Aku dan isteri kena kahwin p4ksa. 8 tahun dah kahwin isteri takde perasaan nak bersama. Kami ada 2 anak, itu pun aku yang p4ksa dia nak anak

Aku ada kenal dengan seorang perempuan ni. Dia masih anak d4ra dan baik dengan aku. Aku rasa nak peristerikan dia dengan cara yang baik. Aku nak jujur tentang isteri aku punya per4ngai. Sampai bila aku dan isteri aku nak hidup macam ni kan. Aku dah putus asa dengan isteri aku tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Minta post ya dan hide Facebook aku min. Aku dah berkahwin hampir 8 tahun. Aku bekerja outstation (anggota pertahanan). Aku dan isteri aku kahwin atas dasar ibu bapa. Ibu bapa yang tentukan. Sebab aku jenis tak memilih. Aku ikutkan saja apa yang ibu bapa aku nakkan.

Sebelum kahwin aku ada pesan dekat isteri aku, boleh terima pekerjaan aku ni ke? Dia kata boleh terima. Dan dia tak mengeluh. Aku pun okey, tak apalah. Tapi sampai sekarang, selepas aku kahwin, aku dikurniakan dua orang anak. Aku bukan nak mengaibkan bini aku min. Tak ada niat langsung. Hanya nak berkongsi.

Bayangkan, masa permulaan perkahwinan, semua mesti merancang untuk ada anak dan sekaligus untuk bersama lah kan. Aku ingat bercinta selepas nikah ni indah juga. Tapi indah khabar dari rupa kadangnya. Dia tak nak bersama aku dan tak pernah mengajak aku langsung untuk bersama.

Pada mulanya aku ingat dia malu – malu lah, ya lah sebab tak berapa kenal dan kami tak bercinta. Aku bagi dia masa lah, aku tak sentuh dia langsung. Lagipun aku kan kerja outstation. Okey, dipendekkan cerita. Dalam 3 ke 4 bulan lepas tu, aku dah rasa panas dan geram sebab dia langsung tak layan aku.

Aku pun pelik, dia tak ada nafsu untuk bersama atau nak anak ka ha. Lepas itu aku tak peduli. Aku terus terang dekat dia. ‘Awak, saya nak anak. Lepas itu kami bersama juga lah. Aku pun rasa mungkin dia segan. Akhirnya dapat lah bersama kan. Tapi rupanya kan, dia tadah saja min. Dia tadah seolah – olah. Kau buat lah apa pun dah habis beritahu.

Kalau korang duduk di tempat aku, apa korang rasa. Okey tak apalah. Aku bukan nak mengaibkan. Tapi itulah hakikatnya sampai sekarang. Jadi tak apalah. Lepas itu aku pun tak minta dah. Nak dijadikan cerita min, Allah punya kuasa. Sangkut min, positif. Allah dengar doa daripada aku.

Muncullah anak aku yang pertama. Rezeki dari Allah. Aku kan kerja luar negeri, jadi peluang untuk nak bersama dengan dia susah giIa sebab jarang balik. Aku bersyukur. Dipendekkan cerita, aku dengan dia jarang bersama sebab salah satunya aku kerja outstation.

Kedua, dia pun memang rasa macam tak nak bersama saja nampak gayanya. Bayangkanlah, aku balik – balik nak gembira lah kan. Buat k3jutan dekat dia semua. Dia buat b0doh saja. Contoh aku lama tak balik dalam 4 bulan lah. Aku buat k3jutan balik terus dekat dia. Muka dia macam nak tak nak saja. Aku sedih giIa.

Dah 8 tahun min aku rasa sunyi dan macam kurang kasih sayang isteri. Tapi aku ada anak. Selang beberapa tahun, aku inginkan seorang lagi cahaya mata kalau boleh. Lepas itu benda yang sama jadi. Dia tak layan aku. Dia tadah macam terp4ksa giIa. Aku nak kata apa, nak tak nak kan. Seolah – olah macam tak ada isteri aku rasa.

Nak dijadikan cerita, jadi benda yang sama muncul anak kedua min. Subhanallah, besar kuasa Allah. Jadi bayangkan 8 tahun kahwin, peluang bersama tak sampai beberapa kali aku rasa. Allahurabbi. Dan aku jujur tak pernah tidur dengan mana – mana perempuan selain dia.

Bila aku berjauhan, dia langsung tak hubungi aku. Contoh 4 bulan aku outstation, 4 bulan lah dia tak hubungi aku. Aku yang selalu akan tanya khabar, dia dah makan ka, sihat ka dan sebagainya. Nak tunggu dia balas balik, aku rasa dua hari atau tiga hari. Itu pun hanya sepatah.

Lama kelamaan kan, aku rasa macam dah lali dengan sikap bini aku. Aku rasa macam tak apalah, aku redha dengan ketentuan Allah. Cuma dekat sini aku nak berkongsi sikit. Aku ada kenal dengan seorang perempuan ni. Aku kenal dia dekat satu sesi latihan rohani, aku sebagai fasilitator masa itu. Dia baik dengan aku. Keluarga broken. Dia anggap aku ni macam tempat dia nak berkongsi masalah.

Aku dah kenal dengan budak ni dalam 3 tahun dah. Lepas latihan itu kami ada berhubung juga. Tapi sebagai seorang fasilitator dan seorang peserta latihan. Hubungan kami sampai sekarang juga. Dia akan mesej aku tanya khabar dan sebagainya. Tapi tak lebih dari itu. Dan dia tahu aku dah berkahwin.

Aku cerita aku ada anak dan sebagainya. Tapi tak cerita lebih daripada itu sebab aku bukan jenis nak kongsi hal privasi dengan orang. Dan dia tak tahu aku nak memperisterikan dia. Nak dipendekkan cerita min, aku macam berkenan lah dekat dia ni. Dan dia masih anak d4ra.

Dia baik dengan aku. Aku kenal mak dia. Dan aku pernah jumpa mak dia. Aku nak peristerikan dia dengan cara yang baik. Nak bawa dia jumpa ibu dan ayah aku. Lepas itu nak suai kenal dengan keluarga aku. Nak bawa bincang baik – baik.

Dan aku nak jujur tentang bini aku punya per4ngai itu nanti. Nak cakap terus terang dan bawa bincang. Sampai bila aku dan isteri aku nak hidup macam itu kan. Sepanjang aku kahwin, aku tak pernah beritahu langsung ibu dan ayah aku per4ngai sebenar isteri aku.

Aku tak nak cerita panjang sebab ini hal rumah tangga aku. Aku dah cuba sedaya upaya untuk bahagiakan isteri aku, seronokkan dia. Tapi hubungan aku dengan anak aku baik. Aku akan telefon tanya. Mulanya aku akan telefon isteri aku lah nak cakap dengan anak – anak.

Tapi lama kelamaan isteri aku macam malas jawab telefon aku. Jadi aku terp4ksa tanya adik aku tentang anak – anak aku. Sebab kadang – kadang adik aku akan datang melawat anak aku dekat rumah. Aku buntu sekarang. Aku tahan selama ni. Aku tak cerita dekat siapa pun.

Tapi kali ni aku macam dah give up min. Dia memang tak pernah layan aku langsung. Sedih min. Mohon pendapat semua pembaca. Kalau seandainya ada jalan lain khususnya minta kongsi. Aku pun manusia biasa. Dan apa pandangan korang tentang perempuan yang aku kenal itu. Terima kasih.

Ulasan pembaca:

Nurul Mirwasi : Kenapa tak bawa bincang. Bawa bincang dengan keluarga dulu. Kalau tak jalan juga, baru lah kahwin lain. Ini nak kahwin lain, nak kenalkan dengan keluarga baru, nak beritahu masalah awak dengan isteri awak dekat keluarga. Bawa bincang dengan keluarga mana tahu dia boleh berubah. Kalau tak boleh jalan juga, itu mungkin dia tak ada nafsu kot. Aduh, kesian betul macam kahwin dengan patung atau robot yang tak ada perasaan.

Aigo Ai : Bro macam ni. Mula – mula sekali ajak berbincang. Buat sesi luahan hati. Sepanjang 8 tahun ni ada tak buat. Tak jalan, dua – dua pergi pejabat kadi. Minta nasihat. Minta nasihat orang tua. Nikah dan cerai saja perkataan yang korang tahu. Tak baik meruntuhkan rumah tangga orang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :