Pelik suami tiba2 rajin jaga anak2, rupanya dalam diam dia hasut anak2 sampai anak panggil saya..

Selama ni saya yang jaga anak, makan pakai, suapkan makanan. Tapi sekarang tiba – tiba suami yang ambil alih tugas tu semua. Dalam diam dia cucuk anak – anak, dia tunjukkan perbualan saya dengan bekas kekasih. Baru – baru ni saya nampak anak sulung saya tulis sesuatu..

Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua, sejak akhir – akhir ni asyik ternampak post berkaitan hubungan suami isteri h4mbar tapi masih tinggal sebumbung hanya untuk pert4hankan anak dan macam – macam lagi seumpama dengannya.

Terpanggil untuk cerita kes saya dan mohon pembaca semua boleh bagi buah pendapat sedikit. Suami dan saya dalam proses bercerai setelah 10 tahun berkahwin. Kami dikurniakan anak empat orang. Sepanjang perkahwinan, tak seindah senyuman di bibir, cantik di potret raya saban tahun.

Kadang – kadang tak tertelan dek rencah / ragam /adat rumahtangga. Manakan tidak, kadang – kadang sepulang dari tempat kerja dia, terduga – duga apa akan berlaku. Ada hari mood suami OK, OK la. Ada hari makan pukuI pun pernah, baIing barang baIing bakul, cubit sampai Iebam biru niat untuk meny4kiti.

Ada hari mulut sahaja la yang berbisa, kata – kata ‘bo**h, puk**ak, cel**ka, b*b!, s!al lah. Semua tu dah jadi zikir dia setiap hari. Sampai la satu hari, tahun ke-7 perkahwinan, saya mengadu pada adik beradik, mak ayah saya dan suami terk3jut marah bukan kepalang lagi dia kerana buka aib dia sebagai suami. Katanya,

“Dah nama isteri jagalah aib seorang suami. Jangan dihebohkan bila aku tak solat, aku pukuI engkau, m4ki kau. Dah memang adat rumahtangga, orang lain pun ada pukuI – pukuI bini juga. Niat nak mengajar. KO tu cukup ke solat, ada tinggal – tinggal jugakan! Jangan tahu nak nilai orang la.”

Saya jawap “untuk jadi ketua keluarga yang dihorm4ti (dia selalu cakap saya tak hormat dia..) jaga solat 5 waktu je. Ni saya tengok sejadah tu tak berusik pun, beralih pun tak.” Selepas mengadu, ayah saya datang rumah semuka dengan suami dan dia janji tak pukuI lagi, tak akan m4ki lagi.

Hubungan kami berlangsung begitu saja, anak  – anak menjadi prioriti. Hal sekolah, makan anak, pakai anak. Begitula rutin kami. Dari sudut nafkah, cukup sekadar apa adanya disediakan oleh suami. Makan, pakai, tempat tinggal, keperluan anak – anak ada disediakan.

Syukur walau kadang – kadang rencah masakan ada kurang sana sini, telan sahaja la. Santan, serai, segala daun, pes tomyam, mintak kirim belikan tapi tak dibelinya. Katanya membazir, bukan sedap pun saya masak. Hurmm..

Tapi hubungan yang h4mbar kini retak menunggu beIah setelah kantoi saya curang dengan bekas teman lelaki. Saya tahu ianya salah, berd0sa dan saya bertaubat dan tak ingin ulangi lagi. Bukan saya yang cari, dah tukar nombor berkali – kali tapi lelaki tu masih mencari saya.

Link whatsapp bila berniaga onlinekan. Betul, tangan tak akan berbunyi kalau bertepuk sebeIah je. Saya akui itu, saya dah mohon ampun, mohon maaf daripada suami. Hari Raya, hari tak Raya, sujud sudah, sembah sudah, menangis apa lagi tapi hati suami sekeras batu itu. Dia tak akan maafkan.

Sekarang, suasana dah memburuk tak nampak lagi kebaikan saya. Saban hari, ayat ‘perempuan sundaI, jaIang, peIacur” dan macam – macam lagi yang meniti di mulut dia. Walaupun depan anak – anak. “Hey, hey peIacur, KO memang peIacur, taraf peIacur, murah takde maru4h..”

Anak kecil yang selama ni tak pernah dia basuhkan berak, cucikan, mandikan, siapkan, suapkan makan semua itu boleh dia buat gara – gara untuk dapatkan hak hadanah nanti. Dicucuknya anak – anak dengan mengatakan ibu jahat, dih1na, dicemuhnya saya depan anak – anak.

Sehinggakan anak sulung umur 11 tahun berani tulis di kertas, ‘Ibu b4bi paling b0doh.’ Anak boleh jerit – jerit kata apa guna ada Ibu, Ibu ‘ pemalas’. Gara – gara saya lupa basuhkan air fryer yang dia nak guna untuk goreng makanan segera.

Selain tu, sekarang anak – anak sampai takut nak makan apa yang saya masak / suap ke mulut. Mereka kata takut ayah marah. Kalau tidur atau sembang di bilik saya, suami akan hamun anak – anak suruh keluar. Suami malah tunjukkan lagi conversation saya dan bekas kekasih saya untuk tatapan anak – anak.

