Saya baru je duduk rehat lepas anak meng4muk, suami balik kerja terus tuduh saya pemalas, pengotor

Puncanya bila suami balik tengok pinggan mangkuk tak berbasuh, saya pula tengah pegang handphone. Habis berbakul h1naan yang saya dapat, Pengotor, pemalas! Saya nekad cari kerja dan nasib suami berubah bila dia diberhentikan dan terp4ksa jaga anak – anak. Suami jadi str3ss hingga ini yang berlaku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya tertarik nak kongsi apa yang saya rasa bila ada terbaca segelintir orang yang meremehkan ibu yang perIukan ‘me time’. Saya nak ceritakan kisah saya. Saya pernah jadi surirumah sepenuh masa.

Pernah, bermaksud sekarang saya dah bekerjaya. Menjadi surirumah sepenuh masa, pada awalnya saya suka. Sebab memang saya mahu jaga anak – anak sendiri, mahu jadi isteri yang jaga makan minum suami dan anak – anak.

Tengok mereka membesar depan mata saya sendiri. Tapi langit yang cerah tak selamanya cerah. Saya mula rasa penat dengan rutin yang sama setiap hari. Untuk makluman, saya ada pendidikan degree dan sewaktu saya berkahwin saya sedang menyambung master.

Namun saya drop kerana faktor anak yang kecil dan saya berpindah negeri kerana mengikut suami. Jadi bermulalah kehidupan saya. Saya bunting pelamin. Rutin awal pagi, bangun, siapkan sarapan, urus anak, urus suami untuk dia pergi kerja.

Tengahari suami akan balik untuk makan, saya sendiri ke pasar dan masakkan makanan tengahari. Bila suami kembali ke pejabat, saya pun duduklah jaga anak, mengemas rumah. Petang, suami balik, ready makan petang.

Kemudian masak pulak untuk malam. Suami lepas balik kerja, dia akan berehat. Maghrib hingga isya’ dekat surau / masjid, biasa 9 lebih dekat – dekat pukuI 10 baru balik rumah. PukuI 10 lebih dah terlena. Jadi rutin itu berlarutan.

Suami jarang menolong dekat rumah. Berat sungguh rasa beban harian. Memang setiap malam suami ke masjid. Baikkan suami saya. Namun kerja rumah dan anak – anak memang tergalas pada saya. Suami pula, jangankan berterima kasih, mengata lagi saya pemalas dan pengotor. Ini yang menyedihkan saya.

Puncanya pinggan mangkuk tak berbasuh masa dia balik kerja. Ye lah, sebab masa basuh pinggan tu lah anak cari kita, nak makan, nak main, menangis, nak basuh ber4k. Bila layan anak, tertinggallah semua kerja. Jadi bila suami balik, dik4tanya saya duduk saja.

Kebetulan tengah pegang handset masa dia balik. Katalah pula saya ni asyik tengok fb. Padahal baru nak berehat sekejap lepas anak tantrum. Saya penat fizikaI dan mentaI. Kalau suami tak menolong, saya boleh lagi terima.

Tapi suami boleh tahan mengata, katanya saya tak pandai buat kerja rumah. Anak orang senang. Ye, saya anak orang senang. Dulu ayah saya ada bibik. Tapi bukan bermakna saya tak buat langsung kerja rumah. Bila kahwin, saya cuba sebaik mungkin.

Saya masak setiap hari tanpa gagal. Saya jaga anak sendiri tanpa suami tolong. Ye, kadang – kadang saya minta suami tolong mandikan anak petang, sebab dia pun kenalah tolong jugak. Jaga anak bukan tugas ibu semata – mata.

Saya dah satu hari berhadapan dengan dua anak kecil yang jarak umur dekat. Saya perIukan rehat. Yes. Me time. Tekanan saya m4kin menjadi – jadi bila hujung minggu, sepatutnya bawa saya dan anak – anak berjalan ambil angin, sebab dah seminggu bergelumang dengan kerja rumah dan anak, dia pilih untuk pergi ke kelas belajar mengaji.

Sekali lagi, memang bagus. Tapi ia membuatkan saya mula Iemas. Dia tak ada masa pun untuk saya, untuk anak – anak. Sayalah yang bawa sendiri anak – anak keluar tanpa dia dan apa yang bertambah buruk, dia nak balik kampung setiap minggu.

Balik kampung yang 6 jam perjalanan setiap minggu. Bayangkan betapa penatnya saya, nak siapkan barang anak – anak, sudah tentulah saya. Sebab di situlah dia akan pergi kelas mengajinya. Sekali lagi, bila balik kampung, bukan bawa kami jalan, tapi dia pergi ke kelasnya. Ada dua kelas.

Saya sendirilah jaga anak lagi. Tapi oklah sebab adalah juga saya boleh jumpa orang. But masih saya penat sangat, setiap minggu uruskan kain baju dan rumah. Saya terp4ksa ikut, sebab kami ada satu saja kereta. Kalau saya tak ikut, anak – anak akan memerap saja di rumah dan saya pun akan memerap di rumah.

Inilah punca saya dapat depr3ssion. Saya mula hilang diri sendiri. Saya penat fizikaI dan mentaI. Banyak kali saya cakap dengan suami, saya nak me time. Saya sangat perIukan masa bersendirian nak reset balik. Saya dah Iemas.

Tapi suami buat tak tahu je, dia buat apa yang dia nak. Saya jadi stucked. Kemudian, saya berdoa. Ya Allah, tolong saya. Saya tak mampu dah. Sebab saya dah mula terdengar – dengar suara. Saya bagitau suami, saya minta bawa saya untuk rawatan.

