
Mertua kata, aku ni anak perempuan dia. Dia sayang sangat dekat aku. Dapat mertua baik, suami pula per4ngai macam harimau. Yang penting lepas raya ni aku nak join mertua aku pergi run, hiking, aerobik macam sebelum mengandung dulu. Dia kata pedulikan orang nak kata apa.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya dah lama nak update pasal hidup aku, tapi baru sekarang ada kekuatan nak menaip balik. Ramai juga yang mesej tanya keadaan aku lepas kes aku dulu. Ada yang masih ingat aku, ada yang gelak gelak ingat kes pen4mpar suami 8 kali tu. Hahaha. Entahlah, hidup aku ni macam drama pukuI 7 pun ada.
Untuk yang tak pernah baca cerita aku sebelum ni, aku kahwin muda. Umur baru 21 tahun dan ada seorang bayi kecil. Rumah tangga aku dengan suami memang banyak kali berg4duh sejak aku mengandung lagi. Masa tu aku dah mula nampak per4ngai sebenar dia. Balik rumah makin lewat, telefon sentiasa berkunci, per4ngai pun makin dingin dengan aku.
Aku ni bukan jenis suka curiga. Aku percaya sangat dekat suami sendiri. Walaupun ramai dah pesan macam – macam, aku tetap pertahankan dia. Sampai satu tahap aku dapat tahu dia ada perempuan lain. Masa tu hati aku memang h4ncur teruk. Lagi s4kit bila tahu perempuan tu baru umur 16 tahun.
Bayangkan aku tengah sarat mengandung, emosi memang tak stabil. Dalam masa sama aku kena hadap per4ngai suami yang makin berubah. Kadang – kadang aku menangis sendiri dalam bilik air sebab tak nak keluarga nampak aku lemah. Aku cuba bertahan sebab fikir anak dalam perut lagi.
Lepas aku bersalin, keadaan lagi teruk. Aku diceraikan dalam pantang. Masa tu aku rasa hidup aku memang gelap. Orang perempuan yang pernah lalui je tahu macam mana s4kitnya kena tinggal waktu tengah lemah, badan belum sembuh, emosi tunggang langgang, anak pula masih kecil perlukan perhatian.
Dalam tempoh tu juga suami aku terlibat eksiden sampai patah kaki. Kelakar pun ada bila fikir balik. Orang kata mungkin kifarah sebab ani4ya isteri. Aku tak tahulah. Tapi walau macam mana marah pun dekat dia, jauh dalam hati aku masih risau pasal dia. Sebab tu bila dapat berita dia eksiden, aku terus rasa tak sedap hati.
Yang paling memalukan, aku pernah hilang kawalan sampai t4mpar dia 8 kali masa berg4duh besar dekat rumah. Ya aku mengaku memang aku t4mpar. Masa tu aku dah terlalu s4kit hati. Sampai sekarang kalau ingat balik rasa macam tak percaya tu diri aku sendiri.
Lepas bercerai, aku cuba move on perlahan – lahan. Aku sibukkan diri dengan anak. Aku cuba biasakan hidup tanpa suami. Walaupun susah, aku p4ksa diri jadi kuat. Dalam masa sama mak mertua aku memang banyak bantu aku. Dia selalu bagi semangat dan jaga aku macam anak sendiri. Aku ingatkan semua dah habis dekat situ. Rupanya ada lagi sambungan yang aku sendiri tak sangka.
Ceritanya macam ni, aku ada pergi pejabat agama untuk mengesahkan rujuk kami. Pihak mahkamah cakap rujuk kami sah. Sebab dia dah pernah ajak rujuk sebelum ni. Tapi tak jadi, cuma dia dah berniat. Jadi kiranya kami dah sah suami isteri semula dalam masa sebulan lepas. Patutlah masa dia eksiden aku dapat rasa. Naluri seorang isteri masih ada.
Masalah utama aku sekarang, suami aku lalang. Depan aku lain, belakang aku lain. Depan nak aku, belakang tak nak aku. Satu hari ni aku datang rumah dia untuk ambil barang anak. Sekali gus nak bincang hal kami. Bincang punya bincang dia ajak aku pergi kaunseling. Aku pun okaylah.
