Masuk je rumah, macam – macam bau ada. Belum pergi bilik air lagi. Dengan baju kotor berlonggok, lubang jamban pun dah tak nampak putih. Dekat dapur, siap ada ulat sampah merata. Suami tunjuk bilik kami yang tak seperti bilik..
#Foto sekadar hiasan. Sebelum ini aku ada baca confessions tentang keluarga pengotor. Cerita – cerita itu buat aku ingin kongsikan pengalaman aku bertemu dengan keluarga pengotor pula. Aku dan suami berkahwin di usia muda.
Masa itu aku baru habis Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Suami pula masih lagi belajar di sebuah pusat kemahiran. Aku mengahwini suami aku yang pada itu tiada harta. Waima sebuah motor pun atas ihsan bapa mertua memandangkan dia masih belajar.
Kami berkahwin pun tanpa majlis. Yang tahu hanyalah ahli keluarga aku dan di pihak suami pula hanya ibunya seorang sahaja yang tahu anak lelakinya bernikah di pejabat agama. Bapa mertua seorang bekas tent3ra pencen.
Dari kecil suami dan adik beradiknya diajar untuk menyelesaikan masalah sendiri. Hubungan mereka sekeluarga baik cuma tidak mesra. Dan sampai sekarang aku dapat rasa. Berbeza aku dan adik beradik yang lain. Kami suka berkumpul bila waktu cuti, buat family day.
Hubungan adik beradik kami erat. Bukan tak pernah g4duh tapi bila g4duh pasti sekejap. Esok boleh borak macam biasa seolah – olah semalam tiada apa – apa. Tapi keluarga suami pula lain. Mereka baik tapi tak suka kumpul adik beradik. Ibarat seorang datang, seorang pergi.
Aku tak nampak di mana silapnya mungkin ayah kurang mesra dengan anak – anak. Buat anak – anak lebih rapat dengan emak. Apa – apa bincang dengan emak mertua. Ayah jenis tak kisah dan tak ambil peduli. Yang baik nak buat, buatlah. Kau buat tak baik. Kau tanggung sendiri.
Aku cuba untuk merapatkan hubungan adik beradik suami. Kami ipar – ipar rancang nak buat family day. Rancang buat family day di rumah sahaja pun. Adik beradik balik, kumpul semua. Tapi tak pernah menjadi. Mak kalau buat majlis kenduri pun banyak hantar ke surau. Tempah makanan luar. Adik beradik tak kedekut duit.
Mak minta berapa sahaja pasti dapat. Tapi untuk balik kampung berkumpul memang payah. Pelik, kan? Aku pun dah 11 tahun kahwin dengan suami, masih pelik hingga ke saat ini. Hahaha. Tapi hari ini bukan cerita pasal keluarga suami yang nak aku sampaikan.
Berbalik ke tajuk asal aku tadi. Masa awal perkahwinan. Hidup aku dan suami sangat susah. Kami menumpang di rumah kawan – kawan suami yang dah berkeluarga. Rumah pertama kami tumpang aku dan suami tak ada bilik. Hanya tidur di depan televisyen ruang tamu. Oleh kerana suami masih belajar.
Aku dan suami hanya mampu jumpa hujung minggu. Dan pada ketika itu aku dah mengandung anak sulung kami. Aku tak bekerja. Suami belajar dengan bantuan penuh dari kerajaan. Dan hujung minggu buat kerja sambilan tolong bapa dan mak mertua menoreh.
Alhamdulillah. Suami tahu aku tak selesa dan batas aur4t dia faham semua itu. Tapi dia sedar dia tak mampu. Aku nampak usaha dia. Bila kandungan sarat, suami kenalkan aku pada keluarga mak angkat dia. Suami kerap bercerita tentang keluarga angkatnya. Tapi masa itu aku tak kisah. Janji dia ada saat aku nak melahirkan anak kami.