Tapi tak ada tindakan pun dari dia. Begitu jugalah hidup saya tiada kesudahan. Apa yang saya nak adalah me time. Saya nak ada masa sekejap keluar sendirian tanpa anak – anak. Saya nak tidur sekejap dengan aman tanpa ada anak kecil memanjat.

Saya ingat dia faham.. Tapi dia begitulah, skeptikal dengan permintaan me time saya. Sampailah Allah bukakan jalan untuk saya. Peluang kerja. ya, saya keluar dari kepompong saya. Dan sesuatu telah berlaku. Dia kehilangan kerja.

Dia kena jaga anak. Tapi, dia tak mungkin dapat duduk rumah diam – diam dengan anak – anak. Suami saya str3ss bila kena duduk rumah. Kemudian ada pula campur tangan keluarga. Dan akhirnya, dia yang ceraikan saya.

Saya tak tahu nak sedih atau gembira. Saya masih sayangkan dia. I love him with all my heart, sebab tu saya k0rbankan diri saya. Bertahan 7 tahun. Tapi saya tahu inilah yang terbaik untuk saya. Saya sayangkan dia, tapi saya sayangkan diri saya juga.

Mungkin Allah makbulkan doa saya. Perlahan – lahan kehidupan saya jadi lebih baik dan teratur. Kami berpisah. Bila waktunya, anak – anak akan ke rumah ayahnya (rumah keluarga, dia tinggal dengan ibunya). Itulah waktu me time yang terbaik untuk saya.

Saya boleh mengaji dengan tenang. Berehat dengan tenang. Makan dengan tenang. Pergi shopping dengan tenang. Ada seorang anak yang masih menyusu, tapi saya bagitau dia, jika anak pergi sana dia perlu bawa kesemuanya.

Anak yang kecil tu dah boleh menyusu botol. Memang dia akan rasa susah, kena berjaga malam dan benda ni dia tak pernah hadap pun dulu, tapi saya rasa dia kena belajar. Saya doakan hidupnya dipermudahkan juga. Dia orang yang baik, mungkin dia tak faham perasaan seorang isteri, seorang ibu. Begitulah saya bersangka baik.

Sekarang, hidup saya sangat tenang. saya suka kerja saya. Saya suka kehidupan saya. saya bersyukur dengan ketenangan yang saya dapat. Jujurnya saya masih rindukan dia sebagai suami saya dulu, tapi tak apa. Saya ada Allah yang sentiasa ada dengan saya.

Sebab tu saya kata, sesetengah orang memang perIukan me time. Orang lain tak layak nak menghukvm atau nak menghakimi. Tak ada siapa yang tahu apa berlaku dalam rumahtangga orang lain. Kita tak tahu sama ada menonton drama tu boleh buatkan dia hilang str3ss, atau apa- apa lagi keadaan lain yang hanya dia dan suaminya tahu. Sila punya lebih sifat emphathy. Sekian.  – Maya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nora Sheka : Sebenarnya tak str3ss pun kalau jadi surirumah. Jangan ada yang push. Orang paling terdekat ialah suami. Suami jangan tau komplen itu ini tak betul, malas, dok umah goyang kaki. Bla bla. Tu yang buat isteri str3ss. H4ng tak boleh bantu, hang jangan la membebel. Gitu.. Sekarang rasain ex husband confessor ni.

Xidi Nurhiddayah Zainal : Mak saya suri rumah sepenuh masa. Sebelum kahwin memang orang senang sebab anak tunggal. Tiba – tiba kahwin jadi suri rumah. Ayah saya kerja jauh 3, 4 hari sekali baru balik. Dulu – dulu tak faham kenapa mak garang dan suka marah – marah kami 5 beradik.

Lepas saya dah kahwin ni baru faham. Kesian mak penat jaga kami adik beradik. Dah la nakal, tak membantu mak pulak tu. Sekarang ni saya ada anak 2 orang lelaki. Saya bekerja tapi malam ada dengan anak – anak dah cukup buat saya penat dan banyak kali cancel untuk jadi suri rumah. Cerita tt ni buat saya rindu pada mak ayah kat kampung.

Sue Oshin : Nak kata jadi surirumah ni str3ss, sebenarnya taklah str3ss mana jika dapat sesuatu yang amat diperIukan yakni sebuah penghargaan dan boleh memahami dengan ringankan beban. Dan lagi satu, saya tak suka dipush samada dari orang luar atau yang terdekat dengan diri kita.

Bukan saya sahaja, kebanyakan wanita bekerjaya surirumah pun akan rasa benda sama. Komplen melebih – lebih pun boleh efek em0si kita nak lagi ayat pemalas dan pengotor yang tt dapat dari bekas suami, ibarat kita tak pernah buat apa – apa untuk keselesaan sendiri dan keluarga. Moga kehidupan tt akan lebih baik di masa akan datang.

Nor Ain Shahajar Ahmad : Puan… Sayangnya Allah pada puan. Akhirnya Allah bagi suami tu sendiri yang div0rced puan. Jadi puan ada banyak masa. Boleh atur kembali hidup puan dengan anak – anak sahaja. Dari seperti dulu.

Berk0rban jiwa raga tapi tak dihargai. Ada banyak kes suami tetap tak nak lepaskan. Saya doakan puan sem4kin bahagia dan berjaya bersama anak – anak tersayang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.