Saya benci dengar emak berleter suruh sambung belajar, saya nekad ajak kekasih kahwin lari

Saya dapat tahu keluarga heboh cari saya. Saya beritahu emak yang saya dah nikah dan tak perlu bimbangkan keselamatan saya lagi. Saud4ra mara bukan bersimpati dengan emak, sebaliknya akan mencemek dan mentertawakan emak juga. Sehinggalah saya ditinggalkan, tak ada kerja, anak 3 keliling pinggang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Salam ramadhan saya ucapkan. Sya kenalkan diri sebagai Ellyna. Bagi saya tidak ada seorang gadis pun yang inginkan rumahtangganya kucar kacir,.

Malah mereka sentiasa berdoa dan mengharapkan perkahwinan yang didirikan akan berakhir dengan kebahagiaan hingga ke akhir hayat, seperti kata orang tua – tua hanya tanah sahaja memisahkan mereka.

Tetapi sebagai manusia kita merancang, Allah menentukan. MaIangnya saya hanya tersedar tentang kata – kata azimat itu setelah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 3 orang anak.

Sebelum ini saya cuma memikirkan bahawa kekasih yang saya pilih inilah bakal membawa saya ke alam syurgawi, kerana cinta saya padanya tidak pernah berbeIah bahagi, dan kerana cinta itu jugalah saya sanggup ikut pujukan dan arahan kekasih.

Hinggakan emak ayah saya pinggirkan. Sebenarnya dah banyak saya mengikuti kisah – kisah rumahtangga di ruangan ini tetapi saya tak terbaca cerita macam kes yang saya lalui. Semuanya emak setuju dengan lelaki pilihan anak gadis mereka.

Tetapi kes saya agak berlainan sikit. Dari awal lagi emak ayah tak suka saya berkawan dengan Zukir (bukan nama sebenar). Sebab mereka bantah tak jelas, tapi mereka tak benarkan kami berkawan.

Hari – hari emak berleter, saya mesti habiskan belajar dulu. Jangan sibuk nak bercinta ada boyfriend. Habiskan SPM dulu. Lepas SPM, umpama tangga pertama saya dah langkah dan boleh langkah jauh lagi.

Kata emak kalau lulus dengan baik boleh masuk kolej macam kakak atau jadi guru, itu adalah impian emak. Kalau tak dapat jadi guru tak apa asalkan saya mesti belajar bersungguh – sungguh.

Tetapi ketika itu hati dan perasaan saya langsung tak berminat nak belajar. Saya ingin cepat kahwin. Salah satu sebab kerana Zukir sudah bekerja. Dia kerja di hotel. Kata Zukir dia boleh carikan saya kerja, kerana ada banyak kerja kosong.

Saya punyalah suka, biasala budak yang tengah belajar di sekolah menengah, rasa seronok nak pegang duit sendiri. Belum pun keluar keputvsan SPM saya dah kerja. Gembiranya. Pertama dapat kerja, kedua saya ada duit sendiri.

Emak pulak punyalah marah, tapi kata ayah biarkan. Dulu kakak dan abang saya pun kerja sementara. Tetapi lepas keputvsan SPM mereka sambung belajar. Abang pun marah. Tapi saya tak peduli kerana ketika itu saya tengah giIa bercinta dengan Zukir, saya tak minat nak belajar lagi tapi nak cepat kahwin.

Selepas setahun bekerja saya suruh Zukir masuk meminang, Zukir minta tempoh, sebab duit belum cukup. Nak cukup macam mana setiap hujung minggu atau cuti kami meronda, ke pantai, komplek beli beIah dan balik ke kampung Zukir.

Nasihat emak supaya saya sambung belajar, saya tolak ke tepi. Kerana benci selalu kena leter dan kena marah saya nekad ajak Zukir kahwin lari. Lagi pun berapa lama nak tunggu, Zukir selalu tak cukup duit nak meminang. Zukir kata ok.

Tapi amarannya jangan menyesal, sebab dia tak mampu beli kereta atau rumah untuk saya. Tetapi kerana cinta segala – galanya, saya bersedia. Dengan pertolongan keluarga Zukir di utara, majlis pernikahan berjalan lancar dan urusan pendaftaran jadi lebih mudah.

