10 tahun saya salahkan ibu bercerai dengan ayah. Bila dah kahwin, saya pula bercerai dengan suami, terus teringat ‘d0sa’ dengan ibu

Bayangkan pertama kali period, saya menangis dan call kakak yang jauh kerana pelik ada sesuatu mengalir tak berhenti dan jadi merah seluar saya. Saya kerap salahkan ibu sehinggalah saya bercerai kerana sikap suami sebijik macam ayah. Saya rasa berd0sa kerana salahkan ibu, ayah kata ibu lari dengan jantan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Saya Lia. Umur dah lewat 30-an dah berkahwin untuk kali kedua dan sedang pregnant anak kedua kami alhamdulillah. Anak dengan suami sebelum ni ada 2. Sepasang.

Umur dalam 14 dan 12 tahun. Dua – dua dijaga oleh saya dan suami baru. Alhamdulillah usia perkahwinan kedua ini dah masuk 5 tahun. Mesti ada di kalangan pembaca pernah baca tentang 1 ciapan dan thread tentang tajuk di atas di platform twitter.

Ya. Saya sendiri pernah terbaca 2 – 3 tahun lalu dan rasa ingin ceritakan tentang 2 pengalaman saya dan orang terhampir dengan saya iaitu ibu saya sendiri. Ibu dan ayah sudah bercerai 2 dekad lalu. Dan sepanjang 1 dekad saya sering salahkan ibu kenapa pergi tinggalkan saya dan kakak dengan ayah kami.

Kami berdua terp4ksa berdikari dan tidak dapat belaian ibu sebelum kami akil baligh. Banyak perkara tentang hal perempuan saya tak tahu buat dan kebersihan diri serta kelengkapan peribadi untuk anak remaja sedang meningkat naik saya abaikan kerana tiada yang mengajar.

Bayangkan 1st period saya menangis dan call kakak yang jauh kerana pelik ada sesuatu mengalir tak berhenti dan jadi merah seluar saya. Ibu bukan orang yang saya cari kerana kami tak tahu ibu dekat mana. Apa – apa saya berg4ntung dengan kakak dan ayah cuma sediakan hal kewangan tanpa ambik tahu hal – hal lain.

Saya kerap salahkan ibu kerana tiada saat sukar saya dan saya terkontang kanting kerana kakak pun ada hal dia sendiri. Alhamdulillah saya membesar dengan seadanya dan menerima sedikit tunjuk ajar untuk kebersihan diri dari mak kawan – kawan dan kawan – kawan lain sepanjang duduk asrama.

Ayah tak pernah bertanya keadaan kami ok ke tak. Cuma dia tak pernah culas beri nafkah. Keadaan rumah teruk bersepah bila saya atau kakak tiada di rumah. Ayah memang bekerja kuat tetapi tetap ada masa melepak dengan kawan – kawan.

Bila kami pulang ke asrama memang ayah cuma basuh baju untuk dia pakai tanpa buat perkara lain. Dia panaskan lauk atau makan di kedai sahaja. Rumah seperti rumah terbiar. Lantai penuh habuk dan bulu kucing serta t4hi cicak, keliling rumah penuh daun dan selagi kami tak cuci dan bersihkan rumah selagi tu la dia buat tak tahu.

Dia balik kerja tidur sekejap, tukar baju dan keluar melepak. Semua kerja rumah ayah tak buat atau tak reti saya pun tak tahu. Fast forward saya study dan dapat kerja alhamdulillah. Saya berkahwin setelah bercinta 2 tahun.

Awal – awal perkahwinan saya ok je melayan semua suami. Saya siapkan baju, basuh baju kemas rumah masakkan kegemaran beliau dan berdandan kemas. Komitmen pun ada saya tanggung sekali. Tapi setelah saya bersalin saya mula str3ss, suami orang yang sangat susah nak menolong menjaga anak dan membantu hal – hal rumah.

Dia asyik dengan kereta dan kawan – kawan lain. Hal – hal anak dan rumah semua terletak atas saya walaupun saya juga bekerja. Akhirnya setelah kantoi bercinta dengan orang club hobi dia jugak saya dan dia berpisah dan saya rasa terlepas beban sebab tak perlu support financial dia dan saya happy dengan anak – anak travel dan ada me time dengan kawan – kawan lain.

Setelah lama berpisah saya berkahwin baru dan saya tak melayan suami seperti bekas suami. Saya mula tegas. Saya katakan saya bekerja suami pun bekerja jadi ada perkara saya buat ada perkara suami kena buat, saya masak dia basuhkan pinggan mangkuk dan kemas dapur.

Dia basuh baju dan sidai saya lipatkan dan susun, saya kemas ruang tamu dia kena mop dan kemas bilik. Bila ada anak saya serahkan juga tanggungjawab dengan pada suami. Yela, anak sama – sama takkan jaga aku sorang.

Ewah. Banyak lebar pungkoq tu. Saya tetapkan sebelum jam 12 saya jaga. Lepas jam 12 dia jaga dan jangan kejut saya tidur kecuali kec3masan. Alhamdulillah berkat ajaran ini kami sama – sama dapat jalankan tanggungjawab ini bersama sepanjang perkahwinan kami.

Sebabnya masa awal – awal perkahwinan ada juga dengar mak suami kata “Kesian anak mek kena basuh pinggan sendiri, cuci baju sendiri” Eh kisah pulak aku. Suami diam je. Saya terus kata dekat suami bila kami masuk bilik,

“Saya penat dan awak pun penat cari duit. Jadi apa – apa kita kena buat sama – sama. Saya tak nak str3ss. Saya tak nak kita berpisah sebab saya rasa tak adil lahir sebagai perempuan, saya kena buat semua kerja rumah dan jaga anak tu sesorang”.

