Sayang, awak tak kahwin lagi kan sebenarnya? Tolong, marilah berbaik semula. Saya salah tuduh awak manduI. Saya juga pernah fitnah awak dengan z1na yang saya buat. Awak setia sangat – sangat. Saya tak ada apa nak bagitahu dekat awak ini, saya cuma saya sangat rindukan awak…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide profile saya. Saya buat fake acc sebab cuba nak mendekati bekas isteri saya semula. Awal tahun ni, isteri saya telah ser4ng suami bekas isteri saya. Saya tau sebab isteri saya burukkan bekas isteri saya pada suami dia. Jujur jadi begini sebab saya terbandingkan isteri saya dengan bekas isteri saya yang jauh lebih baik saya katakan. Kes isteri saya ni, dia suka ungkit kerja rumah dan masak pun tak sedap walaupun kami dah 4 tahun berkahwin sedangkan bekas isteri saya selalu ikut tekak saya. Itu je saya tercakap dan terlepas.
Fake akaun ni pun saya buat sebab saya yang panggil nama dia begini dulu. Berhabis isteri saya burukkan bekas isteri saya pada suami dia. Saya rasa sekarang bekas isteri saya tengah s4kit sebab isteri saya tengah lakukan “sesuatu” pada dia. Saya sangat menyesal lepaskan dia pergi. Saya menyesal selalu pukuI dia dulu. Saya pukuI dia teruk dan setahun juga dia bertahan dengan saya. Walau saya pernah tolak dia keluar kereta tapi dia tetap balik juga ke rumah.
Saya pernah cucuh rok0k pada dia, dan dia mer4ung saya tamp4r sampai pengsan. Saya pernah letak par4ng di tangan saya acah mahu bunvh dia, sampai dia terk3ncing atas tilam, dia sangat takut sampai muka dia terus pucat. Saya beIasah dia sampai pangsan dengan belakang par4ng. Saya tau cincin dia pakai tu hanya nak mengelak orang ganggu dia dan nampak dia macam dah kawin. Saya yakin dia belum kahwin dengan lelaki yang mengaku suami dia sekarang.
Saya kenal bekas isteri saya walaupun kami hanya sempat bercinta dalam mahligai yang saya bina untuk 6 tahun. Saya tau dia mesti kenal ini adalah pengakuan saya. Saya cuma nak bagitau, sayang, awak tak kahwin lagi kan sebenarnya? Tolong, marilah berbaik semula. 4 tahun tersiksa tanpa awak. Hanya awak yang sanggup bersama saya bila masa saya belum punya apa pun. Saya selalu perhatikan awak bila saya rindu. Saya ada int4i awak di pejabat awak.
Awak kurus sangat berbanding dulu. Awak tak perasan saya datang. Nampak je somb0ng. Tapi awak hanya seorang yang sangat naif macam selalu. Macam 10 tahun yang lalu cuma sekarang awak dah berhijab dan sangat cantik. Saya tau dia bukan suami awak tapi awak saja buat buat mengaku. Saya ingin ada anak dengan awak. Saya pernah cakap nak anak telinga cam awak sebab awak dengar cakap. Gelak awak comel sangat sayang. Saya salah tuduh awak manduI.
Saya juga pernah fitnah awak dengan z1na yang saya buat. Awak setia sangat sangat. Saya tak ade apa nak bagitahu dekat awak ini, saya cuma saya sangat rindukan awak. Saya tak berani add friend awak. Sayang, saya akan tunggu awak komen. Saya akan wasap awak. Sedangkan nombor HP pun dia tak pernah tukar dari tahun 2006, ini kan nak tukar tukar jantan. Saya menyesal sayang. Saya tak sanggup sesiapa kahwini awak. Saya merayu.
Komen Warganet :
Fiza Awal : Maaflah tt, siapalah saya untuk menilai kejujuran dan keikhlasan tt nak kembali kepada bekas isteri cuma diharapkan tt dapatlah berubah diri dulu kepada yang lebih baik, lebih dekat pada agama, tidak baran. Pendek kata, ubah diri dulu sebelum merayu – rayu nak semula dengan bekas isteri. Jangan berkata manis sekadar di bibir sahaja, memujuk merayu sebab isteri sekarang tak taat mahupun bertindak baIas macam bekas isteri yang dulu.
Jangan ani4ya orang lagi, andai nak kahwin dengan perempuan lain pun, berubah lillahitaala, kerana Allah dulu. Tak baik r0sakkan masa depan anak orang. Nasib baik tak ada anak lagi, kalau tak, macam manalah perasaan anak bila tahu ayahnya seorang kaki pukuI.
Ika Hawa : Tolonglah jangan berbaik – baik semula dengan lelaki macam ni wahai ex wife. Sangat kej4m pada awak. Belum tentu dia akan berubah kalau dapat awak semula pun. Semoga ex wife awak akan hidup bahagia bersama suami baru dia. Semoga Allah sentiasa Iindungi keselamatan ex wife awak dan keluarga baru dia daripada mereka yang berniat jahat. Semoga Allah berikan ketenangan dalam hidup ex wife awak. Awak pulak suami isteri, muhasabah diri lah. Ubah sikap. Kat mana awak nak dapat kemaafan dari ex wife kalau kamu suami isteri bersikap macam tu dengan ex wife.
Tina Zahari Janna Sofea : Ko rindu ape sebenarnye? Rindu nak tangankan ex wife ko ke? Dia dah move on la tu. Dia kalau ingat ko pun, kompem dia ingat ko sebab beIasah dia. Perempuan yang sabar ni kalau dia dah lepaskan, dia tak akan pandang belakang dah. Kau bukan bawak bahagia kat dia pun. Orang lain layan isteri dengan penuh kasih sayang tapi kau penuh sep4k teraj4ng. Buat ape nak ingat bekas suami macam ni.. choiiii!!!
Julia Genji : Dah tau wife mu buat benda tak elok kat ex wife mu kenapa mu tak halang atau buat sesuatu. Mu nak balik semula kat ex wife mu? Mu yakin ke mu dah berubah? Eh, kesian la sikit kat ex wife mu, kalau mu sayang dia, mu jangan pujuk rayu dia lagi balik ke mu. Takut nanti m4kin parah bini mu buat benda tak elok. Kalau mu sayang ex wife mu, bagitahu je suruh ex wife mu pergi berubat. Kesian dekat ex wife mu weh. Bagitahu wife mu tu supaya ingat m4ti dan ingat Tuhan sikit.
Diyana Mohd Tarmizi : Aku pon dari 2008 tak tukar nombor ni. Satu je nak cakap, eloklah ko sedar yang mana intan yang mana kaca, dan tak payah la ko cari lagi bekas isteri ko tu. Ko sebenarnya tak layak untuk dia. Moga ko ditemukan ketenangan dalam mendidik wife ko yang sekarang, didiklah dia tu tugas ko sebagai seorang suami. Jangan kacau bekas isteri ko dah, ko doakan jela dia dapat suami selayaknya untuk dia. Kepada ex wife bro nie, tak payah termakan dengan pujuk rayu bro nie. Teruskan hidup tanpa jantan tak guna macam ni. Semoga awak dapat suami yang lebih menyanyangi awak dan bertanggungjwab.
Juraini Kadir : Moga ex wife awak bahagia serta bertemu lelaki yang menyayanginya hingga ke syurga. Semoga dikurniakan lelaki yang menyintainya sepenuh hati, tidak meny4kiti dirinya serta dapat merawat segala keIukaan dan kes4kitan yang pernah dia lalui.