Mertua malu dapat menantu tak kerja, bila jumpa kawan-kawan dia kata saya anak saud4ranya

Semua adik beradik suami kerja kerajaan, biras saya pun kerja kerajaan, pangkat tinggi. Mak mertua perIi saya depan bakal menantu yang juga kerja kerajaan. Mak kata, syukurlah semua menantu mak ada kerja bagus – bagus. Rugi duduk rumah buang masa. Sekali suami menjawab, saya tersenyum..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih admin kalau confession saya disiarkan. Saya kenalkan diri sebagai Issabella, umur nak masuk 29 tahun ini. Saya dah berkahwin setahun. Saya pernah terbaca kisah, mak mertua tak nak menantu kerja nurse.

Mase baca terasa diri sendiri pon lebih kurang macam tu tapi nasib saya mungkin lebih baik. Kisahnya saya ni bukan menantu pilihan sebenarnya. Sebelum berkahwin saya dan suami dah berkawan hampir 4 tahun dah.

Masa dah kenal setahun tu, suami ketika itu dah bercadang nak saya kenal – kenal dengan family dia. Teringat lagi masa mula – mula jumpa tu bulan puasa dan dah nak dekat hari raya.

Suami pon ajak la saya buka puasa bersama kakak – kakak dia haritu. Kakak sulung dan akak no 3. Pertama kali saya jumpa memang dah gagal sebab saya ni free hair masa tu. Mungkin akak suami tak berkenan masa tu.

Masa berlalu dan saya pon jarang sangat jumpa akak – akak suami lepas tu. Tapi perasaan saya memang kuat dapat rasa mereka tak berapa suka kat saya. Sebab saya tahu saya ni bukan calon pilihan untuk suami, akak ipar saya (masa tu belom jadi kakak ipar lagi) pernah bergurau kat status suami kat facebook.

Katanya lebih kurang macam ni, “itulah kena cari isteri yang baik – baik, sopan, calon yang dulu punya dah ok sangat dah tu. Ni pergi cari lain. Dah la jauh pulak tu.” Masa baca tu sedih jugaklah tapi saya buat – buat tak nampak je la, huhuhu.

Ouh ya, calon sebelum ni yang akak ipar saya maksudkan tu bekas kekasih suami sebelum ni. Bakal doktor dan paling penting dia sekampung dengan suami. Ya, saya asal sarawak dan sebab tu jugak family suami berkeras tak nak dengan saya sebab jauh sangat kalau nak balik kampung nanit.

Disebabkan tu jugaklah saya tak pernah sebut – sebut soal kahwin sebab takut family suami ketika itu menolak saya. Masa berlalu dan masuk tahun ke-2 berkawan, suami ada lagi mencuba untuk bawak saya sekali waktu kenduri family dia.

Suami pon maklum, mak dia bekeras tak nak menantu orang jauh, lagi – lagi mak ketika itu berkenan kat bekas kekasih suami yang dulu. Bakal doktor katakan. Tapi suami tetap gigih nak bawak saya kenal – kenal dengan mak ayah dia masa tu.

Pernah jugak saya terbaca group whassap suami dengan family dia yang mengatakan mak tak restu kalau suami kahwin dengan saya, tapi suami masa tu diam sahaja dan tak bagi komen apa pon.

Tahun ke 3 berkawan hubungan saya dan akak ipar sem4kin baik. Alhamdulillah sebab saya sambung belajar peringkat master di KL dan rajin jenguk – jenguk akak dan anak buah. Masa tu akak ipar dah macam boleh terima saya dan mula sebut – sebut hal suruh kahwin sebab umur pon dah m4kin meningkat.

Dipendekkan cerita saya dan suami berkahwin pada tahun ke 4 berkenalan. Mak mertua mulanya mmg tak boleh terima tapi lama – lama tu dia pon bagi restu sebab suami saya sungguh – sungguh nak kahwin masa tu.

Sebenarnya saya ni bukan menantu pilihan ada banyak sebab antaranya :

1. Saya orang jauh (ya mak mertua kalau boleh nak semua anak – anak dia kahwin dengan orang dekat – dekat je. Suami orang utara dan 3 orang abang ipar suami semua pon orang utara, senang balik raya katanya).

Suami ada 5 orang adik beradik, 4 orang dah kahwin. Tinggal yang bongsu je tak kahwin lagi. Suami anak no 4, ada 3 orang kakak.

2. Mak mertua kalau boleh nak menantu kerja kerajaan. Yes tipikal makcik – makcik yang bangga anak dia kerja kerajaan. Mak mertua saya pon macam tu. Adik beradik suami ada 5 dan semua kerja kerajaan.

Ada pangkat pegawai, ada pangkat rendah. Yang penting h4ng kerja kerajaan dah boleh jadi menantu pilihan. Dan yes semua menantu mak sekarang ni semua kerja kerajaan dan pangkat tinggi kecuali saya sebab saya tak berkerja. Saya habis master je terus kahwin, tak sempat cari kerja suami ajak kahwin.

Lepas kahwin gigih cari kerja sana sini namun hampa tak ada satu pon sangkut. Mesti ada kata h4ng tu memilih sangat. Saya tak memilih tapi keadaan terp4ksa buat saya memilih. Ya saya dalam dilemma.

Cerita dia family suami saya terutamanya mak mertua, mak sed4ra, pak sed4ra semua jenis nak jaga standard. Kerja biasa – biasa je memang selalu kena kecaman. Dan disebabkan tekanan macam tu suami sangat strict waktu saya nak pilih kerja apa.

Dengan berbekalkan master kene la kerja sekurang – kurangnya lecturer ke, executives ke, reseacher ke. Itu point suami saya. Namun saya sedar diri saya ni tak ade pengalaman kerja, habis degree sambung master dan kahwin.

