Suami minta saya sediakan bekas lauk yang dia nak tapi saya saja tambah air kopi dan ayam goreng. Dia marah dan tak bawak pun bekal tu. Dia ambik ayam yang dah diperap kat dapur, dia c4mpak ke lantai. Saya menyesal kahwin dengan dia, dah la saya berk0rban kahwin walaupun tahu dia ada HlV..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya baru berkahwin sebelum puasa. Sekarang menetap bersama suami. Saya seorang pendend4m dan sukar nak maafkan. Sekali tercaIar, ambil masa lama untuk pulih.
Sebelum berkahwin, saya tahu sejarah suami saya. Dia ada penyakit HlV tapi bukan salah dia. Dia m4ngsa keadaan. Lama saya berfikir, saya jumpa kaunseIor, saya pergi kaunseIing dengan doktor pakar, saya minta nasihat daripada yang pakar mengenai HlV.
Ya, mereka benarkan kami berkahwin. Saya buat istikharah. Saya percaya keputvsan saya adalah betul. Kenapa saya terima dia? Pada mata saya, dia seorang yang sangat baik. Saya melihat cara dia melayan adik beradiknya.
Saya melihat cara dia bergaul dengan adik beradik saya. Sikap dia bila dengan saya, semua sangat ok. Kami tiada mak ayah sejak kecil. Saya akui, saya takut nak bersuami. Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Dan saya yang bongsu.
Dari kecil tinggal pindah randah bersama kakak atau abang yang sudah berkahwin. Dari situ, saya nampak macam mana abang atau abang ipar saya melayan isteri dan anak mereka. Serius saya takut nak masuk alam rumahtangga.
Nafkah, tanggungjawab, semua ke laut walaupun solat kat masjid. Bukan terhadap isteri saja, nafkah tanggungjawab terhadap anak pun tak terjaga. Ada yang pentingkan mak lebih dari anak bini. Ada yang panas baran, habis anak bini kena sep4k ter4jang.
Itu pun, isteri masih bertahan. Ada yang isteri beIa biawak hidup. Ada yang isteri berniaga bersama suami, tapi gaji isteri tak ada. Ada yang rasa bila isteri bekerja, nafkah dah tak perlu bagi. Saya jadi takut kalau bakal suami saya bersikap begini.
Tapi dia menunjukkan sikap sebaliknya. Saya sangat terpik4t dengan sikapnya. Dia sangat baik, jaga solat, tak kedekut, tak pernah tinggi suara, sangat sabar melayan kerenah saya, tak berkira soal duit, selalu beli hadiah atau makanan untuk saya.
Dia pandai ambil hati saya. Dia pandai ambil hati adik beradik saya. Dengan adik beradik dia yang susah juga dia lakukan yang sama. Usia perkahwinan masih sangat baru. Tapi, sikit – sikit dia dah tunjukkan per4ngainya yang sebenar.
Kelmarin, paling saya terkedu, dia meng4muk. Saya tak rasa salah saya tapi dia meng4muk macamlah saya yang salah. Puncanya, saya buang termos yang saya beli untuk dia, siap ada nama lagi. Saya buang sebab saya sedih, kecewa.
Dia minta saya sediakan bekal untuk dia sebab takut kantin masih cuti. Saya sediakan ikut apa yang dia minta. Cumanya saya tambah kopi panas dan seketul ayam goreng. Itu sahaja. Bekas pun saya letak asing. Bila dia tengok, dia marah.
Dia tukar balik bekas yang dia selalu bawa. Saya baru berkahwin dengan dia, mana saya tahu bekas apa yang dia selalu guna. Ini pun jadi isu. Saya naik bilik untuk solat. Bila turun, dia dah pergi kerja tapi bekalnya langsung tak bawak.