Tapi sebelum tu mak dia ada cakap dengan dia depan aku. Mak dia cakap macam ni. “Kaklong, kalau mama jadi Kaklong, mama dah tak nak lelaki macam ni. Lelaki jenis tak tetap pendirian. Kau ingat ya, lepas ni kau lepaskan dia dah jadi talak dua. Kalau kau nak lepas, lepaskan cara baik. Jangan buat dia berg4ntung tak bertali. Dia pun ada masa depan dia sendiri.
Tapi kau ingat, lepas ni kau tak payah ambil tahu pasal anak kau lagi. Apa – apa biar mama saja yang jumpa. Kau bagi duit tiap bulan saja. Bukan aku tak tahu betina tu ada lagi, aku bersumpah takkan terima dia jadi menantu! Tak apalah, cucu mama tak ada bapak pun tak apa, yang penting atuk nenek ada lagi ambil tahu. Kaklong move on sajalah.”
Punca mak dia cakap macam tu sebab dia nak ceraikan aku kali kedua. Sebab nak bercerai pun sebab awek dia tu lah. Dia tak nak tinggalkan awek dia. Alasan dia, dia tak nak s4kitkan hati aku dan tak nak buat aku menangis disebabkan hubungan dia dengan budak perempuan tu.
Apa istimewa budak tu pun aku tak tahu sampai dia langsung tak fikir anak bini dia. Dia cuma cakap budak tu ada sepanjang penceraian kami. Habis tu aku yang tiga tahun dengan dia, susah senang jatuh bangun dengan dia, lahirkan zuriat dia, tak ada makna ke?
Dikala aku dah boleh move on hidup tanpa suami selama tiga bulan, aku dapat tahu dia masih suami aku. Aku rasa aku nak cuba selamatkan rumah tangga kami. Aku nak gunakan peluang yang ada sekarang untuk baiki kesilapan aku masa jadi isteri dulu walaupun kesilapan aku tak besar mana berbanding dia.
Tapi hati orang mana boleh p4ksa. Kalau dia kata tak nak, nak buat macam mana. Aku dah jumpa awek dia. Aku cari sampai depan rumah. Aku cakap kalau betul pemikiran matang, tolong aku selamatkan rumah tangga aku. Tolong kasihankan anak aku yang masih bayi, yang perlukan kasih sayang seorang ayah.
Aku pun tak suruh diorang putus sebab aku tak nak suami nampak buruk aku. Last ikhtiar sesi kaunseling. Tu pun suami macam tak nak pergi. Kalau memang dah tak boleh juga, aku minta dia ceraikan aku dengan talak 3. Biar tak ada peluang untuk kami bersama lagi.
Aku cakap dia boleh jumpa aku bila aku dah m4ti saja. Dia pun cakap kalau dia ceraikan aku, dia takkan cari aku dengan anak dia lagi. Tapi nafkah dia tetap bagi. Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni aku tengah tunggu keputusan dia.
Apa pun aku terima dengan sabar dan redha. Apa yang dia buat ni kalau tak kena pada diri sendiri mungkin kena dekat anak cucu atau keturunan dia nanti. Allah Maha Adil, Maha Mengetahui apa yang berlaku. Kifarah Allah tu ada. Doa orang terani4ya ni biasanya termakbul. Jangan sampai kaki dia yang lagi sebelah pula patah. Mohon korang doakan yang terbaik untuk aku dan masa depan bayi aku. BagiIah kata semangat, jangan kecam. Nasib baik aku tak sampai tahap meroyan saja. Terima kasih.
Sambungan.. Assalamualaikum semua, alhamdulillah. Suami dah lafazkan cerai talak 3 depan mak mertua aku. Mertua cakap anak dia k3jam. Hahaha. Berakhirlah sudah segala kisah dan kenangan antara kami. Move on dan mulakan hidup baru dengan bayi aku.
