Ramai tanya kenapa ayah nak masuk Islam, ayah kata salah satunya sebab dia nak kahwin 4

Emak saya merupakan isteri ketiga, masa emak bersalin anak keempat, ayah mintak izin nak kahwin buat kali keempat. Emak izinkan ayah kahwin sampai heboh dekat jiran – jiran  dan saud4ra mara. Semua isteri – isterinya tak membantah, apa lagi berg4duh, ser4ng menyer4ng. Akhirnya mereka tanya apa ilmu ayah pakai?

#Foto sekadar hiasan. Kaum lelaki jangan marah kalau saya katakan bahawa anda cuma mahu berpoIigami, tetapi tidak mahu bertanggungjawab, kalau boleh lepas kahwin si isteri buat hal sendiri. Hinggakan si isteri mengandung dan bersalin pun urus diri sendiri, sebab anda tidak mahu kehadiran isteri baru anda diketahui oleh isteri dan anak – anak di rumah.

Perkahwinan baru akan kekal selagi rahsia anda berpoIigami tidak terbongkar. Ditakdirkan terbongkar, maka salah satu perkahwinan terp4ksa dibubarkan, tak kiralah sama ada isteri pertama diceraikan atau isteri kedua ditinggalkan.

Bagaimanapun, kes isteri pertama diceraikan jarang – jarang berlaku. Sebaliknya isteri pertama tetap dijaga jika kedudukan kewangan isteri pertama lebih kukuh berbanding anda sendiri dan anak – anak sudah dewasa. Kalau tak percaya cakap saya, lihat keliling anda, dan diri anda sendiri.

Adakah anda suami yang banyak berg4ntung hidup kepada isteri, anda takutkan isteri pertama kerana kelebihannya, bukan kerana anda sayang dia sangat. Memang sifat semula jadi semua lelaki berhajat kahwin lebih daripada satu, tak kira dua ataupun tiga.

Tetapi kerana haIangan tertentu iaitu kelemahan diri sendiri atau kelebihan untung isteri pertama, maka niat hendak menambah isteri terp4ksa ditutup rapat. Berbanding ayah saya, bukan mengumpat, tetapi ayah saya ada kekuatan tertentu, iaitu ketegasan, keadilan dan bijaksana dalam mengatur kehidupan keluarganya, sebab itu ayah saya berani ambil risik0 berkahwin lebih, bukan 1, tetapi 4 orang.

Kata orang, lelaki mesti ada ilmu penunduk untuk damaikan isteri – isterinya. Tetapi itu tidak ada dalam diri ayah saya. Apa yang ada hanyalah ketegasan, keadilan, kebijaksanaan dan bertanggung jawab dalam mengatur hidup isteri – isteri dan anak – anaknya.

Biarlah saya terus terang, ayah saya tidak ada ilmu penunduk yang boleh tundukkan isteri – isterinya, sebab ayah bukan Melayu, dia muaIaf Cina. Saya dengar cerita kalau lelaki Melayu hendak berpoIigami, mesti ada ilmu penunduk supaya semua isterinya boleh terima dimadukan.

Tetapi ayah tidak ada ilmu penunduk. Ayah ada isteri dan 3 orang anak sebelum dia masuk Islam. Ayah kata dia ajak isterinya masuk Islam, tetapi isterinya menolak. Dia berpegang teguh kepada ajaran agama nenek moyangnya. Oleh kerana niat ayah kuat nak masuk Islam maka mereka berpisah dan isterinya terima hakik4t itu dengan baik.

Terbukti ayah memang baik. Walaupun sudah bercerai, tetapi ayah tetap beri nafkah kepada 3 orang anaknya seperti biasa. Sebenarnya sebelum masuk Islam lagi ayah sudah belajar agama Islam, cara hidup Islam, kepercayaan adat orang Melayu.

Bukan setakat itu, ayah beritahu dia mendekati orang Melayu supaya dia tidak kekok bila masuk Islam nanti. Memang benar, apabila ayah kata nak masuk Islam, kawan – kawannya tak terk3jut, malah menggalakkan. Ramai juga bertanya mengapa ayah masuk Islam?

Selain mencintai Islam, kata ayah, dia nak kahwin lebih daripada seorang. Bab ini ramai kawan – kawan Melayu ayah yang mentertawakan ayah, sebab mereka tidak ada keberanian. Mereka yakin ayah akan gagal, sebab bukan senang kahwin lebih daripada satu.

Lelaki Melayu sendiri ramai yang gagal. Selepas memeIuk Islam, ayah kahwin dengan wanita Melayu. Selepas mendapat 3 orang anak, ayah lahirkan hasratnya ingin berkahwin lagi. Kata ayah, isteri pertamanya tidak marah, malah menggalakkan supaya ayah kahwin lagi asalkan terus beri mereka nafkah seperti biasa.

