
Setiap kali minggu gaji aku, ibu mertua akan call minta duit kerna duit yang suami aku bagi tidak mencukupi. SETIAP BULAN! Beratus – ratus dimintanya, pernah 2k aku bagi macam gitu je.. Akhirnya aku dapat tahu, ibu mertua pernah bagi suami pendinding ketika suami curi – curi balik kampung ibunya..
#Foto sekadar hiasan. Sebelum aku mula menaip, kisah aku ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tapi lebih kepada luahan hati terpendam paling dalam. Aku minta pandangan atau korang boleh share pengalaman korang kat comment, nanti aku baca satu – satu, harap jangan kecam aku lah ye. Bagi aku setiap orang ada pengalaman hidup masing – masing kan. Btw, thanks admin!
Aku Z, kahwin dengan K pilihan hati di restu keluarga aku. Keluarga aku sangat menyayangi K seadanya. Maksudnya, segala kekurangan yang ada pun keluarga aku terima K seikhlasnya. Malah lebih sayang K dari aku. Normal kot lah bila jadi menantu / ipar kesayangan ni semua benda seronok je. Aku pun happy tengok K di layan macam Raja.
Sebaliknya dengan aku, aku ni menantu pada nama je.. Keluarga K broken, Ibu di borneo, Abah di selatan sana. Masing – masing dah berkahwin baru, dah ada anak – anak baru. K ibarat sebatang kara, itu je aku boleh sebut. Sebab masa aku bertunang pun, makcik K yang sarung cincin.
Keluarga K tak nak datang walaupun dah di jemput. Istilah jemput aku gunakan sebab semua tak nak amik port, ajak berbincang asyik mengelak je.. Abah K pun taknak datang rumah aku untuk merisik atau ke fasa seterusnya pun, dik4tanya K takde masa depan nak jaga anak d4ra orang.
Jadi aku dan K amik inisiatif bawa abah jumpa mak ayah aku di kedai makan sahaja untuk sesi suai kenal. Ayah aku sangat positif dan mungkin simpati dengan nasib K, ayah aku cuba permudahkan urusan. Ayah cuma minta beri mas kahwin, kenduri tidak perlu ada pun tak wajib sebab ayah nak mudahkan benda yang abah K rasa susah.
Hal macam ni aku dah terasa hati, tapi aku cuba untuk beri K sokongan dan K perIukan kasih sayang keluarga aku. Jadi aku bertahan. Mak tiri K mulanya tidak sukakan aku, tapi bila tahu aku ada pekerjaan bagus, family baik – baik terus berubah 360°.
Dilayan aku macam kawan baik. Mak tiri K muda lagi tapi anak dah berderet semua kecik – kecik. Aku tak fikir apa – apa pun, cuma aku masih berhati – hati kerana K pernah cerita mak tirinya tidak pernah suka mereka adik beradik. Selalu aku bawa adik – adik K berjalan, beri hadiah dan sebagainya. Fasa amik hati katanya.
K berhasrat nak menjaga adik seibu dengannya bila dah berkahwin dengan aku kelak. Aku bersetuju memandangkan adiknya perempuan dan aku rasa bukan masalah besar bagi aku nak communicate kan. Mak tiri K selalu hasut aku untuk putus pertunangan dengan K, dik4tanya K akan menyusahkan hidup aku, cuma nak menumpang senang aku je.. Tapi aku lagi kenal K, jadi aku teruskan perkahwinan.
Tapi aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Haha. Aku datang rumah K untuk melawat adik – adik dan abah seperti selalu tapi mak tiri menghalau kami. Selepas kejadian tu aku tak pernah jejak kan kaki ke rumah abah K.
K kata dia sudah biasa dengan keadaan seperti ni dan minta aku jangan ajak dia ke sini lagi. Tapi aku tidak pernah diperlakukan sebegitu, terasa hati sikit lah. Ini part aku terasa hati dengan Abah dan mak tiri K. Ibu K tidak pernah jumpa aku sampai lah hari pernikahan aku tu baru pertama kali aku berjumpa.
K pun tidak pernah berjumpa ibu kandungnya sejak parent dia bercerai. Jadi ada berbelas tahun tidak berjumpa, cuma berbual dalam telefon sahaja. K sangat sayang ibu kerana baginya abah jahat sebab berkahwin lain dan ceraikan ibunya. Jadi syurga ibu tu dipandang setinggi – tingginya oleh K. Jadi semua permintaan ibu, K turutkan walaupun K sendiri dalam kesusahan.
