Saya asyik salahkan suami, sehinggalah satu hari saya fikir, mungkin silap saya. Saya ambil keputvsan rujuk semula. Keluarga masih belum henti hina sebab kami miskin takde kereta. Tapi ini yang saya buat sampai aman..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya ada baca satu luahan dari eorang isteri yang suaminya buta huruf. Saya berumur 40 tahun ada degree, mengenal suami ketika saya 28 tahun. Suami sekarang berumur 39 tahun, pemegang diploma, lelaki yang sangat sopan dan elok lupa paras.
Kami bercinta setahun sahaja Dan terus berkahwin. Pada awal Perkahwinan tiada kejanggalan pada suami. Dia sangat ringan tulang membasuh baju, menggosok baju Dan kerja di dapur. Ketika itu suami bekerja bahagia seni di sektor swasta.
Gaji dia ketika itu agak berpatutan bagi fresh graduate. Saya pula berniaga trading & supplies di pejabat – pejabat kerajaan. Sebelum kami ada cahayamata dia ada kata kan yang dia hnya tahu membaca ketika umur dia 10 tahun. Saya tak syak apa – apa Dan fikir itu masalah kecil sahaja.
Disebabkan jualan saya m4kin meningkat saya ajak suami saya berhenti kerja dan sama – sama berniaga. Nah! Pada masa ni saya nampak kelemahan yang janggal padanya. Dia sangat perlahan buat kerja yang ambil masa setengah jam tapi dia hanya siapkan dalam masa 3 hari!
Dia seolah – olah sering bermimpi di siang hari. Pening saya Tuhan sahaja yang tau nak pikiran promosi klien account, penghantaran. Pagi – pagi tengok TV dekat 2 jam, 11am baru buat kerja yang tak pernah siap. Pernah satu hari saya tanya suami dah siap ke invois.
Sehelai je pun dia kata belum. Saya curi – curi tengok dia tengah menonton movie! Geramnya Allah yang tau! Belum lagi bila buat text dalam bahasa inggeris dan kiraan yang mudah. Semua dia tak tau.. Pening sangat saya dibuatnya!
Ketika itu bnyak saya Google sana sini kenapa laki saya tak seperti laki normal yang lain pandai cari nafkah dan kenapa tidak boleh membaca al-quran dan english dan matem4tik mudah walau dah dewasa! Berkali dia Cuba menyebut perkataan English tapi tetap salah. Kemudian Baru saya tau apa itu Dyslexia.
Disebabkan tempahan yang banyak tetap kami tak dapat hantar dalam masa yang ditetapkan sebab hanya saya sorang ke sana ke mari dan dia masih stuck dengan kerja dia. Pelanggan m4kin berkurang dan komitmen m4kin bertambah. Akhirnya saya kecundang sampai meminjam Ahlong.
Klien saya yang rapat ramai kesian pada saya dan menyalahkan suami saya sebab terlalu perlahan buat kerja yang simple sahaja pun. Episod hitam saya bermula bila dah pinjam Ahlong kereta ditarik rumah hakmilik saya sepenuhnya di lelong.
Keluarga saya mula membenci suami saya dihina saban hari. Saya sangat tertekan masa tu kami sudah dikurniakan 3 anak. Tambahan lagi saya fokus kelemahan dia yang tak pandai baca Al-quran, surah – surah dan mengira.
Akhirnya, saya ambil keputvsan bercerai sahaja. Saya asyik salahkan dia kenapa dia tak seperti lelaki lain yang normal ada visi untuk keluarga dan pandai cari nafkah. Saya yang penat fikir nak kumpul wang dan ada rumah yang besar.
Kami bercerai 1 bulan sahaja. Saya berasal dari keluarga kecil dan tidak supportive. Hari – hari dihina dan dikutuk. Yelah saya tiada apa – apa ketika itu! Terduduk habis! Saya kesunyian anak – anak dihantar ke rumah mak mertua. Saya rasa dah tak nak hidup sebab rindu pada anak – anak.
Pada suatu hari saya fikir kenapa saya di uji dengan berat sebegini. Mungkin ada silap saya yang Allah nak beri baIasan. Ya saya bukan anak yang baik masa remaja sering meIawan ibubapa walaupun dalam keluarga saya yang paling pintar! Ini mungkin baIasan Allah.
Disebabkan rindu yang tak tertahan pada anak dan saya tiada siapa – siapa (tiada support system). Saya ambil keputvsan rujuk suami. Ye ketika cerai kami masih hubungi antara satu sama lain. Kami tidak pernah berg4duh kami cerai pun cara baik pada masa tu.
Saya ambil keputvsan saya minta dia kerja semula makan gaji. Disebabkan kami berniaga kami mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam penerbitan (sebab kami buat a to z). Dia ditawarkan gaji yang agak tinggi. Tapi hati saya rasa curiga boleh ke dia perform disebabkan dia tak pandai berbahasa English dan mengira kecuali tambah sahaja.
