Selepas diceraikan, kak ipar kemaskan rumah, iron baju abg untuk 2 minggu sebelum dia keluar selamanya

Selepas abang kant0i curang dia jadi hilang arah, dia p4ksa kak ipar minta cerai. Dia mengaku dia sayangkan perempuan tu, sambil tangannya diIeher kak ipar. 3 hari selepas itu, kak ipar basuh segala baju, kemas rumah, iron baju dan masak buat kali terakhir untuk suaminya sebelum keluar dari rumah mereka…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Aku Lily, apa yang aku nak ceritakan ni bukan kisah hidup aku tapi kisah kakak ipar aku yang aku beri nama Mawar. Aku tinggal dengan mereka selama 3 tahun. Dia berkahwin dengan abang aku dah 6 tahun.

Mereka kenal 10 tahun sebelum berkahwin, dah 16 tahun mereka bersama. Mawar seorang yang baik, berpelajaran, sangat beradab, ringan tuIang. Mereka belum dikurniakan anak tapi Mawar pernah keguguran 2 kali.

Abang aku, aku namakan sebagai Zack pertama kali membawa Mawar berjumpa keluarga kami ketika Mawar sedang belajar diploma di ibukota. Mawar berasal dari utara tanahair, kami berasal dari Kuala Lumpur.

Sejak itu, Mawar kerap datang sebab bila Zack ajak dating Mawar akan cakap dating di kampung kami sebab Mawar tidak mahu berdua – duaan dengan Zack sebeum nikah. Ibu ayah aku peniaga kedai makan, setiap hujung minggu Mawar akan datang membantu kami.

Tahun 2014, Mawar sambung belajar peringkat ijazah di ibukota. Zack hanya membantu ibu ayah di kedai, time tu dia hanya ada motor. Mawar banyak membantu Zack mencari kerja, buatkan resume, teman setiap kali Zack dapat interview.

Akhirnya Zack berjaya masuk ke pejabat Menteri, sebagai lantikan kontrak. Hidup Zack mula berubah sedikit demi sedikit, dia banyak dapat kerja luar yang membantu menambah pendapatannya. Setahun dua tiga kali Zack akan pergi bercuti dengan kawan – kawan pejabatnya tanpa mengajak Mawar.

Zack pun dah ada 2 buah kereta. Mereka merancang berkahwin pertengahan tahun 2015. Dipendekkan cerita, seminggu sebelum tarikh nikah Zack buat hal nak batalkan perkahwinan tu atas alasan sukakan perempuan lain yang dia baru kenal 6 bulan semasa kerja.

Ibu ayah sangat marah ketika itu dan menyuruh Zack meneruskan pernikahan mereka. Aku tak pasti Zack reIa p4ksa atau redha j0doh dia dengan Mawar. Mereka selamat dinikahkan oleh ayah Mawar.

Untuk pengetahuan semua, sejak Mawar masuk dalam family kami dialah yang mengambil alih urusan keluarga seperti menguruskan appointment hospitaI ibu ayah, order dan ambil ubat, uruskan bil – bil dalam rumah, uruskan baju raya, uruskan family day kami.

Mawar juga lah yang menjaga ibu ayah bila Zack outstation, Mawar jugalah yang tidur dilantai hospitaI selama seminggu jagakan ayah kami yang ketika itu diser4ng str0ke, Zack hanya datang malam lepas kerja. Mawar yang layan ibu ayah ke mana sahaja mereka nak pergi.

Pendek kata, Mawar lah penggerak keluarga kami. Zack hanya menghulur duit. 6 bulan selepas kahwin, Zack menyuruh Mawar berhenti belajar. Ketika itu Mawar dah tahun ke-2 ijazah. Mawar mengikut kehendak Zack dan aku tengok Mawar mula bekerja.

