Perniagaan jatuh, isteri mula berubah. Setiap hari aku dimaki, dia h1na aku sebab tak mampu. Sehinggalah isteri kena tangkap basah oleh jiran, dekat rumah aku sendiri

Mereka berdua kena TANGKAP BASAH dalam rumah aku oleh orang – orang taman. Aku segera balik dan serta – merta aku ceraikan dia dengan TALAK 1. Dia tersenyum gembira sebab akhirnya aku lepaskan dia. Dia sanggup skandal dengan lelaki orang, sebab lelaki tu kaya, kerja kerajaan dan pakai HONDA

#Foto sekadar hiasan. Salam. Cerita agak panjang. Admin tolong asingkan perenggan ye. Aku pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki tapi aku bercerai disebabkan perniagaan aku jatuh merundum. Disebabkan aku susah dah tak ada duit, isteri lama aku mula mengh1na aku. Bermacam – macam kata cacian dilemparkan kepada aku.

Semasa aku senang, segala kemahuan dia aku turutkan. Hari ni minta, esok aku tunaikan. Selama 3 tahun aku berusaha untuk buat pelbagai kerja tapi semua tak menjadi. Dan selama 3 tahun juga aku pekakkan telinga atas segala kata makian dan cacian oleh isteri lama aku disebabkan aku tak mampu sediakan kemahuan dia.

Aku tak pernah gagal sediakan makan untuk keluarga aku tapi sekiranya aku gagal dan dia terp4ksa beli menggunakan duit dia, bersiap sedia la hadap kata – kata cacian selama berminggu lamanya. Dibibir tak henti – henti lafazkan perkataan ‘ CERAIKAN AKU! ‘. Demi terlalu sayangkan anak, aku bertahan dalam rumahtangga kami.

Sehingga la kawan – kawan sepejabatnya mula menyampaikan berita SCANDAL nya kepada aku. Aku hanya mendengar dan memerhati. Sehinggalah nak dijadikan cerita setelah sekian lama ber SCANDAL dengan SUAMI ORANG satu pejabat lagi, mereka berdua kena TANGKAP BASAH dalam rumah aku oleh orang – orang taman.

Di dalam rumah yang aku beli diwaktu senang tapi atas nama dia. Ketika kejadian aku takde di rumah kerana outstation. Aku segera balik dan serta – merta aku ceraikan dia dengan TALAK 1. Dia tersenyum gembira kerana aku lepaskan dia. Aku bawa barang – barang aku semua, aku tinggalkan rumah yang aku beli untuk anak aku.

Dia SCANDAL DENGAN SUAMI ORANG sebab lelaki tersebut kaya dan ada kereta HONDA dan berkerja kerajaan sama sepertinya. Aku apa yang ada? Kata – kata makian, h1naan hari – hari. Setelah bercerai, aku dihalang untuk berjumpa dengan anak sehingga aku terp4ksa merayu – rayu menangis kerana rindu anak.

Bila aku cuba jemput anak di rumah penjaga pengasuh anak aku, dia makinya aku dan dikatanya aku cuba menculik anak dia. Selama bertahun aku dihalang untuk berjumpa dengan anak. Lama kelamaan aku mampu merawat hati aku yang aku rindukan anak dan aku cuba tak tunjuk kelemahan aku yang aku amat sayangkan anak.

Duit nafkah setiap bulan aku beri. Dengan cara masuk ke dalam akaun bank dia tanpa beritahu kepada dia. Biar lah dia anggap aku tak pernah bagi nafkah anak. Setelah bertahun berlalu, aku terjumpa dengan isteri aku sekarang, aku ambil keputusan untuk menghalalkan dia.

Dan ketika itu aku masih lagi susah, tak ada duit, kereta semua terjual dan hanya kerja sebagai runner barang. Aku berusaha untuk dapatkan dia. Dia cantik dan berbudi bahasa. Yang paling aku risau dia anak orang berada dan ramai lelaki berkerjaya bagus – bagus kejarkan dia.

Aku tahu semuanya sebab aku mula siasat tentang dia. Aku mula berkenalan dengan dia dan hubungan aku dengan dia semakin serius dari tahun ke tahun. Tapi nafkah anak aku dengan isteri lama masih berjalan seperti biasa sehingga sekarang.

