Pada pandangan dia, aku ni sangat kolot! Dating di taman tidak boleh! Jalan beriringan tidak boleh! Sentuh tangan tidak boleh! Jadi dia bosan dengan aku. Selepas 30 tahun, 2 bulan yang lalu aku terjumpa semula..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua.. Nama aku Elly, asal Borneo, aku kena bagitau awal – awal supaya pembaca bersedia dengan slang yang akan aku gunakan. Luahan ni sebenarnya bukanlah untuk menuntut pendapat atau pandangan sesiapa.
Cuma mahu bercerita kisah yang pernah terjadi dalam hidup aku kira – kira 30 tahun yang lepas dan tersingkap kembali 2 bulan yang lalu. Amaran:- coretan ini sedikit panjang.. kalau start baca dari Timpohon, sampai puncak Kinabalu baru habis.
Masa form 3 dulu aku ada best friend yang aku namakan Delia dan dia ni ada abang tua setahun dari kami aku namakan Fred. Dipendekkan cerita, mungkin pasal aku sering sangat mengikut si Delia ni berkunjung ke rumah dia selepas habis persekolahan dan sesekali pada hujung minggu, aku jadi rapat dengan family dia termasuk parents dorang. Abang – abang dan adik si Delia pun sudah kenal dengan aku.
Fred ni sebenarnya pelajar rebutan juga di sekolah kami masa tu tapi entah macam mana dia boleh pula suka dengan aku yang serba kekurangan ini. Gara – gara dia la aku mendapat ramai musvh perempuan di sekolah sepanjang form 3 ke form 5.
Dengan kawan aku sendiri sanggup g4duh dengan aku sebab aku memang tahu dia crush dengan Fred tapi bila Fred minta aku jadi girlfriend dia, aku on jak! Kira aku p0tong jalan la lebih kurang. Hahaha.. and he’s my very first special boyfriend la cinta pertama gitu..
Tolong jangan kecam ya.. yeahhh aku tahu, aku akan ambil PMR masa tu sepatutnya aku study bukan bercinta! Kalau dapat diputarkan waktu pun. Aku memang reject dia! Sana sini student perempuan di sekolah kami berpakat tidak sukakan aku. Depan – depan aku dorang tulis surat cinta untuk Fred cuba s4kitkan hati aku.
Halahhh tapikan aku ada Delia yang selalu tapis surat dorang buang ke parit sekolah. Jadi aku tidaklah rasa insecure sangat. Tapi kan kami bercinta tidaklah macam remaja sekarang. Kami tapuk – tapuk, balik dari sekolah pun bukannya jalan beriringan.
Kami lebih banyak berhubung melalui surat yang setiap kali diterima pasti membuat jantung berdebar – debar. Setiap hari pasti ada surat yang dimasukkan dalam sampul coklat macam surat formal tu. Katanya untuk menggelabui mata mummy dia! Sering jugalah bergayut call sampai berjam – jam. Eh! Kalau diimbas kembali.. sungguh buang masa!
Parents dia sudah tau yang kami ni boyfriend girlfriend dan daddy dia pun sudah tahu serba sedikit tentang family besar aku. Dia tau aku punya late grandparents, aku rasa bangga jugalah sebab kalau dia kenal, ertinya aki dan ina (tok nenek) aku ni kira femes la kan.
Pastukan, rata – rata kawan aku cakap muka kami ada iras – iras, “mesti kuat jodoh”.. widihhhh besarnya harapan aku untuk kami kekal abadi menjalani hidup bersama selamanya. Sebenarnya kalau diingat semula, tidak banyak manapun kenangan kami selama hidup berkapel.
Cuma 2 hal yang betul – betul aku ingat. Pernah sekali aku pinjam kaset MLTR dia dan rumah kaset yang acrylic tu pecah. Aku tak berani mau confess jadi aku pecahkan tabung beli kaset lain hanya semata – mata untuk dapatkan rumah kaset acrylic tu.
Tapi rupanya aku terbeli kaset dari syarik4t lain.. contohnya kalau MLTR tu dari Sony (contoh ya.. sebab aku tidak ingat sudah) aku terbeli dari W4rner Music. Nampak ketara berbeza la kan. Jadi aku terp4ksa beli lagi kaset lain dari syarik4t rakaman yang sama dengan MLTR tapi maIangnya, masa nak buang label harga tu yang melekat padu pada acrylic tu, ia tidak dapat tanggal dengan sempurna. Maka jadi comotlah dia!
Dengan yakinnya aku ambil secubit kapas bubuh thinner dan lap di atas kesan comot label tu dan berlakulah kecairan permukaan acrylic tu yang m4kin menambahkan kec4catan. Haaiiiip masalah betul! Tapikan oleh kerana aku sudah jadi papa kedana gara – gara acrylic ni, aku tak mampu lagi mau beli yang baru. Kesiannya aku!