Untuk mengelakkan lebih banyak masalah, kami berdua ambil keputvsan berhenti kerja dan bekerja di utara. Sebabnya supaya hidup kami tidak diganggu oleh keluarga saya dan kedua kerana taraf hidup di sana tidak seteruk di bandar besar ini.

Sewa rumah murah, makan minum murah dan kami cukup dengan bermotorsikal sahaja. Dipendekkan cerita ketika keluarga heboh mencari saya. Saya hantar sepucuk surat pada emak beritahu bahawa saya sudah nikah dengan Zukir dan tak perlu bimbangkan keselamatan saya lagi.

Saya juga telefon dan bercakap dengan emak, tolong jangan heboh tentang kehilangan saya sebab ia hanya akan memaIukan emak sendiri. Saud4ra mara bukan bersimpati dengan emak, sebaliknya akan mencemek dan mentertawakan emak juga.

Untuk beberapa tahun memang hidup kami sungguh bahagia walaupun duit sering tak cukup. Memang saya bekerja, tetapi pendapatan saya tidak sebanyak mana, sementara Zukir sering bertukar tempat kerja.

Kerana mencari keselesaan bekerja dan gaji yang lebih banyak untuk menanggung makan minum kami anak beranak yang ketika itu sudah mempunyai seorang anak dan sedang hamil 5 bulan. Memang saya subur.

Satu hari saya terbaca iklan di paper yang memerIukan anggota keselamatan. Saya suruh Zukir pergi menjalani ujian memohon kerja tersebut. Manalah tahu kerja tersebut boleh mengubah kehidupan kami yang selama ini sudah mula terasa susah dan keperitannya.

Nak jadikan cerita memang rezeki bersama kami. Zukir dapat kerja tersebut. Keluarga dia gembira tak terkira siap buat kenduri. Tetapi kerja itu dan memerIukan dia berkursus selama tiga bulan.

Walaupun berat hati melepaskan Zukir, tetapi demi masa depan kami sekeluarga, maka saya rela dia ikuti kursus tersebut, demi masa depan kami. Sebelum Zukir tinggalkan kami, saya dapat rasakan hidup saya akan lebih terdesak.

Pertama duit dalam tangan tak banyak, kedua saya akan melahirkan anak tak lama lagi, siapa yang akan bantu saya ketika di hospitaI. Dan ketiga sapa yang nak jaga anak saya yang masih kecil sepeninggalan saya duduk di hospitaI.

Naik pitam saya fikirkan. Jadi sebelum pergi kursus saya pujuk Zukir supaya bincang dengan emaknya benarkan saya tinggal di rumahnya sementara dia berkursus. Memang saya buat muka tak malu duduk di rumah emak Zukir.

Kerana terdesak saya sanggup buat apa sahaja demi anak yang masih kecil dan bayi yang bakal lahir nanti. Benarlah kata orang duduk dengan mertua jika kita tak ada apa – apa kehadiran kita akan di anggap menyusahkan keluarga mereka sahaja.

Tambahan Zukir ada 3 orang adik yang masih bersekolah, ayahnya bekerja, tetapi pendapatan tak seberapa. Tapi nak buat macam mana, saya sanggup tempoh ini semua demi masa depan. Itu hasrat saya.

Dah habis kursus Zukir kena duduk bujang dulu, pendapatannya memang tak seberapa, hantar kepada saya setiap bulan memang tak cukup. Zukir balik selepas saya melahirkan anak kedua. Saya tanya bila boleh saya ikut dia pindah.

Katanya saya mesti bersabar. Sebab dia tak tahu mana nak pindah. Bulan berganti tahun, anak kedua sudah 2 tahun, kini hamil lagi anak ketiga. Dulu Zukir kata dia tak boleh berpisah dengan saya dan ana k- anak, sekarang dah nak lahir anak ketiga dia masih belum ajak saya pindah lagi. Ini kes teruk.

Keputvsan saya nak ikut Zukir menaikan kemarahan keluarganya, kata mereka saya ganggu fikiran Zukir nak bekerja. Habis fikiran saya yang terganggu selama beberapa tahun ini mereka tak fikir ke?