Ayah setuju. Berita perkahwinan ayah kali kedua memang mem3ranjatkan rakan – rakan Melayu. Mereka hairan bagaimana isteri pertama boleh izinkan ayah kahwin seorang lagi. Ramai datang bertanya apa ilmu ayah pakai. Terus terang, ayah beritahu, dia tidak ada ilmu, sebab pelajarannya mendalami ilmu agama Islam pun masih belum selesai.

Masih banyak yang perlu dipelajari. Ketika anak ayah dengan isteri pertama dan kedua masih kecil lagi, ayah masuk melamar emak pulak. Keluarga emak terima dan ayah kahwin lagi kali ketiga. Itulah emak saya dan dapat 8 orang anak sekarang.

Dalam pada itu bilangan anak dengan isteri pertama bertambah 4 orang, isteri kedua jadi 5 orang, tetapi ayah mampu beri nafkah. Niat ayah hendak berkahwin lagi tidak tamat di situ sahaja. Selepas emak melahirkan anak keempat, ayah tanya emak bolehkah dia kahwin lagi untuk kali keempat.

Ketika itu emak masih dalam pantang. Lagi pelik, emak kata boleh, asalkan ayah boleh beri nafkah secukupnya. Berita ayah kahwin kali keempat memang jadi heb0h. Bukan setakat kawan ayah sahaja, malah saud4ra mara terutama jiran tertangga, terk3jut dengan apa yang berlaku.

Yang perempuan pelik, mengapa semua isteri ayah izinkan ayah kahwin lagi, sementara yang lelaki bertambah pelik dan ingin tahu apa rahsia apa ilmu ayah pakai sampai kahwin 4 orang dan semua isteri isterinya tak membantah, apa lagi berg4duh dan ser4ng menyer4ng.

Dengan isteri keempat pun ayah ada anak. Bukan 4, tetapi 8 orang. Semua orang di kawasan perumahan kami merasa hairan. Semua isteri tak marah seperti menyer4ng madu, mem4ki hamun apa lagi memukuI madu jika terjumpa di tengah jalan.

Tak ada satu berita kurang baik tentang ayah. Akhirnya mereka tanya apa ilmu ayah pakai? “Hiss… tak ada ilmu lah, dia asal Cina mana ada ilmu,’’ itu emak kata. Memang pun, tapi saya lihat sejak kecil ayah rajin membaca, kitab, buku tafsirlah, dan macam – macam lagi.

Kalau tak ada kerja, bila balik rumah kerana giliran emak, ayah suka membaca dan berbual dengan kami. Ayah suka bercerita, tanyalah apa – apa cerita pun, d0ngeng ke, kepercayaan masyarakat Cina ke atau hal keluarga Cinanya, semua dia cerita.

Dan kami suka mendengar. Setelah saya berkahwin, saya perhatikan banyak perbezaan antara suami saya dengan ayah. Sebenarnya saya pun bermadu juga, (tak usahlah saya ceritakan mengapa saya kahwin suami orang, mungkin saya boleh cerita lain kali) tetapi, per4ngai, sikap bertanggung jawab dan keadilan tidak ada dalam diri suami saya, orang Melayu lahir dengan agama Islam ini.

Berbanding ayah saya Cina muaIaf, dia ikut semua ajaran Islam berkaitan syarat poIigami dan bertanggung jawab, tetapi sikap itu tidak ada dalam diri suami saya yang sah – sah seorang Islam sejak lahir. Suami saya cuma tahu nak kahwin dan nak seronok, tetapi tidak adil, tidak bertanggung jawab dan tidak pernah beri nafkah secukupnya.

Dari mula berkahwin hinggalah saya dapat 2 orang anak. Ketika mengandung dan melahirkan, ikut pandai sayalah menyediakan segala keperluan, bayar bil hospitaI, ke hospitaI sendiri naik teksi ketika nak bersalin, beli susu dan pakaian bayi.

Suami tak pernah datang ke hospitaI tetapi datang menjengok bila saya dah balik rumah. Dia tidak sedikit pun rasa bersalah tidak menyediakan wang secukup untuk isteri yang baru melahirkan dan anak yang masih kecil. Kalau saya banyak tanya, minta duit, apa lagi berleter sebab duit tak cukup, sebulan suami tak datang menjenguk.

Kalau saya diam, sediakan makannya, layan nafsunya dan tidak tanya pasal duit, 2 kali seminggu dia berani datang rumah saya. Lupakan dia sebab lagi banyak saya bercakap, lagi meny4kitkan hati. Tetapi lihat per4ngai seorang muaIaf seperti ayah saya mendidik anak-anaknya, walaupun dia ada 4 orang isteri dan anak lebih 3 dozen.