Kecewanya saya rasa. Sebabkan bekas dan termos saja dia marah saya tak tentu pasal. Bila dia balik, dia m0ody dengan saya. Saya lagiIah m0ody sebab bukan salah saya kan. Dah lah usaha saya dia tak hargai langsung, tiba – tiba saja nak meIenting.
Esok paginya, dia tanya pasal termos tu. Saya cakap saya dah buang. Berkali – kali dia tanya sebab tak percaya langsung kat saya. Sampai satu tahap, dia ambik ayam yang dah diperap kat dapur, dia c4mpak ke lantai.
Dia amik pulak kuih atas meja, dibaIing ke bawah. Segala apa yang ada di sekeliling, habis dia c4mpak ke lantai. Saya terk3jut sangat dengan tindakan dia sampaikan saya demam. Sekarang ni, dia suka mem4ksa saya untuk ikut apa yang dia suruh.
Saya nak tunggu isyak pun, dia p4ksa turun bawah. Saya nak tido awal sebab demam, dia p4ksa saya untuk tengok tv dengan dia. Dia langsung tak faham saya dah. Dah berapa hari dah saya demam dan tak ada selera nak makan.
Saya sedih kenapa dia bertindak di luar kawalan. Tapi dia buat tak kisah saja. Siap arah buat tu buat ni. Macam la selama ni saya tak buat langsung. Sekarang, saya rasa dia bukan suami yang baik untuk saya. Saya tahu saya pun ada salahnya juga tapi tindakan dia sangat meIampau.
Dia selalu ugvt nak menced3rakan saya atau dirinya. Saya dah rasa sangat menyesal sekarang ni. Saya ingatkan, sikap dia sebelum kahwin sama saja dengan selepas kahwin, rupanya tak. Itu semua lakonan. Saya berk0rban kehidupan saya untuk dia.
Saya pilih dia untuk jadi suami saya walaupun dia ada HlV sebab saya yakin dia boleh jadi suami yang sangat baik. Banyak benda saya berk0rban untuk dia. Dia tak nampak dah semua tu. Asyik – asyik dia cakap dia s4kit.
Konon tagih simpati. Ntah la. Saya rasa saya takut nak hidup dengan dia. Jantung saya berdegup laju 3 hari dah. Demam pun tak kebah lagi. Saya takut dia naik tangan pulak lepas ni sebab dah pernah ugvtkan. Saya tak redha dia jadi suami saya.
Saya tahu saya d0sa. Saya rasa nak lari saja sekarang ni. Tapi saya tak kerja, tak cukup duit. Tapi sampai bila saya nak hadap sikap suami yang macam tu? Saya takut. Sangat takut. Setiap hari dia mem4ksa, setiap hari dia ugvt saya.
Saya rasa saya ni dah bukan isteri dia lagi dah sebaliknya h4mba yang dia boleh perlakukan apa sahaja. Menyesal saya pilih dia yang tak pandai nak hargai isteri. Saya saja yang b0doh sanggup berk0rban untuk dia tapi dia??
Maaf, saya tak ada tempat meluah. Saya rasa sangat lemah sekarang. Orang yang di sangka baik, lemah lembut budi pekerti, rupanya sangat panas baran. Sikap yang berjaya dia sembunyikan dari pengetahuan saya dan keluarga.
Keluarga saya sangat memuji dia. Memang tak nampak langsung sikap kurang elok dalam diri dia. Saya redha apa nak jadi lepas ni. Saya tak berdaya nak meIawan. Saya hanya isteri yang di mata suami, tak ada nilai pun.
Susah payah saya sediakan makan minum dia, jaga rumah, jaga a1b dia, tapi tak ada makna pun untuk dia. Peng0rbanan saya yang sanggup bersuamikan dia, seorang pes4kit HlV, sangat sia – sia. Saya b0doh sebab risik0kan diri sendiri semata – mata untuk dia.
