
Sekarang ni, mak mertua aku ada dekat rumah aku ‘lawatan seminggu’. Aku tak selesa sebab mak mertua banyak sangat cakap. Kalau ada anugerah bercerita pasal keburukan orang lain, memang mak mertua aku menang..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang wanita yang dah berkahwin selama 6 tahun tapi belum lagi dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Cuma aku dan husband aku. Kami masing – masing bekerjaya. Ada kehidupan yang selesa walaupun tak kaya sangat, tapi selesa.
Kami dah ada rumah sendiri, kereta tiga biji(satu kereta tu kereta aku zaman bujang). Oh ya, kami masing – masing dah 36 tahun. Orang luar berkata aku sangat beruntung kerana ada suami yang baik, berpelajaran tinggi, pekerjaan stabil semenjak aku dah habis belajar. Cuma dua bukan rezeki aku, iaitu anak dan keluarga mertua. Ni yang aku nak cerita.
Terus terang aku cakap, aku memang tak selesa dan tak nak rapat dengan sangat dengan keluarga mertua aku, daripada bapa mertua, mak mertua, adik beradik dia. Mana taknya, di awal perkahwinan pun kami dah ada isu gara – gara adik ipar aku yang memang selfish.
Sikap pak mertua aku, seorang yang suka nak menunjuk terpaling kaya walaupun kami je tahu status sebenar. Haha, malu oi. Mak mertua aku pula, seorang yang suka playv1ctim dan guilt trip anak. Adik beradik dia, selfish nak tahap langit ke-7, kedekut, baran dan suka berg4duh sesama sendiri tanpa peduli ada ipar di sana. Suami aku je lah yang bertamadun sikit sekarang.
Awal – awal dulu begitu juga per4ngainya cuma bila dah keluar dari lingkungan tu dan ‘diberus’ selalu oleh bini yang garang, nampak juga perubahannya ke arah kematangan. Tapi yang lain tu? Begitulah hidup mereka sampai sekarang sampai kadang – kadang datang mengganggu kehidupan kami walaupun kami dah pindah ke selatan.
Kalau aku cerita sorang – sorang punya per4ngai dari pandangan aku, memang berepisodlah luahan aku ni. Hari ni nak cerita mak mertua saja sebab semalam dia buat kita geram. Aku dan suami semenjak kahwin dah ada sistem penggiliran untuk sambutan raya.
Kalau tahun ni kami sambut Aidilfitri dengan keluarga mertua, maksudnya Aidiladha sambut dengan keluarga aku. Tahun depannya pula terbalik lagi. Selama 6 tahun berkahwin ni takda masalah, semua ok walaupun setiap kali sambut dengan in laws aku ada je isu yang timbul (aku dah cakap mereka ni kalau berg4duh memang hilang hempedu malu).
Isteri ipar aku sendiri cakap, mereka ni kalau berkumpul memang akan berg4duh. Dia lagi lama dalam keluarga tu sebelum muncul watak aku. Berbalik ke cerita mak mertua aku, sekarang ni dia dan bapa mertua aku datang ke rumah untuk “lawatan” la kononnya selama seminggu.
Memang aku tak kisah, tapi aku tak selesa. Banyak sangat cakap. Kalau ada anugerah bercerita pasal keburukan orang lain, memang mak mertua aku menang. Semalam, tengah kami minum petang kat laman rumah, cerita punya cerita masuk dalam bab sambut hari raya Aidiladha yang bagi aku lambat lagiIah.
Nak dijadikan cerita, mak mertua aku tiba – tiba masuk topik nak ikut menyambut ke rumah kami. Suami aku tu punya pasal lah, awal – awal lagi dah bagitahu plan kitorang nak buat kenduri masa Aidilfitri yang lalu. Memanglah kami plan nak buat tu, tapi untuk family aku saja. Mak ayah aku ada lagi. Adik beradik aku pun ada. Aku tak kisah kalau mak mertua aku nak datang, serius aku tak kisah.