Yang penting terus buat baik dengan keluarga mertua. Sedih sangat lepas cerai mertua peIuk aku, aku nangis dia lap air mata aku. Dia pun nangis. Sedih katanya tengok anak dia bercerai lagi depan mata. Mertua cakap aku cuma putus dengan anak dia tapi bukan dengan dia dan keluarga yang lain.
Dia kata aku anak perempuan dia sekarang. Lepas ni kalau aku kahwin lain, suami aku tu menantu dia pula. Hahaha. Kahwin wajib jemput dia. Nak kahwin dengan aku pun kena menghadap dia. Dia nak tapis dulu siapa bakal suami aku, bakal ayah kepada cucu dia. Hahaha.
Keluarga bekas suami baik sangat, tapi tak tahulah kenapa si dia tu b0doh sangat padahal anak masih bayi. Anak pertama pula tu. Mana tah hati perasaan dia. Mertua dah cakap dia takkan restu hubungan bekas suami aku dengan budak umur 16 tahun tu. Dia takkan terima budak tu jadi menantu dia.
Aku tetap akan salahkan dia dan bekas suami aku juga atas penceraian kami kali ni. Sebab aku dan mertua dah cuba selamatkan rumah tangga kami kali ni. Tapi suami memang dah tak nak aku. Jadi redha dan sila meninggaI. Arghh, forget it.
Yang penting lepas ni aku nak join mertua aku pergi run, hiking, aerobik macam sebelum mengandung dulu. Dia kata pedulikan orang nak kata apa. Kalau jumpa atas gunung panggil dia hakak pun tak apa. Hahaha. Mertua muda lagi, baru 44 tahun kot.
Dapat mertua baik, suami pula per4ngai macam harimau. Orang lain pula suami dah cukup baik, masalah dekat mertua pula. Hahahaha. Lain orang lain ujiannya. Banyak mertua pesan dekat aku. Kalau rasa marah atau d3ndam dekat bekas suami ke apa, pandang muka anak. Jangan block dia dekat Facebook, jangan unfriend dia.
Tapi aku ada tanya gambar kahwin kami tak nak delete ke dekat Facebook tu? Dia kata biarlah. Nak simpan. Album kahwin pun dia nak simpan. Siap cakap mana tahu aku kahwin lepas ni, jodoh aku tak panjang boleh balik dengan anak dia semula. Cina buta. Hahaha astaghfirullah, minta jauh.
Facebook tu saja cara dia nak tengok cucu dia. Janji dengan dia, tunjuk dekat cucu dia nanti apa yang nenek dia buat. Panjat gunung, lari semua tu. Dia nak cucu dia kenal dia. Kalau boleh dia nak cucu dia nanti panjat gunung dengan dia. Hahaha.
Bestnya kalau dapat jadi menantu dia lagi. Sepanjang aku jadi menantu dia banyak dia bagi aku barang, sponsor aku itu ini. Makan minum jangan cakaplah. Masa mengandung nak makan apa, nak makan dekat mana semua dia bawa. Pergi travel pun mesti ada ole ole, siap bagi keluarga aku sekali.
Sampai suami dulu pernah cakap kenapa dia rasa dia yang menantu. Aku yang anak dia. Padahal sebelum kahwin mertua susah nak terima aku. Tapi sebab suami giIa nak kahwin dengan aku, dia terima juga. Alhamdulillah, berkat buat baik dengan mertua.
Kalau aku kahwin dengan bekas adik ipar aku yang lelaki boleh tak? Hahahaha gurau, gurau. Apa pun terima kasih siapa yang follow cerita aku sebelum ni, yang bagi kata semangat. Yang negatif aku abaikan. Now masa untuk sibukkan diri dan lupakan semua. Kita doa yang baik – baik saja.
Bak kata mertua, anak dia takkan mudah untuk bahagia lepas ni sebab dah ani4ya anak orang. Tak apa, semua tu biar Allah yang balas. Semoga aku dapat jodoh yang jauh lebih baik untuk terima aku dan anak aku. Dan per4ngai aku terpelihara dari perkara maksi4t. Aku nak jadi janda yang mahal untuk didekati. Cewah. Bukan senang nak bawa title janda ni. Hehehe. Aminnn. Terima kasih admin, terima kasih.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.