Suami belikan HP untuk bapak mertua, sekali kak ipar mengadu nak HP baru jugak sebab kesian anak dia takde HP

Setiap bulan kak ipar mesej suami buat cerita sedih nak pinjam duit. Masa aku kena berhenti kerja, dia cucuk suami aku. “Mek mu tu tak kerja lagi ke? Buat la apa – apa kerja, zaman sekarang bukan mudah nak besarkan anak.” Padahal dia pun laki bini tak kerja, setiap bulan pinjam duit sampai suami baru ni dapat d4rah tinggi..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Nur. Berumur 29 tahun dan menetap di Melaka. Sudah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki dan sedang sarat mengandung anak ketiga. Suami aku dikenali sebagai Mazlan (bukan nama sebenar) berasal dari pantai timur dan bekerja sebagai anggota keselamatan di syarik4t Oil & Gas di daerah ini.

Sebelum aku teruskan cerita sebenar, meh aku cerita serba sedikit latar belakang kami suami isteri. Aku bekerja sebagai agent insurans dalam 3 tahun dan Alhamdulillah komisen kasar adalah dalam RM3k – 4k sebulan. Tiada hutang komitmen apa – apa kecuali credit card, Asb Loan dan kebanyakan duit aku habiskan untuk takaful keluarga, spend money untuk jalan – jalan dan balik kampung suami.

Suami kerja sebagai anggota keselamatan bergaji kasar RM3-4k sebulan termasuk elaun OT dan lain – lain. Suami ada komitmen penuh iaitu loan rumah 1.5k, kereta 500, bil utiliti 200, nafkah ayah mertua 500, nafkah isteri 500 dan lebihan tu untuk barangan keperluan anak – anak, minyak kereta dan motor serta lauk pauk di rumah.

Kalau diikutkan ada je lebihan untuk simpanankan? Tapi yang ni aku akan cerita nanti kenapa dia takde langsung simpanan sampai sekarang. Suami aku ada seorang kakak sulung nama dia kak Ani (bukan nama sebenar). Kak Ani ni dah berkahwin 15 tahun ada 3 orang anak yang dah bersekolah serta suri rumah sepenuh masa.

Kak Ani menetap di JB dan duduk serumah dengan mak mertua dan ipar dia. Suami kak Ani ni aku gelar biawak hidup sebabnya sejenis suami takde fungsi untuk upgrade nafkah isteri dan anak. Kak Ani ni tak pernah bekerja ya dari lepas SPM hingga sekarang jadi dia tak pernah rasa penat lelah kumpul duit macam mana.

Aku dah lama bersabar dengan Kak Ani ni sebabnya setiap bulan kerap minta duit dengan adik dia iaitu suami aku. Ye la walaupun dia tak minta duit aku, tapi serba sedikit terkesan bila kerap kali pinjam duit tapi bayarnya tak pernah.

Pernah tu minta pinjam 100 – 200 nak beli barang dapur, bila tanya suami tak bagi duit ke? Suami tak bagi sebab banyak alasan kak Ani bagi sampai aku tak ingat dah apa alasan dia tu. Tu la fungsi suami tak guna sejenis malas bekerja nak cari nafkah bini dan anak.

Tapi tiap bulan memang akan minta la pada Mazlan ni walaupun topup RM5. Ada masa Mazlan akan bagi, ada masa Mazlan sesak dia tak bagi pun. Kalau ikutkan anggaran total lebih RM5,000 juga pinjam. Mazlan catat ya semua hutang pinjaman kak Ani tu.

Pernah tu, tahun 2019 kak Ani minta belikan telefon baru sebab telefon dia rosak tak boleh whatsapp. Jadi kak Ani hari – hari dok merintih dengan Mazlan dan adik beradik lain pasal telefon baru. Disebabkan hanya Mazlan dan abang ipar ketiga yang dikenali sebagai Abang Jozan (bukan nama sebenar) yang bekerja, jadi mereka share duit belikan telefon baru untuk kak Ani.

Kak Ani janji nak bayar balik, sampai sekarang sebesar kuman pun tak nampak duit tu. Sampaikan si Mazlan dan abang Jozan ni dah masak sangat per4ngai pinjam – pinjam tak bayar ni. Nasib baik kenangkan adik beradik je, kalau orang luar dah lama tak mengaku kawan.