Pada hari aku akan kembalikan kaset tu, dia datang ke kampung aku sebab ada pesta masa bulan Mei. Kan masa cuti sekolah jadi jarang nampak (aku istilahkan nampak.. bukan jumpa! Sebab kami memang jarang jumpa di sekolah) jadi kononnya dia rindu itulah sebab dia datang tapi bukan direct datang ke tempat aku ya..
Dia kan femes, kawan ada di mana – mana dan antaranya ada 2 – 3 orang kawan dia di kampung kami. Hari tu ada pula seekor buaya d4rat di kampung aku yang aku namakan Danny. Danny ni tua 5 tahun dari aku jadi masa tu tu dia sudah di penghujung belasan tahun.
Sikit – sikit ajak orang kahwin hahaha.. ramai sangat yang dia try ajak kahwin. Tidak dilayan oleh saturang, dia pilih lagi ke wanita lain. Entah macam mana hari tu giliran aku pula kena ayat tapi sebenarnya aku layan dengar cerita sebab dia lebih tua dari aku sekadar hormat jak.
Lagipun sekampung, takkanlah aku mau menyombong pula tambahan pula kami bukannya berdua – duaan. Ada kawan aku yang lain. Semua orang kampung pun kenal dengan Danny ni, baik peramah cuma suka sangat mengorat! Hahaha.
Kebetulan pula Fred ternampak kami berbual dan mulai menunjukkan protes yang biasa budak – budak buat. Dia buat tak layan aku dan buat – buat tak nampak. Mengelak eye contact dengan aku. Ceh!! Tapi aku berjaya juga mendekati dia setelah beberapa kali bagi signal jumpa di bustop kampung. Dia datang dengan muka sangat masam!
Aku yang serba tidak kena takut jadi bahan cerita di kampung jika dilihat berbual berdua dengan lelaki dari luar. Jadi aku cepat – cepat kembalikan kaset MLTR dia dan bagitau kalau sampai rumah nanti, call.. kita cerita. Tapi dia tiba – tiba tarik tangan aku bagitau yang dia kecewa sebab aku layan lelaki lain!
Aku terkial – kial melepaskan tangan takut dilihat oleh orang kampung. Dia tersentap sebab aku mahu melepaskan tangan dengan kasar. First time dia sentuh tangan aku. Mungkin dia marah pastu dia hempas kaset tu ke jalan raya, h4ncur berkecai acrylic yang 2x aku ganti tu sebab nak sangat pulangkan dalam keadaan perfect! Hah!!
Punyalah aku terk3jut sebab duit aku dalam RM30 h4ncur macam tu jak! Tapi aku diam sambil meraba pipi sendiri. Kalau aku tahu begitu jadinya, bagus aku kembalikan saja kaset dia dengan acrylic yang pecah tu. Kemudian dia nangis sambil pegang tangan aku. Dia cakap, “do you know how much i love you?”
Hahaha.. aku jawab “IDK” dia tarik aku kuat – kuat dan sedar – sedar jak dalam peIukan dia. Sekali lagi aku terkial – kial melepaskan diri. Dia sempat cakap, “tolong jangan buat begitu lagi sebab aku mau kita bersama selamanya..” walaupun takut dilihat orang, hati aku sebenarnya bahagia! Hampir meIetup d4da kerana degupan jantung yang hebat kuatnya!
Masa berlalu… bahagia, gembira, g4duh, ketawa, nangis, marah. Macam – macam perasaan silih berganti. Masa aku tingkatan 5, dia telah mengikuti satu perkhemahan di sebuah pulau bersama sebuah kelab persatuan sekolah dan sekembalinya dari sana dia call aku.
Katanya “Masa dekat di Pulau %#&#^, aku rindu sangat dengan ko, i wish that u were there with me.” Itu mukadimah dia. Kemudian panjang lagi la yang Fred cakap, beberapa kali dia ulang cakap pasal rindu. Aku ni yang memang sudah separuh hanyut dalam arus percintaan yalah, first love kan jadi sangat – sangat bahagia.
Oya! Lepas kami declared jadi kapel tu, aku tidak lagi terlalu kerap berkunjung ke rumah dorang. Segan! Hujung minggu pun lebih banyak habiskan masa di library negeri kononnya buat kerja sekolah dan dating tanpa suara.
Sebenarnya bila difikirkan semula, hubungan kami sihat. Dating pun dalam library, tiada chance berbuat apa – apa walaupun sekadar bersentuhan tangan. Berbalik kepada perbualan kami masa tu, dia lebih banyak bercakap berbanding aku. Dia cakap, “One sweet day, aku mau kita ke sana. Berdua.”
Aku baIas sambil tertawa, “honeymoon?” Dia diam lama. Lepas tu tiba – tiba dia nangis dan cakap, “aku minta maaf. Hubungan kita sampai di sini saja.” Aku jadi blur dan ingatkan dia bergurau. Lepas tu dia tamatkan call. Aku sempat berteka – teki.