Saya balik rumah suami sebab tertinggal air selusuh. Rupanya madu duduk dalam bilik saya, dia buang semua barang saya

Rupanya sepanjang saya tiada, madu masuk rumah kami menggantikan tempat saya. Yang paling meny4kitkan saya, dia telah membuang semua barang – barang saya dalam bilik tidur kami. Dia tidur di tempat tidur saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca budiman. Selamat malam. Saya nak berkongsi dan minta pendapat semua kawan – kawan tentang kedukaan saya sebagai seorang isteri. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa dan bukan niat membongkar hal rumahtangga.

Namun sebagai wanita, saya perIukan tempat untuk meluahkan, harap sangat dapat bagi komen – komen yang membina untuk semangat saya. Maaf yer andai luahan saya ini buat pembaca semua bosan membacanya. Nama saya Ana, berumur 37 tahun dan saya adalah seorang janda mempunyai 2 orang anak semasa berkahwin dengan suami saya sekarang.

Nama suami saya, wan, berumur 44 tahun. Semasa kami kahwin Wan adalah seorang duda anak 4. Semua anak – anaknya tinggal bersama Wan. Bekas isterinya serahkan semua hak penjagaan kepada Wan. Selepas berkahwin dan mengandung saya berhenti kerja dengan persetujuan Wan memandangkan keadaan saya yang mengandung dan PJJ.

Akhirnya saya dan anak – anak saya ikut tinggal bersama Wan di rumahnya yang dekat dengan tempat Wan bekerja. Bila bergelar ibu tiri kepada anak – anaknya banyak mengajar saya untuk menjadi penyabar. Segala masalah yang anak – anak tiri timbulkan saya cuma letak ke tepi kerana saya mahu keluarga yang saya bina ini bahagia.

Namun episod duka mula menjengah dalam hidup kami. Suami saya berterus terang bahawa dia mempunyai hutang sebelum kami berkahwin lagi dengan seorang janda yang bernama Ros, umur 54 tahun. Dia adalah seorang janda kaya, tinggal di kampung yang sama dengan kami.

Janda itu menuntut hutang dari suami saya, namun kami tak mampu bayar kerana komitmen persekolahan anak – anak. Janda itu menyuruh suami saya berkahwin dengannya sekiranya tak mmpu bayar hutang itu. Setelah berfikir untuk kebaikan semua, saya bersetuju benarkan mereka menikah tetapi selepas saya melahirkn anak dalam kandungan saya.

Namun maIangnya mereka mungkir janji, mereka pergi berkahwin senyap – senyap di seberang ketika saya sedang sarat mengandung. Saya sangat kecewa kerana saya dikhi4nati oleh sesama wanita yang pernah menunaikn haji 4 kali, yang berpakaian bertutup litup.

Akhirnya dia menggunakan harta wang ringgitnya untuk mer4mpas suami saya. Saya tetap bersabar sehinggallah tiba due date bersalin. Saya meminta izin dengan suami untuk berpantang di kampung saya iaitu di rumah saya sendiri yang telah lama saya tinggalkan, Wan bersetuju.

Ahkirnya dia hantar saya dan anak – anak pulang ke kampung saya. Dua minggu sebelum due date saya pulang semula seorang diri dengan bas ke rumah kami kerana saya tertinggal air selusuh. Bermulalah lagi episod duka saya.

Rupa – rupanya sepanjang saya tiada di rumah, Ros masuk ke rumah kami menggantikan tempat saya. Ros masuk tinggal di rumah kami walhal dia mempunyai rumahnya sendiri yang berdekatan dengan rumah kami. Yang paling meny4kitkan saya, Ros telah membuang semua barang – barang saya di dalam bilik tidur kami.

Ros tidur di tempat tidur saya. Saya tak boleh terima segla perbuatannya. Saya mula benci dengan segala perlakuannya. Melihat saya sedang marah, Wan melafazkan cerai kepada Ros melalui telefon di depan saya dan ibunya.

Saya pulang berpantang di rumah saya dengan seribu harapan dan sejuta kekuatan. Selepas habis pantang, Wan datang memujuk saya untuk pulang semula ke rumah kami. Demi anak yang baru lahir, saya ketepikan semua perasaan marah.

Wan dan saya bercadang untuk membina kedai makan di halaman rumah kami. Dia membuat pinjaman dan saya mengeluarkn duit kwsp saya. Kini kedai kami siap dan kami dah mula berniaga bermula bulan puasa. Selepas raya kami berniaga roti canai bersama dengan bantuan adik ipar.

Namun maIangnya, bahagia kami hanya sekejap sahaja. Wan membuat pengakuan bahawa sebenarnya dia tak berpisah dengan Ros. Ros masih isterinya dan madu saya dan sekarang Ros minta gilirannya. Sudah kering airmata saya untuk tangisi pebuatan mereka.

Saya hanya mendiamkan diri. Soal giliran terserah kepada suami 100%. Ikut suka dia nak tidur rumah mana pun dengan syarat masa giliran Ros dia mesti bawa semua anak – anaknya bersama ke rumah Ros. Jangan tinggal kepada saya untuk uruskan anak – anaknya sedangkan dia berhoneymoon dengan bini muda.

Dalam bersabar hidup bermadu, sekarang baby saya dah berumur 1 tahun 8 bulan. Namun hubungan kami sem4kin bermasalah. Saya sudah banyak kali nasihatkan suami supaya cuba menyelesaikan masalah kami dengan baik.

Saya mahu berbincang dengan madu bersama suami, namun permintaan saya ditolak. Suami tak benarkan saya berjumpa isteri mudanya. Ros pun tak mahu berjumpa saya. Sebetulnya saya terlalu penat, saya rasa diri saya tak dihargai.

