Sebelum dtg raya rumah mertua, aku siap2 masak lauk tapi aku kena kecam sebab tak sesedap mak mertua masak

Kakak ipar siap nak buat open house dekat rumah mertua tapi yang kena masaknya mak mertua. Dahla suruh mak masak, duit langsung tak bagi, barang langsung tak belikan. Main order je. Aku terdengar mak mengeluh kaki dia s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, salam Hari Raya. Semua tak sabar rasanya nak berhari raya dengan keluarga tercintakan tambah lagi lepas 2 tahun tak dapat raya sakan. Tahun ni giliran aku beraya di rumah mentua. Ada beberapa perkara yang aku rasa tak patut dibuat bila beraya di rumah orang tua kita.

Suami aku ada 9 orang adik beradik, semua perempuan kecuali suami yang bongsu lelaki, dengan masing – masing ada anak 3 – 5 orang. Semua tinggal berhampiran dengan rumah mentua,dalam lingkungan setengah jam perjalanan dari rumah mentua.

Cuma aku dan suami tinggal paling jauh dari mereka, perjalanan dalam 4 jam untuk pulang. Bayangkan kalau semua berkumpul, ramainya. Belum campur budak – budak lagi. Bila raya semua ipar ipar akan pulang beraya ke rumah mak mereka kerana mereka semua takde mentua. Untung kan.. haha.

Antara yang tak patut dilakukan atau perlu dilakukan.

1) Disebabkan rumah mereka tak jauh dari rumah mentua, apa salahnya masak la dulu kat rumah. Rebus la ketupat segera, masaklah rendang ayam sekor, buatlah sambal kacang sikit atau apa – apa juga lauk raya. Bawaklah datang ke rumah mak.

Bila semua anak – anak bawak lauk raya sorang sikit, tentu meriah. Ada juga menambah – nambah lauk raya, takkan nak harapkan mak masak rendang ayam 2 ekor untuk korang anak beranak makan. Ingat cukup ke? Makan time buka dah abis tak sempat tunggu raya esoknya.

Janganlah kedekut sangat nk keluarkan duit. Yang nak makannya korang anak beranak juga. Ni semua ipar datang bawak perut dan bontot je. Tak nak langsung berkongsi rezeki. Masing – masing cakap pandai jangan berkira dengan adik beradik tapi korang sendiri yang berkira. Asyik harapkan orang lain yang menyumbang tapi sendiri sumbang apa pun takde.

Aku? Aku pernah beberapa kali bawak balik lauk raya, beria masak sebelum balik kampung dengan harapan nak kasi semua rasa lauk raya aku. MaIangnya aku dikecam, kononnya lauk yang aku masak tak mencapai tahap standard masakan mentua.

Ini tak kena, itu tak sedap padahal masakan mentua bukan sedap sangat pun, biasa – biasa je. Pada tekak diorang mestilah sedap sebab dari kecik dah makan masakan macam tu. Tapi aku rasa tak perlulah sampai memperlekehkan masakan aku.

Masing – masing punya cara gaya memasak yang berbeza, raikan lah perbezaan seadanya. Sudahnya suami cakap tak payah la bawak apa – apa. Nanti hati aku yang s4kit sebab kena kecam. Jadi, aku ikut cakap suami tak bawak apa – apa masakan tapi aku dan suami akan belikan barang – barang extra. Macam ayam extra, daging. Siapa yang nak masak tu terpulanglah sebab kalau aku masak tak menepati selera diorang.

2) Datang awal rumah mak memang bagus tapi kalau datang tak buat apa apa baik tak payah datang. Setakat datang awal, duduk – duduk. Rumah mentua tu bukan besar sangat, setakat kemas sikit sekejap je. Yang bagusnya tolong la mak masak, ni masin g- masing duduk ngadap hp, tak pun ngadap TV.

Aku? Dari awal masuk family ni, aku selalu juga ringan ringankan mulut tanya mentua nAk tolong apa ni mak. 3 kali tanya, jawapan mentua, “takpe..biar mak buat sendiri.” Sudahnya aku cuma tengok dia masak sambil layan dia borak.

Tak pasti kenapa dia tak sudi aku tolong ke atau tak nak susahkan menantu ke atau dia nk buat semua sendiri. Begitu juga bila waktu Raya, dia akan masak sendiri semua. Dah la tak berapa sihat tapi masih gigih nak memasak.