Ni pun baru – baru ni kak Ani cemburu si Mazlan belikan telefon baru untuk abah mertua. Adik Ira (bukan nama sebenar) iaitu adik ipar kelima pun beli iphone baru guna duit dia sendiri ya sebab nak guna untuk kerja. Kak Ani kata, “Lan, sep sep mu ni banyak pitih (duit) beli telefon untuk mu dan abah, kalau mu ada telefon lebih bagi la aku. Telefon aku ni nak bagi anak aku pula kesian anak takde telefon.”

Kemudian suami aku yang lembut hati ni pun siap cakap balik, “anak mu tu nanti lepas SPM aku belikan kalau result spm bagus, nak telefon macam mana aku belikan nanti”. Elehh ada hati nak belikan untuk orang lain, sedangkan telefon yang dia beli untuk abah mertua dan diri dia sendiri pun guna credit card aku sebab nak bayar guna installment bulanan tau (mata ke atas, tangan ke bahu).

Cakap pasal balik kampung, kak Ani selalu balik naik bas ekspress dari Johor ke Pantai timur terutama jika cuti sekolah dan hari perayaan. Tahu la tiket bas mahal kalau ulang alik dengan 2 – 3 orang anak total dah RM400 lebih.

Dah tahu tak de duit nak balik, dah tu tak payah la balik kampung, duduk kat rumah diam – diam. Ini setiap kali cuti sekolah ke raya ke baru nampak muka nak whatsapp Mazlan minta pinjam duit belikan tiket bas. Hari tu kata nak kumpul duit sikit – sikit beli tiket bas, hari ni kata lain pula duit takde duit nak beli tiket.

Kata kerja part time dengan orang, tapi duit dah habis untuk belanja harian sekolah anak dan lauk untuk rumah dia sebab suami dia memang tak bagi duit nafkah pun. Dari dulu si Mazlan dan abang Jozan suruh bercerai je dengan suami tak guna macam.

Tapi baru balik kampung 2 minggu untuk buat proses cerai, suami dia dah pujuk rayu suruh balik. Apa lagi? Terus kak Ani cair hati termakan pujukan dan berulang – ulang cycle hidup susah macam tu. Bila setiap kali minta duit kat Mazlan, pandai pulak marah suami dia, kutuk – kutuk suami dalam whatsapp sebab tak kerja, tak bagi duit belanja.

Aku tak faham betul manusia dua alam macam ni. Baru – baru ni Kak Ani bincang nak balik kampung raya bersama naik kereta Mazlan. Kereta Mazlan kereta biasa je Proton Persona, tapi nak sumbat sekali kami anak beranak serta Kak Ani dan 3 anak dia.

Mana lerr muat terr. Belum lagi barang – barang dia tu penuh bonet dengan toto, tilam, bantal padahal rumah abah mertua ada semua lebihan toto bantal tu. Kak Ani kata jimat duit dia dari naik bas kena spend RM300 – 400 untuk tiket bas sahaja.

Mazlan dah cakap kereta tak muat nak tumpang, sebab bini dah sarat nak kendong lagi 2 anak mana nak sumbat. Kemudian paling aku beng4ng sampai sekarang, kak Ani suruh Mazlan balik kampung sorang tanpa bawak anak dan bini sekali.

Amboii kau nyah sedap – sedap je suruh orang tu balik tanpa family dia. Ataupun option kedua, dia suruh pinjam kereta abang Jozan yang duduk KL tu untuk balik raya. Abang Jozan guna kereta Alza jadi agak besar untuk sumbat semua orang dalam tu.

Aku tak setuju sebab walaupun kereta abang dia sendiri, tapi kalau berlaku apa – apa kerosakan, defect ke, kemalangan ke kami laki bini yang kena bayar ya. Bukan Kak Ani tu sebab kalau nak harapkan dia memang tak berduit.

Sampai laa ke hari ni Kak Ani masih lagi dok bincang pasal isu balik kampung ni. Suami aku baru – baru ni didiagnose ada d4rah tinggi sebab str3ss sangat dan tak cukup tidur sebab kerja shift. Kak Ani mana pernah tanya sihat ke tak adik dia tu.

Sihat ke tak, okay ke tak, tahu – tahu whatsapp, “Lan, tolong aku nak pinjam RM100, pinjam RM50 duit belanja. Blaa blaaa”. Lepas tu hilang senyap je. Senyap gitu je dah dapat duit sampai la hari nak pinjam duit baru muncul balik.

Sebab tu salah satu punca suami aku takde simpanan pun. Kerja dah 5 – 6 tahun, tapi saving Asb, Tabung Haji pun tak sampai RM2k. Bila tanya mana duit awak tu semua? Dia kata banyak pakai untuk abah mertua dan adik beradik dia.

Kalau pasal abah mertua, aku tak heran sangat sebab abah mertua memang dah tua tak boleh kerja lagi. Ini yang masih muda, anak 2 – 3 orang dah sekolah, masih tak reti cari duit sendiri. Ibarat aku ni kena madu dengan kak ipar sendiri.

Sebelum ni aku kerja office kilang production dari tahun 2017 – 2019 dan pada tahun 2020 aku berhenti kerja sebab PKP. Waktu aku takde pendapatan, aku memang down giIa sebab kilang tak nak ambil aku kerja sebab dah ada anak.

Tiba – tiba kak Ani whatsapp Mazlan dia tanya kenapa aku tak bekerja. Lepastu dia cucuk Mazlan untuk suruh aku bekerja balik. Ayat dia macam ni “Mek mu tu tak keje lagi ke? Buat la apa – apa kerja, zaman sekarang bukan mudah nak besarkan anak.”

Gitu la ayat dia. Sedih wei masa tu sebab suami aku pun macam str3ss aku tak kerja nak bayar komitmen rumah sewa lagi, dan lain – lain. Masa tu nak je aku sound balik kak Ani, dia sendiri pun tak bekerja, laki pun biawak hidup sibuk nak tentukan hidup orang.

Mazlan dah berbuih nasihat kak Ani suruh kerja, berniaga apa – apa la. Bila kita dah bagi jalan, dia tak nak buat alasan sebab takut takut. Tak faham aku takut apa la sangat. Minta duit tak bayar – bayar tahu pulak tak takut azab orang berhutang.

Lepastu play v1ctim salahkan takdir kesusahan dia. Takdir tak salah, tapi kau je yang tak nak usaha lebih. Aku dah lama menahan sabar dengan kak Ani terutama isu balik kampung ni. Dah la tengah sarat mengandung, hanya fikir tembolok dan diri dia sendiri je.

Aku pun malas nak bercakap dengan suami aku, s4kit hati sebab dia terlalu lembut hati pada kakak dia padahal Mazlan kena fikir isteri keutamaan dia sekarang. Sedih bila suami sendiri jadi macam ni. Kadang – kadang rasa nak je pergi mahkamah syariah minta suami aku ni pergi kaunseling untuk belajar tegas sikit dengan adik beradik dia.

Apa – apa pun, minta maaf kalau confession ni panjang sangat. Aku nak minta pendapat macam mana nak settle down dengan Kak Ani ni. Sama ada aku perlu tak confront call / whatsapp jelaskan yang dia tak perlu meyusahkan adik dia lagi? Aku dah buat status sindir Kak Ani banyak kali pun dia tak faham juga. Terima kasih atas pendapat korang. – Nur Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurmala Abd Samad : Since suami tak pandai nak menyimpan, jadi bini tolong la simpankan untuk dia. Minta nafkah lebih sikit dalam seratus dua, pastu simpan la dalam asb ke apa ke tanpa pengetahuan suami.

Pastu tiap kali akak ipar tu nak pinjam duit, suruh laki tunjuk baki duit dalam akaun, banyak tu je ada. Brainwashed sikit laki tu tegas dengan akak ipar. Bukan nk berkira tapi nk dia laki bini jadi berdikari. Bukan asyik ambik kesempatan kat orang je.

Nur Zurina : Macam adik mak aku per4ngai. Ok lagi mintak rm100 – rm200. Adik mak aku mintak rm2k – 3k tiap kali. Tak sampai sebelum habis mintak lagi. Macam mak aku ni jutawan. Mak aku ibu tunggal bergantung pencen arw4h ayah tak sampai 1k sebulan + amek upah jahit.

Kami anak – anak belajar lagi tapi mak aku ni jenis berjimat. Kitorang makan pun ala kadar tapi adik dia kikis. Mentang – mentang mak aku jenis lembut hati, tak berpelajaran senang diambil kesempatan. Sekarang mak aku s4kit masih dengan per4ngai yang sama. Mak aku keluar jer dari operation. Datang hospitaI bukan niat melawat tapi minak duit. Ni contoh family parasite.

Nik Nadia : Benda ni Mazlan punya duit kan, kalau dia tak bagi mana kakak dia nak dapat. Mazlan la beng0ng sapa suruh bagi. Bukan kakak dia handle kad bank, TAC number Mazlan pun. Buat b0do je. Tu pun nak kena ajar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.