Lagi satu keistimewaan ayah, ayah beritahu isteri – isterinya bahawa dia ingin kahwin lagi, dia mahu semua isteri tahu dan terima isteri barunya. Syarat dari isterinya mesti berlaku adil dan bertanggung jawab dan ayah lakukan dengan seadil – adilnya.

Lagi satu keistimewaan ayah dalam mendidik anak – anaknya ialah ayah berusaha kenalkan kami dengan semua anak – anak ayah, dari isteri pertama hinggalah keempat, termasuk dengan bekas isteri Cinanya. Dengan isteri Cina sebagai contoh, ayah ada 3 orang anak, ayah tak pernah biarkan anak – anaknya hidup sendiri.

Malah ayah didik dengan bawa mereka tinggal beberapa hari dengan isteri – isteri ayah bila cuti sekolah. Bukan sekali dua, tetapi setiap kali cuti penggal sekolah, kami semua dibawa tinggal sama ada dengan isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat bergilir – gilir.

Dari situ semua anak – anak ayah kenal antara satu sama lain. Kami bukan setakat makan bersama, malah bermain dan tidur bersama. Kami juga diajar menjaga adik – adik yang lebih kecil tak kira anak ibu tiri yang mana. Sebab itu salah seorang anak Cina ayah yang kami panggil Karim, dia duduk dengan kami lebih 2 tahun sebelum balik ke rumah emaknya kerana nak lanjutkan pelajaran.

Karim sudah besar, dia layan dan sayang kami macam adik dia sendiri. Hingga kini hubungan kami baik, tetapi terpisah sebab dia bekerja di negeri lain. Cuma sesekali kami dapat jumpa. Kalau dulu hari raya dan tahun baru Cina hubungan kami jadi lebih meriah lagi,

Tujuan ayah suruh kami anak – anaknya tinggal di rumah ibu ibu tiri setiap kali cuti penggal sekolah adalah supaya kami kenal adik beradik dan anggaplah ibu tiri seperti ibu sendiri, tanpa mengira siapa ibu kandung kami. Yang penting kami anak – anak ayah mesti bercampur.

Anak – anak ibu tiri kami pun mesti duduk di rumah kami ketika cuti sekolah. Bukan itu sahaja, semasa kecil kami pernah tidur di rumah nenek, ibu ayah selama dua, tiga malam. Kata ayah, supaya kami kenal ibunya walaupun nenek bukan orang Melayu.

“Saya tak tahu apa tujuan sebenar ayah suruh kami tidur di rumah ibunya, tetapi yang kami tahu nenek akan bawa kami ke pasar beli ayam yang disembeIih. Bila balik, nenek masak dalam periuk dan kuali khas. Kata nenek, dia sudah khaskan periuk dan kuali untuk cucu – cucu Islam, tak boleh campur dengan periuk yang dia biasa gunakan, sebab dia khuatir pernah masak masakan tidak halal.

Jadi nenek beli periuk, kuali dan pinggan mangkuk baru khas untuk kami dan simpan dalam tempat khas supaya tidak digunakan oleh orang bukan Islam yang datang ke rumahnya. Begitu hormatnya nenek kepada kami cucu Islamnya.

Beliau tidak marah, apa lagi mengutuk ayah beragama Islam, malah menghorm4ti keputvsan ayah itu. Satu lagi yang menarik, anak – anak ayah terdahulu tidak pernah menyingkirkan kami kerana ayahnya beragama Islam, malah hubungan kami amat erat.

Bukan itu sahaja, adik beradik ayah juga menghorm4ti ayah kerana keputvsannya memeIuk Islam. Persoalannya apa kelebihan ayah? Saya perhatikan ayah amat bertanggung jawab kepada anak – anak dan isteri – isterinya walaupun dia berkahwin empat.

Ayah tidak pernah sia – siakan isteri apa lagi anak – anaknya. Kami dapat makan dan pelajaran mengikut kemampuan kami dan kami lihat ayah pergi dengan aman, tinggalkan kami dengan penuh kasih sayang. Ayah bukan orang kaya, tetapi rajin berusaha dan rezeki ayah sentiasa bertambah.

Katanya ,ini rezeki anak – anak. Sebenarnya di sinilah kelemahan lelaki Melayu yang hendak berpoIigami. Mereka tidak berlaku adil sebab tidak mampu. Kalau pun mampu, mereka takutkan isteri sebab hendak jaga nama, sedangkan namanya jadi lebih buruk kerana gagal berpoIigami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.