Ibu ayah nak buat majlis kahwin untuk elak fitnah tapi suami tak nak, takut isteri pertama tahu

Saya diuji apabila PKP, suami duduk jauh dengan isteri pertama. Awal nikah dulu suami letak syarat, saya tak boleh hebohkan perkahwinan kami dekat kawan – kawan saya. Dia takut isteri pertama atau anak – anak dia atau saud4ra bini dia tahu pasal pernikahan kami. 

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan para pembaca semua. Saya merupakan isteri ke-2, kami baru sahaja bernikah 8 bulan. Pernikahan saya dan suami di seberang tanpa pengetahuan isteri pertama.

Saya bertemu suami ketika saya dalam diIema. Hidup saya tanpa pegangan agama membuatkan saya h4ncur walaupun saya seorang yang bekerjaya. Saya bercinta dengan duda anak 3 sebelum bertemu dengan suami yang sekarang.

Sebelum tu lupa nak bagitau, saya janda anak 2. Masa dalam diIema, saya rasakan Allah nak bantu saya dengan pertemukan saya dengan suami. Bagi saya dia merupakan penyeIamat saya sebab dia yang sudi terima kisah silam saya yang hitam dan sanggup jadikan saya sebagai isteri.

Kami kenal tak sampai 2 bulan dan dia terus aturkan pernikahan di seberang dengan izin mak dan ayah saya. Alhamdulillah semua telah dipermudahkan. Lepas akad nikah, tiada bulan madu untuk saya.

Suami tinggalkan saya untuk pulang ke rumah dia macam saya tiada perasaan.. Sehingga hari ke-3 baru la dia datang ke rumah saya. Itu pun sekadar bawa saya naik motor pusing kawasan terdekat dan kemudian dia pulang tinggalkan saya selepas kami bersama.

Saya sedih tapi dia kata dia akan cari masa untuk saya dan dia tak ade alasan untuk lepaskan diri dari isteri pertama. Baru je nak rasa bahagia saya diuji dengan PKP. Saya diuji tak boleh berjumpa suami ketika kerajaan umumkan PKP tak boleh rentas sempadan untuk kali pertama.

Saya sempat pulang ke rumah mak ayah saya di kampung. Dia pulak duduk jauh dari saya dengan bini pertama serta anak – anak dia. Baru sangat bernikah dah diuji. Walaupun macam tu saya tetap bersyukur jugak sebab dia tetap datang ke umah mak seminggu sekali untuk bertemu saya.

Dia ada surat untuk rentas sempadan. Suami seorang yang tak kedekut setiap kali datang, dia akan bawa barang dapur penuh kereta. Satu rumah dia tanggung termasuk adik – adik saya dan anak saud4ra.

Yang menyedihkan saya sekarang, suami tetap tak boleh berlaku adil pada saya. Dia bagi alasan tak nak buat isteri dia terIuka. Sebelum kami bernikah sebenarnya dia pernah berkahwin kali ke-2 dan ke-3 secara rahsia juga.

Isteri ke-2 dan ke-3 sudah berpisah yang kekal isteri pertama je. Saya merupakan yang ke-4.. Alasan tak nak isteri dia terIuka padahal dah berkawin berkali – kali belakang isteri pertama tu bukan ke dah Iukakan hati isteri pertama dia?

Awal nikah dulu suami letak syarat, saya tak boleh hebohkan perkahwinan kami dekat kawan – kawan saya. Dia takut isteri pertama atau anak – anak dia atau saud4ra bini dia boleh tau pasal pernikahan kami.

Dia nak saya rahsiakan siapa suami saya.. Saya betul – betul tertekan. Tertekan antara suami dengan keluarga.. Keluarga nak hebahkan untuk elak dari fitnah tapi suami nak rahsiakan.

Covid yang ditakuti semua bagi saya merupakan penyeIamat keadaan untuk tolak permintaan ibu dengan ayah saya secara lembut. Puas la hati suami saya. Suami sorang yang kuat agama. Dia bentuk saya untuk tutup aur4t dan jaga solat.

Alhamdulillah benda baik saya ikutkan tanpa bantahan. Apa yang dia Iarang semua saya cuba patuhi sebab saya sayangkan dia sepenuh hati. Sekarang saya berg4duh dengan dia sebab saya minta hak saya sebagai isteri.

Ni perg4duhan besar kali ke-3 saya dengan suami. Sebelum ni dia minta saya redha dengan ketidakadilan dia terhadap saya. Saya ikutkan sehingga la saya jatuh s4kit 3 hari yang lepas. Dia beli ubat dan tinggalkan saya di rumah sorang diri.

Saya jadi tertekan dia tak boleh jaga saya ketika saya s4kit, ketika s4kit macam – macam yang saya fikir. Untuk pengetahuan semua, di awal perkahwinan kami saya terus mengandung tapi suami p4ksa saya gugurkan kandungan sebab dia tak nak anak, dia cakap tak d0sa sebab masih baru.

