Saya tipu ayah kata suami s4kit perlukan duit tapi sebenarnya pinjam duit untuk jamin suami di balai

Saya minta izin suami untuk pulang ke kampung mahu meminjam wang untuk menjamin suami. Kepada mereka saya katakan, bahawa suami saya terlantar s4kit di hospitaI dan memerlukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan. Sebab apa saya bersusah payah menjamin suami?

#Foto sekadar hiasan. Ramai yang beranggapan apabila suami seorang pen4gih d4dah dan keluar masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak – anak akan menjadi tidak ketentuan.

Isteri akan merana, anak – anak pula menjadi liar dan tidak tentu hala tuju hidup. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri dan anak seorang pen4gih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti keluarga cemerlang yang lain?

Inilah realiti hidup saya sebagai isteri seorang pen4gih d4dah. Terlalu perit untuk melalui hidup, apalagi jika keluarga mengenali suami dengan segala kebaikan. Segala yang buruk tentang suami tidak terlahir dengan kata – kata kerana tidak mahu rahsia keburukan suami terb0ngkar dan diketahui keluarga.

Selama 20 tahun bergelar isteri, kehidupan saya tidak lah sesusah mana dan tidak lah sesenang mana, tetapi saya amat gembira dengan kehidupan yang saya lalui, memiliki suami yang penyayang.

Tidak pernah suami menunjukkan penampilan yang dirinya seorang pen4gih d4dah, dia sentiasa membuat saya ketawa walau hubungan saya dengan ipar tidak sebaik mana. Mungkin kerana mereka takut saya ini akan membebankan hidup mereka kerana abang mereka pen4gih.

Bagi saya adanya suami di sisi memberi saya kekuatan untuk saya tempuhi hari mendatang tanpa keluarga di sisi. Di awal perkahwinan, saya dik3jutkan dengan berita sedih. Seorang pak cik datang ke rumah menyampaikan berita penangkapan suami saya ketika kandungan sulung saya mencecah usia lapan bulan.

Saban hari air mata adalah teman setia, untuk mengadu dengan keluarga saya tidak berdaya. Saya kumpulkan kekuatan untuk pergi ke Balai Polis di KB berjumpa suami di lokap. Saya minta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapa saya di Kuala Lumpur kerana saya mahu meminjam wang untuk menjamin suami.

Kepada mereka saya katakan, bahawa suami saya terlantar s4kit di hospitaI dan memerlukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan. Syukur Alhamdulillah, ayah memberi wang yang saya mahu tanpa bertanya soalan.

Setelah dua minggu di rumah keluarga, saya pulang ke KB. Saya tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke balai polis untuk bertemu suami di lokap dan menjaminnya. Sebab apa saya bersusah payah menjamin suami?

Kerana saya mahu melahirkan anak sulung saya di sisi suami. Saya tidak mahu keseorangan. Dari anak sulung hinggalah anak ke lima, suami selalu keluar masuk penjara. Setiap kali saya dirundung pilu, saya akan memeIuk anak – anak saya, pada mereka saya tumpahkan air mata sedih.

Apabila anak – anak tanya kenapa saya menangis, jawab saya kerana ayah ditangkap polis sebab membawa lori secara berb4haya (ketika itu suami bekerja sebagai pemandu lori). Saya tidak pernah membebankan anak – anak dengan masalah saya dan tidak pernah menceritakan pada anak – anak tabiat buruk bapa mereka.

Saya mahu anak – anak menghorm4ti ayah mereka, walau siapa pun bapa mereka, saya tidak mahu memutvskan kasih sayang anak – anak dengan bapa mereka, apa lagi bapa mereka tidak pernah mengkasari mereka malah selalu memberi tunjuk ajar yang baik walau dia sendiri terjebak dengan penagihan d4dah.

Terlalu sukar menasihati suami yang selalu leka dengan dunianya, tetapi saya tidak pernah marah atau berg4duh di hadapan anak – anak. Saya selalu memberi anak – anak kata – kata per4ngsang supaya mereka berjaya dalam pelajaran.

Kini anak – anak saya telah dewasa, yang sulung berusia 20 tahun, sedang menjalani pengajian ijazah pertama dalam jurusan perakaunan di UNITEN, Muadzam Shah, Pahang. Dari peperiksaan UPSR(5A) PMR(8A) dan SPM(10A1), kini kedukaan saya terubat dengan setiap gred penilaian CGPA yang selalu diperolehnya iaitu 3.90 – 3.96, setiap kali peperiksaan semester.

Anak kedua saya melanjutkan pengajiannya di kolej PTPL, Shah Alam. Anak saya ini memang tidak pernah berminat dengan bidang akademik, jadi saya masukkan dia ke bidang kemahiran yang diminatinya.

Anak ketiga saya berada di tingkatan 3 dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dan anak yang ke empat dan kelima masih bersekolah rendah.

Sekarang baru anak – anak saya tahu kenapa bapa mereka selalu keluar masuk penjara dan saya memberitahu mereka, bukan saya membenci bapa mereka atau sengaja mahu merahsiakan perkara yang sebenarnya, tetapi saya tidak mahu mereka terjebak dengan masalah saya.