Satu hari suami ajak aku berpindah ke rumah mak angkatnya. Dia kata mungkin di rumah mak angkatnya aku lebih selesa sebab ada satu bilik kosong. Aku setuju. Setibanya aku di rumah mak angkat suami. Aku macam tak sangka rumah yang aku akan duduk tak serupa rumah.
Laman tak terurus, tempat buang sampah dekat tepi rumah. Longkang belakang rumah berbau. Masuk rumahnya jangan cakaplah. Macam – macam bau ada. Belum pergi bilik air lagi. Dengan baju kotor berlonggok, lubang jamban pun dah tak nampak putih.
Dapur jangan cakaplah. Ulat sampah sampai terkeluar dari plastik sampah. Tak tahulah sampah dah berapa hari. Aku memang mengucap panjang waktu itu. Mak angkat suami baik sangat orangnya. Anak yang sulung sebaya suami. Dan yang paling bongsu ketika itu berumur 10 tahun tak silap.
Dan ada dua orang anak d4ra yang mana si kakak baru habis pengajian politeknik dan dah bekerja masa itu dan si adik masih lagi belajar di kolej swasta. Sebaya aku. Dia masih belajar sedangkan aku tak lama lagi akan bergelar seorang ibu. Rezeki aku alhamdulillah.
Kalau tengok dari segi penampilan mereka bila keluar rumah memang tak akan sangka mereka seorang pengotor. Bau haruman minyak wangi, rambut tersusun rapi kalau yang lelaki. Yang anak perempuan cantik pula itu. Kecil molek sahaja. Berdandan bagai. Memang cantik. Tapi siapa sangka kalau masuk bilik mereka seperti sarang tikus. Baju bersih dan baju kotor berlonggok jadi satu.
Aku pernah bergurau dengan suami, “cantik – cantik betul anak mak angkat awak. Kenapa awak tak kahwin dengan salah seorang dari mereka sahaja. Daripada mak angkat terus jadi mak mertua.” Aku sahaja menduga. Ternyata suami aku hanya ketawa.
Mak angkat bekerja mengambil upah menjahit baju manakala bapa angkat seorang penganggur terhormat. Kerjanya hanya duduk bersembang di w4rung dan memancing udang ketika musimnya. Mak angkat ada masalah sesak nafas yang sangat kr0nik.
Akibat dari s4kit sesak nafasnya dia tidak boleh buat kerja berat. Pasti akan sesak nafas. HospitaI memang dah menjadi rumah kedua mak angkat. Kadang – kadang tengah p0tong baju siapkan tempahan, bila sesak nafas datang memang kesian. Tapi demi nak menyekolahkan anak – anak terp4ksa gagahkan diri.
Pernah sekali suami bagi duit belanja untuk beli lauk. Duit itu habis diberi ke anak untuk pergi ke kerja sebab belum siapkan baju pelanggan. Anak – anak perempuan mak angkat rajin kerja. Duit gaji habis buat isi minyak pergi kerja dan membayar segala bil dan separuhnya bagi ke ayah mereka untuk beli r0kok, duit minyak motor dan minum teh.
Bila tak dibagi bapa angkat akan meng4muk. Tapi tak ada pun anak – anak mereka yang meIawan. Per4ngai bapa angkat kalau meng4muk dia tak akan pukuI anak – anak atau mak angkat. Tapi dia suka rosakkan barang dalam rumah.
Pintu rumah itu akan dihayun kuat – kuat bagi semua dalam rumah dengar bunyi hayunan pintu. Pinggan, cawan jangan cakaplah. Bila meng4muk campak, meng4muk campak. Pecah. Yang kelakar pernah sampai nak makan dan minum pun cawan kena pakai bergilir – gilir. Kelakar bukan?
Ingat perempuan sahaja meng4muk campak barang. Lelaki pun ada okey. Mak angkat kata dah lah tak membantu membeli. Menjah4namkan harta lagi ada. Hahaha. Dan untuk pertama kalinya aku jumpa lelaki per4ngai begitu. Dugaan.
