Saat isteri nak bersalin, dia sempat pesan dekat aku. Segala hutang-hutang dia, ganti puasa. Aku tengok dalam buku kuning

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tunggu je dekat luar wad bersalin. Sambil aku tunggu tu, aku tengok ramai petugas kesihatan masuk ke kawasan bersalin. Berlari – lari. Aku tak syak apa – apa lagi. Ada sorang doktor datang, bawa bayi lelaki ber’tag’ biru..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Maaf lah kalau aku tak pandai mana menulis cerita. Aku buat confession ni pon sebab ada terbaca yang terbaru ni, tentang seorang isteri yang memuliakan suami. Baca dari awal sampai akhir, tiba – tiba menitik air mata. Macam nampak isteri depan mata. Terbayang – bayang orang yang dah tiada.

Panggil je aku Durian. Aku nak cerita bertapa rindunya aku pada isteri aku dan tak pupus lagi wanita taat atas dunia ni macam penulisan memuliakan suami tu. Arw4h isteri aku ni masa awal – awal aku berkahwin dengan dia, dia memang bukan sorang yang bekerja tau. Aku terima dia seadanya. Dia memang sorang yang baik. Sungguh lillahitaala aku kata, dia la isteri aku yang taat.

Aku ada 3 orang anak. Sorang 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun. Selang 2 tahun je. Isteri aku pon dah meninggaI 3 tahun. Tak sempat dia nak tengok anak kami yang ke 3. Isteri aku meninggaI ketika melahirkan anak ke-3 kami. Aku lah yang membesarkan anak – anak aku sendiri. Bawak ke taska, bawak ke pengasuh. Settlekan diorang sekolah.

Orang kata kerja ni kerja perempuan. Tapi aku berjaya buat kerja tu bertahun – tahun tanpa bantuan orang perempuan. Tak terfikir aku nak berkahwin lain. Arw4h isteri aku ni sorang yang ceria tau. Sentiasa senyum. Aku balik je kerja mesti dia akan sambut dengan pemanis mulut dan air yang dia buat. Dia sangat suka baking. Hampir setiap minggu dia akan baking.

Bile keluar viral soft cookies sekarang, aku teringat ke arw4h. Arw4h sangat – sangat sukakan soft cookies. Dan soft cookies arw4h la paling sedap kami pernah makan. Kate je dessert apa dia tak pernah buat. Semua dia dah cuba. Semua kami dah merasa. Cukup makan kami duduk bersama dia.

Anak aku yang sulong perempuan ye. Bila dia tengok soft cookies lalu lalang di merata socmed, dia mesti akan cakap, “ayah, ibu suka buat kita biskut dulu kan.” Menangis aku mat. Jatuh air mata jantan aku. Salah ke aku rindu orang yang dah tiada.

Isteri aku, nak keluar walau ke depan rumah aje, akan telefon aku, “abang, saye nak ke depan kejap sidai kain tau”. Kalau nak keluar rumah, memang dia akan call sampai aku angkat la baru dia keluar. Paling aku ingat masa aku hadiahkan dia kitchen aid kaler merah.

Melompat – lompat dia suka. Sebab dia memang suka betul jenama tu. Dia kata dia suka tengok anna olson pakai. Entah apa betul ke tidak aku eja. Aku pon tak tahu. Dan arw4h sangat suka menulis ya. Boleh dik4takan banyak buku dia beli sebab dia memang suka menulis.

Bile dia pergi, tak ada 1 pon keburukan aku yang dia tulis. Semua yang baik – baik sahaja. Aku baca rutin harian dia. Aku baca resepi – resepi dia. Aku baca sinopsis dia buat sebab layan drama korea. Tak pernah sekali pon dia marah aku. Jerit ke aku. Buat aku sangat sayang ke dia.