Saya mahu supaya anak – anak saya berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga apabila dewasa nanti. Kini suami saya juga baru setahun keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak dan saya amat berharap biarlah ini penahanannya yang terakhir kerana dia pun tidak muda lagi, sudah mencecah 50 tahun.

Walau tiada apa yang dapat saya beri kepada anak sulung saya atas kejayaannya tetapi setiap kali peperiksaan penting, nama saya akan jadi sebutan, suami saya juga memberitahu pada saya pihak penjara amat kagum dengan kecekalan saya mendidik anak – anak.

Tidak semua pen4gih d4dah yang dapat memberi pelajaran sempurna untuk anak – anak kerana kebanyakan isteri pen4gih d4dah akan tertekan dengan masalah suami dan anak – anak akan jadi m4ngsa.

Bagaimana pihak penjara tahu kejayaan anak saya? Kerana saya selalu menghantar surat dan mengirimkan salinan keputvsan peperiksaan anak saya kepada suami semasa dia dalam tahanan.

Sebelum saya menutup tirai cerita saya ini, ingin saya nasihatkan kepada para isteri yang senasib dengan saya, pandanglah wajah anak – anak yang tidak berd0sa, jangan kita jadikan mereka tempat melemparkan kemarahan, tetapi anggaplah mereka sahabat yang sering membahagiakan kita.

Biarlah kita sengsara, tetapi lawan jiwa rapuh kita dengan kekuatan dan semangat untuk melihat anak – anak berjaya. Saya melalui pahit getir kehidupan sebagai isteri pen4gih d4dah selama 18 tahun, bayangkan kesengsaraan yang saya lalui seorang diri tanpa tempat mengadu.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kekuatan dan kesabaran yang luar biasa ini. Saya harap kebahagiaan ini akan berterusan. Doa saya semoga anak – anak saya akan mendapat perIindungan, hidayah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhir4t.

Kepada suami, harapan dan doa saya yang tidak pernah putvs, bertaubat dan berubahlah demi anak – anak. Ingatlah kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan.

Komen Warganet :

Amina : Daripada penerangan doktor kalau seseorg dah terhisap d4dah memang sukar untuk dia behenti. Pada pendapat aku mungkin kalau dah pen4gih tegar ni susah nak berubah, sama la macam ayah saya ni, sampai sekarang, dah umur 55 tahun pon masih tak berubah.

Sebagai anak, saya sedih tapi nak buat macam mana, saya belajar pon tak abis lagi, tak mampu nak tolong dia tolong doa je semoga dia berubah. Mak saya cakap, kalo dia ket4gih, memang mak saya yang tersiksa.

Yer la, takut dia buat benda – benda yang bukan – bukan tapi tu kisah dulu la. Mak ayah saya dah cerai 22 tahun dulu tapi ada 1 citer pasal ayah saya yang buat aku terpikir 2 kali untuk hormat dia.

Based on apa yang mak saya citer, masa dulu de sekali ayah saya ketagih sangat – sangat, dia pergi tempat kerja mak saya nak mintak duit nak beli “barang”, tapi mak saya tak bagi la. Dia ugvt mak saya nak amek saya pegi jual.

Mak saya ingat ke ugvt je, rupanyer betul – betul dia amek aku bawak lari. Mak saya hampir giIa cari aku. Sampai la de kawan dia cakap, ayah saya letak aku kat longkang dekat – dekat je dengan umah.

Sedihnyer bila ayah saya sanggup buat macam tu semata – mata untuk “barang” tu. Sampai sekarang pon, saya memang hati kering dengan ayah saya. Kalau saya jumpa dia, saya salam sebab saya fikir nanti orang kata saya ni biadap plak tak salam dia.

Tapi dah memang takde hati nak salam, nak buat macam mana huhuhuhu kalau pen4gih nie dah ket4gih, macam – macam pon dia leh buat. Tak fikir rasional ke tak dah.

Kenari Hitam : Itu lah, tak leh dibayangkan kalu anak aku yang kena cam tu. harus aku suruh dia minta fasakh jer. Biasanya lelaki cam tu lah akhirnya kena hantar umah orang – orang tua lepas tu terbiar jer tak de sapa datang melawat. Dah tu masuk tv kata anak taknak tanggungjawab! yenade!

Siti Anum : Jiran belakang rumah mak saya pun ada kes macam ni. Wife dia pandai carik duit.. jual kuih muih, nasi lemak pepagi nak sapot anak – anak. Anak ramai gak dah besar – besar dah sekarang. Suami dia keja tapi sukati dia la.. Kadang – kadang kerja kadang – kadang tak. Dari luar nampak ok, dalam rumah tu tak tau la apa cite.

Aza : Kagum dengan akak ni.. memang seorang isteri yang tabah dan baik. Memang bangga ada kaum wanita yang setabah ni. Jarang jumpa zaman – zaman sekarang ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.