
Saya ni ok saja dengan anak – anak menantu saya, kecuali sorang. Betul, saya tak suka, malah saya paling benci dengan dia bila ada kat rumah ni. Asal anak menantu balik sini je saya dah resah, gelisah, menyampah. Saya kalau boleh…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ni kisah ibu mertua saya. Ibu mertua saya ni memang rapat dengan saya. Memang selalu dia rindukan saya dan anggap saya macam anak sendiri. Pak mertua pun ok dengan saya, kalau boleh nak bercerita sampai ke subuh.
Apa taknya, saya (lelaki) dan isteri kerja di Sabah. Saya ni orang Sabah, setahun sekali baru balik jumpa diorang. Cuti tak sah kalau tak sampai sebulan. Kalau rumah mak bapak sendiri tiap – tiap hari pun boleh balik sebab dekat sangat dengan rumah saya dan tempat kerja.
Dia suka baca cerita rumah tangga di page ni. Dia gelak – gelak je bila dia buka FB fake saya ni baca kisah kisah rumah tangga yang ada masalah mak mertua (MIL) dan pak mertua (FIL). Dia tak pandai main Facebook tapi suka buka Facebook, tapi saya kena guide dia la.
Beli HP canggih untuk dia pun dia tak pandai guna. Dia minat pakai Nokia picit – picit jugak, maklumlah dah warga otai ni tak minat benda canggih – canggih. Ibu mertua saya nak bercerita, saya tukang tulis atau taip je. Cerita berkaitan dengan biras perempuan saya atau menantu perempuan dia, bini anak bongsu.
Saya ringkaskan dan permudahkan tulisan sebab mertua saya cakap loghat Terengganu pekat macam UAI. Saya ni orang Sabah tapi boleh faham. Assalamualaikum. Saya ibu beranak 6. Cucu pun saya lupa nak kira, banyak sangat. Ada yang baru lahir lagi, kembar lagi.
Suami pencen cikgu dan saya surimah dari muda sampai la ke tua ni dan sampai la ke kubur nanti, gelak besar MIL saya. Anak – anak semua dah kahwin dan menantu lelaki yang sporting ni suami anak saya ke 5. Saya ada baca kisah – kisah rumah tangga yang MIL atau FIL tak suka dengan menantu perempuan mereka. Ini saya nak cerita lah.
Saya ni ok saja dengan anak – anak menantu saya, kecuali sorang. Isteri kepada anak bongsu saya. Betul, saya tak suka, malah saya paling benci dengan dia bila ada kat rumah ni. Saya rasa anak – anak dan menantu – menantu saya yang lain pun tak suka dengan dia termasuk la menantu saya yang tolong tulis sekarang ni.
Saya bagi nama samaran kat dia Joyah la senang. Dan anak lelaki saya bagi nama samaran Mamat untuk memudahkan cerita dan senang korang paham, bukan nama sebenar diorang k. Kenapa saya benci Joyah ni? Salah 1 sebab dia muka ketat tak pernah nak senyum bila tengok saya dan FIL dia. Apatah lagi nak ajak bersembang.
Dengan pemalas dia, baju seluar, sotong kering dia dengan suami main longgok je kat tepi mesin basuh. Tak pernah nak cuci sendiri, nak harapkan saya cuci. Dia ingat saya ni orang gaji dia? Dah la masak pun pemalas. Dekat rumah saya ni ha dia masuk dapur pun tak pernah. Tunggu kena panggil makan je.
Dia punya pengotor tak payah cerita la. Bilik yang saya bagi tumpang tu bersepah. Tak terurus langsung. Tidur bangun tengah hari, anak dia dan si Mamat suami dia yang bangun dulu dari dia. Lepastu kalau Mamat keluar jumpa kawan – kawan sekampung dia duk berkurung dalam bilik alasan jaga anak.
Macam la saya tak biasa tolong jaga budak kecik. Apa salahnya duk ruang tamu ajak MIL dan FIL bersembang ke, cerita pengalaman ke. Tahun pertama diorang kahwin saya boleh tahan lagi dengan dia. Sekarang dah masuk 3 tahun. Memang gila babi punya menyampah dan benci dengan Joyah ni.
Diorang laki bini ni kerja di Pahang. Laki bini keja gomen. Bini dia pun orang Pahang. Orang – orang Pahang yang baca kisah saya ni jangan marah k. Kerap jugak diorang balik kampung sini. Dalam setahun nak 7, 8 kali jugak dia balik sini. Anak manja jugak la si Mamat ni.
Asal diorang balik sini je saya dah resah, gelisah, menyampah dan macam – macam lagi perasaan. Dengan anak bongsu saya Mamat dan cucu saya tak ada masalah, memang saya sayang pun. Tapi bini dia si Joyah tu, eeeeii macam nak lepuk je gigi jongang dia sampai patah.
Kalau boleh saya nak Mamat dengan cucu saya je balik sini. Bini dia biar tinggal di Pahang sana. Dah banyak kali saya pesan kat Mamat, macam mana kau boleh tahan hidup dengan dia Mamat? Kau nasihat la bini kau. Berubah la sikit perangai buruk tu. Kerja gomen tapi tak guna punya perangai.
Saya ni nasib la bukan macam MIL dan FIL yang lain. Saya ni masih ada hati dan perasaan kesian lagi. Kalau tak lama dah saya suruh Mamat tu ceraikan je bini dia cari bini baru. Saya rasa MIL dan FIL yang lain meroyan dah dapat menantu yang perangai hantu macam ni.
Jadi saya nak pesan sikit la kat sini warga – warga page. Yang mana korang kena benci dengan MIL, FIL, ipar, biras, beras segala tu korang check balik perangai korang. Adakah korang pemalas? Adakah korang pengotor? Adakah tak hormat dan kurang hajar dengan MIL, FIL?
Kalau ada mohon berubah. Ni ada masalah sikit dengan MIL, FIL terus mengadu kat page ni. Padahal diri sendiri perangai haramjadah. Mohon maaf kalau ada yang terasa. Sekian kisah dari Ibu Mertua yang saya kasihi.
Komen Netizen:
Ayu Aris : Tukang tulis sila mampus!!! Mentang – mentang la kau menantu kesayangan, kau rela jadi tukang tulis semata – mata nak cerita dan kondemkan menantu si Joyah ni. Ape punya busuk perangai!!! Sepatutnya kau dan wife nasihat mak kau ataupun adik ipar dan biras kau, apa yang mertua kau nak dari menantu dia. Ni kau pulak jadi batu api senang hati bercerita dan jadi tukang sampai. Kau bole pegi jahanam terjun lombong dengan mertua kau!!!!
Siti Abdullah : Amboi MIL tak suka sakan kat menantu tu yer. Siap benci lagi. Ape la rasanya kalau anak dia dibenci MIL belah sana kan. Hihihi, si penulis pun naik toncang la sebab tak kena batang hidung dia. Ingat yang benci boleh jadi sayang. Hati manusia bila bila masa boleh berubah. Syukur la selagi masih ada sayang. Jangan nak bangga sangat.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.