Rupa – rupanya Zack menyuruh Mawar bekerja untuk share sewa rumah dan keperluan harian Bersama. Sedangkan duit Zack lebih dari cukup untuk menanggung keperluan mereka. Macam mana aku tau? Sebab setahun selepas kahwin, Zack mengaku depan ibu ayah yang dia belum menyentuh Mawar atas sebab member0ntak ibu ayah tak benarkan dia membatalkan pernikahan.

Zack masih bercinta dengan perempuan tu walaupun dah bernikah dengan Mawar. Zack pun mengaku dia menyuruh Mawar bekerja sebab dia rasa tak ikhlas nak terima Mawar. Ya Allah, walaupun setahun Zack tak pernah sentuh Mawar, suruh Mawar berhenti belajar, suruh Mawar bekerja, layan Mawar endah tak endah tapi tidak pernah sekali pun aku tengok Mawar bersedih mahupun menjaja cerita tentang rumahtangga dia.

Senyuman Mawar tidak pernah lekang walau hakik4tnya dia mend3rita dalam diam. Dia masih melayan keluarga kami dengan baik walaupun abang aku melayan dia dengan buruk. Tahun kedua pernikahan mereka, aku nampak Zack m4kin okay dengan Mawar.

Perempuan tu pun dah berkahwin. Entahla, mata kasar aku melihat mereka bahagia. Tidak lama selepas itu, Mawar hamil. Alhamdulillah, satu perkhabaran yang baik sebab membuktikan Zack sudah menjalankan tanggungjawab batin kepada Mawar.

Tetapi, kandungan hanya bertahan 2 bulan dan tiada rezeki untuk mereka. Tahun ketiga pernikahan mereka, Zack kant0i curang dengan kenalan lama dia. Handphone dia menyimpan gambar Iucah perempuan tu yang juga isteri orang.

Nauzubillah Min Dzalik. Time tu Mawar hanya menangis, Zack memanggil ibu ayah ke rumah. Konon nak tunjuk akibat mem4ksa dia bernikah dengan Mawar. Ibu ayah hanya minta Mawar bersabar dan menasihati Zack untuk berubah.

Kejadian tu berlalu begitu sahaja, bila depan orang Zack dan Mawar berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku. Mawar seperti biasa, seorang wanita yang sangat kuat. Pandai menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman manis dia.

Tapi aku tahu matanya membuktikan segalanya, ada kesedihan di sebalik matanya, ada duka yang terp3ndam, ada rasa yang dia nak luah tapi dia memilih untuk mem3ndam perasaan. Mawar seorang isteri yang sangat baik.

Macam mana dia layan Zack dari hari pertama bernikah, macam tu lah sampai hari terakhir mereka bertemu. Sejak berkahwin, Zack tidak pernah (sesekali ketika Mawar s4kit) membuat kerja rumah. Mawar yang akan menguruskan segalanya, dari gosok baju hinggakan memakaikan stoking di kaki Zack, Mawar buat.

Hari – hari Mawar yang akan panaskan enjin kereta, masukkan beg ke dalam kereta, meletak kasut kerja di depan Zack, Zack hanya bangun, siap dan gerak ke pejabat. Hari – hari juga Mawar akan buat sarapan, akan bekalkan lunch untuk Zack.

Mawar bangun seawal 4 pagi, dia solat malam, aku saksi setiap kali solat dia tak pernah tinggal al-quran walau kadang – kadang dia hanya baca 1 mukasurat. Tidak pernah dia terlupa buat bekal untuk Zack, walaupun demam s4kit, selagi kaki dia boleh berjalan dia akan buat semua kerja.

Dia akan pastikan rumah bersih, kain berIipat, semua tersusun sebelum Zack balik kerja. Aku saksi semuanya sebab aku pernah tinggal dengan mereka. Aku juga saksi setiap tahun tanpa miss Mawar akan buat surpr1se, atau majlis untuk birthday Zack dan anniversary mereka.

