Pertama kali lapor diri jadi cikgu, pelik sekolah bau busuk. Aku pergi bahagian dapur sekolah. Penuh n4jis kucing, bersepah

Sepatutnya saya jadi guru akademik sahaja tapi bila sampai dekat sekolah tu saya kena jadi guru al Quran, w4rden, masak, mengajar Matem4tik, BI yang memang keluar dari bidang. Paling saya terk3jut pelajar hanya ada 7 orang???

#Foto sekadar hiasan. Perkenalkan, saya baru habis belajar di Mesir, balik – balik terus dapat taw4ran mengajar di sebuah pusat tahfiz di negeri X. Mula – mula excited sebab sekarang susah nak dapat kerja. Sampai di pejabat, waktu mesyuarat, terpana sebab pekerja – pekerja semuanya bukan Melayu. Yang ada Bangladesh dan Indonesia.

Hati rasa tak sedap sebab mesti akan berlaku perbezaan bahasa dan budaya. Bila tanya pada CEO katanya pelajar hanya ada 7 orang. LagiIah bertambah risau sebab dalam surat taw4ran dapat gaji standard degree juga tapi dengan 7 orang murid mampu ke nak bayar?

Perkara yang tak boleh nak terima, pengurus minta jadi tukang masak yang mana kita tiada kelulusan kulinari pun untuk masak. Alasannya 7 orang saja. Kemudian, hari pertama sampai di pusat tahfiz, tanah agak besar 3 ekar.

Di situ ada rumah w4rga emas juga. Tanya w4rga emas di situ, rumah guru di hujung sekali, masuk – masuk saja ada adik – adik pekerja Bangladesh. Rumah bau busuk sangat, tongkang pecah dan macam rumah h4ntu. Bilik lagiIah jangan cakap dengan bau h4ncing kucing.

Kawasan juga tiada coverage internet. Tempat memang pedalaman betul. Baru sampai dah diarahkan buat kerja, tak sempat kemas barang apa lagi. Pergi dapur senaraikan barang – barang. Dapur pun memang bersepah giIa.

T4ik kucing banyak. Kucing s4kit hari – hari bersin keluar hingus dan k3ncing dekat dapur, asrama. Waktu ni pun dilantik jadi guru akademik dan agama. Tapi yang kelakarnya Ustaz Bangla itu suruh kita buat semua, jadi guru al Quran, w4rden, masak, mengajar Matem4tik, BI yang memang keluar dari bidang.

Tapi sebab kesian dengan pelajar yang nak ambil SPM. Kena ajar juga tapi 2 jam sehari saja. Yang selebihnya kena buat benda lain, bayangkan. Sekolah ini ada conflict of interest dan masalah kewangan. Penasihat beri amanah pada pengerusi tapi pengerusi beri isteri dan anak – anak urus tadbir. Pengerusi sudahlah tak ada background agama dan tahfiz.

Yang sedihnya murid sebelum ni ada ramai lebih 41 orang tapi dibawa lari oleh keluarga menantu si pengerusi yang merupakan mudir sebelum ini. Waktu saya masuk tu, sekolah memang tak macam sekolah tapi macam learning centre.

Jadual sentiasa berubah setiap minggu. Bila salah timing kita yang kena tegur padahal saya tak biasa menerima perubahan. Sebulan pertama memang macam ner4ka. Majikan marah sebab ada pelajar kena rasuk, tapi saya yang disalahkan sebab tak urus dengan baik. Padahal saya dah bawa pelajar ke rumah s4kit lagi beri rawatan.

Saya juga kena hantar makanan ke rumah pengerusi hari – hari macam orang gaji / babu. Mostly tempat ini macam penjara, pengarah giIa kuasa tak mahu beri jawatan mudir kepada yang layak which mean pelajar agama.

Alhasilnya, sekolah tunggang langgang sebab pengarah / pemangku mudir bukan selalu ada di sekolah pun. Pengarah dan isterinya kurung pekerja tak bagi selalu keluar. Padahal saya keluar sebab nak cari makan je pun. Saya juga kena buIi dengan anak pengarah suruh uruskan barang – barang dapur padahal dalam kontrak saya adalah guru dan w4rden hanya bidang sampingan.