Tapi, yang buat aku menyirap apabila mak mertua aku bercakap macam dia yang nak take lead semua. Dari ke menu sampai siapa dia nak jemput, semua dia dah rancang. Aku terkedu dan terkaku wei kat situ. Aku macam, sekarang ni yang tuan rumah siapa? Yang nak buat kenduri siapa? Yang akan keluar duit siapa?
Aku menyampah sangat dengar plan dia semalam. Aku pula tak dapat nak cakap apa sebab tengok dia bersemangat semacam je. Aku tak sempat cakap apa pun. Aku hanya jawab pendek – pendek je. Yelah mak, tak confirm lagi mak, tak tahulah mak. Gitu je aku jawab, sebab aku memang terkedu dan terkaku.
Tak expect akan masuk perbincangan tu apatah lagi dia dah plan secara detail pula tu. Plan aku dan suami sebenarnya hanya buat kenduri kecil – kecilan untuk keluarga belah family aku saja. Yalah, nama pun giliran dengan keluarga aku. So plan kami memang untuk keluarga belah aku je lah. Ni tiba – tiba pula dorang nak masuk campur. Kacau lah.
Aku bukan apa, aku takut nanti ada isu kecil hatilah, isu rajuk merajuklah, paling aku takut kalau ada g4duh. Sebab semua tu perkara yang aku lalui setiap kali dengan dorang. Mak mertua aku ni sangat sensitif tau. Kadang – kadang dia akan tiba – tiba menangis kalau tak dilayan walaupun sekejap.
Kadang – kadang kita terhempas sikit pinggan kat dapur masa cuci pinggan pun dia ingat kita marah kat dia. Tu antara contoh yang aku boleh cakap kt sini yang buat aku tak selesa dengan mak mertua aku tu. Lagi pula, aku tak nak rumah aku ni jadi port untuk dorang melepak lama – lama nanti masa tu sebab diorang ni kalau dah berjumpa, bercerita sampai ke senja pun tak habis lagi.
Lepas tu keluarga aku nak taruk celah mana nanti? Aku dah boleh bayangkan situasi tu dan aku sangat terganggu. Rasa macam nak batalkan je kenduri tu. Tak pasal – pasal. Aku bagitahu la suami aku pasal plan mak mertua aku tu. Aku memang jenis berterus terang dengan suami aku. Cadangannya?
Kita cakap tak jadi dengan mak lepas tu kita buat je kenduri macam yang kita plan. Tapi jangan pos gambar di mana – mana platform media sosiaI. Alahai.. semudah itu pemikiran seorang lelaki. Ni yang aku nak tanya korang ni, apa patut aku buat? Kot lah korang ada penyelesain yang kreatif dan inovatif untuk selesaikan masalah aku yang tak seberapa besar tapi mengganggu kesejahteraan hidup ni. Sekian, – Lumia (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Amalina Musa : Ini per4ngai sebiji mak saya. Mak sendiri tau yang per4ngai macam ni, lagi la pening. Adik saya tengah praktikal, sampai jodoh awal. Kiranya raya haji ni baru keluarga lelaki nak datang merisik… mak saya dah canang merata oke nak buat kat dewan besar – besar sebab si lelaki keje sekian – sekian, gaji sekian – sekian.
Bab gaji ni dia suka tokok tambah, maklum la sembang taknak kalah. Last – last adik saya dengan ayah saya sependapat, nak buat secara sederhana je ape – apepun… terus mak saya merentan, macam budak kecik.. cakap dia nak letak muka kat mana.. adoiiii la.
Tun Ramos : Masalah terlalu remeh untuk dua orang dewasa berumur 36 tahun untuk dibincangkan di sini. Pepatah Melayu kata tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak selerak. Emak mertua per4ngai seperti api, anda pun ikut jadi api?
Cuba lah jadi air. Tenang. Rileks. Jangan nak meIetup sahaja. Baca confession anda, boleh rasa emosi api. Panas, tajam, cengking – melengking. Nanti habis event kenduri tu, datang lah bercerita di sini. Nak tahu juga endingnya bagaimana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.