Aku ingat lagi mak kata tahun itu adalah raya yang paling dia seronok, sedangkan ramai saud4ra tak balik. Dia sanggup buat kuih raya sedangkan sebelum ini kami beli. Seolah – olah memberi petunjuk yang itu kuih raya terakhir yang dia akan buat untuk keluarga. Kalau diberi pilihan sama ada dihir1s pis4u ataupun dugaan ini, pasti aku pilih untuk dihir1s.
#Foto sekadar hiasan. Sejak akhir – akhir ni dalam 2 minggu ni aku terbaca banyak yang luahkan dari dua – dua beIah, samada lelaki atau perempuan. Yang letih basuh baju, pinggan rumah bagai. Adik beradik ramai tapi macam kayu and macam – macam lagi lah.
Bagi aku itu lah lumrah adik beradik. Dalam yang rajin tak semua yang akan ikut cara kita. Aku 2 orang adik beradik je. Atas aku perempuan dan aku anak lelaki. Dulu – dulu ya lah semua pasal hal dapur mak dan akak aku setelkan.
Kadang – kadang aku tolong jugak sikit – sikit. Bapak aku pun sama. Tapi bapak tetap bapak lah kan. Dia memang tolong tapi tak betu l- betul tolong la hal dalam dapur. Kadang – kadang tempat simpan mangkuk pun dia tak tahu kat mane.
Tapi aku tak marah dia sebab aku lelaki dan aku faham benda tu dan his passion not fully to kitchen. Mak aku pun bukanlah orang yang sihat macam mak – mak orang lain. Dia punya garang dulu ya ampun.
Kadang – kadang aku terpikir mak aku macam mer0yan (maaf mak. Its true). Tapi itulah cara dia ajar kami. Tak kasi muka punya. Tapi dia cuba buat yang terbaik untuk kitorang dua. Kitorang mintak 5 dia bagi 8.
Kitorang salah, dia lah jugak jadi hakim berat sebeIah yang selalu menangkan kitorang. Masa raya dia lah manusia paling sibuk dalam dunia. Sekarang aku dah kerja. Akak aku dah kahwin dan ada anak.
Bila balik kampung kadang – kadang seriusly aku jeles tengok member – member yang adik beradik dorang ramai macam boleh buat team futsal dah. Kitorang cuma 2 orang. 2 orang!!! Kadang – kadang aku terpikir asal Tuhan tak kasi adik beradik lebih dekat family aku.
Senang sikit. Sekarang memang susah. Bukan dari segi kewangan but dari segi kerja dekat rumah. Bapak aku dah pencen dan berumur. Mak aku pulak masih kerja tapi tak sihat macam mak mak org lain. Tapi yang aku respect, dia cuba bagi yang paling baik untuk semua orang bila tiba hari raya atau apa-apa je la.
Kadang – kadang dia masak banyak – banyak tapi bila malam – malam mengadu s4kit lutut tumit. Tugas aku malam – malam jadi wak, urut lutut and tumit dia. Akak aku? Aku tak salahkan dia. Kalau turn dia raya dekat rumah sendiri, memang dia akan bantu semuanya.
Kitorang sama – sama akan berpeIuh dekat dapur. Tapi kalau dia tak balik aku dengan mak aku separuh m4ti jugak lah. Aku cuba untuk tolong mak sehabis baik. Macam raya baru – baru ni, seriusly aku pun semangat nak raya.
Tapi bila aku balik rumah, rumah masih tak terkemas (tak terkemas di mata aku. Padahal bapak aku dan mak aku dah kemaskan). Jadi aku lah yang tolong kemaskan. Aku tak kisah. Akak aku pulak tak ada sebab turn beIah mak mertua dia.
Sampai la hari terakhir sebelum raya nak masak rendang. Aku jugak yang tak pernah – pernah tengok sangat terp4ksa join 100% nak buat rendang. Kadang – kadang jujur aku bebal dalam hati jugak sebab aku penat.
Aku lelaki ada hidup aku jugak. Aku nak jugak keluar lepak malam – malam dengan member yang dah balik kampung. Lama tak jumpa kan. Tapi aku tak dapat dan tak boleh. Kalau aku tak tolong, mak aku konfem terhuyung hayang kena buat semua (masak skala besar dan kemas rumah sebagainya).