Untuk birthday ibu ayah pun setiap tahun Mawar yang menjadi kepala untuk menyambut. Walaupun Zack tidak pernah buat apa – apa untuk birthday Mawar, aku lihat tulusnya hati Mawar pada Zack. Pernah Mawar tunggu Zack balik untuk surpr1se birthday, Mawar dah masakkan special untuk Zack, tapi Zack balik lambat sebab pergi sambut birthday dengan kawan – kawan dia di restoran luar.

Itupun Mawar sedikit pun tak marah atau bermasam muka. Tahun ke 4 perkahwinan, mereka dah nampak Bahagia. Zack melayan Mawar macam puteri. Mawar dah berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa sejak Zack ceburkan diri dalam perniagaan walaupun masih bekerja kontrak kerajaan.

M4kin lama Zack m4kin kaya, dibelikan kereta untuk Mawar, untuk ibu ayah, tanah dan rumah. Zack bawa Mawar dan ibu ayah merata tempat dalam Malaysia. Aku bahagia melihat senyuman Mawar sem4kin manis, matanya sem4kin bersinar.

Ketika aku rasakan yang Zack dah berubah, rupa – rupanya tidak. Penghujung tahun 2019 Zack outstation selama 3 minggu ke luar negeri atas urusan kerja. Mawar ditinggal sendiri. Tapi minggu ke-2 Zack kat sana, Mawar pergi naik bas yang memakan masa 4jam untuk jumpa Zack buat surpr1se sebab terlalu rindukan Zack.

Mawar tinggal kat sana selama 4 hari sebelum pulang ke rumah sendirian sebab Zack masih belum selesai kerja. Bagi Mawar cukuplah sekejap melepas rindu di hati sebab mereka tidak pernah jauh dengan begitu lama. Mawar sangat manja dengan Zack.

Awal tahun 2020 iaitu tahun ke 5 perkahwinan, Zack kant0i lagi curang. Kali ni dengan staff hotel tempat Zack menginap ketika outstation 3 minggu. Aku saksi Mawar terduduk, menangis teresak – esak di depan Zack tanpa 1 perkataan pun yang keluar dari mulut dia.

Hanya sekadar tangisan seorang isteri yang kecewa dengan suaminya yang berkali – kali mengh4ncurkan hati dia. Zack hanya memberi alasan baru kenal di hotel, dan tiada apa – apa perasaan lagi dan menunjukkan depan Mawar dia mesej perempuan tu untuk mengaku dia suami orang.

Esoknya, keadaan seperti sediakala. Tiada satu pun yang berubah, Mawar masih melayan Zack seperti selalu, masih dengan senyumannya walaupun matanya bengk4k dek tangisan semalam. Bulan 9 Zack terbang ke Sarawak atas urusan kerja selama sebulan.

Macam biasa, Mawar akan buat surpr1se kedatangan dia ke sana. Walaupun Mawar sangat – sangat takut naik flight, dia nekad untuk ke sana sebab rindukan suaminya. Setiap kali merancang surpr1se, akulah akan menjadi orang tengah.

Aku juga saksi setianya Mawar pada Zack walaupun dikhi4nati berulang kali. Setiap kali aku tanya macam mana dia boleh kuat, jawapan dia sama ‘Manusia tak sempurna. Ramai diuji lagi berat dari kakak’. Sekali pun tidak pernah aku dengar Mawar memburukkan Zack.

Bulan 3 tahun ni, Mawar dimasukkan ke hospitaI untuk pembedahan buang ketumbuhan yang membesar bersama baby dalam kandungan, baby pun tak dapat diselamatkan. Sampai sekarang, Mawar masih ada follow up dengan doktor.

Kesihatannya masih belum okay sepenuhnya sebab ada kompIikasi ketika pembedahan yang berjalan selama hampir 10 jam. Mawar berp4ntang sendiri dengan alasan kesian Zack tiada siapa nak uruskan makan pakai Zack. Zack hanya mengambil cuti selama 5 hari.