Jadi dia kata takpe. Biarlah mak dia tu. Kita suami isteri kena tolak ansur. Sama – sama ada tanggungjawab. Alhamdulillah Allah hadirkan dia dalam hidup saya dan anak – anak saya. Oh yaa, dia juga ayah yang baik untuk anak – anak saya dengan bekas suami.

Tak pernah bezakan anak sendiri dengan anak tiri. Saya belajar satu hal dari rumahtangga ibu dan ayah, ibu dulu sangat baik dan tak pernah bercakap hal ayah tapi saya dapat paham kenapa ibu dan ayah berpisah. Sikap ayah yang lepaskan semua hal rumah pada ibu buat ibu makan hati.

Ibu penat dan ayah tak pernah peduli. Sedangkan ibu pun cari duit bersama ayah. Sama – sama penat tapi ibu lagi penat bersambung tugasan di rumah. Saya rasa berd0sa kerana salahkan ibu tinggalkan saya dan kakak – kakak saya.

Sedangkan ayah yang tak bagi ibu ambil dan hubungi kami. Semua panggiIan disekat. Dan kami dipisahkan jauh dari ibu. Ayah mom0kkan kata ibu lari ikut kekasih lama. Oh yaa. Ibu telah berkahwin dengan orang lain setelah berpisah dan yee.

Ibu sangat bahagia dengan ayah baru. Ayah baru sangat – sangat hargai ibu, bantu ibu buat kerja rumah, bawak ibu ke tempat ibu suka, belikan pasu bunga untuk ibu sebab ibu suka tanam bunga. Ibu tak nampak dimakan usia.

Ibu seronok belajar mengaji dengan ayah baru. Ibu dah berkahwin 15 tahun dengan ayah baru. Sekarang ayah masih sendiri dan rumah walaupun sudah di tambah itu ini tapi susah nak dibuang tabiat ayah. Rumah tetap bersepah, habuk penuh ruang, t4hi cicak bersepah.

Tiap kali kami balik, kami kena berpenat lelah cuci rumah baru boleh tidur dengan selesa. Anak – anak pun ada yang datang menjenguk dan tidak tidur di rumah kerana tak larat nak mencuci segala jenis lumut di tandas dan dapur.

Ye ada ura – ura nak panggil orang kemas rumah sebulan sekali tapi ayah tak bagi. Dihalaunya orang yang datang tu. Risau ada barang dia kena curi katanya. Saya sekarang paham makna kerana seumur hidup itu terlalu lama.

Saya sendiri sudah mengalaminya dan saya sendiri ambik pengajaran dari semua itu. Maaf jika tulisan ini terlalu panjang. Sekadar menulis setelah penat mencuci rumah siang tadi. Seronok nak raya, tapi penat ada juga.

Semoga kita semua tidak tergolong dengan mereka yang tidak rasa empati pada pasangan masing – masing. Selamat Hari Raya semua. – Lia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nama Ku Azma Yusuf : Betul apa yang tt buat untuk perkahwinan kedua beliau. Macam saya pada mula – mula lepas baru kahwin dulu saya dah tak rajakan suami. Dengan maksud kalau saya masak time nak makan suami hidang kalau saya cuci baju suami yang jemur dan angkat.

Bila dh ada anak.. Siang hari saya dah jaga.. Malam hari giliran beliau pula bangun buat susu sebab anak – anak saya minum susu formula dulu sebab saya kerja. Iya begitu lah yang lain – lain nya. Satu tugas dua orang buat.

Mula – mula tu ada juga desas desus kata suami takut kat saya sebab dengar apa isteri suruh. Saya tak suruh tapi saya minta dia bantu. Lainkan bunyinya. Sebab lelaki tak suka di arah – arah. Tapi lelaki suka memberi bantuan sebab dia lebih kuat dari kita.

Alhamdulillah bila anak – anak dah remaja dia nampak apa yang  ayah mereka buat. Jadi secara autonya mereka jadi rajin membantu. Semoga tt bahagia dengan perkahwinan kedua ini. Selamat hari raya.

Nur Hasliza Yaacob : Apa yang saya perasan, kawan – kawan yang suami isteri bekerja dan dah ada anak – anak remaja start ajar anak – anak buat kerja rumah dari kecil tanpa kira jantina. Ada kawan kata, “aku ajar anak – anak terutamanya yang anak lelaki buat kerja rumah supaya bila kahwin nanti boleh tolong bini tak macam pak depa.”

Betul – betul kagum tengok cara dia train sebab saya pegi rumah dia, tengok anak lelaki dia tengah lipat baju depan tv. Rupanya rules dia, siapa nak tengok TV / Netflix boleh, tapi kena lipat baju. Jadi berebut – rebut budak – budak tu lipat baju,

Norma Nor : At the end, kebanyakan masalah perempuan yang kena hadapi memang berpunca daripada ‘budaya melayu’. Semua tanggungjawab dilonggok ke bahu isteri sorang – sorang. Antara isteri tu taat tak bertempat sabar tak bertempat makan hati berulam jantung jela jadikan diri sendiri bagai oanrg gaji. And at the end, isteri itu jugaklah yang menentukan hidupnya samada mahu menjadi seorang h4mba kepada suami atau isteri kepada suami.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.