Telahan saya benar. Bulan ke 3, syarik4t dia menurunkan gaji nya lebih 3/4! Suami saya hanya lepas bayar sewa dan barang dapur shaja. Memang suami tak kedekut walau gaji dia sangat sedikit.. Saya redha. Saya ketika ini betul – BETUL mengadu pada Allah.
Saya tak boleh bekerja disebabkan saya ada s4kit fibr0id yang agak teruk. Ketika ini keluarga saya masih menghina saya. Yelah.. saya hanya menyewa di apartment dan tiada kend3raan. Mereka jangkakan saya pandai pastinya punya rumah besar dan kehidupan yang sempurna. Mungkin ini ujian saya.
Akhirnya saya ambil keputvsan untuk tidak memiliki langsung kend3raan. Fokus pada anak – ANAK. Saya create hibah p4ksa suami bayar sebulan RM50 disebabkan kami tiada savings yang banyak. Dan saya meniaga online. Dan ambil permohonan sebagai pesuruh Jaya sumpah.
Saya cuba bina kerja yang tidak melibatkan majikan. Bayangkan pendapatan suami isteri RM3k duduk di KL! Tapi hati saya m4kin tenang. Saya biarkan orang nak kata apa. Dah biasa dihina oleh keluarga sendiri. Saya redha keadaan suami saya asal kan dia hafal al-fatihah dan zikir. Saya redha…
Saya juga telah ke kIinik swasta untuk pengesahan anak saya yang pertama sama ada dia ada Dyslexia atau tak. Walaupun dia tiada ciri – ciri tersebut. Tapi disebabkan saya terlalu inferior. Alhmdulillah anak sulong tiada Dyslexia.
Kepada kisah adik yang sebelum ini SUAMI BUTA HURUF. Mungkin dia Dyslexia. Banyakkan membaca Terima kekurangannya. Cuba fokus pada kebaikan suami. Pasti ada! Fokus pada famili dan kurangkan bermedia sosiaI.
Ini penting sebab jika tidak kita akan terus membezakan diri kita kenapa kita tak bercuti kenapa kita tak dapat hadiah hebat – hebat dari suami. Kalau suami tak mampu beli baju kita cari duit sendiri dan reward diri sendiri.
Pers3tankan orang kata apa! (saya tau bukan mudah!) Bina self development! Ingat Allah.. InsyaaAllah… Tenang. Fokus pada diri Dan keluarga insyallah adik bahagia.. Doakan saya terus tenang…. Aamiin… – Dyan Erina (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nur Laila Fatin : Saya dyslexia dan bekerja sebagai graphic designer. Alhamdulillah. Minat gile design sampai terkahwin dengan boss sendiri. Dikala orang tengok national geographic tengok haiwan, Saya tengok macamana depa zoom, angle depa duk Tang mana, lighting.
Dikala orang tengok sambil lewa je montaj tv2 , Saya tengok macamana kotak – kotak tu depa buat. Software apa. Cuma kalau bersembang saya loading tapi saya riuh. Hahaha. Kalau membaca, orang dah habis saya belum lagi sebab nak faham betul – betul.
Kalau mathem4tic, saya tak buat kira – kira tapi saya scan jalan kerja. Camne eh nak faham? itu teknik Saya lah. Kalau congak, no!. 2 + 9 pun saya tanya suami / calculator sebab memang salah jawapan saya. Sekarang dah pandai sikit sebab suami ajar cara nak congak cuma tak sepantas beliau.
Kiri kanan saya selalu salah. Kalau suami arah masuk kiri ke kanan, saya tunjuk tangan je. Masuk siniiiiiii.. gicheww.. Cam Saya, saya Suka puzzle. Suka giIa lah. Kalau bagi saya akan buat sampai siap. Puan try suruh dia buat kerja – kerja rutin yang sama. Contoh, kalau suruh bilang stok, suruh bilang stok je. Buat kerja berfokus.
Atihra : Adik saya seorang dyslexia. Pandai membaca masa upsr. Itupun bapa saya sendiri yang ajar setiap hari masa bapa balik lunch. Cikgu semua dah surrender. Saya dan dia baca iqra sama – sama. Tapi saya naik ke AlQuran. Dia sampai sekarang tak khatam.
Bapa saya p4ksa dia baca newspaper. Alhamdulillah masuk form 1 pandai membaca. Masa sekolah menengah tak perform tapi dia rajin baiki barang elektrik dan motor. Keluar result spm, dia dapat matrikulasi dengan result paras hidung.
Tapi bila masuk matrik dan uni, sebab kena usaha sendiri tanpa spoonfeed dia cemerlang dan dean list hampir setiap semester. Sekarang dia kerja sebagai mech engineer offshore sebagai freelance dan dia buat apa yang dia minat.
Dia stay freelance sebab dia tak dapat fokus bila terik4t. Kalau dulu adik saya dibuIi, dihina sebab nampak macam b0doh sebab dia tak sama macam orang lain. Sekarang saya bangga dengan dia. Apa yang saya boleh cakap, suami puan ni diletakkan di tempat yang salah.. tanyalah dia apa yang dia suka.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.