Aku ingat lagi, masa awal perkenalan kami ibu K kerap menelefon aku menyatakan rindu teringin nak jumpa aku. Sering buat cerita sedih sebab dah lama tidak bertemu anak – anaknya di sini. Selalu jugak ibu K call mummy aku. Aku fikir tu satu langkah bagus boleh eratkan silaturahim memandangkan abah K tak ada common sense.
Lama kelamaan, ibu K dah mula berani meminta duit dari K. Oh ya, sebelum kenal aku pun K selalu beri duit kepada ibunya. Tak banyak tapi sebagai tanda ingatan tu aku rasa mana – mana mak bapak pun dah rasa bersyukur kot. Betul? Aku tak pernah melarang K, kerana aku rasa itu memang tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Tetapi ibu K sangat licik. Pandai menyusun kata sehinggakan K takut untuk tidak turuti keinginan ibu. Hukvm anak derh4ka jika tidak turuti kemahuan ibunya. Mind set K , dia taknak jadi anak derh4ka dan syurga terletak di bawah kaki ibu.
Setiap kali minggu gaji aku, ibu K akan call minta duit kerana duit yang K beri tidak mencukupi. SETIAP BULAN! Kadang – kadang pinjam, kadang – kadang tak malu ibu mintak terus. Ibaratnya, macam time tu jugak dia s4kit macam nak m4mpos kalau tak dapat duit alamatnya m4mpos dan K adalah anak durh4ka. hahaha..
Kalau ikutkan gaji K yang tak seberapa tu, memang takkan cukup nak bagi kat ibunya. Memang guna duit aku lah setiap bulan. Beratus – ratus di minta nya, pernah 2k aku bagi macam gitu je.. Ye aku tahu aku b0doh. Tapi sebab sayang dan terik4t dengan K aku diam dan akur.
Aku selalu berg4duh dengan K sebelum kahwin. Semua pasal keluarga dia. Aku pernah minta untuk putus tunang kerana aku sangat tak tahan dengan situasi ni. Aku berasa ibu K menipu dan hanya mengambil kesempatan sahaja ke atas diri dan kebaikan aku selama ni. Sama jugak dengan mak tiri K. 2×5 duit duit duit. Tapi mak tiri tak ada lah meminta sangat kan.
K akan ced3rakan diri sendiri setiap kali kami berg4duh. Sehinggakan satu hari tu K pernah gunakan kekerasan fizikal pada aku berkali – kali macam orang hilang kew4rasan. Allahu sejak tu aku tr4uma sangat. Daripada aku seorang happy go lucky berubah jadi orang sangat pendiam dan pasif.
Selesai berg4duh K tak ingat apa yang dia dah buat dekat aku, dia tak rasa pun yang dia dah tumbvk cermin kereta aku sampai pecah seribu. Dia tak rasa s4kit langsung. Lalu dia mintak maaf melutut merayu dengan aku. Korang bayangkan setiap bulan aku berg4duh macam ni. Mau tak giIa aku kan?
Akhirnya aku dapat tahu, ibu K pernah bagi K pendinding. Time ni baru aku tahu K pernah curi – curi balik kampung ibunya masa sekolah dulu. K tak pernah cerita yang aku tahu dia tak pernah jumpa dari kecil. Satu lagi benda terbongkar.
Pendinding yang ibunya bagi tu untuk kesemua anak – anak dia dengan alasan takut mak tiri K buat anak – anaknya nanti. Yang jadi m4ngsa baran K tu aku wahai ibu K yang bijak pandai. Aku nekad masa tu berubat untuk K, buang segala benda tu.
Tanpa beritahu ibu K, tapi last – last ibu K tahu jugak dan dia marah jugak sebab dia kata benda tu tak boleh buang sebarangan. Kena balik kat kampung jugak. Tahu jela kan alau bab – bab ni borneo punya bukan kaleng – kaleng power. Tapi aku peduli apa, daripada aku habis duit repair harta benda aku dek kerana baran K tu baik aku buang kan aje.
Daripada aku s4kit dihempuk K, baik aku hapuskan aje. Dari sini K mula berubah, jadi w4ras sikit. K baik orangnya cuma family dia je sangat t0ksik. Bab duit takkan habis cerita dia sampai lah aku nekad untuk resign. Aku h4ncurkan karier aku sendiri.
Aku kata pada K, aku dah taknak jadi h4mba duit ibu lagi memandangkan K pun susah nak tegas pendirian dengan ibunya jadi aku harus lakukan ini. Banyak benda aku dah jual demi kehendak ibu K yang tak pernah habis tu. K Sedar semua tu tapi aku taktahu dia memang takde kekuatan nak meIawan ibunya pun. Takut derh4ka katanya. Haha s3tan apakah ini.