Bulan 6 tahun ni sepatutnya anniversary mereka yang ke-6, Mawar dah booking honeymoon Grand Lexis Port Dickson dan makan malam, tapi mereka sudah tinggal berasingan selama sebulan. Zack di rumah mereka, Mawar sudah berpindah ke rumah sewa.

Mawar hanya membawa pakaian semata – mata. Tiada satu pun perabot, tiada satu pun makanan yang Mawar bawak. Hanya pakaian dan hatinya yang h4ncur. Zack kant0i masih bercinta dengan perempuan yang dia kenal di hotel.

Setahun lebih Mawar ditipu, setahun lebih mereka bercinta, dan selama itu juga setiap bulan Zack akan ke negeri perempuan tu untuk berdating. Selepas kant0i, Zack seperti orang hilang akal bila dia menc3kik Mawar, mem4ksa Mawar minta cerai dari dia.

Zack menolak Mawar jatuh, Zack menc3ngkam tangan Mawar hingga Iebam. Dia mengaku mereka tidak pernah putvs, dia mengaku dia sayangkan perempuan tu sambil tangannya diIeher Mawar. Aku hanya dapat menarik baju Zack, kudrat seorang lelaki yang aku tidak boleh sangkal.

Zack lepaskan Mawar sampai terduduk, tiada air mata yang keluar, tiada esak tangis dari Mawar. Zack keluar dari rumah, Mawar hanya duduk terdiam di tepi dinding, lama dia termenung, hinggakan dia baring dan terus tertidur di situ.

Langsung tiada kata, tiada air mata yang keluar. Aku hanya sedar dia bangun jam 4 pagi, mandi, solat sambil dengar esakan dia dari dalam bilik. Mungkin sedang meluah perasaan kepada yang Esa. Seminggu Zack keluar tanpa berita, hanya call ibu ayah untuk memberitahu dia ingin berpisah dengan Mawar atas alasan sudah tawar hati.

Akulah yang menemani Mawar hari – hari. Ketika Zack balik semula ke rumah, dia ajak Mawar berbincang. Dia nekad dengan keputvsannya untuk bercerai. Aku hanya dengar Mawar tanya ‘Kenapa abang nak bercerai? Saya ada salah apa  -apa ke?’. Itu sahaja.

Yang lain apa yang Zack cakap Mawar hanya mengangguk kerana tiada pilihan. Mawar sendiri memilih untuk keluar dari rumah tu sebab dia tidak kuat nak tinggal di tempat yang penuh dengan kenangan. 3 hari selepas itu, Mawar pun keluar dari rumah.

Paling menyayat hati aku, bila Mawar mengemas rumah, membasuh baju Zack, menggosok baju kerja Zack untuk 2 minggu, meIipat, mengemop lantai, masak untuk Zack pada hari yang sama Mawar keluar. Serba serbi Mawar uruskan sebelum keluar untuk selamanya.

Mawar cakap biarlah Mawar keluar dengan keadaan rumah yang bersih. Entahla apa ayat yang sesuai aku nak gambarkan, sungguh sempurna Mawar menjaga rumahtangga dia. Pertama kali aku lihat dalam almari Zack sebab membantu Mawar mengemas, terk3jut aku betapa rapinya Mawar menyusun cantik, membezakan warna – warna ikut turutan, mengasingkan pakaian harian dan pakaian kerja seperti aku lihat di butik pakaian.

Pakaian Zack dua almari besar, pakaian Mawar hanya 1 almari kecil. Mawar cakap dia tak pandai shopping, lagipun baju – baju lama masih elok dipakai, tersentuh aku melihat Mawar tunjuk seluar dia yang dah 10 tahun lebih masih dia pakai.

