Dulu aku selalu doakan bapa aku untuk berubah tapi sekarang aku doakan dia m4ti kena COVID-19

Masa aku dekat hospitaI aku tak boleh bergerak, Nurse tanya takkan tak ada ahli keluarga yang boleh tolong. Tak ada siapa teman aku. Mak ayah aku ni selalu lebihkan sepupu aku, aku masuk hospitaI dia boleh pergi majlis konvokesyen sepupu aku ibarat kera di anak sendiri di rumah kebuIuran. Beginikah pengakhiranku..

#Foto sekadar hiasan. Boleh panggil aku Irsyad. Aku bukan muda lagi, dah umur 34 tahun ni. Inshaallah kalau tak ada apa hujung tahun ni aku dah CAPD, Continuous AmbuIatory PeritoneaI DiaIysis. Bagi yang tak tahu ini adalah diaIisis air bagi mereka yang mengalami kegagaIan fungsi buah pinggang.

Mesti ramai dah familiar dengan diaIisis dar4h, biasanya kena dilakukan seminggu tiga kali. Berlainan dengan CAPD kena dilakukan setiap 5 jam sekali.

Bagusnya capd dia leh keluarkan garam dengan p0tassium dalam dar4h, tapi kau mesti b3rak hari – hari kalau tak meIetop perut kau (gurau je).

Kisah aku agak berbeza, aku bukanlah seperti orang lain yang makan tak terjaga, minum tak terjaga. Aku bukan hari – hari makan fast food, bukan hari – hari berjimba makan tak ingat dunia.

Aku tak ada diab3tes, aku tak ada dar4h tinggi, aku tak balun boba tealive, ayam double spicy mcdonald hari.

Dapat tahu buah pinggang aku mula merosot pun sebab ada ujian kesihatan berkala, aku kerja dalam bidang oil and gas jadi badan aku kena fit 70% sebab kalau jadi apa – apa dekat tengah laut agak lama jugak bantuan perubatan nak sampai.

Depan mata, kawan aku pernah kena str0k dekat atas laut berbuih – buih mulut dia, bantuan sampai dekat separuh hari naik helikopter, tapi tak sempat, kawan aku meninggaI dalam perjalanan.

Itulah risik0 kerja di laut, lagipun sudah sampai ajaInya. Al-fatihah untuk kawan aku.

Dipendekkan cerita, masa oil and gas melalui krisis aku pun turut terkesan, nama aku naik untuk retrenchment, dapat pamp4san. Aku dapat tahu masa bulan Ramadhan, sayu hati aku, pagi Syawal tu disambut dengan kepiluan.

Selama tempoh setahun tu, aku ada buat biopsi, kali pertama gagal berlaku pendar4han masa tu aku buat dekat HospitaI Kuantan. Alhamdulillah kali kedua berjaya aku buat di HospitaI Selayang.

Doktor kata buah pinggang aku dijangkiti virus sebab tu mula merosak, tak pasti virus apa mungkin denggi sebab aku pernah kena dua kali.

Masa aku dekat hospitaI aku tak leh bergerak, kalau gerak nanti berlaku pendar4han pada tempat bi0psi. Tak ada siapa teman aku, aku tak makan tiga hari, menyebabkan aku kena gastrik.

Aku mintak tolong dengan nurse, takkan tak ada ahli keluarga yang boleh tolong, aku cakap tak ade, dan aku terkapai – kapai.

Aku bukan tak pernah cerita pasal aku masuk hospitaI, tapi jawapannya sediakanlah barang – barang nak masuk hospitaI.

Sedih memang sedih, aku takde sokongan moral daripada family. Aku selalu bandingkan mak ayah aku dengan orang lain.

Aku discharge wad balik aku naik motor tiba – tiba terIanggar bonggoI dan tiba – tiba perut aku rasa pedih. Tak jadi aku nak balik rumah sewa jadi aku tumpang rumah kawan kejap.

Air kenc1ng aku berdar4h. Tak lama lepastu aku rasa tak tahan sebab perut aku s4kit dan keras.

Aku pergi KPJ sebab nak buang pendar4han dalam perut, insuran aku sampai limit aku guna, dah terp4ksa bayar ansuran secara bulanan, dekat RM15k. Aku usaha bayar sendiri.

Ayah aku sejak aku kecik nak aku jadi macam orang lain ada pelajaran tinggi, course dia yang pilihkan, duit pendaftaran aku cari sendiri dia tak hulurkan duit satu sen pun.

Memang daripada kecil kalau aku nak sesuatu mesti kena usaha sampai bab pelajaran. Kadang – kadang aku jeaIous dengan kawan – kawan aku.

Memanglah benda kehendak macam mainan tak semua kawan – kawan aku dapat, tapi bab pelajaran sampai mak ayah diaorang sanggup bergolok bergadai.