Kadang – kadang bila member ajak keluar lepak semuanya aku tipu cakap aku dekat sana la, sini la. Nak bagi alasan tak nak lepak sebab tak sampai hati. Perkara ini berulang sampai la sekarang dah lepas raya.
(The moment korang baca benda ni, aku dah basuh gelas lebih 20 round!!) Sampai la sekarang aku punya kerja just kat dapur bila akak aku tak balik turn raya sini. Inilah hakik4t kalau adik beradik sikit. Aku tak sampai hati nak keluar dan tak sampai hati tak buat walaupun minat aku bukan dekat dapur.
Kerana terp4ksa untuk mak dan bapak aku cuba buat. Kadang – kadang bila sed4ra datang dorang menganjeng, “bagus anak d4ra ni duduk dapur bla3..” . Eh geram betol. Takkan aku nak biar mak aku terk4ngkang sorang – sorang.
Mak s4kit, anak 2x s4kit kau tau tak makcik bawang oi.. Bila aku tengok member – member post lepak sana sini beraya sana sini, jujur aku cakap aku dengki dan jeles. Tapi untuk mak dan bapak yang sem4kin berumur dan perIukan aku, semuanya aku sanggup.
Kalau cucu – cucu dia balik, aku perasan jugak rumah tiba – tiba jadi riuh. Padahal cucu baru 3 orang. Tak ramai macam 10 orang pun dan semua tu kecil lagi. Tapi riuh dia lain macam. Tapi yang sedihnya bila aku dengar dari bilik aku kat atas yang riuh rendah tu mak aku la buatkan.
Konon nak bagi nampak dalam rumah ni ramai. Padahal realiti tu tak la ramai sangat. Ya lah. Aku, bapak, mak, akak, abang ipar, baby kembar, cucu sulong 3 tahun. Jadi sebenarnya takda la riuh pun.
Kadang – kadang aku sedih bila tengok mak aku yang buatkan suasana riuh tu untuk bagi jiran – jiran dengar yang rumah kitorg penuh orang dan meriah. Tapi takpe lah. Asalkan mak bahagia. Bapak aku senyum, korang nak bagi riuh satu kampung pun apadahal. Aku tadah je lah.
Bila aku tgk semua – semua ni, dengan keupayaan mak bapak aku dah berkurang aku jadi sedih sikit la. Dorang macam 100% mengharapkan aku lepas akak aku kahwin. Tambah – tambah lagi untuk raya atau kenduri kat rumah.
Kalau aku tak de esok – esok, habis la dorang. Atas asbab – asbab macam ni lah yang jujur aku cakapkan aku cuba untuk menutup pintu hati aku untuk berkahwin. Walaupun ramai yang bertanya, ramai yang cuba kenen kan aku dengan anak, sepupu, anak sed4ra dorg tapi aku cuba untuk elakkan.
Aku rasa aku tak sanggup. Kalau akak aku dah tak berapa boleh untuk tolong macam dulu, dan kalau aku kahwin macam mana pulak kan. Aku takut jugak aku tak mampu nak bagi komitmen sama adil dekat dua – dua beIah.
Semestinya aku lebihkan family aku atas sebab – sebab macam dekat atas tapi tak semua manusia akan faham. Biarlah aku jaga dorang. Tak kahwin pun tak pe. Tapi andai kata Tuhan dah tentukan j0doh aku itu ada, maka aku akan ikut tapi aku tak tau aku mampu ke tak nak berbakti pada dorang balik saat – saat umur dorang dan kudrat dorang yang macam ni yang mengharapkan aku 100%.
Aku sanggup k0rbankan dunia aku untuk dorang. Dorang tak tahu lagi yang aku berhenti kerja dekat luar negara pun sebab dorang. Aku tak pernah dan tak akan cerita dekat dorg. Biar 1 hari nanti dorang tahu yang anak lelaki dorang ni memang betol – betol sayang dekat dorang cuma tak pandai nak tunjuk je.
Untuk para confessor yang dah confess adik beradik korang ramai tapi tak tolong la apa la itu la kayu la, syukur lah aku ucapkan. Itu lah resam adik beradik. Dalam 10 mesti ada 8 yang tak betol. Itu lah natijah keluarga.
