
Mak mertua aku ada 6 anak lelaki. Lepas suami aku meninggaI, mereka tak tanya pasal arw4h atau pasal mak mertua. Mereka tanya pasal harta arw4h suami. Yang paling s4kit hati, mereka mahu semua. Mereka melalak mahu duit arw4h sehingga ugvt aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang admin. Sembunyikan profil aku ya. Aku merupakan pengikut page ni. Banyak yang aku baca tentang masalah rumah tangga yang tinggal di rumah mentua dan masalah suami atau isteri yang tidak boleh bekerjasama.
Aku seorang balu yang kehilangan suami dua tahun lalu. Suami yang aku cintai pergi menghadap Ilahi tanpa diduga. Bayangkan aku tidak sangka hanya kerana demam biasa dia pergi meninggaIkan aku. Aku sudah berkahwin dengan arw4h selama lima tahun tetapi tak ada rezeki anak.
Aku pernah mengandung dua kali tetapi anak meninggaI ketika lahir dan seorang lagi gugur sebab aku jatuh ketika kandungan lima bulan. Kecewa aku masa itu tidak tahu nak cakap sebab aku betul – betul mahukan zuriat. Aku mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome jadi susah nak rancang.
Bila aku kehilangan zuriat, arw4h suami banyak membantu aku dari segi emosi. Dia yang menjaga aku ketika berpantang. Masak semua dia yang buat. Untuk pengetahuan semua pembaca, arw4h seorang yang panas baran tetapi penyayang dan romantik.
Kebahagiaan kami sepanjang lima tahun perkahwinan ada pasang surut, biasalah rumah tangga. Aku dan suami bekerja dan alhamdulillah cukup segala – galanya. Namun begitu, ketika kebahagiaan kami memuncak, arw4h suami dapat panggiIan daripada ibu dia yang mengatakan dia mengajak kami berpindah ke rumahnya untuk tinggal dan menjaga ibu mertua.
Memandangkan kami tidak ada anak, arw4h suami membuat keputusan untuk berpindah ke rumah ibu dia dan bekerja di sana. Pada awalnya aku tak setuju sebab aku sudah selesa bekerja dengan gaji empat ribu ringgit pada tahun 2022 dan syarikat tempat aku bekerja tak ada cawangan di negeri ibu dia dan hanya ada di Kuala Lumpur sahaja itu pun ibu pejabat. Masa itu kami di utara.
Ketika itu konflik berlaku. Kami menjalani hubungan jarak jauh enam hingga tujuh bulan antara utara dan pantai timur. Bayangkan ada sahaja yang tidak kena sampai berg4duh. Aku mohon tukar ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah berjaya.
Tetapi arw4h suami aku tetap mahu aku berhenti dan duduk di rumah menjadi suri rumah dan jaga ibu dia. Masa itu aku betul – betul meIawan sampai terfikir nak bercerai. Ketika konflik itu berlaku, sampai tahap arw4h suami aku berkata, “Sayang nak pergi jauh ke nak kerja mana – mana pergiIah. Abang tidak akan halang dan abang tidak akan ceraikan sayang walau apa cara pun. Tetapi ingat, kebahagiaan isteri, kejayaan isteri adalah keredhaan suami.” Masa itu aku betul – betul tersentap.
Aku fikir setinggi mana gaji dan pangkat aku, sejauh mana aku pergi, aku tak akan bahagia dan tak akan senang kalau suami tak redha. Jadi aku buat keputusan berhenti kerja dan ikut duduk bersama suami. Ya tindakan aku berhenti kerja meng3jutkan semua pihak termasuk mak dan adik beradik aku serta ipar duai. Rata – rata semua kata aku b0doh berhenti kerja gaji besar.
Ya memang aku rasa aku b0doh tapi “keb0dohan” aku itu adalah mahal untuk keredhaan suami aku. Aku sayangkan arw4h suami aku. Suami aku tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan sebagai anak kepada ibu dia.
Alhamdulillah berkat kesabaran aku, walaupun aku tidak bekerja aku bahagia dan rezeki kami sentiasa ada dan tidak pernah putus walaupun arw4h suami bertukar kerja dan gaji yang murah daripada dulu tetapi rezeki kami macam gaji dia sepuluh ribu sebulan dan nafkah yang dia beri kepada aku mampu melebihi apa yang aku dapat ketika bekerja di utara.
