
Masa tu kami dalam kereta. Aku menangis sampai tekan – tekan d4da. Suami boleh agak yang dia dah terkantoi. Sampai rumah, aku bawa anak – anak masuk bilik dan aku kunci bilik itu. Ini bilik lain. Bukan bilik yang dia main dengan perempuan tu.
#Foto sekadar hiasan. Hi semua… Tak ada siapa tanya tapi titik terendah aku sebagai seorang isteri ialah bila aku ternampak video suami aku tengah bersama dengan perempuan lain. Sambil dia berz1na sambil dia pegang telefon itu. Macam mana kantoi?
Ceritanya aku ini kadang – kadang memang suka tengok galeri dia, tengok gambar anak – anak yang dia ambil guna telefon dia. Jadi satu hari itu aku sahaja tengok galeri, sengih – sengih tengok gambar anak – anak, tengok video – video mereka…
Nak dijadikan cerita, aku tak tahu kenapa Tuhan gerakkan tangan aku gatal nak buka folder deleted items dia. Padahal selama ini aku tak pernah langsung buka galeri dia sampai ke situ. Dan aku nampak video dia. Samar – samar. Tapi aku cam bilik itu, bilik dalam rumah kami sebab aku kenal ada kerusi w4rna merah jambu dekat bucu bilik.
Ya… Rumah kami. Rumah yang aku dan dia dan anak – anak kami duduk dari awal kahwin. Dan masa tengok video itu, perasaan aku, entahlah. Susah aku nak jelaskan apa yang ada dalam kepala aku. Rasa macam ada dua angin tengah berlaga tahu.
Aku tak merentan, aku tak meng4muk, aku tak bertukar jadi perempuan giIa serta merta. Aku cuma mampu menangis sahaja masa itu. Tapi menangis yang memang sampai sesak d4da. Oh masa itu kami dalam kereta. Bayangkan anak – anak dekat tempat duduk belakang tengok ibu mereka menangis sampai tekan – tekan d4da.
Lelaki aku masa itu, dia drive kereta… Dia senyap sahaja. Mungkin masa itu dia tahu kalau dia cakap apa – apa. Aku akan jadi perempuan giIa sekelip mata. Jadi dia biarkan aku menangis habis – habis. Dan teka apa, masa itu aku tengah sarat mengandung dalam lapan bulan kot.
Oh masa aku tengok video itu, suami aku tengah keluar beli air dekat Speedmart. Sambil tunggu dalam kereta itu lah aku scroll galeri dia. Jadi bila dia masuk kereta. dia dah tahu video apa yang aku baru tengok masa itu. Dan sudah tentu, per4ngai dia bila dah bersalah dia tak akan explain apa – apa, cakap apa – apa atau defend apa – apa.
Dan aku tak ingat malam itu apa jadi lepas kami sampai rumah. Yang aku ingat, aku bawa anak – anak masuk bilik dan aku kunci bilik itu. Ini bilik lain. Bukan bilik yang dia main dengan perempuan tu. Dan hari – hari seterusnya, aku pergi kerja, tapi otak aku kacau bilau.
Bayangkan sepanjang drive ke pejabat (Nilai – KL) aku menangis. Sampai pejabat aku menangis, tapi bukan depan kawan – kawan aku. Waktu makan tengah hari aku pergi surau, aku menangis lagi sampai aku p4ksa diri aku untuk tidur sebab aku tak nak fikir pasal video itu.
Aku memang dah nekad nak berpisah, aku nak bawa anak – anak aku keluar rumah, aku tak nak tengok muka dia lagi. Tapi dengan keadaan aku yang tengah sarat masa itu buatkan aku tak boleh berfikir. Aku tak tahu mana nak mula. Aku tak tahu apa akan jadi dekat aku dan anak – anak aku. Aku takut.
Tapi sumpah, itu permulaan semua retak pecah belah dalam rumah tangga kami. Lepas beberapa hari, aku suruh dia buang katil dalam bilik itu. Katil, tilam, bantal, aku tak nak tengok semua itu. Aku jijik. Dan dia buang. Tapi itu tak mampu pulihkan apa – apa pun.
Hari – hari aku fikir. Apa patut aku buat. Berpisah bukan jalan yang terbaik masa itu. Dengan anak – anak aku yang kecil lagi, dengan keadaan aku nak beranak lagi. Jadi aku bagi dia peluang, berubah dan tinggalkan semuanya. Itu pun kalau masih sayang aku dan anak – anak.
Itu cerita dua tahun lepas ya. Anak dalam perut yang jadi saksi pengkhi4natan dia dulu dah nak masuk tiga tahun dah tahun depan. Dan teka apa, ‘berubah’ yang dia janjikan dulu hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Habis pantang, aku dah masuk kerja, aku terbaca pula teks dia dengan perempuan lain, berbual pasal k0ndom.
Fast forw4rd, di sinilah aku… Menunggu hari untuk ke mahmakah, dia akan lafazkan cerai. Aku rasa aku dah bersedia sekarang. Sebab aku pernah cakap dekat dia, ‘kalau awak tak boleh berubah, biar aku sahaja yang berubah’. Dari 2023 sampai 2025, tak tahu berapa banyak air mata aku tumpah. Sekarang dah tak ada apa lagi yang tinggal. Setitik air mata aku pun dah tak keluar masa aku failkan cerai hari itu. Sekarang giliran dia pula…
Komen Netizen :
Husnul Khatimah Nawawi : Apa – apa cerita dan kisah orang lain tentang kepincangan rumah tangga tak mampu buat aku takut untuk berumah tangga. Sebab aku tak tahu rumah tangga aku nanti diuji dari segi apa. Mungkin ujian dari mertua, mungkin juga ipar duai, mungkin masalah kewangan atau juga anak. Wallahua’alam. Kisah orang boleh diambil iktibar tapi jangan jadikan alasan untuk hilang perasaan ingin berumah tangga. Semoga kita semua baik – baik sahaja.
Alg Ujie Ack LV : Pernah lalui tapi depan mata… Entah kenapa Allah kuatkan hati dan diri setitik air mata pun tak ada, cuma mampu istighfar tak putus putus waktu itu… Dan dia dengan tiada rasa bersalah, dengan bertuala tegur aku tanpa rasa bersalah dan seolah tiada apa yang berlaku. Sanggup lahirkan anak kedua depan mata dia tanpa mahu ke hospital. Ingatkan dia berubah tapi berubah dengan perempuan lain pula. Makanya akulah yang kena berubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.