Tahun terakhir kami bersama, masa dia mengandungkan anak ke 3 kami. Dia sihat-sihat je tau. Sangat sihat. Check up anak ok, ibu pon ok. Siap dia pesan, “kalau apa – apa jadi dekat saya nanti, saya dah tulis berapa saya kene ganti puasa ya dan hutang – hutang saya. Abang tengok dekat buku kaler kuning tau” aku iya – iya kan aje. Aku ingat dia bergurau.

26 june, 4 pagi. Arw4h k3jut aku sebab dah rasa contraction. Tapi dia nak tunggu sampai contraction kerap baru nak ke hospitaI. Kami tunggu sehingga pukuI 7. Dan dia nak ke hospitaI dah, aku bawak. Tapi aku tak boleh teman dia bersalin sebab masa tu musim kovit.

Dia peIuk aku. Dia salam aku. Dia minta ampun, minta maaf. Kalau sepanjang dia jadi isteri aku, kalau aku ada terasa hati. Baru dia naik ke labor room. Menanti la aku macam ayam ber4k kapur depan wad bersalin. Aku tengok ramai petugas kesihatan masuk ke kawasan bersalin. Berlari – lari. Aku tak syak apa – apa lagi.

Sekali yang datang ke aku nye, doktor. Bawak sorang baby boy, bertaging biru. Dan mengatakan, wife aku tak dapat diselamatkan. Jantung wife aku tiba – tiba berhenti setelah anak aku keluar. Dah buat cpr tapi no response.

Sekelip mata aku kehilangan orang aku cinta. Rasa nak runtvh dunia. Terkedu aku. Aku call mertua. Aku call ibu ayah aku. Menangis diorang. Bayangkan betapa baiknya wife aku, sampai ibu ayah aku yang hanya mertua kepada wife aku, sampai tak lalu makan. Hampir murung. Aku lagi lah. Bagai nak giIa.

Setahun aku tak boleh nak jejak kaki ke rumah aku. Aku rasa macam wife aku ada dalam rumah tu. Selepas setahun aku melangkah masuk ke rumah kami, masih menangis aku. Anak – anak jangan cerita la. Si kakak selalu menanya mana ibu. Dia yang paling ingat sekali tentang ibu dia.

Sekarang cuti sekolah kan. dia selalu lah mention. “cuti ni, ibu suka pergi cameron yah” hahahaha. Ye. Wife aku suka sangat pergi cameron. Dia kata sejuk. Dia suka. Setiap tahun kami naik cameron. Sekarang aku bawak anak – anak, teringat wife aku. Semoga syurga lah untuk isteri aku yang taat. Sangat – sangat taat. – Durian (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nurul Mohd : Seronokkan dapat pasangan yang baik. Arw4h suami saya juga seorang suami yang baik. Baik sangat.. Allah je yang tahu. Pasangan yang baik ni. Telah meletakkan standard yang tinggi dalam menyayangi dan menyantuni kita.

Yang buat kita rasa cukup dengan kehadirannya. Dia juga yang buat separuh jiwa kita pergi dengan kehilangannya. Grief is the price that we pay for love. Unfortunately, many cannot understand it. Until their turn comes.

Hidayah Maznan : I can relate. Every sentence. Every words. Been there. Suami saya pun dah meninggaI dunia pada usia 32 tahun. S4kit k4nser. Anak – anak time tu 6 dan 2 tahun. Suami saya baik dan bertanggungjawab. Duit nafkah tak penah miss.

Dah hampir 3 tahun berlalu. Ada masa saya sedih tapi saya dah berdamai dengan takdir. Hidup perlu diteruskan. Tak salah mengingati cuma jangan terlalu hanyut dalam emosi. Rahmat dan kasih sayang Allah tu luas untuk orang seperti kita. Percayalah.

Jamil Jomblo : Isteri saya pun baru pergi meninggaIkan saya 6/4/24 dan tinggalkan anak 3 orang.. 7, 5 dan setahun. Bila baca kisah ni saya boleh relate dengan kisah saya. Tiap – tiap malam kalau teringat arw4h mesti menitik air mata ni. Moga kita dapat jumpa arw4h di syurga nanti InshaAllah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.