Aku masih juga tak diberi peluang nak menolong walau dah tawar  diri banyak kali. Ipar – ipar aku macam biasa, memang tak ada yang menolong kat dapur.. Entah apa diorang buat aku pun tak tau.

3) Sebelum balik jangan lupa bawak balik pampers anak – anak korang. Jangan tinggalkan je dalam bilik air, takde orang gaji yang nak tolong buangkan. Ko bayangkan kalau semua tinggalkan pampers dalam bilik air, balik mcm tu aje. Sudahnya mentua yang buangkan pampers tu. Tak malu ke? itu pampers anak korang, takkan nak suruh mak pak yang buangkan.

Aku? Pampers anak aku memang aku buang dalam plastik sampah lain, tak campur dalam plastik sampah yang sama dengan diorang sebab senang nak buang. Tak kuasa aku nak kumpul banyak – banyak.

4) Raya setahun sekali apa salahnya kumpul satu keluarga RM 50, ada 9 beradik dah dapat RM 450, boleh la topup barang dapur rumah mak, beli apa yang patut. Dah kita datang cuma bawak b0ntot dan perut, takkan nak sumbangkan RM 50 untuk parents sendiri pun berat.

RM20 satu family untuk duit bil api air, ko ingat datang rumah tu nak free aje, semua pakai apa yang ada kat rumah. Itukan rumah mak ayah kita, biar beradab datangnya dan jangan pula menyusahkan. Bil api air tentu naik bila dah ramai yang balik, jadi apa salahnya sumbangkan sikit. Kata nak jadi anak yang berbakti.

5) Dah tau rumah mak tu kecik, takde banyak toto, selimut, ko datang tu bawaklah sekali toto ke, selimut ke untuk ko anak beranak. Kan datang naik kereta, bukan jalan kaki. Apa salahnya bawak, sendiri juga nak pakai.

Ni pakai semua selimut kat rumah mak lepas tu nak balik tinggalkan gitu je. Kau pikir ada orang gaji nak basuhkan? Kalau nak pakai, sebelum balik pastikan basuh dulu, pergi la basuh kat dobi, kan senang. Jangan nak menyusahkan mak bapak.

Toileteris pun jangan lupa bawak, kalau dah ramai – ramai guna barang kat rumah tu, habis la semua. Nanti orang tua tu nak pakai ubat gigi pun tak ada. Benda yang macam remeh tapi sebenarnya kalau kita tak ambil peduli akan menyusah kan orang tua kita tanpa kita sedar.

Baju baju korang anak beranak pun bawaklah balik, jangan dilonggokkan dalam bakul baju mak, nanti dia kena basuh semua. Patut ke dah beranak pinak baju pun mak kau yang basuhkan.

6) Kalau nak buat open house, silalah dapatkan khidmat katering atau masak sendiri. Jangan menyusahkan mak suruh masak itu ini. Dengan alasan masakan mak sedap. Sedap kat tekak kita belum tentu sedap kat tekak orang lain juga.

Tu alasan orang pemalas. Dahla suruh mak masak, duit langsung tak bagi, barang langsung tak belikan. Datang tolong pun tak, main order je. Mak pulak jenis tak reti nak kata NO, kesiankan anak punya pasal sanggup la masak walau kaki s4kit, tapi terdengar juga keluh kesah penatnya memasak.

Tu nak dikira apa, takkan nak tunggu mak cakap tak nak baru korang nak hentikan semua ni. Sebagai anak tak terpikir ke untuk tak memyusahkan mak bapak kita. Moga kakak – kakak ipar aku baca confession ni sebab diorang memang kaki socmed.

Banyak masa nak bersosiaI di media. Aku bukan tak pernah bagi cadangan pada kaklong sebab dia yang sulung dan ketua semua tapi dia pun per4ngai sama je. Alasannya diorang adik beradik bukan orang senang sebab tu cadangan aku untuk collect RM 50 masa raya dan RM20 untuk bil api air ditolak.

Alasan yang aku langsung tak boleh terima. Alasan lain ialah mak dan abah tak bising pun kenapa pulak aku yang beria nak bagi cadangan macam – macam. Aku cuma kasihan kat mentua sebagai anak kalau kita tak mampu bagi kemewahan pada mereka, cukuplah dengan jangan menyusahkan mereka.

