Mak mertua saya s4kit, duduk dengan atok nenek suami. Sekarang keluarga beIah suami berbunyi suruh saya berhenti kerja cikgu untuk jaga atok nenek. Saya ingat nak jaga mak mertua je tapi dorang suruh sambil sambil jaga atok nenek. Mana cucu – cucu, anak – anak yang lain?
#Foto sekadar hiasan. Salam admin tolong siarkan ye benda ni terima kasih sangat. Saya nak tanya pendapat akak – akak yang dalam ni yang dah lama berkahwin. Saya baru setahun jagung berumah tangga. Sekarang saya dah ada bau – bau masalah dengan keluarga suami saya.
Saya seorang isteri bekerja. Saya dengan suami terp4ksa PJJ. Saya di Kedah suami di Melaka. Tiada anak. Saya terp4ksa bekerja demi komitmen bulanan saya dan juga komitmen suami. Nak harapkan gaji suami saya memang tak cukup untuk bayar kereta saya dan suami dan lain – lain lagi.
Suami saya ada 3 orang adik beradik termasuk suami. Ibu mertua saya s4kit. Boleh dik4takan Iumpuh kaki dan cuma berada atas kerusi roda sahaja tapi dia masih boleh bergerak dengan kerusi roda untuk ke tandas dan sebagainya.
Mak mertua saya tinggal dengan atok dan nenek suami saya bersama kakak suami saya. Adiknya yang kecil masih bersekolah. Ok citer dia keluarga suami saya sekarang dok marah dekat suami saya kenapa biarkan saya bekerja.
Oh lupa nak bagitahu, saya tak bekerja di Melaka dekat dengan suami atas sebab tertentu yang tak boleh nak dielak ye. Jadi terp4ksa balik bekerja di tempat saya dan tinggal dengan mak ayah saya. Untuk pengetahuan, mak ayah saya juga s4kit.
Mak saya sekarang hampir buta dan ayah saya pula baru selesai pembedahan untuk buah pinggang stage akhir. Kalau di tanya mana adik beradik saya ? Saya ada 3 beradik juga. Kakak saya tak dapat nak duduk dengan mak sepenuh masa sebab kakak saya juga s4kit, dia pun keluar masuk ward.
Penghidap k3ncing manis dah lama. Dia sem4kin hari sem4kin s4kit, jadi suaminya tak bagi sangat kakak saya terlampau bekerja. Segala hal urusan bawa mak ke pakar pun kakak saya yang nombor dua banyak uruskan, pergi bawa jumpa doktor dan follow up untuk mak ayah saya.
Masalah sekarang beIah keluarga suami saya tengah dok berbunyi, katanya atok nenek dekat sana dah tak larat, duduk sorang gitu. Mereka kata saya sedap je duduk rumah mak saya, jaga mak saya boleh tapi nak jaga atok nenek, ibu mertua kat sana tak boleh pulak.
Saya ni bekerja sebagai seorang cikgu ya. Jadi masa cuti saya sekarang terg4ntung pada cuti sekolah lah tapi bila cuti sekolah saya mesti lah nak balik di Melaka dengan suami saya. Sekarang dorang memandai – mandai mintak saya tak payah kerja. Balik jaga atok nenek.
Str3ss saya fikir macam mana nak buat. Dorang masih ada lagi anak cucu berbelas orang. Anak – anaknya masih ada lagi duduk di tepi tepi rumah tapi kenapa dorang benci sangat kalau saya balik rumah mak saya. Salah ke saya?
Saya boleh je nak ambil mertua saya balik duduk dengan saya di Kedah kalau boleh tapi atok nenek tak bagi. Faham tak? Dorang nak saya balik duduk dengan dorang je untuk jaga atok nenek sekali. Cucu – cucu dorang mana??
Semua dah besar – besar belaka. Dah la saya ni cucu menantu je. Kalau nak bawa mak mertua ke Melaka, satu rumah tu saya duduk tingkat 4 takde lift ye. Kemudian saya semestinya lah tak boleh bekerja kalau di sana. Saya sangat berbesar hati kalau dorang izinkan mak mertua saya ikut saya di kedah.
Kakak ipar saya pulak sekarang sambung belajar lagi, nak sambung master katanya. Haih. Kalau saya kat tempat dia saya kenangkan mak saya yang s4kit tu dan atok nenek yang dah tua. Tapi entahla malas cakap lebih – lebih. Kita tak tahu apa yang dia fikir erm.
Tapi keluarga mereka besar, suami saya yang kahwin paling awal. Kiranya saya cucu menantu yang pertama dalam keluarga tu. Jadi semua tu jadi tanggungjawab saya pulak untuk jaga atok nenek dorang? Nak ambil mak mertua saya dorang tak bagi pulak.
Katanya sambil – sambil jaga mak mertua, boleh jaga atok nenek. Lahhh??? Cucu – cucu dorang hantar belajar tinggi – tinggi, hantar kerja hebat – hebat belaka tapi untuk dijaga kena pas dekat saya yang cucu menantu ni? Saya pulak ke yang kena k0rbankan kerja saya untuk benda ni?
Kesian mak mertua saya dijadikan bahan herdik oleh orang – orang kat sana. Sedih suami saya fikirkan masalah ni. Nak suruh suami saya balik kerja area kampung suami saya di Perak pun susah. Proses penjawat awam nak pindah bukan senang.
Makan tahun jugak nak dapat. Banyak kali suami cuba tapi ditolak. Takkan nak berhenti kerja yang sekarang memang dah stabil, duduk kampung kerja pun tak tahu apa yang boleh. Maaf ye korang terp4ksa buang masa baca kisah saya ni.
Saya nak tanya pendapat dari akak – akak yang dah lama kahwin atau mungkin ada pengalaman macam ni, macam mana akak handle benda ni. Saya str3ss pikir benda ni. Terima kasih min hmm.
Komen W4rganet :
Erina Ismail : Biarlah mereka nak benci pun. Yang penting jangan sesekali memikul tanggungjawab yang bukan tanggungjawab kite. Ape guna ada yang lain – lain tu?! Biarkan mereka hadap masalah tu sendiri. Masa keje dia suruh berhenti, bila dah berhenti akan dipersoalkan kenapa berhenti dulu?
Tetap juga akan dianggap menyusahkan. Percayalah cikgu oii.. Kamu berpendidikan mendidik anak murid, jadi kamu lebih patut tahu apa yang baik ape yang tidak dimasa mendatang. Semoga dipermudahkan urusan mu cikgu dan suami. Aamiin..
Lee Hazza : Senang kira tu diorang nak jadikan sis ni bibik lah ye. Memang lah bagus berbakti untuk orang tua. Orang tua sis pun perIukan sis juga. Jadi biarkan diorang selesaikan masalah tu. Jangan sekali berhenti kerja dan tolong jaga kesihatan sis sendiri. Joiin group lcns (kencing manis).. Senang sikit nanti banyak info kat situ untuk penjagaan kesihatan ibu dan bapa sis.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.