Itu masalah dengan pengarah. Masalah dengan ibu bapa murid pula, selalu cakap pekerja tak kerja ke? Bila saya kadang – kadang masak lambat. Padahal saya manalah reti nak prepare bahan – bahan dapur semua dalam masa sekejap. Tapi saya sudah cuba yang terbaik.

Memang frust kerja memasak ini. Ada murid yang ada komen Ustaz tak pandai masak. Ustaz lambat masak. Ustaz banyak main hp. Masalahnya saya pun tak rela nak buat kerja dapur. Bila saya tanya murid, pekerja sebelum ini ada bertahan 2 – 3 minggu saja sebab tak bayar gaji pekerja.

Waktu tu memang dah plan awal – awal nak cabut. Tapi sebab fikir dapat arahan dari penasihat kerja sini. Dengan pekerja Bangladesh pula memang t0xic, salah sikit saja cerita pada pengarah yang saya lambat masuk kelas, banyak tidur dan lain – lain.

Padahal saya kena bangun pagi awal masak sarapan. Kena tidur lambat sebab nak sediakan bahan – bahan esok pagi. Saya pernah kena marah bila lupa jadual tugas w4rden saya sebab kena keluar untuk urusan JPJ. Pekerja – pekerja hanya tahu komen buruk masak tak cukup sayur. Lepas itu arah itu ini.

Arah murid – murid buat kerja tapi mereka pun memang tak larat nak buat. Akhirnya saya yang kena jadi tukang cuci tandas, bilik guru, asrama, bilik w4rden yang macam stor. Masuk dua bulan mengajar. Murid – murid selalu tak ada dalam kelas alasan pening kepala. S4kit perut.

Tapi tak apa lagi, paling tak tahan murid boleh balik cuti sampai seminggu tapi ustaz tak boleh pula. Akhirnya saya p4ksa juga minta cuti seminggu satu kali iaitu hari Sabtu. Penat sehari bekerja 16 jam. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk cabut dari sekolah bila ada 3 pelajar tak tahan dan keluar dari sekolah. Tinggal lah 4 orang saja.

Waktu keluar tu memang sedih sangat sebab ialah ingat nak bertahan cari pengalaman kerja 1 tahun tapi 2 bulan saja tak lepas masuk dalam CV. Lagi sedih lihat nasib murid – murid yang jadi m4ngsa keadaan. Cerita belum tamat, nama saya diburuk – burukkan oleh pengerusi dan isteri ke keluarga penasihat. Yang mana saya join jemaah situ juga. (Satu komuniti).

Memang malu setiap kali nak jumpa komuniti yang mana kisah – kisah buruk saya dijaja dalam kalangan jemaah di mana saya mempunyai sejarah s4kit mental (kemurungan) dll. Padahal saya sudah pun sembuh. Perkara paling tak puas hati ada satu kem ibadah 10 hari yang ditaja sekolah, pengerusi tak masukkan nama kita dalam list. Waktu tu memang rasa macam kena ghosting.

Pengerusi juga suruh buat kerja admin yang waktu tu memang kosong. Padahal dah kena buat 4 kerja dalam satu hari. Guru, w4rden, tukang masak dan tukang cuci. Lepas keluar dari sekolah pu4ka itu, sebulan juga depr3ssion.

Esok ada temuduga jadi cikgu di sekolah lain, harap pengalaman seterusnya lebih baik. Nasihat saya untuk yang fresh graduate, pastikan pilih kerja yang sesuai untuk kita dan ada pendirian masing – masing. Jangan jadi seperti saya yang dibuIi menjadi tukang cuci tandas umum sekolah. – Bunga Manggis (Bukan nama sebenar)

Joanita : Itu bukan pusat tahfiz tapi pusat tunggang agama. Banyak sangat dah tempat – tempat macam ni tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pusat tahfiz camni kemain lagi mintak derma bagai dengan bertopengkan agama. Tolong dik, report pada pihak berkuasa. Jangan bagi orang lain plak jadi m4ngsa.

Ana MuSafir : Buat report. Selamatkan anak – anak di situ. Ambil gambar sebagai bukti, atau rakam senyap – sengap perbualan atau aktiviti di situ. Semoga dipermudahkan.

Syed Fadhli : Dah buat aduan kat tempat sepatutnya? Banyak nasihat dalam ruangan komen ni, tempat begitu WAJIB dibuat aduan. Awal – awal lagi dah nampak masalah. Tapi yang peliknya tt boleh eh bertahan 2 bulan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.