Untuk mengatakan ibu ni memang pesalah, ibu orang jahat, penipu. Paling sadis, masa saya buka puasa sunat hari Isnin, suami kata, “buat apa puasa, curang lagi bagus! Solat, buat apa solat tunggang terbalik, kemaafan aku pun KO tak dapat lagi. Aku tak redha, tak ampun, buat apa buang masa solat taubat, tahajud, doa semua!” Banyak lagi yang berlaku tapi nanti panjang pula. Persoalannya sekarang..

1) Ok ke kalau suami bagi syarat nak cerai, anak – anak tak boleh berpisah, giliran saya seminggu dan dia seminggu. Sekolah tetap sekolah yang same. Saya kurang setuju sebab confirm perlu tinggal dekat dengan dia. Anak – anak boleh jadi tukang spy aktiviti Ibu. Kerja apa, buat apa, keluar ke mana. Sedangkan tak cerai ni pun, anak – anak dah sibuk tanya itu ini. ” OOO mesej laki ye, bagitahu ayah!” Padahal mesej tentang carian sewa rumah dan peguam.

2) Perlukah saya telefon Mak dan kakak dia di kampung. Untuk mintak maaf dan untuk cerita masalah kami ni??

3) Boleh ke seorang suami hack isteri punya whatsapp, laptop peribadi, emel peribadi, facebook sedangkan dari awal kahwin saya tak pernah dapat tengok ke semua di atas milik dia terutama Whatsapp. Dia lock semua, pasang password.

Bila saya mintak, kata mana ada dia rahsia apa – apa. Sekarang bila saya mintak lagi, dia patahkan denagn ayat, ‘sejahat – jahat aku, pernah ke aku nak pegang perempuan lain?”

4) Apa hukvm suami berniat nak malukan isteri dengan buka aib isteri, dihebahkan mesej perbualan saya dan bekas bf kepada seluruh keluarga? Mungkin niat untuk baIas d3ndam sebab saya telah buka aib dia tak solat, pukuI saya tempoh hari.

5) Apa hukvmnya suami bila marah dia jatuhkan hukvm, ‘aku h4ramkan KO makan – makan, minum hasil titik peluh aku?? Tak sedar diri makan hasil titik peluh orang. Tak malu!”. Bagi saya dalam Islam kata dua kali kenyang makan, kali ketiga saya makan, tambah – tambah masa pkp hari tu. Apa hukvmnya?? Jatuh h4ram ke?

5) Salah ke berd0sa ke saya suami m4kin kurus sebab saya tak masak. Saya tak masak bukan apa, bahan kadang – kadang takde, tak cukup. Tambah lagi suami jijik betul dengan air tangan perempuan murahan macam saya.

Sekarang ni dia takut nak makan apa yang saya makan, takut saya sih1rkan dia, sedangkan apa yang saya masak untuk dia, itu juga yang saya makan. Mohon pencerahan dari pembaca semua. Banyak lagi nak tanya. Nanti jela.

Komen Warganet :

Lailatulqadariah Abdul Rahim : Kadang – kadang nak jadi bid4dari syurga tu bukan kena suami baik, tunaikan semua kewajipan, Allah bagi ujian suami tak baik, sebab nak angkat darjat kita.Kalau kita sabar, Insyallah tu salah satu jalan ke syurga juga.

Saya dengar ceramah, nak ubah orang tu, kita yang kena ubah diri sendiri, kita doa minta Allah yang ubahkan dia, kadang – kadang Allah buat kita masalah dengan suami, sebab Allah jeles kita lebihkan suami dari Dia.

Bila kita jaga hubungan dengan Allah, autom4tik hubungan kita orang lain, rumahtangga kita Allah pelihara. Nak jadi isteri yang baik, tak semestinya suami kena baik. Nasihat bukan untuk tt sahaja, umum kepada semua dan kepada saya sendiri.

Aimi Alia : Complicated.. Suami salah. Tapi puan pun lagi salah ada lelaki lain. Tak perlu contact cerita semua kat family dia. Walaupun puan cuba cerita masalah rumahtangga tetap puan yang nampak tak elok. Bagi saya ok syarat yang suami letakkan tu. Mujur dia tak naik mahkamah tuntut hak sepenuhnya.

Alaina Ahmad : Dua – dua salah. Memang elok berpisah, takde kebahagian masih bersama, anak – anak pun boleh rosak membesar dalam rumahtangga kucar kacir. Lagi – lagi bila anak – anak kecik dihasut untuk benci pasangan.

Tak perlu sis buka aib bab rutin harian, ibadah, etc. Bila kena balik dekat kita, kita pun taknak orang cerita sana sini, malu. Tapi bab siksa fizikaI / mentaI, tu elok beritahu, untuk minta tolong mudah untuk berpisah. Bukan sekadar cerita – cerita lepas tu takde tindakan, masih bersama.

Kalau sis risau suami ada bukti conversation sis dengan laki lain, sis boleh pasang cctv / rakaman video / suara untuk bukti layanan suami di rumah, etc. Sekarang dua – dua ada bukti. Tak semestinya sis nak kena intai fon dia jugak. Kalau minta izin, memang takde la nya dapat apa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.