Lagi menyeramkan sebab dia selalu suruh kami hadap muka kami ke dalam besen yang berisi air dan dia akan letakkan kaki dia di kepala kami dan pij4k biar masuk dalam air besen tu. Dan kalau saya mengadu ke ibu saya yang saya ced3ra, ibu saya akan tanya kepada pengasuh dan pengasuh akan bagi alasan yang saya terjatuh kat lantai.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama saya Afiq (bukan nama sebenar). Ya, saya tahu banyak pengasuh di dalam ruangan ini dan diharap tidak ada yang tersinggung.
Kisah ini berlaku semasa saya berumur 4 dan 5 tahun. Dulu semasa kecil, hanya saya seorang yang belajar di Tadika Kemas. Saya ada 4 orang adik beradik dan saya anak kedua. Masa tu adik bongsu saya masih lagi di dalam kandungan mak saya.
Setiap hari, mak saya akan ambil saya dan menghantar saya ke satu Taska ini atau dikenali sebagai pusat asuhan. Kadangkala ayah saya akan hantar ke taska tersebut.
Di taska tersebut, saya dan kawan – kawan saya selalu did3ra dan peluang untuk kami bermain juga tipis. Nama kawan saya Mia (bukan nama sebenar) dan kawan kembar iaitu Akid dan Akiq (bukan nama sebenar). Kami hanya ada empat orang dan kadang akan ada juga budak baru di situ.
Back to the story, setiap hari kami akan did3ra macam masa tidur, kami kena memakai pampers kami sendiri dan selalu masa tidur muka kami kena tekup dengan kain yang basah. Kami juga dip4ksa untuk melakukan kerja – kerja kot0r macam membasuh lubang jamban.
Dan kalau kami tidak membasuh dengan cuci salah seorang daripada dua pengasuh tersebut akan datang ke dalam bilik air dan men3ngking kami dan meny3pak kami. Kadang – kadang dia menampar kami di dalam bilik air. Setiap hari jugak dia s3ksa kami di dalam bilik air tu.
Lagi menyeramkan sebab dia selalu suruh kami hadap muka kami ke dalam besen yang berisi air dan dia akan letakkan kaki dia di kepala kami dan pij4k biar masuk dalam air besen tu. Kadang – kadang, makanan yang ibu saya beli dia bagi makan kat saya hanya satu seperti goreng pisang, yang lain – lain habis semuanya dimakan dia. Bilik yang kami tidur ni, bilik stor yang dekat dengan bilik air tempat yang kami dis3ksa.
Oh, saya lupa nak cakap yang dua orang pengasuh ni dua – dua perempuan, seorang yang gemuk dan seorang lagi yang macam gempal – gempal sikit. Yang gempal – gempal sikit ni lah yang selalu s3ksa kami, yang gemuk ni pulak buat macam tak kisah je.
Kadang – kadang masa kena s3ksa tu, kami akan ada Iuka, dan Iuka dia masih ada dekat jari saya ni. Yang gemuk ni kadang – kadang je baik, dia baik dia akan bagi kitorang main yang macam gelongsor plastik yang kat taman tu dalam rumah. Macam kat taska selalunya ada macam gelongsor plastik.
Dia pun ada anak masih baby lagi masa tu. Dia selalu akan datang ke bilik stor tu tempat kami tidur dan suruh kami buaikan baby dia dalam buai. Masa yang kitorang paling suka adalah bila dua – dua ni keluar pergi ke mana entah. Kitorang akan cvri – cvri ke dapur dan carilah makanan. Dan masa yang paling saya bersyukur adalah masa ibu ambil saya awal.
Tetapi kalau ibu ambil terlalu lewat saya terasa macam saya ni, hilang dan ters3ksa setiap kali berada di situ. Setiap hari masa balik, yang gempal – gempal ni dia akan selalu ikut kami pergi ke parents kami dan dia akan tunggu sampai kami masuk dalam kereta dan tunggu berdiri di situ sampai kereta kami pergi.
