Saya sanggup Iawan mak sbb nak kahwin dgn suami org, tiba2 isteri pertama call buat pengakuan

Ron bagitahu dia dah cuba jadi suami yang terbaik tapi isteri dia selalu minta cerai. Mak mertua dia pun selalu minta duit buatkan dia selalu sedih bila bersama isteri. Sebab itu aku nekad nak jadi isteri yang terbaik untuk Ron dan bersedia kahwin lari di Siam. Tiba – tiba satu hari, isteri Ron call..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Kisah yang dipaparkan minggu lepas bercerita tentang poIigami benar – benar menarik perhatian saya, kerana poIigami juga hampir menjerumuskan saya ke ner4ka. Tetapi saya cepat insaf, bagaimanapun parutnya masih berd4rah hingga kini, biar pun Iukanya sudah kering.

Tidak dapat saya nafikan sebagai wanita, saya memang cepat mesra dan tak salah kalau saya katakan, saya cepat terg0da dan jatuh cinta. Ibu saya dari awal lagi menasihatkan supaya jangan kahwin selagi belum dapat ijazah. Memang saya patuh, tetapi bila dah bercampur, tengok kawan ada teman lelaki, hati kecil ini cepat terikut – ikut dan ingin merasai nikmat bercinta dan berkasih.

Tetapi semuanya saya pendamkan kerana pesan ibu dan tidak mahu patahkan harapannya melihat saya bekerja bila lulus nanti. Akhirnya saya dapat ijazah tanpa mematahkan harapan ibu. Azam saya sudah bekerja saya akan berkahwin.

Namun sebagai manusia kita cuma boleh merancang, Allah menentukan, menguji kesabaran kita. Rasanya puas juga saya mencari calon suami sesuai, tetapi tak jumpa. Kata kawan, kita mesti aktif, mesti bercampur, mana tahu kita boleh jumpa j0doh kita.

Memang ada mamat – mamat cuba mendekati saya, tetapi saya tolak, sebab suami orang. Sebenarnya ibu pun mencari, tapi masih gagal. Kalau ada yang bujang, tak sekufu pula. Kata ibu, buat apa kahwin kalau menyusahkan diri sendiri, akhirnya semua benda dalam rumah tangga kita kena tanggung.

Dalam pada mencari umur pun meningkat 30 tahun. Nak jadikan cerita, ada kawan cadangkan saya beli rumah sendiri, jangan buang duit menyewa. Satu cadangan baik, maka saya diperkenalkan dengan beberapa orang agen hartanah.

Ketika inilah saya berkenalan dengan mamat ni, namanya Ron. Beliau rajin telefon dan cadangkan saya beli kondo yang cantik dan selesa. Tetapi saya lebih suka rumah teres setingkat. Kata Ron, orang sibuk macam saya tak ada masa nak kemas rumah.

Lebih baik beli kondo. Betul juga. Cadangan yang baik. Ron ni pulak peramah meIampau, katanya dia sudah berkahwin ada 2 anak. Dia duduk pangsapuri, isterinya bekerja. Tetapi hubungan mereka agak tegang kerana campur tangan mentua.

Kata Ron, lagi dia kurang selesa dengan mentua sebab sering minta duit isterinya, menyebabkan bajet mereka lari. Tambahan pulak adik iparnya turut menumpang rumahnya, kerana itu rumahya sering jadi tempat lawatan mentuanya.

Inilah antara punca hubungan mereka suami isteri, sentiasa tegang. Dek kerana selalu dengar cerita Ron, akhirnya saya tertarik dengan dia. Bukan kerana dia kacak, (memang pun kacak), tetapi kerana keikhlasannya bercerita tentang masalahnya.

Maka saya jadi kesian dengan masalah Ron. Akhirnya dari kawan, kenalan, dan ejen perumahan, kami jadi pasangan kekasih. Selepas setahun Ron mengulik mayang memik4t saya, akhirnya Ron melamar saya jadi isterinya. Memang saya setuju, tetapi kena beritahu ibu dulu.

Saya tak mahu jadi anak derh4ka. Nak jadikan cerita, saya dipanggil balik kampung sebab adik perempuan saya nak bertunang, dia baru bekerja, tetapi dah dapat calon sesuai. Hati saya berdebar bukan kerana adik nak bertunang, tetapi saya terasa mesti kena smash dengan ibu sebab tak dapat calon suami lagi.

Memang tepat tekaan saya, soalan pertama saya ditanya selepas adik bertunang, saya bila lagi? Sebelum bertolak balik KL, saya beritahu ibu bahawa saya dilamar seorang lelaki. Mulanya ibu gembira, tapi bila saya kata suami orang, waktu itu juga ibu bersuara ‘Apa, suami orang? Tak payah! Kalau suami orang tak payah, buat menyusahkan diri kau aje!’ Itu keputusan ibu.

