
Cantik orangnya. Rindu, sayang, cinta semua dia luahkan pada perempuan tu. BerWhatsApp sweet sweet bagaikan pasangan kekasih, mengalahkan WhatsApp dengan isteri sendiri. Petang tu, bila suami balik kerja aku buat macam biasa. Esoknya aku lari bawa anak, dalam pantang..
#Foto sekadar hiasan. Hai admin… Terima kasih siarkan kisah aku. Hide profile pun takpe sebab aku guna fake akaun. Aku di sini just nak meluahkan perasaan dan minta kata – kata semangat daripada pembaca sekalian. Selama ni aku just jadi pemerhati dan kadang – kadang hati ni terusik tatkala terbaca kisah mengenai kecurangan suami.
Ya… suami aku pun curang dan bermain cinta ketika aku sedang berpantang anak pertama. Suami aku baik, bertanggungjawab, tak pernah abaikan aku dan dengan aku pun baik. Bak kata orang, dialah suami idaman mana – mana wanita, terlalu sempurna.
Masa aku berpantang pun dia jaga aku dengan elok. Dan sudah tentu bagi seorang isteri, cinta dan kasih hanyalah untuk suami. Nak dipendekkan cerita, pada satu malam aku tak lena tidur. Puas pejam mata tapi tak lena. Hati meronta – ronta nak cek telefon suami.
Untuk pengetahuan semua, aku tak suka nak cek telefon suami sebab aku percaya sepenuhnya kepada dia. Tapi malam tu entah kenapa, aku hack WhatsApp dia. Dia tak tahu aku pandai sebab aku tak pernah beritahu. Aku berlagak macam biasa.
Lusa, selepas aku hack, pagi tu aku tengok dia ada WhatsApp seorang perempuan. Cantik orangnya. Rindu, sayang, cinta semua dia luahkan pada perempuan tu. Siap planning nak date lagi. Tangan aku menggeletar, tak percaya. Itukah suami aku?
Yang aku agungkan selama ni. Yang aku serahkan segala cinta dan perasaan? Aku terasa kaku. Kaki yang berdiri terasa ingin rebah. Aku demam. Mungkin terkejut. Dan part paling best, bila nak balik rumah dia akan maklumkan pada perempuan tu. Aku cukup terluka dan tertekan.
Padahal masa yang sama dia melayan aku seperti biasa. Cuma aku perasan dia agak jarang berbual dengan aku. Katanya penat. Rupanya semasa aku balik berpantang di kampung, mereka pernah berjumpa. BerWhatsApp sweet sweet bagaikan pasangan kekasih, mengalahkan WhatsApp dengan isteri sendiri.
Petang tu, bila dia balik kerja aku berlagak seperti biasa. Sedangkan hati meronta – ronta ingin bertanya. Nak marah? Buat apa. Nak maki hamun? Malam tu masa dia sedang tidur, aku tenung dia puas – puas. Wajah insan yang aku cintai selama 5 tahun lamanya.
Berjanji akan setia hingga ke akhir hayat namun tewas jua. Aku tersenyum dalam tangis. Hancur hati tiada siapa tahu. Esoknya, aku ambil keputusan untuk bawa diri. Entah ke mana aku pun tak tahu. Bersama anak yang masih kecil, air mata tak henti – henti mengalir.
Then ada kawan tumpangkan. Bukan tak mampu untuk bersua muka dengan dia, namun aku tak boleh lihat wajahnya. Wajah yang berlagak baik sedangkan dalam hati penuh kecurangan dan penuh penipuan. Bila dia balik kerja, aku dah tak ada.
Dia merayu dan menangis, berjanji tak akan buat lagi. Pada Tuhan jugalah aku mohon diberi kekuatan hati. Aku solat, minta doa bersungguh – sungguh supaya Tuhan bagi aku ketabahan. Aku pandang wajah anak. Aku jadi sayu. Aku peluk anak. Air mata aku menitis lagi. 3 hari lamanya aku pergi.
Aku izinkan dia berkahwin dan lepaskan aku. Sungguh… aku tak marah. Girlfriend dia pun aku tak sound. Aku jadi speechless. Tak percaya dengan apa yang berlaku. Dia janji, kalau peluang terakhir ni dia sia – siakan, terserah kepada aku apa tindakan aku nanti.