Ayah aku masa tu tukar kereta kecil jadi yang lebih besar. Aku ponteng kuliah sebulan, pergi bajak sawah tapi kena tipu dengan sed4ra sendiri, dapat makan hari – hari tapi takde upah, aku kerja free guys.

Aku dah kena perIi dengan pensyarah sebab tak bayar yuran. Last sekali aku lari selain tak cukup duit tempat belajar aku tu kuat buIi dan r4gging.

Aku cari kerja kemudian belajar sijil daripada tahap 1 sampai tahap 3, alhamdulillah masa tu aku dapat tajaan. Lepastu aku kerja, aku kumpul duit untuk dapat lesen naik laut, lebih kurang RM2500.

Gaji aku masa tu masyuk jugak, aku boleh kumpul RM30k dua kali. Aku boleh tambah bilik rumah mak ayah aku, aku boleh bawak satu family bercuti banyak kali, semua aku sponsor.

Aku boleh ride satu Malaysia memang heaven. Aku tak berkira bila kawan – kawan dan family aku susah tapi bila aku susah?

Aku ada tunang masa tu, namanya Mira Faizah. Masa aku tengah hilang kerja dengan s4kit lagi, kena tipu duit dengan kawan dekat RM5000.

Bapak aku p4ksa – p4ksa suruh kahwin, masa aku senang haritu tak nak buat yelah tunang aku ni bakal jadi medicaI assistant mungkin takut mengandung masa latihan dah susah, tapi sebenarnya boleh je mintak kebenaran.

Dahlah tunang sampai dua kali, aku nak tahu bila tarikh nak nikah, tapi itupun bapak aku tak boleh set kan. Bapak aku mesti nak buat grand – grand kalau buat aku memang dah tak ada simpanan.

Banyak aku fikir dengan nak bayar rumah, takde kerja. Beli rumah besar kononnya nak suruh family aku duduk situ tapi, yelah rumah mak ayah aku kecik, adik – adik ramai aku nak diorang selesa.

Lepas semua orang tak faham aku, termasuk dengan Mira Faizah aku dengan fikiran tertekan terus putvskan tunang, aku dah kenal dia 10 tahun, ayat aku pendek je, get lost masa dekat phone. Tulah semua sama naik. Esoknya maknya terus pulangkan cincin.

Kalau Mira Faizah tu faham aku mesti dia mesti bagi aku bertenang dulu bagi aku tempoh seminggu dua untuk fikir masak-masak, tapi memang aku tak berjod0h dengan dia, Mira Faizah pun dah ada anak sekarang.

Pelamin anganku musn4h. Aku kemurungan, dari stage 3 naik ke stage 4.

Kondisi aku tak mengizinkan aku untuk kerja di bidang oil and gas lagi, merata aku cari kerja tak ada yang sangkut. Sampaikan aku terp4ksa kerja di tempat yang har4m, komitmen aku tinggi.

Sekarang aku dah tukar kerja, aku menyesal kerja dekat situ tapi bila ada peluang aku terus Iompat pergi tak pandang kiri dan kanan.

Yelah aku cuma terdesak sebab duit pun dah menyusut tapi kawan aku semua baik – baik dekat sana, jenis tak berkira.

Hubungan aku dengan mak ayah memang tak berapa baik, terutamanya ayah aku, semua nak ikut cara dia sedangkan aku dah tak mampu.

Macam – macamlah yang bapak aku dah buat daripada kecil tapi bila hal kawen itulah buat aku hilang sabar.

Mak ayah aku ni selalu lebihkan sepupu aku, aku masuk hospitaI dia boleh pergi majlis konvokesyen sepupu aku ibarat kera disusukan anak sendiri di rumah kebuluran.

Doktor ps1kiatri pun nasihatkan untuk fokus pada kenalan rapat yang sentiasa bagi semangat pada aku. Dia nasihatkan jauhkan diri daripada bapak aku dan orang yang tak hargai kita sebab Iuka aku belum sembuh bila dekat dengan bapak aku akan trigger Iuka aku.

Aku selalu doa bapak aku berubah, tapi akhir – akhir ini aku selalu doakan biar bapak aku m4ti sebabkan covid-19. Aku dah jumpa calon baru yang fahami aku tapi aku risau bapak aku masuk campur lagi.

Bukan anak je boleh jadi derh4ka, mak ayah pun boleh jadi derh4ka. Mak ayah dekat luar sana aku pesan jangan malu untuk mintak maaf dengan anak, sebab kadang – kadang didikan kita tak adil, ibu bapa juga ada buat silap.

Pembaca budiman, aku dah ckd stage 5 (chr0nic kidney dis3ase). Macam – macam kaedah perubatan hoIistik aku dah cuba tapi tak ada perubahan.