Kalau korang kat tempat aku, korang mungkin akan buat benda yang sama macam aku buat dekat atas. Jangan lah merungut sangat. Itu lah bahagia. Sekian terima kasih – anak lelaki sulung mak.
Setelah setahun penulis ini sekali lagi menghantar luahan tetapi luahan kali ini sangat menyedihkan kerana ibunya telah pergi menghadap ilahi.
Sambungan… Terima kasih untuk admin dan aku harap confession aku kali ini dapat disiarkan untuk tatapan umum. Aku mohon dan berharap dan merayu pada kalian yang membaca, andai punya ibu tolonglah jaga dia betol – betol.
Pada bahagian 1, itu adalah confession aku perihal hari raya tahun lepas. Ya. Aku k0rbankan segalanya untuk Mak aku. Dan pada tahun lepas juga sebenarnya ada ins1den yang aku tak tulis dalam kisah sebelumnya.
Pagi raya tahun lepaslah untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku Mak aku sendiri yang memohon maaf dekat aku. Dan beberapa pesanan telah dia tinggalkan untuk aku terutamanya bab Solat, Al-Quran dan lain – lain untuk aku titik beratkan andainya dia dah tiada.
Ya lah. Bila pagi – pagi raya kau dipesan bab kem4tian oleh mak sendiri, air mata mana yang tak jatuh deraskan. Dan Demi Allah, benda ini lah yang membuatkan aku sejuta tersentak dan bila diingat kembali, seolah – olah memberi 1001 petanda.
Dan beberapa pesanan soal bernikah juga telah dia pesan dekat aku. Antaranya yang masih aku ingat sekitar bulan January sampai lah bulan April “Kahwin cepat – cepat nanti tak ada orang nak jaga kau. Tumpang mak dan ayah sihat kuat lagi ni..”
Dan Sump4h aku tak pernah terbayangkan peristiwa – perstiwa ngeri. Hanya aku bayangkan, dia memujuk memandangkan aku ni jenis yang tak berapa nak ambil kisah soal untuk berkahwin. Dan Ya. Pada hari ini segala yang diucapkan menjadi kenyataan bila pagi Jumaat, April yang lalu Mak aku dijemput oleh Sang Pencipta.
Dijemput tanpa ada sebarang s4kit yang membuatkan hati aku susah untuk menerima kenyataan. Dan itu lah permohonan maaf yang buat aku sejuta tersentak dan terkedu selama aku hidup.
Dan bersungguh – sungguh dia meraikan raya tahun lepas dan berkata raya tahun itu adalah raya yang paling dia seronok walaupun pada aku kurang meriah sebab kebanyakan adik beradik, saud4ra giliran ke rumah mentua.
Dan bersungguh – sungguh dia mengajak untuk membuat kuih raya setelah beberapa tahun hanya membeli walaupun aku tahu dia tak se-cergas macam orang lain. Dia meyakinkan aku yang dia boleh buat semampu mungkin.
Seolah – olah memberi petunjuk yang itu kuih raya terakhir yang dia akan buat untuk keluarga. Kali ini, hampir setiap pagi seusai sahur sewaktu aku mengambil angin dan sedikit “nyawa” di luar rumah, setiap kali itu juga aku menunggu.
Menunggu andai kata dia tiba – tiba pulang, walaupun itu tak mungkin terjadi. Hampir setiap kali menunggu, setiap itu jugak terdetik di hati, “mana la dia ni. Tak balik balik lagi. Lama sangat dah ni…”
Dan tatkala itu juga terdetik, andai dia pulang aku cuma nak memberitahu, “Tolong jangan pergi lagi. Walaupun cuma 1 hari pun jangan. Tolong jangan. Orang dah cuba tapi orang tak mampu. Tolong lah ada dekat sini. Jangan lah pergi..”
Dan bicara hati tu terhenti dengan sendiri bila Azan Subuh berbunyi. Hari ini tewasnya aku dengan keadaan sekeliling beserta laungan takbir. Yang mana saban tahun orang itu dengan aku telah tiada. Hanya mampu melihat suatu keadaan tanah tertanda batu nis4n berserta nama Arw4h Mak.
Tidak terlintas ini akan terjadi dan inilah benda yang paling aku takuti dalam hidup. Dan masih segar peristiwa kepulangan aku paling jauh dari selatan dengan hanya untuk melihat sekujur jasad yang kaku di atas katil dan siap untuk dikafankan sedangkan dua hari sebelum itu aku masih berbual dengan dia.
Tak akan aku lupa bagaimana aku dalam keadaan punahnya hati mencivm dahi dan pipi yang dah sejuk untuk kali terakhir sedangkan dahi dan pipi itu masih panas seminggu sebelum itu. Selepas dahi aku civm, aku berundur sedikit ke belakang, melihat bahagian muka jen4zah ditutup kapas sebelum dibalut kain kafan.
Laju air mata yang turun sebab aku tahu itulah saat terakhir wajah penuh Mak yang tenang dapat aku tatap dan lihat. Tak akan aku lupa juga berdiri di tepi Iiang Iahad melihat tubuh orang yang paling aku sayang kaku di dalamnya dengan orang sekeliIing mula mengambus tanah.
Selalu tengok dalam drama konon – konon nak pengsan tepi Iahad. Tapi percayalah bila masanya tiba, memang itulah yang kau akan rasa. Memang berpapah untuk berdiri sebenarnya. Tak sanggup untuk aku mengambus.
Tak sampai hati untuk aku tinggalkan dia seorang diri. Tanah seakan lembik. Lutut seakan tiada. Dunia seakan hilang. Cuma berharap benda kembali seperti biasa pagi esok dan ini cuma mimpi ngeri yang panjang.
Tiada kata mampu diucap melainkan air mata yang deras dan mengharapkan agar d0sa aku diampunkan. Kalau diberi pilihan sama ada dihir1s pis4u ataupun dugaan ini, pasti aku pilih untuk dihir1s. Beratnya, Tuhan saja Maha Mengetahui.
Selagi masih hidup, tempat yang pedih itu akan dit0reh dan dir0bek berkali – kali . Aidilfitri aku dah mula macam kurang bermakna. Aidilfitri yang membuatkan hati sayu dan member0ntak meminta agar dipercepatkan tempoh untuk diri sendiri.
Bulan ini hampir setiap malam Bacaan Yassin Ayah aku dah mula tersekat – sekat dalam sedu sedan. Dan aku hanya mampu mengusap badannya. Tanpa banyak patah kata yang terluah. Bukan senang nak memujuk seseorang yang isteri kesayangan telah tiada.
Lebih – lebih lagi isterinya itu adalah mak aku. Setiap hari aku pohon untuk dipertemukan kembali dan hampir setiap doa aku pohon disampaikan salam rindu untuk Mama. Biar dia dan seisi makhluk langit tahu yang aku terlalu rindu sebab aku tau kali ni “jauh” sangat dan Mak must4hil untuk pulang.
Hanya sebuah doa dan pengharapan besar, berharap agar tangan itu juga nanti yang akan menjemput saat waktu aku sudah terusai. Mungkin saat itu, rindu sudah terubati. Mungkin saat itu peIukan tak lagi terlepaskan.
Dan mungkin saat itu adalah kebahagiaan untuk aku yang tak akan terhenti. Mak, rehat dan tidur lah sebagaimana Abang pernah tidur panjang dalam perut Mak 23 tahun dahulu. PergiIah Mak. Abang izinkan Mak pergi.
Abang dah redha bila masa itu dah tiba walaupun berat hati nak menerima yang tahun ini dan mendatang Abang tak ada Mak. Bak lirik lagu Sudirman, dari jauh ku pohonkan ampun maaf. Cuma kali ini terlalu jauh, ma. Terlalu jauh..
Buat rakan-rakan situasi “ketiadaan” itulah yang buat kau m4kin menghargai sekecil – kecil perkara yang masih wujud. Sebab kau dah hilang satu perkara besar dalam hidup. Perkara yang tak mampu ditukar – ganti.
Maka perkara – perkara kecil sajalah yang tinggal untuk kau kutip dan raikan, raikanlah setiap satu perkara yang kau ada, yang masih kau miliki. Sambutlah setiap tangan dengan ucap salam kemaafan dan zahirkanlah rasa sayang.
Kerana kau, aku dan mereka termaktub oleh janji pasti “dijemput” yang tidak tahu entah bila. Salam aidilfitri untuk semua. Selamat!!! – Anak Lelaki Sulung Mak
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.