Namun kebahagiaan kami seketika sahaja. Allah ambil dia dengan cukup mudah dan senang. Alhamdulillah dia meninggaI pada hari Jumaat dengan senyuman manis sekali. Aku cukup bangga dan bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang bertanggungjawab walaupun dia panas baran.
Bila dia pergi selama – lamanya, jiwa dan hati aku kosong. Aku jatuh sebab aku suri rumah sahaja dan tidak ada anak – anak. Kekecohan berlaku ketika keluarga arw4h suami terutama adik beradik dia yang tidak pernah ambil tahu keadaan ibu mereka.
Sedih aku ibu dia tinggal seorang di rumah sedangkan anak lelaki ibu mentua ada enam orang termasuk arw4h. Harta arw4h ditanya dan diminta. Yang paling s4kit hati, mereka mahu semua. Alhamdulillah arw4h sudah letakkan atas nama aku sebab harta sepencarian.
Pembayaran caruman persaraan pekerja walaupun diamanahkan atas nama aku, aku tetap beri kepada ibu arw4h. Cuma aku kesian adik beradik mereka melalak mahu duit arw4h sehingga mengvgut aku. Yang paling aku benci, adik beradik arw4h sanggup tinggalkan mak mereka tinggal seorang.
Aku tahu kau semua pun ikut page ni. Balik tengok mak. Mak sudah tua. Jangan p4ksa dan jangan buat dia susah hati. Duit arw4h yang aku beri kepada mak kamu itu janganlah kamu minta. Itu hak dia. Duit arw4h aku bayar hutang – hutang arw4h. Tolong faham ya.
Separuh lagi aku guna duit aku untuk tampung hutang arw4h. Kamu fikir kalau berlaku kepada anak dan isteri kamu, apa perasaan kamu kalau orang lain datang minta hak mereka? Berusahalah sendiri. Arw4h sudah amanahkan duit caruman persaraan pekerja itu untuk bayar hutang dia semua. Tetapi atas belas dan rasa sayang aku kepada ibu mentua, aku beri dia untuk dia teruskan hidup.
Ada anak lelaki macam kamu pun tidak guna. Duduk rumah mak isteri kamu boleh. Yalah isteri isteri anak orang kaya. Rumah bilik ada pendingin hawa. Rumah mak kamu separuh batu separuh papan. Bilik air guna kolah. Bilik tidak ada pendingin hawa. Duduk kampung mana ada “standard” kan.
Jadi baliklah. Ibu kamu bukan tanggungjawab aku lagi. Aku mampu berdoa untuk dia dan arw4h sahaja. Alhamdulillah walaupun aku bergelar balu, aku tetap bangkit. Hidup mesti diteruskan. Nak kerja agak susah sebab sudah empat tahun aku berhenti.
Jadi aku buat keputusan untuk berniaga. Alhamdulillah hasil peninggalan duit arw4h, aku guna untuk modal. Dalam rumah tangga perlu ada toleransi. Kena banyak berbincang dan jujur. Letakkan Allah di tempat pertama insyaAllah.
Abang tunggu aku di sana. Aku rindu memori kita bersama. Al Fatihah untuk arw4h suami aku yang tercinta, Encik Z. Aku kini hanya buat kuih batang buruk tradisional seratus peratus buatan sendiri dan asli. Itu sahaja yang mampu aku buat untuk teruskan hidup aku sebagai balu.
Jangan risau resipi aku guna adalah daripada ibu aku yang sudah tiga puluh tahun pakar dalam batang buruk ini. Alhamdulillah aku masih mampu hidup dalam sederhana, aku rasa cukup segalanya. Admin terima kasih sebab siarkan kisah aku.
Ulasan pembaca :
Hasnifarina Hassan : Semoga dimurahkan rezeki. Aku nasihatkan semua. Mintalah suami siap – siap buat hibah untuk kita terutama yang ada anak. Tidak mahu perkara – perkara seperti ini terjadi. Wasi4t boleh dipertikaikan tetapi hibah tidak boleh. Kadang – kadang kita tidak tahu nasib kita akan datang. Adik beradik pun belum tentu boleh membantu. Duit boleh buat orang hilang pertimbangan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.