Dia bawa saya ke klinik untuk ambik ubat masa tempoh PKP, lepas tu dia tinggalkan saya di rumah saya sendirian. Tanggung la s4kit sorang diri. 4 hari lepas gugur saya pandu kereta sendiri balik kampung.

Sedih la saya dilayan macam ni. Saya nangis tapi dia pujuk saya supaya bersabar. Sampai sekarang saya rasa menyesal ikut cakap dia untuk gugurkan kandungan, berd0sanya saya. Setiap kali saya dalam kesusahan atau dalam masalah, suami saya tak pernah ada dengan saya.

Ni yang buatkan saya meng4muk dan minta cerai. Saya tau berd0sa tapi dia sendiri mengaku tak boleh jadi adil untuk saya, dia tetap dengan pendirian dia tak nak isteri pertama dia tahu pasal hubungan kami.

Saya pon nak dilayan sebagai isteri. Saya minta cerai dulu lepas luahkan rasa tak puas hati saya dekat dia.. Dia dah penah ceraikan saya untuk kali pertama tapi dia cepat – cepat ajak rujuk semula.

Saya cintakan suami saya sangat, jadi sekali lagi saya bagi peluang dengan harapan dia boleh layan saya sebagai isteri, bukan hanya tempat pemuas nafsu semata – mata. Hari ni sekali lagi saya tewas.

Saya minta cerai untuk kali ke-2 tapi saya takut saya tak boleh lupakan dia dan dalam masa yang sama saya takut saya tak mampu tangung kereta mewah dan rumah besar yang dia belikan pada saya, loan atas nama saya.

Dia belikan kereta mewah sebab dia memang berkemampuan. Dia belikan rumah besar sebab dia tak selesa tinggal dalam rumah saya. Saya ikutkan semua. Dia cakap kereta dan rumah tanda dia cintakan saya.

Sekarang saya buntu sangat bila dia tetap bertegas nak sembunyikan pernikahan saya dengan dia dari isteri pertama, saya cuma minta dia ada di sisi saya ketika saya s4kit dan dalam masalah je.

Saya tak nak dia bagi janji kosong lagi. Waktu tak ade apa – apa masalah saya redha dia duduk dengan isteri pertama. Jawapan dia bagi hari ni betul – betul buat saya sedih. Perlu ke saya jadi isteri dia lagi sedangkan saya terlalu inginkan kebahagiaan sebagai isteri?

Adakah poIigami ni hanya pend3ritaan tak kan ade kemanisan untuk semua? Jika dia setuju ceraikan saya, saya takut saya tak boleh move on. Minta pendapat kawan – kawan semua.

Komen Warganet :

Lylia Amylia : Hmmm entahla. Melalui pemerhatian saya, kebanyakkan pernikahan – pernikahan secara sembunyi yang berlangsung tanpa hebahan kepada keluarga atau kenalan yang penting terutama ibubapa sendiri pun tak tahu.

Dengan tak daftar nikah di negara sendiri, akhirnya nanti mesti isteri yang akan terani4ya. Tak kisahlah nikah untuk yang ke berapa kali. Dari cerita sis ni, macam sis dah kena sc4m banyak perkara dengan husband. Termasuk kereta dan rumah. Baik check betul – betul, takut – takut sis terkena di kemudian hari.

Sha Liez : Sebelum kahwin sepatutnya minta dia jelaskan pada isteri pertama. Jika tu pun dia tak mampu nak lakukan, kenapa puan masih perlu menunggu. Pada saya ianya tak perlu. Cari je lah kebahagiaan yang lain. 10 kali dia kata sayang, tapi langsung tak ada kejujuran, 11 kali lah puan akan mer4na dan terus tersiksa.

Luna Shaa : Masa puan berkahwin dengan suami orANg tanpa pengetahuan isteri pertama dia puan dah pun menempah tiket pend3ritaan. PoIigami tu tak salah tapi cara puan dan suami tu yang salah.

Berkahwin atas sebab apa sebenarnya? Kalau atas sebab cinta maknanya hanya puan yang cintakan suami tetapi suami cintakan isteri pertama dia je. Terbukti bila dia berkahwin 2 dan 3 dan yang diceraikan bukan yang pertama tetapi yang baru dinikahi.

Perkahwinan puan dengan suami tu bukan takdir sebab puan boleh memilih untuk tidak berkahwin dengan suami orang tetapi puan buat pilihan untuk teruskan jugak dan sekarang yang susah adalah puan.

Puan kena lah tanggung. Jangan salahkan suami sebab dia tak ugvt untuk temb4k puan dengan pist0I pun masa ajak puan kawen dulu. Salahkan diri sendiri kerana sanggup berkongsi kasih masa mula – mula nak kahwin dulu.

Jadi hadaplah situasi puan sekarang ni puas – puas. Sebab puan yang memilih cara hidup macam ni.

Rozelin Khalil : Dia sayangkan kau kemudian belikan kereta dan rumah mewah. Nampak r0mantik sangat tapi kejap! Rumah dengan kereta mewah tu kau yang bayar sendirikan? Maksudnya, dia cuma uruskan pembelian jer la kan, dia tak keluarkan apa – apa tanggungan pun la kan.