
Beberapa jam kemudian polis datang rumah aku, tahan aku dan bawa aku ke balai. Baru aku sedar dia ambil bateri kereta sebab tak nak aku buat laporan. Abang aku merayu, minta suami tarik balik laporan. Dengan bangganya dia cakap, dia boleh jaga anak – anak tanpa aku. Aku dijatuhkan hukvman penjara dua bulan..
#Foto sekadar hiasan. Assalam semua, selamat berpuasa dan selamat hari raya yang hanya beberapa hari saja lagi. Aku tiba – tiba teringat balik kisah Raya yang lepas. Kenangan hitam bagi aku. Kisah hidup aku bermula daripada aku sendiri bila aku minta suami beli kereta baru untuk kami sekeluarga.
Suami aku yang kerja di Singapore terus berhenti kerja bila kereta baru keluar. Mulanya aku tak boleh terima juga dia berhenti kerja, tapi aku redha saja. Dah itu keputusannya. Lepas dapat kereta baru, dia jadikan Grab sepenuh masa untuk cari duit.
Laki aku ni suka memandu sambil lalok, hisap g4nja. Jadi bermulalah episod tragis bila kereta baru tu asyik kemaIangan saja. Duit untuk aku memang tak ada. Aku kena kerja untuk duit poket sendiri dan duit jajan anak – anak. Ada satu hari tu aku minta duit, dia campak bagi aku RM30 saja.
Bila aku sebut anak saud4ra dia suruh aku minta, terus dia meng4muk dan tumbvk kepala aku bertubi – tubi. Lepas dia tumbvk aku, dia keluar rumah dengan bawa kunci kereta lama yang selalu aku guna hantar anak – anak ke sekolah.
Bila aku buat laporan polis, rupanya dia dah buat laporan awal lagi daripada aku sebab takut. Bila aku kena panggil, kami diminta tarik laporan. Aku pun tarik laporan sebab malas nak panjangkan hal. Tapi hati aku dah mula taw4r dengan laki aku ni.
Aku bawa anak aku yang bongsu duduk rumah sewa abang aku yang kosong sebab abang aku tinggal di hostel. Aku duduk situ sebab nak tenangkan fikiran aku. Sambil aku kerja dekat situ, aku dah beritahu dia. Tapi dia ni memang tak faham bahasa. Dia kacau aku sampai ke tempat kerja aku. Memang sangat memalukan aku.
Bila dah nak sampai bulan Ramadhan, aku balik rumah aku semula untuk sambut puasa dengan anak – anak aku yang lain. Dia ada telefon aku beritahu dia nak masuk Singapore semula untuk cari kerja sebab dia ada pinjam ah l0ng.
Bila aku balik rumah, ada dua orang jiran aku beri kertas kepada aku. Dalam kertas tu ada gambar laki aku yang dah tersebar sebab tak bayar hutang ah l0ng. Sepanjang Ramadhan dia tak kerja sebab takut nak keluar rumah. Aku yang kerja pagi dan petang untuk buat persiapan raya. Tuhan saja tahu macam mana penatnya aku, dengan tak cukup tidur lagi.
Sampai raya pertama aku tidur saja sepanjang hari. Aidilfitri berlalu pergi tapi laki aku masih tak kerja. Aku mula terfikir untuk jual kereta lama atas nama aku tu untuk buat berniaga dari rumah saja. Dapatlah juga aku beri tumpuan pada anak – anak.
Tapi bila laki aku tahu, dia ambil geran kereta aku. Waktu tu memang aku geram sangat. Aku dah tak fikir apa – apa, terus aku capai test pen yang ada atas meja dan aku cucuk dia berulang kali. Waktu tu memang aku tak sedar apa yang aku buat. Yang aku tahu d4rah memang dah banyak keluar dari badan dia.
Tak lama lepas tu dia keluar dari rumah. Aku nampak dia ambil bateri kereta aku dan terus hilang dari pandangan aku. Beberapa jam kemudian polis datang rumah aku, tahan aku dan bawa aku ke balai. Baru aku sedar dia ambil bateri kereta aku sebab tak nak aku buat laporan.