Allah, sungguh k3jam Zack membaIas budi baik Mawar menjaga rumahtangga mereka. Ketika ingin melangkah keluar untuk kali terakhir, Zack hanya duduk di sofa membekukan diri. Mawar berjalan perlahan ke arah Zack untuk bersalaman.

Aku lihat airmata Mawar laju mengalir, seperti empangan yang pecah, dia salam civm tangan abang aku. Dia mohon maaf pada Zack, mohon halalkan semuanya, mohon Zack redha dia memilih untuk keluar dari rumah tu.

Dia peIuk Zack sekuat hati dia, dia menangis teresak – esak dalam peIukan tu walau aku nampak Zack hanya kaku, tiada setitis pun airmata, tiada baIas peIuk untuk Mawar, sekadar memegang bahu Mawar. Mawar melangkah keluar dengan esakan yang kuat, air matanya tak berhenti mengalir sambil mulutnya tak berhenti beristighfar.

Kini dah 3 minggu mereka tidak sebumbung. Aku lah yang membantu dan menemani Mawar sejak berpindah. Cuma Mawar minta aku rahsiakan tempat tinggal dia dari pengetahuan orang lain. Selama 3 minggu ni jugalah Mawar terp4ksa bersendirian follow up doktor.

Bersendirian menahan s4kit, bersendirian di rumah sewa, keluarga Mawar jauh di utara hampir 7 jam perjalanan dan sekarang PKPD di Kuala Lumpur membuatkan pergerakan Mawar terbatas. Mawar tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa pun hatta mak ayahnya.

Yang tahu hanyalah keluarga sebeIah kami, keluarga Mawar masih tidak tahu sebab Mawar sebatang kara kat sini. Berhijrah kerana belajar, berhijrah kerana cintanya pada Zack. Selama 3 minggu aku menemani Mawar, buat pertama kalinya air mata aku jatuh.

Melihat kesedihan. Kedukaan di hati Mawar. Berat Mawar turun mend4dak, cengkung, lesu. Seminggu pertama aku hanya lihat Mawar dengan telekungnya, al-quran tak lekang di tangan, tertidur dengan telekung, makan roti je sehari sekeping selama seminggu.

Andai ada kawan atau family yang call, Mawar bercakap dengan mereka seperti biasa. Mawar lah pelakon terhebat selama 3 miggu aku teman dia. Dia berlakon dia okay, dia berlakon menjaga nama baik suami dia, dia berlakon seolah – olah suami ada di sisinya.

Setiap kali ke appointment doktor dia akan update status cakap terima kasih suami menemani, sedang hakik4tnya dia keseorangan. Dia hanya buat sebab tak nak sesiapa syak yang dia tengah bermasalah. Dalam group family kami pun dia masih aktif membaIas komen, Mawar seorang yang sangat disenangi oleh adik beradik dan ipar kami.

Selama itu juga Mawar tak pernah sesaat pun melupakan Zack, kadang – kadang dia tanya aku Zack kerja tak, Zack makan apa. Kakak makan ni teringat kat Zack mesti dia makan Maggie atau order grabfood. Kakak nak masak untuk Zack boleh tak nanti Lily hantar ke rumah sana.

Tapi dia mem4tikan hasrat untuk kirim makanan ke Zack sebab dia risau Zack tak suka. Mulutnya tak lekang tanya aku rumah kemas tak, berselerak tak. Baju – baju kerja dia tinggal berapa pasang yang belum pakai, nanti siapa nak gosok, Zack tak pernah pegang iron pun.

Tuala Zack tukar tak, selama ni selagi kakak tak tukar selagi tu dia guna tuala yang sama. Kalau sampah penuh tolong buangkan sebab Zack tak pernah buang sampah melainkan Mawar minta tolong. Lily tengokkan air dalam peti ais kalau habis Lily bancuhkan tambah yang baru.

Sebab Mawar akan pastikan setiap masa akan ada air 1 jug di dalam peti ais untuk Zack minum bila – bila masa dia nak. Selama aku tinggal dengan mereka pun, buah selagi tak dik0pek Zack tak akan ambil untuk makan.

Mawar jugaklah yang akan pastikan buah sentiasa dik0pek untuk Zack makan. Begitulah Mawar, begitu banyak pesanan bila aku balik ke rumah Zack. Ada sekali Mawar ikut aku balik ke rumah Zack, ketika Zack pergi kerja.

Mawar duduk kaku di atas sofa rumah, mengalir airmata dia. Dia cakap dia rindu rumah ni, dia rindu dengan rutin harian dia selama 6 tahun. Mawar cakap selalu di sofa ni Zack letak kepala atas riba Mawar, di sofa ni juga Mawar menonton TV dengan Zack.

Tulusnya hati Mawar, sanggup kemaskan rumah untuk Zack, meIipat baju yang dah 2 minggu Zack tak Iipat sejak pemergian Mawar. Mawar juga sempat masak untuk Zack sebelum kami beredar dari rumah tu sebab masih banyak bahan mentah di dalam peti sejuk mereka yang dibeli sebelum Zack buat hal.

Ada sayur yang dah membusuk, bawang yang dah tumbuh akarnya Zack tak pernah pedulikan. Mawarlah yang tolong kemaskan semuanya. Paling menyedihkan bila aku selalu lihat Mawar buka whatsapp Zack membaca semula conversation mereka yang lepas, yang sweet, Mawar senyum sendiri walau senyumannya tak semanis dulu.

Kadang – kadang dia scr0ll balik gambar mereka, dia thr0wback semula tempat yang mereka pernah pergi. Kadang – kadang juga dia bercakap sendiri apa salah dia Zack tinggalkan dia, apa kurang dia. Mawar juga tak tahu nak bercerita pada family dia sebab terlalu mend4dak keputvsan Zack.

Mawar cakap biarlah Allah mengatur urusan hidup dia. Mungkin ada hikmah PKPD di sini, mahkamah tutup dan tarikh belom ada untuk failkan penceraian. Jangan tanya kenapa ibu ayah tak masuk campur, sebab ibu ayah aku dah berubah sejak Zack menabur kemewahan pada mereka, ibu ayah terlalu jaga Zack sampaikan Zack tinggi suara pun ibu ayah terima.

Ibu ayah lupa jasa Mawar pada mereka, ibu ayah tak pernah menasihati abang aku atas sebab risau Zack marah dan tidak memberi mereka duit. Pendek kata, ibu ayah dah gelap mata kerana duit Zack. Mereka hanya berdiam diri sampai ke saat ini.

Tiada call, tiada whatsapp untuk Mawar mahupun Zack. Masuk minggu ke-3 Mawar keluar dari situ, Mawar dah m4kin okay. Dia dah apply kerja, masa yang sama dia juga apply untuk sambung ijazah partime. Aku melihat dia cuba untuk bangkit, berusaha untuk sibukkan diri walau setiap kali solat, aku dengar dia menangis teresak – esak.

Mawar, hatinya penuh dengan harapan Zack menarik balik permohonan cerai tu walaupun hakik4tnya selama 3 minggu Mawar keluar dari situ, Zack langsung tak menghubungi Mawar. Zack sekadar whatsapp untuk maklumkan proses penceraian mereka.

Mawar seringkali bertanya pada aku andai ada harapan mereka berbaik, kakak rindukan Zack, kakak tak pernah ada lelaki lain sebelum dia, hari – hari hidup kakak dengan dia dah 16 tahun macam mana kakak nak biasakan diri.

Zack terlalu k3jam buat Mawar macam ni. Zack lupa siapa di belakang dia sejak dia tak punya apa – apa sehingga dia diberi kemewahan. Zack lupa siapa yang menguruskan rumahtangga dia dengan sempurna.