Aku dah rasa give up, tapi girlfriend aku tak putvs asa suruh aku berubat sana sini. Ada yang menipu, tapi tulah asam garam.

Baru ni aku ada berubat dengan perawat mistik, dia kata kena berubat asbab terkena sihir.

Sihir jugak boleh rosakkan organ dalaman kita sikit demi sikit, nampak macam s4kit fizikal tapi sebenarnya ada kaitan dengan mistik. Selama ni aku pergi mana – mana tak ada yang bagitahu aku kena sihir.

Tak lama lagi dah diaIisis, aku harap kalau ada pes4kit ckd stage akhir yang ada unsur sihir yang dah sembuh boleh komen kalau boleh rawatan nak free sebab aku pun tak cukup duit sampai dah meminjam dah ni.

Yelah aku pergi kaunseIing tak dapat MC, mintak dekat nurse, nurse kata mintak dekat doktor, dahlah cara cakap tu kasar. Aku terp4ksa unpaid leave. Sudahlah jatuh, dihempap pokok pulak tue.

Aku pernah baIah dengan doktor, kenapa dah lama tak datang kesihatan penting, duit boleh cari kesihatan takde galang ganti.

Aku cuma jawab dalam hati, kesihatan penting tapi nak pergi hospitaI pun kena guna duit jugak. Aku harap ada yang boleh beri pendapat yang membina sebab aku sangat perlukannya sekarang ni.

Komen Warganet :

Unaa Azemi : Cara confessor ni menulis, dia dah habis positive dah. dia hanya perlukan sokongan moral, kasih sayang beIas kasihan dari orang keliling dan orang yang terdekat untuk teruskan kehidupan menghadapi ujian. Semoga Allah permudahkan urusan confessor. Moga Allah perkenan segala doa-doa confessor

Siti Khadijah : Encik selalunya CKD stage 5 memang tak boleh baik. Cuba tanya doktor encik jika encik layak untuk transplant sebab encik masih muda. tentang rawatan hoIistic sejujurnya saya tak bersetuju tambahan pula encik memang sudah terbeban dari segi kewangan dan setakat ni memang saya tak pernah jumpa yang sembuh. Kuatkan semangat. Dan betullah kata doc encik abaikan org yang negatif2 tu. Tentang mc, selalunya saya akan mintak dengan doc siap – siap. Selepas habis consuItasi. Jangan cakap saya nak, kata saya memerlukan mc ni . Kalau doc, senior nurse termarah atau tegur terkasar maafkanlah mereka ye. Jangan tinggalkan rawatan diaIysis ye encik.

Sophia Gabriel : Bro, jangan la pergi berubat merata yang bukan – bukan. Mengarut sihir semua tu. Pilihan yang terbaik sekarang, ko pergi daftar untuk buat pemindahan buah pinggang. Proses ni makan masa sikit, but jika ada rezeki u, tak mustah1lkan sekejap je boleh settle.

Suami saya  pun kena diaIisis sebelum ni tapi dia diaIisis dar4h. Sebulan RM3,300 dan ke atas termasuk dengan ubat inj3ction. Tapi boleh mohon bantuan dengan zakat dan socso. If ko ada pot0ngan sokso sebelum ni, ko boleh pergi mintak bantuan plus dapat pencen ilat. Tapi sekarang alhamdulillah, suami saya mak1n sihat. Kami baru lepas buat kidney transplant bulan 8 baru ni di HKL..

Suzana Saleh : Tolong jangan putvs asa. Putvs asa akan menjauhkan diri awak dari rahmat Allah. Ya… kita yang tak kena ni cakap memang senang. Tapi selagi ada hayat teruslah berusaha tapi tolong jangan berubat yang dikhuatiri boleh menyebabkan awak syirik. Jangan sia – siakan hidup dengan perbuatan syirik yang mungkin awak tak perasan pun awak dah buat. Istighfar.

Usaha, doa doa doa dan tawakkal kepada Allah. Insyaallah akan ada sinar. Ingatlah s4kit dapat menghapuskan d0sa. Fikir yang baik – baik. Mungkin Allah mahu awak pulang kepadaNya dalam keadaan bersih dari sebarang d0sa. Fikir yang baik – baik ye nak!

Farhanna Dolhan : Encik, kurangkan str3ss, stay positive okay? Wujudkan suasana positif untuk Encik. Abaikan benda yang boleh tr1gger Encik . Kesihatan mentaI akan menyumbang kepada kesihatan fizikal jugak. Yakin dengan perubatan moden dengan izin Allah, awak akan baik. Mak saya sekarang dah 12 tahun on CAPD, and tak dinafikan kadang – kadang ada cab4ran yang datang, tapi Allah kurniakan mak dengan orang sekeliling yang sangat kuat beri sokongan. Saya harap Encik jumpa your circle of happiness.

Apa kata anda?