Mereka tak tau pak mentua selalu menceritakan keluh kesahnya pada aku tentang belanja rumah yang tak cukup sebab per4ngai anak – anak yang tak bertimbang rasa. Untuk penhetahuan korang, pak mentua rajin bercerita dengan aku sebab mumgkin aku rajin melayan dia berbual sebab katanya anak – anak dia semua tak mau berbual dengan dia.

Takkan aku nak bagitau apa yang pak mentua cerita pada ipar – ipar aku. Itukn hal mereka anak beranak, aku cuma orang luar. Jadi aku bagi cadangan dengan harapan ipar – ipar terpikir.. Aku memang bukan menantu yang baik, banyak kekurangan.

Dapat jenguk mereka sebulan sekali je, bagi duit pun ikut mana yang termampu tapi sejahat jahat aku tak sampai hati nak h4mbakan mentua sendiri. Cuma mampu membantu apa yang termampu dengan cara aku. Untuk ipar ipar ku semua, kalian selalu upkan di social media nak anak – anak menjadi nak yang berbakti tanpa sedar kalian tak menunjukkan contoh yang baik pada anak – anak.

Untuk semua, elakkan lah dari jadi anak yang tiada ehsan pada ibu bapa kita. Yang mana baik ambillah jadi teladan. Yang mana buruk buang jauh – jauh. Kadang – kadang kita rasa kita dah cukup berbakti pada orang tua kita tanpa sedar sebenarnya kita menyusahkan mereka.

Yang mana nak kecam aku,kecamlah. Korang takde kat tempat aku, korang tak tau macam mana kasihannya aku melihat mentua melayan kerenah anak – anak yang tak bertimbang rasa. – Menantu yang tak dianggap

Komen Warganet :

CPangaok Zaman : Setuju sangat – sangat. Itu yang sepatutnya. Kalau ada seorang di antara ipar confessor yang lead tak susah sebenarnya. Masalahnya sekarang, semua per4ngai sama. Memang sampai ke sudah tak akan berlaku.

Adik beradik saya pun sama ramai macam husband confessor. Akan ada seorang dua akan buat per4ngai yang liat nak bagi kerjasama, tapi disebabkan ada seorang yang lead, collection duit untuk apa saja kenduri so far berjaya.

Kalau harapkan seorang, susahlah. Beban yang teramat. Tapi kalau setiap sorang hulur 50/100, kan semua perkara akan jadi mudah. Kan ada pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Confessor cuba slow talk dengan ipar yang confessor rasa boleh diajak berbincang. Dalam 8 orang tu pasti akan ada 1 @ 2 yang confessor boleh dekatkn diri dan terangkan. Kena bagi dorang paham point confessor bagi cadangan macam tu.

Noradila Ismail : No 2 tu, saya rasa bukan mertua tak suka tapi dia tamau menyusahkan kot. Tapi kita kan boleh tolong potong sayur, bawang basuh pinggan letak nasi, goreng ikan, tumbuk sambal. Saya buat macam tu la.. janji ada di dapur time masak tolong mana patut.

Sebab saya tak pandai masak hihihi.. kita boleh mengemas rumah, lipat kain. Mertua awak macam mertua saya, penyabar baik. Semua nak buat sendiri. Saya pulak jenis risau orang tua nak buat sendiri sebab dari kecik selalu disuruh / diminta tolong kat rumah.

Cuma kat rumah mertua saya ikutlah peraturan rumah orang, tak adala memandai – mandai dan mestilah bermula dengan bertanya.. Hii. .awak menantu yang baik.. takpalah ipar – ipar tu dah dinasihatkan taknak dengar, kita buatlah bahagian kita setakat mampu. Allah kan ada dan mengetahui.

Dilla Mohd : Bagus point puan confessor. Jangan jemu ye untuk tolong mak mertua awak. Semoga dia terbuka hati benarkan awak tolong memasak bermula hari raya ni. Ramai je manusia per4ngai macam ipar – ipar awak tu.

Kadang – kadang ahli keluarga kita sendiri pun ada per4ngai macam tu. Tong sampah dah penuh pun main sumbat lagi sampah sampai melimpah. Tak taulah sama ada takde mata atau takde otak. Manusia macam pak dan mak mertua awak pun ramai juga.

Dok la mengadu kat menantu. Bimbang kalau mengadu kat anak – anak sendiri, nanti anak – anak tak balik jenguk. Takut kerinduan dengan cucu – cucu. Sudahnya menanggung la perit di hati sendirian. Kita yang mendengar ni memanglah nak menolong tapi setakat mana boleh tolong pun kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.