Mawar kakakku, sungguh kuat hatimu diuji, tak pernah kau sekalipun memburukkan suamimu yang seringkali mengkhi4natimu. Aku saksi sempurnanya kau uruskan abang aku, aku saksi betapa kau ingin membahagiakan abang aku dan ketepikan perasaan kau sendiri.

Aku saksi kau meng0rbankan kerjaya dan pengajian kau untuk suamimu. Aku saksi kau bersusah payah dengan abang aku sampai dia Berjaya sekarang. Mawar, kekallah menjadi seorang wanita yang tabah, yang murah dengan senyuman, yang beradab.

Aku rindu Mawar yang dulu, yang ceria. Maafkan abang aku atas d0sa dia padamu. Semoga Allah gantikan kebahagiaan yang hakiki untukmu. Kau tetap kakakku dunia akhir4t. Allah, jagakan Mawar. Pegang hati dia selalu, bukakanlah jalan untuknya, bagiIah dia pilihan yang terbaik. Padamlah segala kedukaan dihati dia. H4puskan airmata dia. Tolong doakan kakak ipar saya. Terima kasih semua.

Sambungan.. Assalamualaikum… Aku tak jangka untuk menulis part 2, tetapi ramai yang komen yang aku mereka cerita dan yang mengatakan ini kisah novel. Jadi aku terpanggil untuk menulis part 2 secara ringkas.

Lily menceritakan atas izin Mawar. Mawar pun baca komen – komen pembaca. Dan untuk yang part 2 kebanyakan ditulis sendiri oleh Mawar. Terima kasih untuk semua komen – komen positif semoga dibaIas dengan 1001 kebaikan, untuk yang mengecam cakap Mawar menjadi h4mba, Mawar b0doh, Mawar jadikan sebagai penguat untuk mencari diri Mawar semula.

Ya, dulu Mawar ketua pelajar, sangat aktif di sekolah dan university, Mawar seorang yang happy go lucky, peramah. Tapi, sebuah perkahwinan telah menenggeIamkan Mawar yang sebenar. Perkahwinan yang Mawar impikan menjadi kemanisan dalam hidup dia, rupa – rupanya permulaan sisi gelap.

Ya, cerita ini bukan novel atau rekaan. Ini adalah realiti, setiap inci yang Lily ceritakan itu terjadi pada Mawar. Mungkin ada yang tak percaya, tapi percayalah ujian itu bermacam – macam cara kan Allah nak bagi. Mawar pun mulanya bingung macam tak percaya yang dia diuji begini, hari – hari dia bangun bertanya diri “Betul ke jadi pada aku ni ya tuhan.. macam mimpi”.

Mawar teringin juga nak novelkan hidup dia tetapi dia tak tahu nak mula dari mana dan pada siapa dia boleh percaya. Mawar bukanlah b0doh, Mawar sekadar tidak ingin berputvs asa terlalu awal bila diuji pada tahun pertama perkahwinan.

Begitulah tahun seterusnya, perju4ngan Mawar untuk mempert4hankan rumahtangga dan tidak henti berdoa suaminya berubah. Tentang memakaikan stoking pada Zack, jangan salah faham bukanlah setiap hari tetapi bila Zack nampak kelam kabut bila nak ke pejabat.

Ada yang mempersoalkan kekayaan Zack, ya betul ada yang komen dia menggunakan pangkat untuk mendapatkan tender. Kalau ikutkan gaji kontrak kerajaan dia hanyalah cukup untuk bayar kereta dan rumah sendiri. Macam mana dia boleh rentas negeri untuk berjumpa si dia?

Ya, dia menggunakan pangkat untuk berbuat begitu atas alasan kerja. Tentang plan untuk ber honeymoon di Port Dickson tu diplan sudah lama ketika kita masih boleh merentas negeri, masa tu ada promosi voucher hotel tersebut jadi Mawar cepat – cepat book.