Satu hari adik K yang di bawah jagaan ibu K beritahu K yang selama ni ibu meminta duit bukan sebab urgent sangat seperti alasan yang diberi tu, tapi sebab nak berjoli dengan anak tirinya di sana. Hahaha. Sangkaan aku selama ni tak pernah salah.
Semuanya benar belaka ibu K seorang licik pandai menipu. K berulang kali minta maaf pada aku supaya maafkan ibunya dan jangan benci ibunya. Aku tanya korang, kalau korang boleh ke tak korang nak lupakan semua benda ni? Lepas satu, satu masalah aku dapat.
Aku cuma beritahu K, aku dah maafkan lama cuma parut di hati aku ni takkan pudar pun. Sentiasa kekal di ingatan setiap benda yang aku dapat dari keluarga K. Kadang – kadang aku rasa, memang ibu yang lahirkan dia tapi ibu dia bukan maksum tak ada salah silap kat anak – anak dan suka – suka hati nak jatuhkan syurga ner4ka anak – anak sebab tak ikut kehendak buas dia tu.
Lagi – lagi kes K ni, ibu dia langsung tak jaga K dari kecil. Ibarat dah besar macam ni menuai hasil je. Haha. Paham kan maksud aku? Aku geram sangat sampai terpikir macam ni tau. Mummy dengan ayah aku pun tak pernah minta duit anak – anak, cuma kalau anak – anak bagi tu dah Alhamdulillah sangat.
Yang aku terkilan sekarang ni lepas kenal K aku dah stop bagi parent aku duit belanja, aku dah stop beli barang keperluan dapur.. Tapi parent aku sampai sekarang still tolong aku .. haaaa s4kit betullll perasaan ni!! Sekarang ni aku nak kerja, tapi semua company dah tak nak amik aku kerja sebab dah 3 tahun aku tinggalkan bidang ni.
Mungkin pengalaman dah luput agaknye. Kesian betul hidup aku.. aku sibuk simpati dekat orang, tapi diri sendiri mer4na. Aku pernah minta cerai dengan K sebab aku dah tak tahan dengan keluarganya. Memandangkan belum ada zuriat lagi kan. (Hah ni belum lagi aku cerita h1naan cacian yang aku dapat) Tapi K elak untuk berpisah.
Sebab dia sangat sayang aku dan baginya aku ni lah yang banyak sangat bantu dia untuk jadi seperti sekarang ni. Aku tak tahu dah sekarang pun aku macam dah tak ada perasaan. Mungkin sebab dah masak sangat dengan keluarga K kot. Tapi aku tak nampak mana arah tuju rumah tangga aku.
Sebab sepatutnya sekarang ni aku dah boleh ada rumah dah tapi sebab ibu K, sebab masalah adik – adik K semuanya jadi tertangguh. Saving aku masa single pun habis. Yang ada cuma teruskan kehidupan je hahaha. Tetiba aku rasa loser sangat.
Sebab dulu aku ada semua cukup, siap boleh ke luar negara lagi. Sekarang ada seketul kereta aku tu je hah nasib baik dah habis bayar. Kalau kena jual memang aku hempuk kepala mak bapak K tu. Kadang – kadang aku rasa macam what for berkahwin tapi raya pun tak pernah boleh balik kampung suami?
Kadang – kadang aku rasa better aku jaga mak bapak aku daripada aku jaga manusia macam ni. Parent aku taktahu pun bad side family K. yang nampak semua baik – baik sahaja. Aku tak nak memburukkan diorang, malu K nanti kan. Ok dah tu je cerita aku.. ni pun sebab s4kit hati lagi dengan ibu K. Hahaha nak di hembus mak mertua pulak kan.. nampak tak aku hormat lagi orang tua.. – Z (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Anne Is : Ni pesan makcik kat anak d4ra sendiri. Jangan kebuluq sangat nak menikah, kalau jantan tu takde quality. Acik ni hidup dah separuh abad, dah tengok macam – macam, hidup single tu lebih mudah dari nak mengharung semua caca marba yang macam u lalui ni.
Jangan ingat menikah tu boleh guarantee happily ever after. Pandai – pandailah memilih, macam I selalu nasihat kat my students yang girls, u kena educate yourselves, jangan mengharapkan jantan nak bela you. Zaman u dah besar nanti, susah nak jumpa jantan yang berquality yang boleh dibuat suami base on ajaran agama. U sendiri kena tanggung diri. Usia muda jangan gedik nak ber bf, lengkapkan diri dengan ilmu so that u boleh cari duit sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.