Meng4muk dia itu meleret hingga berhari – hari sampailah ada anak – anak yang bagi duit atau mak angkat yang bagi baru hilang angin kus – kusnya. Akibat terlalu sibuk mencari duit dan kerap s4kit, mak angkat akui dia tak mampu kemas rumah.
Bila dia suruh anak – anak dan anak – anak tak gerak dia tak boleh marah. Autom4tik akan sesak nafas. Melihat per4ngai bapa angkat yang tak membantu dalam urusan keluarga. Anak – anak tak ambil kisah tentang keadaan rumah mereka. Nak bersepah lantak sana.
Tentang makanan pula pada ketika itu hari – hari menu utama sambal tumis. Beras pun mampu beli 5kg sahaja. Kalau ada rezeki lebih beli telur. Ikut tekak masing – masing sama ada nak buat sambal telur goreng, sambal telur rebus atau sambal telur h4ncur. Air tangan ibu kan.
Walaupun hanya sambal tumis tapi sambal tumis mak angkat memang sedap sangat. Aku tak pernah rasa sambal tumis sesedap itu. Dan aku pun sempat belajar cara buat sambal tumis mak angkat aku. Dan sekarang anak lelaki dia mew4risi bakat mak angkat sampai dapat buka restoran nasi lemak sedap di satu daerah di Johor.
Masa mula – mula duduk bersembang dengan mak angkat, dia akui dia orang miskin. Rumah tak terurus. Kalau nak tumpang rumah dia, dia izinkan tapi terimalah seadanya keadaan keluarga mereka ketika itu. Dan alhamdulillah bila mak angkat bagi tumpang duduk sahaja. Dia tunjukkan bilik yang akan diduduki.
Memang tak dinafikan tak serupa bilik. Suami minta maaf, dia kata dia belum mampu untuk sediakan tempat yang selesa. Tapi pada aku ketika itu keluarga mak angkat dapat terima aku, orang luar yang tak pernah jumpa. Itulah nikmat terbesar yang aku rasa tatkala itu. Keadaan rumah atau bilik aku tak pernah kisah.
Kesungguhan suami tidak mahu menyusahkan keluarga dia dan keluarga aku. Aku kagum. Mak angkat pun terk3jut bila suami aku datang membawa aku yang sarat ketika itu. Dia sempat berseloroh, “Tidak ada kad sampai rumah mak pun. Tahu – tahu sudah mengandung isteri.” Aku yang mendengar waktu itu hanya tersenyum.
Mak angkat yang per4ngai agak brutal membuatkan aku lebih mudah mesra dengan dia berbanding dua anak perempuannya. Tidak dinafikan anak – anak mak angkat semua boleh menerima aku. Mungkin sikap aku yang mudah bergaul membuatkan kami cepat mesra.
Hari pertama aku berpindah ke rumah mak angkat memang tidak duduk diam. Semua tempat aku kemas. Mak angkat pula risau melihat perut aku yang memboyot tetapi tidak reti duduk diam. Anak – anak mak angkat menggelarkan aku majlis perband4ran.
Mana tidaknya, semua tempat aku bersihkan. Bila petang, keliling rumah aku sapu, bakar – bakar sampah sampai daun – daun kering keliling rumah bersih aku kerjakan. Mungkin juga pembawaan mengandung masa itu, aku suka bau asap bakar – bakar daun kering. Itu yang bertambah rajin menyapu sampah. Hehehe.
Masa itu apa – apa yang aku bersihkan dalam rumah itu, aku minta izin dengan mak angkat. Sampai satu tahap, aku tebang pokok pelam yang pada aku baru berusia tiga tahun. Hidup betul – betul di tepi ampaian baju. Dengan kerengganya banyak. Memang s4kit mata.