Sampai di balai aku disoal siasat. Ya, aku pesalah yang harus diberi hukvman. Aku redha semuanya. Aku sempat beritahu adik beradik aku. Abang aku ada suruh dia tarik laporan atas nasihat polis, suruh aku merayu kepada dia. Tapi semuanya sia – sia.
Dengan bangganya dia cakap dia boleh jaga anak – anak aku tanpa aku. Selama ni tak pernah pun dia ambil tugas jaga anak – anak aku. Semuanya aku yang urus dari A sampai Z. Aku mula redha dengan semua yang berlaku walaupun dari laporan yang dia buat tu semuanya tipu.
Laporan polis yang dia buat mengatakan aku cucuk dia sebab aku tak boleh terima dia tegur aku pasal anak – anak. Malam tu anak kedua aku yang berumur 13 tahun meraung sebab tahu ibunya nak kena tangkap. Aku redha semuanya.Aku dibawa ke lokap tiga hari sebelum dijatuhkan hukvman.
Sampai masa di mahkamah aku mengaku salah dan aku dikenakan hukvman 10 tahun penjara atau RM10,000 atau kedua – duanya jika disabit kesalahan. Bila aku dibenarkan bela diri depan hakim, aku pun bersuara demi anak – anak. Alhamdulillah rayuan aku diterima.
Aku dijatuhkan hukuman penjara dua bulan atau denda RM2800 dengan bantuan adik beradik aku dijamin. Tapi merasa jugalah aku duduk lokap tiga hari dan penjara dua hari. Untuk pengalaman pertama kali memang menangis saja aku teringatkan anak – anak.
Bila aku dah keluar, aku duduk rumah abang aku sebab aku tak dibenarkan pulang ke rumah aku lagi. Dekat sebulan juga aku tertekan sebab terlalu str3ss. Akhirnya aku buat keputusan untuk merantau ke Singapore bagi hilangkan str3ss sambil bekerja di sana.
Ya, aku redha atas semua yang berlaku. Bila laki aku tahu aku dah keluar penjara, ada juga dia pujuk aku suruh balik rumah. Tapi hati aku dah kosong untuk dia. Selepas beberapa bulan aku kerja di Singapore, aku balik dan abang aku pujuk aku untuk balik ke rumah demi anak – anak.
Sebab terlalu rindukan anak – anak, aku ikutkan juga untuk balik ke rumah. Tapi bila aku balik rumah, aku tak habis habis dih1na oleh dia. Pernah sekali dia cakap aku balik bawa siaI. Bila aku suruh dia ceraikan aku, dia tak nak sebab masih sayangkan aku.
Tapi aku dah tak ada apa – apa perasaan pada dia lagi. Sekarang aku dah buka fail penceraian dan aku redha atas semua yang berlaku. Ambik masa sebab dia tak nak bagi kerjasama. Tapi aku akan Iawan sebab aku dah tak sanggup hidup dengan dia.
Ulasan Pembaca :
Sazreena Amin : Patutnya awal lagi kena cerdik. Jadi wanita ni jangan lembut hati dan lembik sangat sampai kena buIi dan siksaan mental. Jahat laki ni sampai sanggup bagi isteri duduk dalam dan ada rekod jen4yah walaupun bukan salah isteri sepenuhnya. Lepas ni kerja demi anak – anak saja. Jangan risau kalau tak ada suami daripada ada suami yang jahat, tak bertanggungjawab dan suka tengok isteri mend3rita.
Hasliza Ahmad : Aku pun tak faham. Dah ada peluang, rumah abang ada untuk tempat berteduh sementara, kerja pun dah ada. Kenapa balik juga dekat jantan macam tu. Demi anak – anak apa jadahnya sampai masuk keluar lokap. Anak anak memandang semua tu. Tak bagus untuk mereka nak membesar dalam suasana macam tu.
Tiara Irdina : S4kit hati juga baca, tapi yalah aku bukan dalam situasi puan. Tak tahu apa yang puan alami, tak boleh nak hakimi puan sesuka hati. Tapi puan tolonglah tekad tinggalkan lelaki tak guna tu. Kasihanlah anak – anak tr4uma dengan keadaan puan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.