Suami langsung tak beri saya duit, cuma sediakan makan minum sahaja. Namun untuk keperluan peribadi dia tak bagi saya duit dengan alasan gajinya tak cukup. Wan kerap marah – marah dan tengking saya apabila saya bertanyakan tentang permasaalahan saya dan madu.

Saya sabar sesabarnya yang boleh. Anak – anak Wan pun dah mula buat per4ngai. Anak perempuanya yang berumur 16 tahun halau anak – anak saya, dia tak bagi anak – anak saya tengok TV di rumah. Saya sabar sebab tak nak berg4duh.

Saya pinjam duit dengan mak, saya beli tv kecil yang murah dan pasang dalam blik tidur anak – anak saya. Wan marah saya dengan mengatakan saya tak pandai jaga hati anak – anaknya. Anak lelakinya yang berumur 18 tahun pula meng4muk bagaikan dirasuk h4ntu marahkan saya.

Wan terlalu marahkan saya. 3 hari Wan tak bercakap dengan saya, tak makan atau minum yang saya hidangkan untuknya. Akhirnya saya cuba berbincang dengannya. Dengan nada marah Wan berkata, “aku rela buang kau, daripada aku biarkan anak aku s4kit.”

Saya cukup faham maksud kata – katanya. Saya cuba sabar dan kuat dalam laksanakan tanggungjawab saya. Selepas itu wang biasiswa sekolah anak Wan yang berumur 16 tahun ditarik balik, sekali lagi anaknya menyalahkan saya kerana nama saya ada daftar ssm.

Saya hilang sabar. Saya suruh dia fikir dengan logik sebab apa biasiswanya ditarik. Saya bagitau “puncanya adalah kerana bapanya. Sebabnya ialah Wan mempunyai rumah 2 biji, kereta 2 biji, motosikal 5 biji. Saya ni cuma ada rumah 1 biji dan kereta 1 biji jer.

Jadi sebab utamanya adalah kerana bapanya sendiri. Pibg sekolah pun pandailah menilai siapa yang miskin. Lain kali sila isi nama ibu kandungnya sendiri dalam borang sekolahnya, jangan letak nama saya.” Saya diam dan sabar lagi.

Sehinggalah pertama hari raya haji tahun lepas, saya tak sempat berhari raya dengan Wan. Wan pergi ke rumah Ros. Wan hanya balik waktu tengahari. Saya tanya, “abg pergi mana? tak boleh ke abg bagitau saya walau sepatah pun yang abang nk pergi raya di rumah bini muda abg?

Wan marah dan tengking saya. dia kata “aku bukan anak kau, kau tak payah nak tanya dan ambik tau pasal aku pergi mana pun. Lagipun aku pergi rumah bini aku jugak. Mulai hari ni mu jangan buat makan minum aku. Aku tak nak makan yang mu buat.”

Kami tak bercakap selama 3 hari. Makan minum yang saya sediakan dia tak jamah. Dia tidur asing dan berjauhan dari saya. Saya rasa terh1na sangat. Hari ketiga dia halau saya dari rumah kedai yang kami bina sama – sama. Wan telefon mak ayah saya, Wan suruh ayah saya datang ambik saya dan anak – anak bawa balik.

Saya terima segalanya. Kini saya dan anak – anak sudah pulang ke istana kecil kami sendiri, kami bahagia di sini. Sekarang saya sedang mencari pekerjaan atau peluang berniaga. Doakan saya yer kawan – kawan semoga ada ada pekerjaan dan mampu menyara anak – anak.

Kini Wan selalu call dan memujuk saya dengan alasan kesiankan anak tapi hati saya tiada siapa yang kesiankan? Dengan segala peng0rbanan yang saya lalui hidup bersamanya selama 2 tahun lebih. Family saya pun marah dengan Wan sebab selama ini family tidak tahu pend3ritaan saya.

Baru kini family tau segala yang saya alami selama ini. Apakah pendapat teman – teman? Apakah keputuusan saya tepat? Apakah saya perlu bagi peluang kepada Wan? Sejujurnya saya serik untuk hidup bersamanya lagi.

Komen Warganet :

Jue Kellon : Tak perlu kembali pada wan. Puan akan lebih bahagia bersama anak – anak. Bukan nak menghasut. Pun cerita dekat sini pun dah sedih baca. Apatah lagi puan yang mengalaminya. Bahagiakan lah diri puan bersama anak – anak dan carilah pekerjaan yang puan minat. Sebelum ni puan berniagakan. Teruskan. kerja sendiri. Masa dengan anak – anak banyak. Anak selalu di depan mata.

Ros Chempawan : Ujian Allah. Bagi pendapat saya sekiranya saya di tempat anda saya dah tak nak tengok muka lelaki tu lagi. Peng0rbanan yang anda lakukan menjaga anak dia tu bukan setakat tak dihargai malah dicemuh.

Buat saja permohonan cerai buang masa hidup saja bersama orang tu. Lebih baik takdak suami daripada hidup bersama orang macam tu. Kita perempuan jangan letakkan sayagkan suami sampai diri sendiri jadi hampas.

Nurul Ajriya : Sis sendiri ada jawapannya di akhir ayat sekali. Jadi takdak sebab nak tanya lagi. Bahagia seorang anak tu terletak bahagianya si ibu. Anak tak elok hidup dengan keadaan yang macam tu. anak berhak dapat hidup yang harmoni dan aman tenteram dengan ibu yang pandai handle em0si. Letak Allah nombor satu, in shaa Allah semua nya akan dipermudahkan. Yakin dengan janji Nya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.