Hilang terus rasa sayang dalam diri ni. Yang ada hanya rasa takut apa yang akan dia lakukan selepas ni. Lepas ni mesti ada yang kecam sebab saya pilih suami HlV kan. Ye, saya tahu saya b0doh. Tak apa lah. Saya redha.
Keputvsan dah dibuat. Saya pula harus cari jalan untuk keluar dari perkahwinan ni. Saya tak nak h4ncurkan diri saya lagi. Doakan ye semoga ada jalan untukku. – Isteri Layu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hazriena Mohamad : Kenapa lelaki mesti baran dan meng4muk pada perkara – perkara remeh yang tak sepatutnya? Saya dari dulu tak faham juga sebab saya dibesarkan dalam persekitaran sebegitu juga. Adakah lelaki sekadar nak tunjuk kekuasaan atau authority nya? Sebelum jadi lebih parah, saya berpendapat lebih baik Puan confessor angkat kaki.
Syazwani Hamdan : Jangkitan HlV ada pelbagai cara. Kalau m4ngsa keadaan, contohnya dapat bI0od transfusi0n di hospitaI yang tercemar atau tidak detect virus semasa di tapis. Selain itu ada d4dah dan hubungan s3ksuaI.
Tetapi betul – betul 4angsa keadaan ke kategori ini? Jika suami tersebut terlibat dengan d4dah, ada risiko dia ada peny4kit ps1katri. Contoh biasa, sch1z0phr3nia. HaIusinasi, dengar itu ini dan rasa macam orang tak suka dia dan nak kutuk, ancam dia.
1. Jika d4dah, kena settlekan isu ket4gihan dan ps1katri
2. Jangan bertindak ikut perasaan, perlu komunikasi berbincang secara tenang. Tunggu sejuk dulu dan audit semula berdua, apa berlaku dan apa cara boleh settle kalau jadi lagi masa depan. Kalau dah cuba cara di atas, atau mula ada kena pukuI.
I don’t think men who h1ts a wife ever deserves any second chance. If he can’t control that, there’s so many other possible things he can’t control as well. Nauzubillah may Allah pr0tect us all.
Kloe Kloey : Say no to abvse. Per4ngai macam tu tak bolehlah kita toIerate. Benda kecik pun boleh melayang pinggan mangkuk. Itu sangat tak normal. Kalau pun dia ada masalah mentaI ke apa, kenalah bertindak bukan bersabar menadah aje.
Kalau dapat laki b0doh ko lah yang kena bijak. Jangan dua – dua jadi b0doh. Kenapa disebabkan tak bekerja takut bertindak? Tak percayakan rezeki ke? Say no to abvse.
Akmal Hassan : 5 tahun pertama masa untuk perkenalan. Masa ni lah per4ngai yang di sorok semua keluar. Masa ni lah kita akan cuba tackIe per4ngai masing – masing. Salah cara, berg4duh. Tersilap kata merajuk.
Apa yang penting, bila sorang naik angin. Sorang lagi mesti bersabar. Banyakkkkkkkk lagi nak kenal dik, sungguh tak tipu. Dan banyakkkkk lagi peng0rbanan. Bukan semua perkahwinan itu penuh dengan cerita manis.
Ari Kael : Kenapa nak takut? Kenapa nak rasa lemah? Kenapa tak beranikan diri berju4ng for yourself? Kalau dah taknak jadi alas kaki lagi, keluar dari rumah tu, tumpang kejap rumah kakak or abang, pi cari kerja. Kerja speedmart pun takpe asal ada gaji, boleh sara diri sendiri.
Kenapa nak menyerah sebelum berju4ng? Fight for yourself dik, takda sapa yang nak tolong awak melainkan awak tolong diri sendiri. Jangan nak lembik menangis tepi bucu katil, sebelum ada anak ni fikir lah panjang – panjang. Takkan selamanya nak jadi h4mba. Makpak tak besarkan kau untuk kau jadi h4mba suami, untuk biarkan diri jadi alas kaki. Wakeup dik oii.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.