Sekarang isteri baru aku yang bantu transferkan duit setiap bulan untuk anak aku tu. Aku sekarang dah ada harta, hidup tak sesusah dahulu. Aku bina perniagaan baru setelah 4 tahun perkenalan aku dengan isteri aku sekarang. Kami sama – sama naik bina apa yang ada sekarang.

Aku ada kereta mewah berbiji – biji, motor besar, rumah berjuta dengan usaha aku dan berkat isteri aku sekarang (baru menikah). Cerita tak terhenti di situ, sekarang BEKAS ISTERI aku mula panas mata. Dia menggunakan anak untuk dapatkan duit daripada aku dan nak berbaik tapi aku tak layan (masih isteri orang dan jadi bini no 2).

Macam – macam dia gunakan anak untuk dapatkan duit beribu daripada aku (dia masih tak tahu nafkah setiap bulan aku bagi). Dan lagi dia bertambah s4kit hati apabila isteri baru aku lahirkan anak kembar kami. Dia rasa tergugat, dia mula sebarkan cerita macam – macam pada keluarga aku.

Katanya isteri aku sekarang lah yang menyebabkan perceraian kami dahulu. Dia tak tahu semua AIB dia semua keluarga aku tahu tapi tak masuk campur. Dia mula hubungi mak bapa aku berbuat baik cerita itu ini. Dia buruk – burukan isteri aku sekarang kepada mak bapa aku.

Dan dengan sombong dia kata bahawa dia tak kisah pun jika aku tak bagi nafkah anak kami dulu dan berlagak kata dia mampu dalam segala hal. Dia bekerja pegawai kerajaan dan aku tahu kehidupan nya tak bahagia disebabkan merampas kebahagian orang dengan menjadi isteri kedua.

Lepas berkahwin dengan SUAMI ORANG tersebut barulah dia tahu segala harta lelaki tu adalah kepunyaan isteri NO 1 dia dan sekarang aku bahagia dengan isteri dan anak – anak aku. Walaupun dia cuba menganggu isteri aku sekarang di media sosiaI tapi isteri aku hanya buat tak tahu.

Bertambah dia s4kit hati dia melihat kehidupan isteri aku yang agak mewah. Dia cuba menghantar sih1r untuk menjatuhkan perniagaan aku. Macam mana aku tahu? Itu pon setelah berbulan perniagaan aku sepi tanpa jualan dan aku mula syak sesuatu dan minta pertolongan daripada seseorang yang pandai bab berubat.

Aku sejujurnya tak syak bekas isteri aku yang buat. Aku fikir mungkin musvh – musvh perniagaan aku yang lain tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya kerja dia. Sekiranya ENGKAU baca coretan aku ini, aku cuma nak sampaikan bahawa kau la PEREMPUAN HATI BUSUK daripada muda sampai ke tua.

Bawa la taubat dan pergi la dengan hidup yang kau pilih dan jangan gunakan anak untuk kepentingan sendiri. Dan aku berharap anak tahu yang aku sayangkan dia walaupun dia mesti beranggapan aku tidak sayangkan dia. Maafkan abah sayang. Dunia akhirat abah sayangkan FARID BIN MOHD DAUD.

Ulasan Pembaca :

Mohd Zulkerni : Bila kita ikhlas dalam segala hal, Allah akan bantu kita dan permudahkan perjalanan hidup kita walau kita diduga dengan pelbagai ujian. Hikmah di sebalik apa yang berlaku kepada awak dulu, awak dapat pengganti yang jauh lebih baik daripada wanita berhati busuk tu.

Dia memang tak layak untuk awak, sebab tu jodoh kamu singkat. Dan akhirnya awak jumpa yang lebih layak untuk awak. Sekiranya sikap dia tak pernah berubah, satu persatu nikmat yang ada padanya akan ditarik oleh Allah. Hidayah sentiasa ada. Percayalah kepada Allah. Akak harap semua dugaan yang hadir dalam hidup awak cepat – cepat berlalu. Awak berhak hidup bahagia.

Jeffry Abd Wahid : Alhamdulillah. Tuan tak lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Mungkin ujian yang tuan terima tuan anggap sebagai cabaran untuk tuan berusaha lebih kuat bagi menambah baik kehidupan tuan.
Semoga rezeki tuan bertambah. Tapi jangan lupa untuk bersedekah dan bayar zakat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :