Setiap kesalahan kecil yang kakak buat saya akan cubit dan pukuI dia sebab saya str3ss. Semalam saya nak pakaikan baju anak yang sulung. Biasalah budak – budak main dulu, saya str3ss saya marah dan tengking anak sambil cubit telinga dia. Malah saya baling baju dekat muka anak. Saya tinggalkan dia dan terus pergi buat kerja tapi lepas tu saya cari dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum buat semua pembaca sekalian..
Saya tak ada masalah rumah tangga cuma nak berkongsi cerita dengan kalian semua supaya jadikan pengajaran. Saya adalah isteri yang berumur 25 tahun dan suami pun sama. Kami sudah 5 tahun berkahwin serta mempunyai 2 orang cahaya mata yang sangat comel. Saya baru lepas bersalin anak saya yang bongsu bulan Februari haritu. Dan anak yang sulung sudah masuk 4 tahun. Selepas bersalin anak kedua ni saya berubah daripada dulu seorang yang periang tetapi kini tidak lagi. Mungkin disebabkan oleh tak cukup rehat sebab suami pula kerja shif. Kalau suami ada di rumah memang dia akan bantu saya serba sedikit. Tapi bila suami kerja saya terp4ksa uruskan semua kerja – kerja rumah dengan baby yang menyusu badan.
Mungkin sebab tu saya str3ss dan selalu termarahkan anak sulung. Kakak seorang anak yang baik, ringan tulang untuk membantu, tolong jaga adik, kemas barang walaupun dia baru berusia 4 tahun. Tapi setiap kesalahan kecil yang kakak buat saya akan cubit dan pukuI dia sebab saya str3ss. Dan semalam dia membuka mata saya. Ketika saya tidurkan adiknya, ayah dia dah mandikan dia tapi tak sempat nak pakaikan baju sebab nak turun kerja. Lepas adik dia dah tidur, saya suruh dia baring, ibu nak pakaikan baju. Anak macam biasalah, main – main dulu sebabkan saya str3ss dengan fikirkan pinggan dekat dapur belum dicuci lagi, sampah – sampah belum dibuang, saya cubit telinga dia. Siap campak baju dekat muka dia, “Nah ko pakai baju sendiri kau ingat aku ada masa ke nak main – main! aku banyak kerja nak buat!!”
Sambil saya berlalu tinggalkan dia yang menahan s4kit kena cubit dan terus cuci pingan kemaskan apa yang patut. Selepas kerja selesai saya ke luar dan cari dia, tahu – tahu dia dalam bilik tengah salin pakai sendiri. Dengan tak berpampers seluar terbalik, baju salah lubang. Bila dia nampak saya, dia panggill saya, ibu.. masa saya tengok hati saya luruh. Perasaan bersalah yang kuat datang, terus saya peIuk dia sambil menangis. Dia pun menangis teresak esak sampai sedu. Saya cakap “Ibu minta maaf, ibu sayang kakak, ibu minta maaf sebab selalu marah kakak, sebab kakak bising masa adik tidur.”
Sampai pagi ni pun saya masih menangis bila teringat apa yang terjadi semalam. Semoga ibu – ibu dekat luar sana bersabarlah. Kalau penat berehatlah, jangan lepaskan kemarahan kepada anak – anak kita. Kepada kakak, andai satu hari nanti kakak baca ni, ibu nak cakap yang ibu sayang kakak lebih dari segalanya. Maafkan ibu sayang, semoga kakak membesar menjadi anak solehah. Doa ibu selalu bersama awak.
Komen Warganet :
Firdaus Shakirin : Saya penah berada di tempat awak. Saya pernah jaga anak – anak saya masa isteri kerja syif dulu. Ada satu malam tu, saya dah penat bekerja, nak la tidur dengan aman, tup – tup si kakak tu kencing dekat tilam. Walhal sebelum – sebelum ni kalau kencing, dia akan pergi bilik air.. Saya punya angin dengan dia, terus saya tamp4r. Angkat adik, tidur ruang tamu. Lepas setelkan kakak, saya tidur, saya dengar bunyi teresak – esak, rupa – rupanyanya dia menangis lagi. Nampak macam dah tidur, saya tepuk dia, saya minta maaf.
Bukan senang untuk t3mpuhi semua ni, adakalanya kita hilang kawalan jugak dan end up, anak – anak yang dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan, tekanan dalam diri kita tu. Istighfar banyak – banyak setiap kali rasa nak marah anak – anak tu.
InsyaAllah, lama – lama kita dapat kawal perbuatan kita terhadap mereka.
Engku Liana : Puan kena banyak berzikir dan solat jangan tinggal. Saya dengar ceramah Ustazah Norhafizah cakap kepada ibu – ibu di luar sana kalau pernah pukuI anak lekas – lekas solat taubat mintak ampun dengan Allah. Dan jangan sampai dosa berlarutan. Tu je puan saya nak pesan, kadang – kadang kita ni str3ss sangat, sampaikan hati anak kita tak jaga. Saya pernah macam tu, suka Iukakan hati anak sendiri kalau rasa penat. Bila lepas solat ketenangan dan keinsafan tu datang rasa nak menangis sepuas hati berdoa – doa sebaik habis minta Allah beri hati kita lembut untuk mendidik anak – anak semua.
Saya selalu berdoa macam tu supaya kita tak jadi ibu yang kej4m. Lama – lama anak jadi keras hati dan degil. Puan kena banyak membaca tip mendidik anak – anak. Dulu saya macam puan jugak. Bila banyak membaca sedut ilmu kat google baru saya tahu ilmu mendidik anak dan mengawal str3ss ketika di rumah. Harap puan belajar dari apa yang saya katakan ni. Sama – sama kita menjadi ibu terbaik buat anak – anak kite semua.
Meera Azahar : Jarak umur kira jauh gak tu sis. Saya anak sulung setahun sebulan, anak ke-2 dah lahir. Suami kerja shif seminggu siang dan seminggu malam. Dengan ank sulung premature so lambat sikit berjalan. Saya handle sendiri keduanya tanpa bantuan sesiapa. Masak seawal 5 pagi dan siapkan semua kerja rumah sebelum subuh. Mengantuk dan tak cukup rehat usah cakap la. Kadang – kadang anak bangun mnyusu serentak. Keduanya susu btol, baby dipangku sambil suap susu dan tangan lagi sebelah suapkan susu untuk si abang.
Tido masing – masing nak berbuai dan serentak. Dekat rumah memang ada 2 buaian. Buai si abang saya ayun guna kaki dan si adik guna tangan. Boleh bayangkan tak betapa susahnya, str3ss memang str3ss sampai tak boleh cerita. Sampai pernah rasa menyesal kahwin tapi banyak – banyak istighfar dan ingat Allah. Allah tak uji melebihi kemampuan. Syukur gak dapat suami yang memahami dan anak kedua tak banyak meragam. Alhamdulillah sekarang anak sulung dah 10 tahun. Punye serik, jarak antara anak ke-2 dan ke-3 sampai 8 tahun. Jadi kakak dan abangnya dah boleh tolong jagakn adik. Lega sangat rasa.
Aminah Ibrahim : Aku harap tt ni bertabahlah baca komen netijen. Aku baca elok je tersentuh dan faham perasaan dia. Bukan masalah dia tak pandai urus masa ke apa. Kalau kena anak kau jenis “Ianggar” aje semua. Kau punya planning cantik pun habis berantakan. Ada orang jenis dia tak boleh nak handle banyak benda dalam satu masa, bila camtu benda tu jadi too str3ssful pada dia sebab tu dia project em0tion dia pada anak dan suami. Bagusnya tt ni dia sedar dan dia channel em0tion dia tu dengan mengadu.
Bila orang baca dan sama situasi dengan dia komen yang membina, str3ss dia tu kurang la sikit. Lepas tu dia akan move on dan usaha untuk atasi masalah dia tu tapi tu la, ramai pulak komen good, good. Harap bertabahlah baca komen. Jangan lagi tension pulak. Ibu, ibu lain faham je situasi ko ni. Ko tarik nafas, peIuk anak ko dan teruskan belajar kawal em0si dan cari ilmu urus rumahtangga dan didik anak.
Halijah Siti : Allah… Sama macam saya buat dengan anak sulung saya. Suami juga kerap out station. Jika dia ada saya boleh berehat, jika dia tak ada semua di bahu saya. Si sulung lah yang banyak jadi m4ngsa kemarahan dan str3ss saya dulu. Tapi dia pandai bawak diri dan urus diri. Dulu berulang kali saya nangis peIuk – peIuk dia dan mintak maaf atas kelemahan saya.
Sekarang anak saya dah 3, si sulung yang baru usia 6 tahun inilah banyak bantu saya urus adik dia jika saya buat kerja. Pandai mandikan dan gosok gigi adik. Pakaikan baju, menyapu, basuh pinggan. kalau yang bongsu nangis dia pandai pujuk. InsyaAllah satu hari nanti kita akan berterima kasih pada dia seiring pertambahan usianya.