
Nafkah aku dan anak jarang sekali bagi tapi ada hati dia nak madukan aku. Aku ingat, mungkin ada harapan untuk kami rujuk sewaktu proses eddah tapi tiada. Dia bagi mesej dekat aku, dia nak kahwin malam nanti. Keluarga mertua senyum sampai ke telinga sambut menantu baru..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga fb. Sebenarnya aku dah lama sangat Min oii nak tulis tapi aku asik tangguh je. Tapi kali ini aku tulis sebab aku nak pendapat pembaca semua yang kadang – kadang bernas jugak ideanya. Jika puasa tahun lepas aku diduga dengan masalah rumahtangga aku, perit tapi aku hadap min.
Sewaktu orang lain sedang pilih beraya di Kampung mana, aku diberi pilihan samada terus bersama atau aku terima madu. Lama aku fikir, sebab aku inginkan keluarga yang sempurna buat anak aku ketika itu belum cukup pun setahun lagi. Sedih orang lain punya keluarga bahagia tapi aku tidak.
Kami mempunyai masalah kewangan yang hampir teruk gara – gara hutang kereta dan juga loan bekas suami aku. Masa aku kahwin sumpah aku taktahu pasal ni, bila aku mengandung baru rahsianya pecah. Dia banyak hutang. Tapi aku bertahan, aku buat kerja macam – macam, aku sanggup hidup berjauhan dengan dia sebab masa dia kerja di belah utara dia berkongsi rumah dengan kawan dia.
Aku duduk dengan family. Aku buat kuih, jual air, macam – macam kerja aku buat sebab nanti anak lahir perIukan duit. Masa aku diberitahu aku perlu jalani pembedahan untuk bersalin, serius aku susah hati sebab aku risau kos yang mahal.
Tapi aku usaha jugak simpan duit dengan meniaga online dan offline. Masa aku bersalin min, aku kesian giIer bila dia tiada duit pun nak bayar bil hospital aku, masa nak keluar Aku hulur duit pada dia rm200 sebab aku taknak keluarga aku nampak dia tak mampu.
Aku nak jaga aib dia. Dia kerja hanya supervisor kilang di utara selepas dia ambil keputusan untuk tak lagi bekerja di pelantar minyak akibat kegawatan ekonomi ketika itu. Bila dia kerja, ekonomi kami berubah, dia kerja hanya untuk bayar hutang dia dan aku berniaga untuk sara keluarga. Tapi aku tak kisah sebab ni ujian kami.
Sehinggalah terjadinya peristiwa dia tertaklik pada aku gara – gara aku tak ikut dia balik kampung dan kakak – kakak dia masuk campur hal kami. Aku tak nak balik sebab dia ajak aku duduk bersama mentua, sebab dia nak cari kerja sana, bukannya dah dapat kerja. Dia kata duduk dengan family dia senang ada orang bagi makan minum.
Aku pulak tak suka menyusahkan orang, aku lebih suka usaha sendiri. Aku taknak balik sana sebab mereka tak suka aku berniaga, tapi meraka tak tahu anak mereka tak mampu pun sara aku dan anak. Aku kenal suami aku macam mana, dia akan malas untuk bekerja bila duduk dengan family. Family bukan orang senang pun. Harapkan duit pencen sahaja.
Bila dia berada di kampung, aku suruh dia pergi mahkamah tanya yang lebih arif mengenai status kami. Tapi dia kata dah jatuh talak sebab ayah dia kata, bukan dapat penjelasan dari mahkamah. Jadi untuk kepastian, aku sendiri ke mahkamah dan ustaz bagitau tidak jatuh sebab masih samar.
Bila aku bagitau dia, dia seakan nekad untuk menceraikan aku. Sebab dia ada cakap nak kahwin dengan perempuan yang lagi faham dia, suka keluarga dia. Dia dah ada calon pun. Apa pilihan aku ada. Jadi aku redha jika ini yang terbaik daripada dia nak madukan Aku.
Nafkah aku dan anak jarang sekali bagi tapi ada hati dia nak madukan aku. Tak tahu nak kata apa. Aku bukan b0doh sangat pun sampai sanggup lalui semua tu. Cuma keluarga aku kecewa, langsung tiada kata sepatah dari keluarga mereka. Hanya datang masa hari lafaz cerai di mahkamah. Kami bercerai secara baik.
Aku ingat min mungkin ada harapan untuk aku dan dia baiki hubungan kami sewaktu proses eddah tapi tiada. Sehingga satu hari dia mesej aku bagitau malam nanti dia nak kahwin lain. Aku menangis min, bukan sebab aku tak dapat bersama dia tapi aku kesian pada anak kecil aku sebab aku tak dapat wujudkan keluarga sempurna untuk anak aku min.
Dia upload di Fb, hari bahagia dia bersanding di pelamin, kakak – kakak dia gembira min bergambar bersama, ayah dia senyum melebar. Allahuakhbar, sepanjang aku jadi menantu keluarganya tidak pernah aku berkasar dengan mereka, aku tak pernah sekali menyusahkan anak lelaki mereka walaupun aku berhak sebab aku isteri.
Tapi aku tahu bekas suami aku tidak menceritakan perkara sebenar pada mereka punca kami bercerai. Dia tak pernah cerita yang dia tak bagi aku duit nafkah, selama 3 tahun aku berkahwin dengan dia, baru 2 helai baju dia belikan pakai duit dia.
Sampai sekarang aku pakai baju yang ketika aku anak d4ra. Lusuh selusuhnya. Keluarga dia tidak tahu kebenarannya. Takpelah min aku dah redha dengan semua tu. Tapi yang aku tak boleh blah dia kata pada aku, perempuan takkan boleh hidup tanpa lelaki dan dia suruh aku cari teman.
Yang aku pelik, yang dia sibuk sangat kenapa. Bukan aku yang tak boleh hidup tanpa lelaki tetapi dia yang takleh hidup tanpa perempuan. Kini aku bahagia dengan anak aku, aku ada buat bisnes jual kuih muih untuk tampung kehidupan harian kami.
Untung tak banyak pun tapi aku bersyukur aku mampu beli susu untuk anak aku. Aku bukan tiada kelulusan, aku lulusan degree, cuma aku tiada rezeki untuk bekerja dengan company logistic. Banyak dah aku hantar resume tapi tiada satu pun yang panggil. Takpelah dengan berniaga aku boleh jaga anak aku kan. Korang pun doakan la aku ye.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.