Rupa – rupanya sikap aku tidak disenangi bapa angkat. Aku pernah tanya mak angkat, kalau aku ada buat salah tegur. Mak angkat aku kata dia bersyukur ada orang pembersih dalam rumah dia. Kehadiran aku memang banyak membantu mak angkat menguruskan rumah pada waktu itu.
Anak – anak mak angkat yang kecil sudah anggap aku seperti kakak mereka. Mereka akan rasa serba salah untuk tinggalkan pinggan kotor di sinki sebab mereka tahu tidak akan ada orang lain akan bersihkan kalau bukan aku.
Rupa – rupanya kehadiran aku sem4kin lama tidak disenangi bapa angkat. Dia sengaja masak lewat malam dan biarkan dapur bersepah dengan sisa – sisa masakan dan makanan yang dia buat. Tetapi bapa angkat tidak boleh bersuara sebab anak – anak dia dan mak angkat sudah anggap aku macam ahli keluarga mereka.
Pernah sekali bapa angkat merajuk. Dia pindah duduk di bangsal. Alahai. Aku pula masa itu yang sedih. Serba salah sangat – sangat. Aku suruh anak – anak pujuk ayah mereka tetapi tidak ada seorang pun yang pujuk. Aku serba salah sangat waktu itu.
Mak angkat aku pula kata biarkan sahaja suami dia. Nak tengok berapa lama bertahan duduk di bangsal kayu itu. Per4ngai macam budak – budak. Aku dah geli hati campur kesian pun ada. Akhirnya dia pindah semula ke dalam rumah setelah aku menyuruh suami aku pujuk. Bapa angkatku cair. Manja betul, nak kena pujuk baru mahu masuk rumah. Hihihi.
Alhamdulillah. Hampir setahun aku tinggal dengan mereka, sampai suami habis belajar dan kami tidak perlu berjauhan lagi. Betullah bayi itu pengerat kasih sayang. Beberapa minggu selepas aku duduk bersama mereka aku selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Orang paling suka pada waktu itu bukan keluarga aku ataupun keluarga suami. Tetapi keluarga mak angkat. Anak hanya ada dengan aku waktu hendak menyusu sahaja. Selain daripada itu semua mak angkat yang uruskan.
Sayang benar mereka dengan anak kami. Dia kata mak boleh jadi tidak semput bila tengok anak aku. Sayang betul dia. Memang anak aku ditatang bagai minyak yang penuh. Di saat keluarga sisihkan aku, Allah hadirkan orang luar, keluarga yang serba serbi kekurangan tetapi kaya dengan kasih sayang. Mereka melayani anak aku seperti cucu mereka sendiri.
Abah angkat yang sebelum ini tidak suka aku pun sudah boleh terima kami. Mereka pun sudah boleh terima sedikit sebanyak tentang kebersihan adalah kewajipan. Walaupun sekarang aku tidak lagi duduk dengan mereka, sedikit sebanyak mereka sedar kebersihan itu tanggungjawab semua orang.
Walaupun selepas ketiadaan aku rumah itu tidak sebersih semasa aku tinggal bersama mereka, sekurang – kurangnya tidak sekotor masa mula – mula aku menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Dulu keluarga aku suka memperlekehkan orang pengotor, miskin. Tetapi bila apa yang terjadi pada aku. Di saat aku dipinggirkan, golongan yang tidak dipandang inilah yang menggenggam tangan aku.
Tidak ada orang di dunia ini yang mahu jadi pengotor dan miskin. Itu ujian mereka. Ujian kita adalah diri kita sendiri yang merasakan diri kita sentiasa bagus. Ini cerita 11 tahun dahulu. Kalau mahu ikutkan banyak lagi yang hendak diceritakan tentang keluarga miskin dan pengotor ini sekarang.
Tetapi takut kamu semua tidak berminat. Tetapi kalau mahu tahu, komenlah sesuatu. Nanti ada rezeki dan ada permintaan aku sambung ya. Terima kasih membaca cerita aku yang tidak seberapa ini. Wassalam.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.