Sekurang – kurangnya mereka nasihatkan Zukir supaya bawa saya pindah, ini tidak mereka seolah – oleh suka kami hidup berjauhan. Kerana kedegiIan saya nak ikut Zukir, kami sering berbaIah. Tapi saya nekad.

Ketika hamil 5 bulan saya pergi ke AG tempat Zukir bekerja dan saya tunggu dia di rumah kawan sekolah kebetulan saya tahu dia duduk di sana. Terk3jut Zukir. Dia pujuk suruh balik.

Tetapi hidup di dunia ini, bukan saja dinding dan kerusi bercakap, pokok dan air tasik pun boleh bercakap. Dari situ baru saya tahu rupanya Zukir sudah bertunang dan akan berkahwin. Tunangnya bekerja satu tempat dengan sepupu kawan saya.

Terbongkarlah rahsia. Tindakan susulan pastilah kami berg4duh. Kerana mahu pert4hankan cinta dan keluarga ini, saya bertindak sewa rumah dekat rumah kawan saya. Saya pindah bawa kain baju anak – anak sahaja.

Perg4duhan kami berpanjangan. Keluarga perempuan tak mahu dimaIukan dan mereka mahu ambil tindakan jika kahwin tak jadi. Saya pun tak kan berdiam diri. Saya Iawan. Kerana janji dan cinta Zukir dulu saya sanggup kahwin lari.

Tetapi kerana kuasa cerai di tangan lelaki, semuanya selesai. Maka saya diceraikan. Sekarang mana saya nak pergi. Mer4ung keluar air mata d4rah pun Zukir tak peduli lagi, dia tetap dengan keputvsan nak kahwin lagi.

Janji dulu tinggal janji, kata Zukir dia ingin mulakan hidup baru. Adoi s4kitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu. H4ncur semua peng0rbanan saya kepadanya selama ini. Sungguh saya tak sangka Zukir boleh lupakan saya dalam sekelip mata.

Setelah tinggal sendirian, tak ada kerja, anak 3 keliling pinggang barulah saya sedar kebenaran cakap emak dulu. Rupa – rupanya langit itu tinggi bukan rendah. Cinta bukan segala – galanya dalam hidup ini.

Menyesal kemudian tidak berguna lagi. Nak cari kerja dengan 3 anak bukan mudah. Sapa nak terima bekerja. Pening hampir pitam bila fikirkan masalah. Nak balik rumah emak pasti tidak diterima. Kalau Zukir dia benci, tentu anak saya emak tak suka.

Atas nasihat kawan saya balik juga jumpa emak. Saya tebalkan muka pek4kkan telinga pasti saya disambut dengan m4ki hamun. Tetapi emak tetap emak, sayangnya pada saya masih ada walaupun berbaki 30 peratus, emak tetap kesiankan saya dan anak – anak.

Setelah habis emak baca ‘kitab tak berbaris’ marah dan memadankan muka saya yang tak sedar diri dulu. Emak suruh saya balik duduk dengan emak. Oleh kerana anak masih kecil emak suruh saya jaga anak saja, tak payah bekerja.

Tentang makan minum kata emak, apa dia makan kami makan. Setelah setahun bercerai barulah saya usahakan buat tuntutan nafkah anak – anak. Dengan pertolongan abang yang banyak tahu selok belok tuntutan nafkah, saya berjaya dapat nafkah secara pot0ngan gaji Zukir.

Nampaknya inilah akhir hidup saya, walaupun masih muda, saya belum terfikir untuk kahwin lagi, hasrat saya nak besarkan anak – anak supaya nasib mereka tidak jadi macam saya. Saya lah contoh terbaik untuk mereka jadikan tauladan.

Komen Warganet :

Itulah dia seorang ibu, biarlah anak buat macam mana sehingga dah menc0nteng arang dan bagi malu pada saud4ra mara, dia tetap terima balik anaknya. Malah sanggup tanggung TT anak beranak. Bersyukurlah tt, kerja sungguh – sungguh baIas jasa ibu tu..