Saya ni menantu lelaki tapi saya tasa nak tonyoh cili dekat mak mentua saya

Ibu mentua saya diceraikan oleh suami sebab dia lambat zuriat. Oleh sebab dia duduk sorang diri dekat rumah flat, saya punya la baik hati bawak ibu mentua datang duduk dengan kami sebab dia ibu tunggal. Masalah sekarang saya dan isteri masih tak dapat zuriat, jadi ibu mentua takut – takutkan isteri. Pernah sekali saya sound ibu mentua..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Buat pertama sekali, saya adalah seorang suami yang hidup bersama mentua. Ibu mentua saya adalah ibu tunggal yang duduk di rumah saya dan isteri. Sudah 4 tahun kami bernikah, masuk tahun ke 3 mentua pindah bersama kerana kami sudah membeli sebuah rumah.

Sebelumnya mentua saya duduk di sebuat rumah flat dan menyewa seorang diri. Jadi tujuan baik saya membawanya bersama bagi meringankan beban dirinya. Mula sekali saya nak kenalkan sejarah hidup ibu mentua saya. Ibu mentua saya seorang janda yang mana dulunya dia dicurangi oleh bapa mentua saya kerana zuriat.

Mereka bernikah dan lambat mendapat zuriat. Akhirnya bapa mentua saya secara sembunyi telah bernikah lain. Setelah beberapa tahun dimadukan, ibu mentua dikurniakan rezeki mengandung tapi maIangnya bapa mentua masih lagi melayan ibu mentua dengan teruk.

Walaupun selepas itu mereka mendapat 2 lagi zuriat yang lain. Isteri saya merupakan anak ketiga dan yang bongsu. Ketika isteri saya berusia 2 tahun, bapa mentua menceraikan ibu mentua kemudian pergi meninggaIkannya tanpa sebarang harta dan nafkah.

Dari cerita isteri, ibu memang sangat sangat susah dan struggIe dengan kehidupannya membesarkan anak – anak. Hinggalah setelah beberapa lama menjanda, dia bernikah sekali lagi. Tetapi nasib yang sama menimpanya, suami barunya juga turut melakukan hal yang sama yakni curang lalu mereka berpisah setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Jadi disingkatkan cerita, apa yang saya fahami, ibu mentua saya sekarang ini mengalami tr4uma di dalam rumah tangga. Begini, saya dan isteri sekarang masih belum ada anak. Rezeki kami belum sampai lagi tapi saya sebagai suami tak pernah kisah dan kami usaha semampu mana yang kami boleh.

Sementara belum ada anak ni, memang saya dan isteri mencari banyak hiburan. Pergi bercuti, kumpul sedikit harta untuk beli aset sendiri dan selebihnya melakukan pelbagai aktiviti lain. Tak ada isu apa setakat ini antara kami.

Hinggalah mentua datang duduk di rumah kami. Saya ni orangnya sangat sibuk bekerja, kadangkala akan keluar pergi oustation sampai berhari – hari. Jadi kalau masa bekerja tu, memang betul saya bekerja. Tak sempat nak jumpa isteri tapi kalau cuti, saya akan luangkan masa sehabis mungkin bersamanya.

Namun, mentua saya ni telah sampaikan r4cun – r4cun pada isteri. Katanya saya ni bukannya pergi outstation, sebaliknya pulang ke rumah isteri muda. Isteri muda yang tak wujud. Kemudian dia kerap bertanya soal anak pada isteri dan menakut – nakutkannya dengan isu curang.

“Kau tak takut ke nanti suami kau cari lain pasal kau tak boleh mengandung?” Itulah yang saya pernah dengar keluar dari mulut mentua. Dulu isteri saya ni, dia bukan jenis orang bersangka – sangka. Dia tahu saya ikhlas dan jujur padanya, bahkan telefon dan barang peribadi saya tak pernah pun disorokkan.

Dia nak buka dan check, silakan. Tapi sejak kehadiran mentua dalam rumah kami, dia mula menduga – duga. Kerap kali merajuk tiba – tiba dan tiba – tiba juga dia akan berem0si tak tentu pasal. Mentua kerap kali bangkitkan tentang isu “bini lain, jumpa perempuan lain, ada perempuan simpanan, tak ada anak nanti suami curang”.

“Kau nak jadi macam mak? Kau tengok apa bapak kau buat?” Tak sudah – sudah. Saya pernah sound mentua saya tapi depan saya sajaIah tak berani bersuara. Sebaliknya bila di belakang dia masih menghasut isteri. Tak cuma pada isteri, mentua saya siap bergosip isu ini dengan anak – anaknya yang lain.

Kononnya saya ni sebenarnya bukan oustation tetapi pulang ke rumah bini lain atau melakukan maksi4t di luar. Untuk pengetahuan semua pembaca, adik beradik isteri saya yang lain semua lelaki. Cuma dia sahaja perempuan.

Berkali juga abang ipar saya tegur sikap mentua tapi entahlah kenapa degil sangat. Sekarang isteri kerap syak wasangka yang bukan – bukan. Ada saja tak kena, kami jadi panas dan kerap berg4duh kerana kepercayaan isteri saya luntur dek r4cun dituang oleh mentua.

Kadang – kadang keluar jumpa kawan pun dituduhnya saya jumpa perempuan lain. Bila saya dah bawa dia sekali, dia cakap saya ada helah pula. Entahlah kenapa boleh jadi begini. Apa saya boleh buat dengan mulut mentua saya selain ditonyoh cili? – Tiada nama (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lily Abdullah : Benarlah, ibu yang tidak bahagia tidak membenarkan anak menantu sendiri bahagia. Bukan semua. Tapi kebanyakan memang begitulah. Semoga confesor dan isteri dipermudahkan urusan menangani ibu mertua yang t0ksik begini. Allahumma amin.

Dee Ya : Cakap terus depan mertua., depan bini sekali. Biar 6 biji mata bertemu serentak. Terangkan betul – betul, awak tak pernah duakan isteri. Lepas ni mak jangan menuduh bukan – bukan sehingga isteri bersangka buruk pada suami sendiri.

Cakap je macam tu, jangan dip3ndam. Bagitahu juga, kalau tau sikap mak macam ni, saya takkan benarkan mak tinggal bersama. Guna je ayat ni ok, awak jangan takut. Awak kena suarakan juga kalau nak tengok rumahtangga tak diganggu. Nak plak dah duduk sekali, kalau setiap hari kena r4cun mesti akan goyah juga satu hari nanti.

Junaida Abdul Jalal : Anak lelaki yang wajib menjaga seorang ibu. Bukan anak perempuan. TT boleh jaga ibu sendiri. Bincang dengan your ipar duai, mulakan dengan penggiliran mak mertua duduk rumah mereka pula.

Buat jadual masa TT outstation, mak mertua kat rumah anak lelaki dia. Masa TT di rumah baru bawak mak mertua datang. Supaya dia tiada alasan nak bukak mulut pasal TT outstation yang membawa kepada fitnah berlakunya kecurangan di pihak TT.

Suhana Abdul Samad : Tr4uma sangat sampai bawa kesan buruk pada orang lain. Saya faham perasaan mertua. Sekarang dia tak percaya semua lelaki termasuk anak – anak lelaki dia. Perkara ni perIukan masa nak sembuh.

Sementara dia dalam healing proses, awak banyakkan bersabar dan tunjukkan awak bukan macam lelaki lain. Apa kata awak sibukkan dia, boleh cuba hantar dia ke kelas mengaji, kelas menjahit, kelas memasak. Al maklumlah orang tua ni tak de benda nak buat mula la dia banyak masa fikir benda – benda mengarut ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.