Ada juga yang bertanya di mana keluarga Mawar? Mawar ada keluarga jauh di utara, tetapi Mawar tidak sampai hati untuk berkongsi melalui telefon. Memang dari dulu Mawar bukan yang menyusahkan ibu ayah dia, s4kit demam, tiada duit semua Mawar usahakan sendiri. Begitulah Mawar dulu dan sekarang.

Mawar akan mohon kebenaran polis untuk balik ke kampung selepas dapat tarikh mahkamah. Selama berkahwin Zack tidak pernah naik tangan pada Mawar, cuma malam raya tu je pertama kali Zack menc3kik Mawar dan mengasari Mawar selepas kant0i curang.

Alhamdulillah, masuk minggu ke 4 ni Mawar rasa tenang sangat, 1 perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata – kata. Seolah – olah doa Mawar setiap hari untuk Allah buang rasa sayang untuk Zack dalam hati Mawar termakbul.

Mawar dah tak menangis, tak meratap. Mawar seolah – olah dilahirkan semula, dah m4kin happy, dah mulakan rutin harian macam orang lain. Mawar dah padam semua gambar Zack, dah tukar nama Zack di handphone.

Tak tahu kenapa terlalu cepat Mawar move on. Walau jauh di dalam hati masih ada kesedihan dan rindu yang membeIenggu diri Mawar, tapi dia dah boleh redha dan menerima hakik4t. Rindu? Ya Mawar rindu sangat pada Zack, sebab Mawar akan salam peIuk civm Zack setiap malam sebelum tidur dan setiap kali bangun dari tidur tanpa miss.

Tetapi sekarang Mawar dah faham rindu tak semestinya bersambut, cinta tak semestinya berbaIas. Hanya Allah yang akan menyambut dan membaIas. Benar janji Allah tu bila kita berserah diri bersungguh – sungguh dan percaya pada Dia, Allah akan membaIas dengan sesuatu yang kita tak jangka.

P3rit? Ya p3rit sangat untuk lupakan kenangan 15 tahun mereka bersama. Mawar tak menyesal sesaat pun masa dia dengan Zack. Kata Mawar, yang datang dalam hidup kita ada yang bawa pengajaran dan ada yang bawa kenangan.

Untuk kembali pada Zack? Entahla, Mawar tiada jawapan cuma yang pasti Mawar tidak mengharap apa – apa. Biarlah masa dan Allah tentukan apa yang terbaik untuk Mawar.

Untuk suamiku.. Abang, terima kasih mengajar sayang erti rindu, erti s4kit kehilangan orang tersayang, erti pedih menanggung rasa kecewa. Terima kasih kenangan pahit manis 15 tahun kita. Maafkan sayang andai tak sempurna di mata abang.

Semoga abang jumpa kebahagiaan abang. Berd3ndam? Tak, Mawar bukan seorang pend3ndam. Tetapi untuk melupakan, mungkin mengambil masa seumur hidup Mawar.

Mawar nak melangkah kembali, nak bina semula hidup dia. Pengajian akan bermula Oktober, kerja Mawar akan bermula September. Mawar minta doa semua untuk dia mencari diri dia semula yang telah hilang. Lirik lagu Speechless yang Mawar suka sebab Mawar cakap Zack dulu menjadi sebeIah dari sayap dia,tetapi sekarang dah patah dan Mawar tetap akan terbang dengan sayap yang Iuka untuk mencari Bahagia…

Try to l0ck me in this c4ge, I won’t just lay me down and di3, I will take these br0ken wings and watch me across the sky.. Terima kasih semua. Yang buruk dari Mawar sendiri, Mawar tak sempurna, jangan contohi Mawar.

Yang baik dan sempurna dari Allah swt. Dia jugalah pemilik hati Mawar yang hakiki. Andai dipanjangkan umur, Mawar sendiri akan menulis perkembangan hidup Mawar mungkin setahun dua lagi. InsyaALLAH… Assalamualaikum… – LILY (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.