Saya dah plan nak sambut anniversary perkahwinan yang ke-30, tiba-tiba dapat tahu suami curang. Bayangkan umur dah 50 lebih, surirumah, saya minta cerai

Saya berhasrat untuk buat photosh00t gambar ulangtahun perkahwinan ke-30 dengan suami. Siap berangan lagi ni nak pakai baju putih, macam orang nikah tu. Nak bergambar outdoor dan indoor lah konon.
Bulan tu jugak, kantoi dia sedang berdating dengan perempuan tu korang. Saya releks je tunggu dia balik. Dia stay 1 malam di luar yang alasannya urusan kerja. Menggigil…

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaimum. Terima kasih admin menyiarkan catatan bonda. Catatan ini adalah balasan untuk anakanda Melur, Sebelum ni, dia suami yang terbaik. Bila tukar tempat kerja, dia bergaul dengan budak-budak muda terus berubah. Rupanya ada perempuan cucuk line.

Anakanda, pertamanya bonda nak ankanda bertenang, tarik nafas dalam – dalam, dan ingat selalu, kita ada Allah yang sangat dekat dengan kita, yang sayang sangat kat kita. Cuma kita je kan yang tak nampak. Bonda nak anakanda jadikan pengalaman bonda ini sebagai satu semangat ya.

Bonda berusia 50an. Bekerja di belakang tabir bantu – bantu suami dalam perniagaannya. Suami bonda dah ada staff pun, 4 orang. Tapi ada bahagian – bahagian kerja yang bonda kena lakukan. Terutama bahagian kewangan lah kan. Tahun di mana ulangtahun perkahwinan bonda yang ke 30, bonda berhasrat untuk buat photosh00t gambar ulangtahun perkahwinan bonda dan suami bonda.

Siap berangan lagi ni nak pakai baju putih, macam orang nikah tu. Nak bergambar outdoor dan indoor lah konon. Tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Bulan di mana ulangtahun perkahwinan kami yang ke 30, suami bonda kantol curang. Yang dah melaluinya sahaja yang tahu, macamana rasanya masa tu. Menggigil.

Tapi bonda masih boleh bertenang dan tersenyum berbual dengan anak – anak. Dalam tubuh badan ni Allah sahaja yang tahu. Seribu satu rasa, seribu satu perencah. Masa tu suami tak ada bersama bonda untuk sehari dua. Kantoi dia sedang berdating dengan perempuan tu korang. Bonda releks je tunggu dia balik. Dia stay 1 malam di luar yang alasannya urusan kerja.

Mula – mula bonda agak pelik juga, sebab kami suami isteri tak pernah tak bersama ke mana – mana. Tapi, disebabkan alasannya selepas dia pulang dari urusan kerja dia itu kami akan ada bercutian bersama kawan – kawan, jadi bonda akur lah.

Sehari semalam bonda menunggu kepulangan dia, blur otak bonda. Hati tetap rasa tak tenteram, sedih, h4ncur, luluh, walau kelihatan tenang. Airmata meraung, jeritan marah – marah di telefon kepada suami, tiada sama sekali. Tapi air mata yang mengalir ketika bersendirian itu, ya tetap ada. Bonda tak contact dia langsung. Hanya menunggu.

Sekembalinya dia, bonda diam sahaja, dan dia pun macam biasa tegur sambil bukalah baju, bag, jam, cincin semua. Bonda pun mula bertanya, abang pergi dengan siapa. Dia berpura – pura jawab dengan jujur konon. Bonda kata bonda dah tau.

Bonda katakan pada dia, kalau nak nikah sangat lagi satu, bagi lah borangnya kat bonda. Tapi bonda nak berpisah. Korang pikir, bukan kerja giIa ke tu. Aku ni dah la tak ada kerja tetap. Kerja pun laki yang bagi. Umur dah la 50an. Berlagak betulkan. Sedangkan perempuan tu jauh lebih muda dan berpangkat besar.