Terasa macam dentuman guruh di hadapan saya. Saya cuba bercerita, tetapi ibu tolak ‘Aku kata tak payah! Tak payah! Aku tak mau kau hidup mend3rita! Bukan senang bermadu! Aku tak mau kau kena tipu, tambah – tambah dia ada masalah dengan isteri dan mentuanya. Nanti kebahagiaan yang kau kejar, bencana yang kau dapat!’ Itu keputusan ibu. Muktamad.

Saya pulang dengan kehampaan. Tetapi rasa kasih pada Ron bertambah – tambah pulak. Ron nasihatkan saya berusaha pujuk ibu. Kata Ron, sekeras – keras ibu, kalau pandai pujuk akan lemah juga, kerana semua ibu sayangkan anaknya, terutama anak perempuan.

Berbulan juga saya berusaha pujuk ibu, tetapi jawapan ibu tetap sama. Nak jadikan cerita, kerana cinta punya pasal, saya tandatangan S&P beli kondo berkongsi dengan Ron, sebab saya yakin saya akan kahwin dengannya satu hari nanti.

Ibu akan bersetuju dan saya beli kondo sebab harganya sesuai. Lagi pun Ron berjanji akan bayar ansuran kondo jika saya bayar duit muka sebagai pendahuluan. Pendek kata, saya telah buat persediaan berkahwin, bukan setakat beli rumah, sebaliknya mengadakan perabot dan ubuh suai rumah pun saya dah buat serba sedikit.

Ye lah, nak duduk rumah sendirilah katakan. Saya nak selesa. Tenang dan aman. Sepekara lagi, Ron juga berjanji akan selesaikan masalah rumah tangga dengan isterinya, sebab dia sudah tak sebulu dengan mentuanya. Kata Ron, dia malu jadi suami jika sering dic4bar ceraikan isterinya kalau tak mampu nak sara isteri.

Sedangkan kata Ron, dia berusaha menguruskan keluarganya dengan baik, cuma tak mampu nak bagi mentua duit setiap bulan. Bila dengar cerita Ron, rasa sedih dan kasih sayang padanya menjadi – jadi. Tetapi maIangnya, ibu tetap melarang, mencegah dan menasihatkan saya supaya berfikir 10 kali dan jangan dengar cerita Ron.

Kata ibu, setiap patah cerita Ron semuanya bohong. Jangan cepat percaya. Waktu itu rasa marah dan benci saya pada ibu menjadi – jadi, malah saya kata ibu memang tak mahu lihat saya senang dan ibu pentingkan diri sendiri.

Akhirnya saya dan Ron buat keputvsan walau apa pun terjadi, kami tetap akan berkahwin juga, walaupun terp4ksa nikah di Siam. Saya akan berusaha untuk jadi isteri terbaik Ron, kerana selama berkahwin dia sering kecewa dan hampa dengan isterinya kerana campur tangan mentua.

Dalam hati kecil saya mengharapkan ibu tidak jadi macam itu. Dalam pada itu beberapa orang kawan menyedari hubungan kami. Ada yang kata okey, ada ucap tahniah, tapi ada juga nasihatkan saya tunggu dulu. Siasat dulu siapa Ron sebenarnya.

Betul juga. Saya tak kenal ibu bapa atau adik beradik Ron, agaknya sebab saya tak bertanya, kerana saya sering tanya tentang isterinya sahaja. Bagaimanapun, kami bulatkan niat tetap kahwin hujung tahun nanti, sebab ketika itu usia saya sudah 34 tahun sementara Ron, 43 tahun.

Saya bimbang kalau lagi lewat mungkin saya tidak boleh mengandung kerana faktor usia. Jadi hampalah niat saya nak anak sendiri. Waktu itu nasihat, keizinan dan keredaan ibu sudah terhakis dari fikiran saya. Kalau ibu bantah saya tetap nikah dengan Ron.

Kata Ron, bila ada anak nanti tentu ibu akan berubah, sebab sayangkan cucu. Betul juga! Sebab itu saya rela kahwin walaupun ibu tak restu. Nak jadikan cerita, sedang kami merancang hendak ke Siam, tetiba saya dapat panggiIan dari seorang wanita bernama Jen.

Katanya, dia nak jumpa saya. Bila saya tanya untuk apa dan siapa dia sebenarnya, dengan tegas katanya dia isteri Ron. Berdebuk jantung saya. Jen ajak jumpa, tapi saya ragu – ragu, sebaliknya saya minta dia telefon saya malam nanti, sebab saya tak mahu diganggu waktu bekerja.

Tapi nasihatnya jangan beritahu Ron jika saya hendak tahu cerita sebenar rumah tangga mereka dan siapa Ron sebenarnya. Ini mesti cerita penting. Saya cuba telefon Ron tapi tak berjawab. Jantung bergegar laju. Malam itu Jen telefon dan bercerita.

Tapi ceritanya 80 peratus berbeza dengan cerita Ron. Mana yang betul ni!! Jerit hati kecil ini. Ron ke Jen? Kata Jen, Ron banyak hutang, suka berjudi. Hinggakan semua urusan keluarga dia yang pikul. Akibat tak berduit, Jen terp4ksa ajak adiknya tinggal sama untuk bantu bayar ansuran rumah, dan dapat tumpang kereta ke tempat kerja.

Dan ibunya sanggup datang membantu bila kurang duit nak bayar upah pengasuh anak. Kadang – kadang kala emak Jen datang bawa anak – anak balik kampung bila keadaan terdesak. Kata Jen, sudah banyak kali mereka berg4duh pasal masalah duit dan hutang, tapi Ron tak ambil pusing.

Dia tetap dengan gaya hidupnya macam orang bujang dan suka berjvdi. Sem4kin banyak cerita saya dengar, sem4kin kuat gegaran jantung saya. Apa cerita ni? Siapa yang benar? Apa patut saya buat sekarang? Patutkah saya tanya Ron untuk mengesahan, atau buat siasatan tanpa pengetahuan Ron?

Pengakuan terakhir Jen bahawa dia tidak bantah kalau saya nak kahwin dengan Ron, tetapi dia minta saya tolong bayar hutang rumahnya yang sudah 6 bulan tak berbayar, pulangkan kereta yang Ron gunakan sekarang, kerana kereta itu miliknya yang Ron gunakan secara p4ksa.

Menggeletar tubuh saya dengar cerita Jen. Tiga hari saya diamkan diri, panggilan Ron pun tidak saya jawab, sebab saya keliru. Saya takut masalah Ron kaki jvdi terbongkar. Saya terp4ksa cari jalan siasat siapa Ron. Saya tak boleh terima cerita Jen bulat – bulat.

Saya pasti kalau tanya Ron dia akan menafikan. Akhirnya dengan pertolongan kawan, beliau kenalkan saya dengan kawan kepada Ron. Memang awalnya beliau tidak mahu masuk campur. Tetapi dengan pujukan kawan, akhirnya beliau mengaku, memang Ron suka berjvdi.

Itu sahaja pengakuannya, dia tak boleh khi4nati kawan. Pada saya pengakuan itu sudah cukup menjelaskan siapa Ron sebenarnya. Jvdi salah satu cabang keh4ncuran sesebuah keluarga. Akhirnya saya terp4ksa bertanya pada Ron.

Memang Ron nafikan, malah menuduh isterinya buat fitnah mahu memutvskan hubungan kami dan takut bermadu. Ron dakwa fitnah itu datang dari mentuanya. Saya pendamkan pengakuan kawannya tentang Ron kaki jvdi.

Sebaliknya saya minta Ron bersabar tentang urusan pernikahan kami di Siam. Ron pulak marah. Entah kenapa tetiba hati saya tawar untuk berkahwin. Mungkin kerana saya lebih takut sebab saya sudah tanda tangan S&P beli kondo bersama Ron.

Bermakna Ron boleh tuntut kondo ini walaupun saya bayar ansuran bulanan. Persoalannya bolehkah Ron tuntut kondo ini? Apakah cara boleh saya kikis nama Ron dari S&P ini? Bertambah kencang degupan jantung saya. Persoalannya mengapa saya begitu b0doh meletak nama Ron dalam pembelian kondo ini sedangkan kami belum berkahwin, lebih tepat saya belum kenal siapa Ron sebenarnya.

Sekarang jelas saya sudah tertipu. Saya terp4ksa jumpa doktor minta ubat tidur. Saya sentiasa fikirkan Ron bukan pasal cinta, kasih sayang dan kesian, tetapi mengapa saya jadi b0doh dan mudah tertipu. Jantung saya terasa nak putvs bila fikirkan ibu dapat tahu Ron penama bersama pembelian kondo ini.

MeIetup. Pasti ibu `temb4k’ saya. Aduh! Apa patut saya buat? Takkan saya kena bayar ansuran bulanan kondo ini, sedangkan pemilik bersamanya tak ada hubungan dengan saya. Aduh. Apa patut saya buat? Saya mesti cerita pada ibu dan adik beradik untuk atasi masalah ini.

Nak kena `temb4k’ pun, kena lah. Tak kan saya bersusah payah bayar ansuran bulanan, sedangkan milik orang lain. Kini 2 tahun berlalu. Ron pun sudah lama menghilang bila saya ceritakan rahsia pemb0hongannya. Dia malu.

Masalahnya saya belum berani bercerita masalah kondo ini dengan ibu. Kerana itu hati saya tidak pernah tenteram. Saya takut rahsia saya terbongkar dan saya tak mahu meIukakan lagi hati ibu. Tetapi saya sudah memohon maaf atas kekasaran saya pada ibu yang menghaIang saya berkahwin tempoh hari, kerana saya tak mahu masuk ner4ka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.