Dan dia cuma beritahu, dia cuma main – main dengan perempuan tu. Ya… cuma main – main. Begitu murahnya cintamu sayang. Tak semahal cinta yang aku beri kepadamu. Padahal kamu ada di sisi semasa aku bertarung nyawa melahirkan zuriatmu.
Dan kamu berjanji di hadapan anak kita yang baru lahir untuk terus dan tetap setia bersama aku. Tuhan bukakan pintu hati aku untuk beri peluang kepada dia. Demi anak. Sungguh… hati aku tawar. Luaran nampak aku senyum. Tapi hati aku sungguh tiada. Kasih sayang yang menggunung telah tiada.
Kepercayaan sepenuhnya telah tiada. Yang ada hanya jasad. Jasad yang akan sentiasa tersenyum padamu wahai suami. Setiap masa, aku teringat segala perbualan mereka di WhatsApp. Perit aku nak lalui dan lupakan. Aku tiada menyimpan dendam.
Aku serahkan segalanya kepada Tuhan. Tuhan ingin sedarkan aku, betapa aku menyayangi makhluknya. Jangan pernah mendahului cinta dan kasih kepada Maha Pencipta. Kepada suami suami di luar sana, aku ingin berpesan, jagalah hati isterimu. Lebih – lebih lagi ketika mereka sedang berpantang, kerana masa inilah emosi mereka tak stabil.
Kalau tak kuat iman, boleh jadi meroyan. Janganlah hanya kejarkan keseronokan semata. Jangan pernah lupa siapa yang ada di sisimu saat kau lemah, saat kau rebah, tak punya siapa dan tiada apa. Memaafkan ya… aku telah maafkan. Tapi aku tak pernah melupakan.
Jangan panggil aku dengan panggilan sayang, sebab panggilan itu terlalu murah bagi awak. Maafkan aku jika sudah tiada kemanisan dalam cinta kita. Aku telah cuba beri yang terbaik. Moga masa mampu merubah segalanya. Bertahun sudah kita bersama, hanya dusta sebalik setia. Kau biarku derita, berteman air mata. Kau terluka akulah peneman, kau bahagia aku ditinggalkan. Mudahnya kau berubah, sepiku berteman air mata. Berlalulah kau masa, aku tidak berdaya. Temukannya yang lebih sempurna.
Komen Netizen:
Cda Adnan : Apa yang sis alami ni, inilah yang saya teruskan dah 14 tahun pun saya teruskan permainan ni. Hanya kerana anak, tapi tiada dah kemanisan dalam rumah tangga. Hanya mampu untuk sabar demi anak – anak. Walaupun pengkhianatan itu berlaku pada awal perkahwinan lagi, dan terus berlaku hingga anak ke 3.
Bukan tak mampu untuk mengundurkan diri, bukan sekali malah ini merupakan yang terakhir untuknya. Sebab bila jadi lagi, kami tak mungkin akan bersama lagi. Untuk kali terakhir dalam hidup aku, aku dah jadi terlalu keras hati. Dia masih aku hormat sebagai suami tapi hanya untuk tanggungjawab. Selebihnya tidak lagi.
Mesej? Call? Memang tak pernah lagi, hanya buat bila anak ada masalah kesihatan. Aku boleh jaga diri aku sendiri, diri anak anak. Aku hanya tak mahu anak lelaki aku jadi hilang hormat pada ayah mereka. Anak perempuan aku dah matang dalam masalah aku dan suami. Moga anak aku tak jalani hidup seperti aku.
Aku mohon ampun suami ku jika kau tak merasai lagi kemanisan cintaku, kerana kau yang mematikan rasanya. Aku minta maaf suamiku kerana aku tak mampu untuk menyayangimu seperti dulu. Sebab sayangku agung untuk yang berhak. Kini hanya mampu ikhlas dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Perempuan jika dah move on, dia tak akan simpan sekelumit pun perasaan tu. Malah, dia akan jadi lebih berdikari walaupun dia ada lagi suami di sisi. ITULAH AKU…..
Nur Amelia Khairanee : Menitis air mata saya membaca. Kisah sis sama seperti kisah saya lalui sekarang. Saya hanya mahu bertanya dari mana datangnya kekuatan dalam diri sis kerana saya hingga sekarang masih mencari kekuatan untuk teruskan hidup dengan anak – anak syurga saya. Walaupun setiap hari saya sujud pada Yang Esa, tapi kekuatan itu betul – betul hadir dalam diri kita.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.