Bukan apa, bonda cuma fikir, bumi ni Allah yang punya. Pergi je lah mana – mana. Bukan dia yang punya. Lagipun anak – anak dah besar. Tak apalah kalau aku kena kerja pembantu kat kedai makan sekali pun kalau dah terp4ksa. Dan yang terjadi adalah, suami bonda yang merayu – rayu memohon maaf pada bonda. Semoga Allah mengampuni bonda (Bonda takut bonda riak). Tak, tak. Semua terjadi adalah dengan pertolongan Allah. Bonda cuma rasa pasrah ketika itu.

Dalam hati bonda ketika itu hanya berkata, aku dah buat yang terbaik untukmu wahai suami. Jika kau tak nak menghargai, tidak mengapa. Aku sudah melakukan yang terbaik di bahagianku sebagai isteri. Kerana Allah. Ya, bonda juga seperti anaknda Melur. Melayani suami bagaikan raja. Memanggil suami dengan panggiIan sayang, sentiasa melembutkan suara. Macam perempuan melayu terakhir lah kiranya.

Tapi, ujian orang lelaki ni apa lagi kalau bukan perempuan. Perempuan dah terhegeh – hegeh kat dia, dia pula ada duit. Nampak gentleman pula. Perempuan tu tak tau, macam mana struggIenya laki aku cari duit. Susah senang, ni haa…bini jugak yang sentiasa di sisi. Ehh…kalau ko tak aku tak apa lah. Aku pun dah penat jaga ko wahai suami (nak memujuk hati sendiri sebenarnya).

So, nak cakapnya, wahai anakandaku Melur. Kamu muda, punya kerjaya, belum terik4t dengan anak – anak lagi. Terbanglah wahai anakanda. Bukan kamu yang rugi. Tapi dia, percayalah. Orang dah tak suka, curang pula tu. Jagalah dirimu baik – baik. Percayalah pada kifarah. Setiap yang baik pasti Allah balas baik, begitu juga sebaliknya.

Buktinya, suami bonda sendiri, setahun selepas peristiwa itu, dia mengalami masalah dalam perniagaan dan kewangan (masalahnya aku jugak kena hadap sekali). Mula didatangi s4kit – s4kit. Tapi bonda redha, bukan ujian suami saja, tapi bonda juga.

In shaa Allah, nak naik pangkat kena la ambik ujian kan. Ni ujian dengan Allah ni. Semoga Allah terima segala amal bonda walau sekecil – kecil sekalipun. Oh ya, sekarang ni bonda dah malas dah nak panggil suami dengan panggiIan sayang.

Panggil abang je, hahaha. Dan jangan la nak ber ai lev u ai lev u dengan bonda. Berat la nak reply ai lev u tu. Tapi bonda masih melayani makan minum pakai suami dengan baik. Berlemah lembut dengan suami. Nafkah batin juga. Sebab bonda pilih untuk bahagiakan diri bonda sendiri.

Kalau tengking – tengking, nak balas d3ndam, mana nak datang bahagia tu kan. Kena bersyukur juga sebab dia pilih untuk kekal dengan bonda. Mungkin ini jalan bonda untuk meraih pahala. Berat betulkan nak ikhlas setelah dicurangi. Tapi in shaa Allah boleh. Nak jadi h4mba Allah yang baikkan.

Buat suami – suami di luar sana, jangan lah dikecam bonda. Bukan bonda berniat untuk menghasut. Bonda hanya nak melihat Melur bangkit, hargai dan sayangi diri sendiri. Korang tak tahu betapa h4ncurnya cinta yang dikhi4nati, kecewanya isteri yang tulus mencintai di saat susah senang kalian.

Jadikanlah ini pengajaran buat kalian. Bercintalah dengan satu – satunya isteri sampai kalian tua. Pasti indah bila sama – sama saling menyayangi dan menghargai. Sekian, salam sayang dari bonda. – Bonda Latifah (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :