga mak ayah kalau nak rumah. Apa pun nasi dah jadi bubur. Just jaga hubungan kekeluargaan. Moga Allah mudahkan urusan.

Apih Fauzi : Biasanya macam tu la, ahli family susah bukan reti nak tolong, diorang lupa yang suatu hari nanti, yang susah ni akan senang, yang kecik akan besar dan berkerjaya, yang kaya akan miskin, dia fikir dia akan senang sampai bila – bila.

Nadia Rashid : Maaf, tapi i can’t resist untuk cakap “Padan muka mak ayah confessor”. Mujur anak – anak perempuan tak berdend4m dan tak tuntut balik semua nafkah yang diabaikan sehingga confessor terp4ksa berlapar 2 hari dan makan nasik tak bayar. Itu semua tanggungjawab ibu bapa yang dah diabaikan akibat melebihkan kehendak anak yang lain. Mujur anak – anak perempuan yang diperIekehkan tu ambil dan jaga ibu bapa mereka.

Kalau saya jadi confessor, nak je saya pulangkan paku buah keras kat ayah dan mak, “Mana anak lelaki yang dulu mak ayah cakap nak jaga mak ayah tu? Mana? Mana?” Oh lupa, apa pun d0sa ibu bapa kat anak – anak, ibu bapa tetap suci, anak sahaja yang derh4ka. Muhasabahlah. Sebagai ibubapa, membesarkan anak – anak tu amanah dan melunaskan hak anak, bukan kerana inginkan baIasan pada masa kita tua nanti.

EyNa EyNa : Hurmmm.. ni la silap ibu bapa dalam mendidik anak – anak. Selalu sangat lebihkan anak lelaki dari perempuan. Benda tu bakal buat dia membesar jadi anak lelaki yang tak berguna dan tak bertanggungjawab. Tolong la jangan beza – bezakan anak.. Semua dar4h daging kita kan. Layan la sama rata tanpa kira jantina..

Utin Mardiana : Nak diIimpahi rezeki, berbuat baiklah pada ibubapa dan adik beradik. Saya ada abang long yang baik pada mak saya, tiap bulan kirim duit kat mak. SebeIah suami pun sama, suami ada abang long yang sangat baik pada mak dan adik beradik. Kalau kami dan adik beradik dalam kesusahan mesti dia cepat – cepat bantu dalam senyap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.