Networking kurang sangat sebab saya pon jenis tak berkawan dan bukan happy go lucky. Kawan – kawan memang boleh hitung dengan jari. Dah kahwin ni lagiIah suami je kawan saya. Sebab tu saya bercadang nak kerja je tak kisah gaji dan jawatan apa sebab nak carik pengalaman.

Tapi yelah setiap kali suarakan cadangan nak kerja kat shopping mall ke, kilang ke suami memang tak bagi. Takut kena cemuh dengan family kat kampung. Sebab itu jugalah saya masih menganggur ketika ini. Ye memang sedih sebab tak kerja.

Pergi mana – mana orang tanya keja mane, saya hanya jawab surirumah je. Dan sudah tentu akan keluar ayat – ayat nak kasi saya takut, “eh nanti husband buat hal macam mana? Sapa nak tanggung?”

Pernah juga saya dan suami balik kampung, saya teman mak mertua pegi pasar beli barang basah. Kalau kat kampung mestilah akan terjumpa jiran – jiran, sed4ra mara kan. Yang sedihnya bila mak mertua terjumpa kawan – kawan lama kat pasar, bila kawan mak tanya eh ni siapa?

Mak akan jawab, “ni anak sed4ra saya”. Yelah mungkin mak saya tak nak kalau diberitahu anak menantu pasti banyak soalan cepu emas pulak makcik – makcik tu kan. Mulalah nak tahu kerja apa, gaji berapa.

Bukan tak penah kena soal siasat oleh sed4ra mara suami. Lagi – lagi masa hari raya. Yang kerja kerajaan di pandang tinggi, yang kerja swasta kena pandang rendah dan yang tak kerja ni langsung tak di pandang. Haha

Saya pernah dapat tawaran kerja kilang tapi bukan operator, gaji basic RM 1800 tapi banyak elaun dan ada ot. Tapi memandangkan mak mertua ketika itu ada berkampung kat rumah laju je mak kata tak payah la.

Malu kat orang kampung kerja kilang. Saya baIas jugak takpe saya tak kisah asalkan ada duit dan dapat pengalaman tapi mak laju menjawab jaga la air muka suami tu, ada master pergi keje kilang.

Saya pon diamkan je dan tolak tawaran kerja tu. Suami saya sebenarnya tak kisah saya jadi surirumah sebab dia pon kalau boleh nak anak – anak kami nanti saya jaga sendiri. Ikutkan hati saya memang suka duduk rumah dan jaga anak (saya tengah mengandung anak pertama sekarang) tapi saya fikirkan mak ayah saya kat kampung, hutang PTPTN pon tak langsai lagi.

Sebab tu saya gigih jugak nak kerja, ditambah pulak setiap kali balik kampung suami mak akan berkias tak mintak kerja kerajaan ke? Tak apply jadi lecturer ke? Terus terang saya katakan saya ni kurang berkeyakinan, mungkin sebab tu banyak interview saya tak lepas.

Soft skills saya memang kurang sebab saya tak ada pengalaman kerja. Kawan – kawan yang mana ada bagi tips macam mana nak mulakan bina karier walaupon umor dah lanjut (ye saya sem4kin tua tapi belom ada karier yang kukuh).

Boleh la share tips ye. Saya memang perIukannya. Saya banyak apply kerja tapi banyak nak pengalaman kerja. Memang silap saya sebab tak kerja dulu baru sambung master. Tapi setiap orang rezeki lain – lain kan.

Habis bab tu, baru – baru ini adik ipar saya (Lelaki) bercadang nak kahwin. Minggu lepas adik suami bawak la bakal isteri jumpa family, semua ada ramai – ramai sebab nak bagi kenal dengan family.

Oh ya sebelom ni mak mertua dah reject sorang, kawan adik suami sebab kerja kilang dan dia orang jauh jugak. Padahal lama adik suami kenal dengan perempuan tu, saya pon dah pernah jumpa dan memang baik orangnya tapi maIangnya da kena reject sebelum dapat jumpa family pon.

Maka adik suami pun bawalah calon baru dan nak kenalkan dengan family. Masa sesi bersoal jawab tu saya perhati mak senyum lebar je sebab dapat tahu bakal isteri adik suami ni orang utara dan kerja kerajaan jugak.

Tak banyak tanya mak terus offer bila nak masuk meminang? Akak ipar sume suruh tunggu dulu sebab baru sangat kenal dalam 2 bulan lebih. Bagi masa dorang kenal dan baru cadang buat majlis. Masa tu jugakla saya kena perIi.

Mak kata syukurla semua menantu mak ada kerja bagus – bagus. Rugi duduk rumah buang masa. Suami saya baIas jugak dengan nada gurauan, mak pon suri rumah je dulu, sebab mak suri rumah anak – anak dapat kasih sayang penuh.

Tengok anak – anak mak pon cukup makan semua. Saya cuma mampu senyum kelat. Ye, walaupon saya tak mampu bantu suami dari segi kewangan tapi syukur saya dapat bantu dia kurangkan beban di rumah.

Kalau sebelum ni dia hari – hari makan luar. Selepas dah kahwin sangat jarang dapat makan luar sebab saya akan masak. Apapun yang da terjadi saya masih bersyukur suami saya sudi jadikan saya isteri.

Dia tahu saya pengangur berjaya ketika itu, saya ada hutang PTPTN, dan tak ade apa – apa aset tapi masih sudi terima saya. Terima kasih suami. Terima kasih jugak mak, mungkin dengan doa mak nak menantu kerja kerajaan, saya dapat keje kerajaan nanti. InshaAllah. – Issabellla