Kadang – kadang saya rasa kesian jugak rakan – rakan saya yang balik lewat tu. Saya juga selalu mengadu kat ibu dan ayah saya (berg4ntung kepada siapa yang ambil) yang diorang selalu s3ksa kami.
Dan kalau saya mengadu ke ibu saya yang saya ced3ra, ibu saya akan tanya kepada pengasuh dan pengasuh akan bagi alasan yang saya terjatuh kat lantai. Ibu saya percaya je alasan dia. Kadang – kadang saya rasa ters3ksa berada di situ.
Dua orang tu akhirnya dah ditangkap dan dipenjara berapa tahun pun saya tak kisah. Saya pun tak tahu my parents or my friends parents yang membuat aduan.
Sampai sekarang aku jadi macam susah nak bernafas disebabkan pengasuh yang suruh letak kain basah atas muka yang masa kecik aku tak bijak lagi yang boleh menyebabkan Iemas. Ini sahaja kisah daripada saya. Maaflah kalau dikarang panjang sangat. Harap2 di approve story saya. – Afiq (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ellona Alleysia : Jenis mak bapak yang pentingkan diri, malam bersedap – sedap bila keluar anak hantar pengasuh yang penting bayaran murah, boleh process ramai – ramai. Kesian anak-anak yang lalui nasib begini. Ada mak bapak yang lagi tak guna sanggup tinggal anak kat rumah pengasuh atau taska semata – mata nak berseronok dengan kawan – kawan, style macam orang – orang kaya padahal anak kena siksa kat taska.
Noor FadhiLah Mohd Idris : Sama la kena siksa dengan pengasuh, kena pij4k kene tunjaI, adik beradik lain pun kena. Mula – mula parents tak percaya tapi satu hari Allah nak tunjuk kebetulan abah tertinggal barang dekat rumah tengok adik kat pintu menangis sebab tangan stuck tapi pengasuh pergi membawang dengan jiran buat tak tau. Tapi i sempat la cub1t anak dia baIas dend4mmmmm.
Aida Fuyou : Masa anak sulung umur 2 tahun lebih, saya kena pindah kerja. First day hantar anak ke rumah pengasuh baru, saya terk3jut tengok suasana rumah dia. Anak saya menangis masa dihantar. Bila smpai kat pejabat, saya tanya pengasuh anak saya masih menangis ke. Dia hantar gmbar anak saya dah berhenti nangis, tapi mimik muka anak saya macam kena p4ksa berhenti menangis untuk ambik gambar.
Nampak sedih. Saya kenal muka anak saya kalau dia betul – betul berhenti menangis macam mana. Pilu hati saya tengok gambar tu. Anak saya mesti menangis bila hantar dan tak ceria bila jemput. Saya pun cari pengasuh lain dan alhamdulillah anak saya ceria semula. Dua minggu anak saya sedih dan tak ceria. Saya nak bekerja pun tak tenang tengok anak saya macam tu. Bila tukar pengasuh baru la anak saya jadi diri dia semula.
Emranezeid Khalid : Anak sepupu saya diberi ubat tidur, sepupu saya pelik nampak anaknya asyik tidur jer. Bawa jumpa doktor, barulah terb0ngkar. Dekat mana – mana pun ada sekarang ni, hati – hatilah ibu yang bekerja. Pantau anak anak, jangan percaya bulat bulat dengan pengasuh walaupun pengasuh tu ibu sendiri atau adik beradik.
Leesya Liana : Disebabkan perkara begini saya pilih untuk mengasuh anak – anak saya seramai 6 orang sendiri, berhenti kerja hidup dalam sederhana. Bila semua dah besar – besar. Mereka ceritakan kisah kawan – kawan yang duduk dengan pengasuh. Memang mengerikan ada yang kene cabuI, logik akal la pengasuh suruh anak bujang mandikan anak asuhan sejak dari umur 4 tahun lagi. Fikir – fikirkan la memang akan menjadi tr4uma pada anak yang mengaIaminya.