Saat duit dalam poket hanya tinggal RM5, akaun bank 0, isteri meng4muk nekad minta cerai. Isteri lari bawa 4 anak

Saya buat segalanya untuk keluarga. Saya pernah bagi slip gaji suruh isteri kira depan saya, supaya dia faham keadaan saya. Siang saya kerja, malam saya buat partime bawa grab. Dan di sinilah segalanya bermula. Sekali saya silap, ibarat saya ni datang dari ner4ka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama saya Azad (bukan nama sebenar) telah berkahwin kini mempunyai 4 orang. Kisah yang saya akan tulis adalah pengalaman saya sendiri. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2017, ketika itu saya baru beli rumah.

Pada masa itu, isteri saya mengandungkan anak kedua. Ye, kisah ni agak lama tapi masih boleh dijadikan pengajaran buat saya endiri dan juga pasangan lain di luar sana. Alhamdulillah, lepas bersalin saja isteri saya dapat kunci dan sempat ubah suai sikit maka dapat isteri dan anak – anak merasa rumah baru, lebih selesa.

Pengalaman beli pertama, seperti suami – suami lain antara c4baran utama adalah potongan bulanan. Komitmen m4kin bertambah. Gaji saya dip0tong RM1900 sebulan dan setelah tolak komitmen bulanan bill, taska anak, barang dapur, segala keperluan gaji saya akhirnya tiada berbaki. Negative siap. Garu kepala.

Tiada duit untuk saya makan dan minyak saya nak pergi kerja. Memang jem juga, saya pernah bagi slip gaji suh bini saya kira depan saya, supaya dia faham keadaan saya. Saya buat part time job jadi pemandu grab. Pagi saya kerja hakiki, sebelah malam selepas maghrib saya akan bawa grab sehingga jam 12 malam.

Saya buat setiap hari dan hujung minggu hanya sabtu saya rehat. Alhamdulillah membantu jugak tapi sangat meletihkan. Rutin saya setiap pagi bangun siapkan anak, hantar taska terus pergi kerja. Kemudian 4.30 ambil anak saya di taska balik mandikan dia semua bagai, isteri saya akan balik pukuI 7.

Selepas maghrib saya keluar buat grab, malam kol 12 balik terus tidur. Rutin inilah yang saya lalui hampir 2 tahun. Jadi, biasalah rumahtangga mana tidak diuji, saya ada rakan yang sama – sama buat grab. Jadi kadang – kadang kami berkongsi jenis ragam penumpang yang kami bawa.

Biasalah gurauan lelaki, jadi satu hari tu, saya dapat bawa seorang gadis memang agak lawa, maka saya voice note pada kawan saya melalui wasap. Gurauan orang lelaki sama sama lelaki sebagai penghilang penat. Saya kira seminggu kemudian isteri saya buka hp mendengar voice note tersebut.

Kemudian isteri tuduh saya curang dan mempunyai wanita lain dan sebagainya. Siap minta cerai bagai semua. Memang panas juga la, tapi saya minta maaf dan saya terangkan yang saya tidak curang. Namun dia tidak percaya.

Saya ketika itu memang hilang arah jugak dibuatnya, ketika perg4duhan itu, dalam dompet saya hanya ada RM5, akaun bank kosong, bila berg4duh besar camni saya jadi lagi str3ss dan tertekan. Isteri saya terus balik rumah mak mertua tanpa bagitau saya, tinggalkan saya sorang di rumah keseorangan.

Dalam keadaan tiada duit, kecewa, marah, sedih, dan macam – macam perasaan. Saya tak buat perkara tersebut dituduh seperti saya buat, saya kerja siang malam hasil begini ke? Saya mula mempersoalkan rezeki. Saya tak tau nak buat apa dan nak kata apa.

Saya call mak saya, saya terangkan elok – elok dan mak saya nasihatkan bersabar. Yelah bersabar je la, kita terangkan pun tak guna kalau tak nak percaya, so camne saya selesaikan masalah ini. Selepas wife saya balik dan saya call mak saya saya tidak boleh tido, macam perasaan dan fikiran negative masuk sehingga saya terdengar azan subuh.

Saya alhamdulillah jenis tak tinggal solat, tapi solat subuh berjemaah tak pernah. Maka tergerak hati saya pada subuh itu saya pergi masjid solat subuh berjemaah. Ketika solat subuh itu la saya menangis dan benar berdoa supaya urusan saya dipermudahkan dan isteri saya kembali kepada saya.

Balik sahaja dari masjid, saya pergi dengan hati yang sedih. Saya pulang dengan hati yang lapang seolah saya tiada masalah. Tersangatlah tenang seolah semua masalah itu hilang. Jadi sejak dari itu saya kejar solat subuh berjemaah setiap hari.

Nak tahu apa yang berlaku pada perg4duhan saya, poket saya yang kosong? Dipendekkan cerita isteri saya balik tiba – tiba tanpa kata apa – apa, sedang sebelum tu memang kaw – kaw saya kena, tapi memang dia balik, dia kata dia rindu saya. Alhamdulillah, saya pun ok jek.

Sambil buat grab saya ada buat sikit kerja jual tanah dengan rumah. Minggu itu jugak saya dapat jual 1 tanah dengan komisen 11k. Kemudian saya ada jugak jualkan kereta orang. Saya dapat komisen RM400. Jadi sahabat sahabat lelaki dan para suami sekalian, apa berlaku kita sabar je la, kembali kita kepada Allah.

Kita buat baik macam mana pun, sekali kita silap, terus macam kita ni datang dari ner4ka juga. Kerja kita adalah bahagiakan keluarga, semoga kita para suami diberikan kekuatan dan kesabaran. Yang penting sekali jangan tinggal solat ye kawan.

Tambah laki kaum suami, lebih baik berjemaah kalau tak dapat di masjid ajak isteri dan anak anak berjemaah sekali. – Azad (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aida Mat Daud : Dah lama kahwin, anak dah 4 orang takkan masih tak tahu gurauan yang bagaimana boleh meIukakan hati isteri. Anda kerja kuat cari nafkah.. that is commendable walaupun str3ss. Tapi janga n lupa isteri pun bekerja sampai rumah pukuI 7 malam dan urus 4 anak setiap malam sorang – sorang.

Itu pun str3ssful bagi dia. Anggaplah itu satu teguran dari Allah supaya anda jaga ikhtilat dan pandangan. Dan asbab anda menjadi lebih dekat dengan Allah swt.

Adriana Adriana : Tak payah nak normalisasikan gurau – gurau pasal perempuan lain. Just fikir je, kalau bini ko gurau – gurau dengan member pasal lelaki handsome and macho, ko okay ke? Silap – silap ko yang mer0yan lebih. Bagi aku lelaki jenis bergurau pasal pompuan ni memang iq rendah. Sedih hidup macam takde mende lain nak gurau, macam benak sangat otak.

Alia Elliot : Cantik betul aturan Allah. Bermula dengan penumpang naik grab – gurau dengan member – isteri baca – gaduh dan confessor serabut sampai tak boleh tidur – tergerak untuk pergi solat jemaah dimasjid kemudian dibalas dengan limpahan rezeki tak disangka. Semoga bertambah kebahagiaan, rahmat, dan rezeki dalam perkahwinan confessor, aamiin.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.