Masa cuti raya, boss m4ki2 suruh aku buat kerja dari rumah. Dia ugvt nak pecat dan report polis sebab

Kerja yang mula – mula aku anggap hadiah dari Tuhan bertukar jadi ner4ka. Nak kelulusan master tapi gaji  RM1200 tanpa elaun. Aku terp4ksa terima sebab susah dapat kerja lepas PKP. Kemuncak bila aku tengah cuti raya baru ni, boss mesej m4ki aku sebab tak buat kerja dari rumah. Dia terus ugvt nak report polis dan nak pecat aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Nana, dari selatan tanah air. Dah berkahwin, belum punya anak. Berkerja untuk cari rezeki bantu suami. Pagi ni rasa nak luahkan semua yang terbuku di hati. Aku baru berhenti kerja di sebuah tempat yang aku ibaratkan bagai ner4ka.

Sebab apa? Sebab majikan t0ksik yang menzaIimi hak pekerja. Aku tak sempat tahan setahun pun kat situ. Kerja yang mula – mula aku anggap hadiah dari Tuhan bertukar jadi ner4ka. Gajinya cuma basic, gaji minima. Tapi requirement yang diorang nak kalau boleh kena ada master.

Sekarang ni kau tak sekolah pun boleh kerja susun barang kat Pasaraya dengan gaji RM1500. Tapi yang diploma holder / degree holder, diorang cuma offer RM1200. TANPA ELAUN LAIN. Aku terima kerja situ sebab habis PKP memang waktu tu tak de peluang kerja langsung.

Walaupun gaji murah, aku perform kaw -kaw sebab pengalaman aku banyak. Aku nak impress diaorang. Tapi masalahnya mula kat situ. Diaorang tengok resume aku banyak pengalaman kerja dalam pelbagai bidang. Dan diorang ambil kesempatan suruh aku buat kerja lain yang bukan under jawatan yang diorang offer pada aku.

Aku buat dan perform sebab aku tak de pilihan lain. Kalau aku tolak, nanti diorang buang aku. Aku kena kerja sebab kami memerIukan duit. Habis tempoh percubaan, diorang inform aku yang tempoh percubaan aku dilanjutkan 3 bulan lagi. Aku terk3jut.

Aku tanya, aku tak perform ke? Sebab aku patut tahu apa kelemahan aku untuk aku baiki. Tapi diorang tak bagi jawapan. Diorang cuma sengaja lanjutkan tempoh percubaan aku supaya diorang boleh p4ksa aku buat kerja – kerja lain lagi dan aku tak boleh cakap tidak.

Masa ni aku dah tak sedap hati. Suami pujuk suruh sabar. Tapi aku dah nampak dah permainan majikan aku. Cuba bayangkan kau kena buat kerja 3 department, dengan gaji basic yang macam tu. tak cakap benda – benda kecil macam kena buat kopi, kena fotostat dan sebagainya.

Kerja major department lain macam hari, admin, sales. Documentation, customer relation semua kena buat sebab diorang tak nak upah orang lain untuk tugas tu. Masa tempoh percubaan aku dilanjutkan, aku dah perasan majikan aku suka buat status WhatsApp m4ki orang, perli orang.

Aku abaikan sebab kata – kata buruk dia kat status cuma mencerminakan peribadi dia, bukan dekat orang yang dia mengata. Lama aku ada kat situ, aku dah tak tenteram. Sebab majikan aku mula tunjuk per4ngai t0ksik. Dia suka cerita keburukan orang, ipar duai dia, adik beradik dia, bekas pekerja dia.

Hari – hari aku kena dengar dia mengumpat. Tapi dia cakap dia tak mengumpat. Dia cakap benda betul. Time ni aku dah terfikir, kalau tahap ini dia mengeji bekas pekerja dia, kalau aku dah berhenti nanti, macam ni juga kah dia mengata aku? Huhu.

Aku tengok rekod pekerja dia, tak de pun yang kerja lama sampai 2 tahun. Walaupun company tu dah lama. Masa kerja dijanjikan makan ditanggung, tapi hakik4tnya bila dah kerja, makanan tu diberikan KALAU diaorang rasa diorang nak beli.

Kalau diorang malas beli, means kau tak makan hari tu. Dan diorang tak ganti balik duit tu. Bukankah ini dikira makan hak pekerja? Salah seorang rakan sekerja minta aku bincang dengan majikan kalau instead of dia beli makanan, diorang bagi elaun makan saja dekat pekerja.

Tak full pun tak pe. RM2 @ RM3 untuk diorang tampung beli makanan sendiri, selebihnya pekerja topup sendiri. Tau apa jadi? Terus dia umum tak bagi makan dah lepas ni. Allahuakbar.. Tak sampai setahun aku kerja, macam  -macam kerosakan jadi kat company tu.

Yang kos repair sampai puluhan ribu. Dan waktu ni aku dah terdetik, yang ini kifarah dari Allah sebab dia makan hak pekerja. Tak lama lepas tu, aku kena buat kerja lebih masa sebab langsung tak ada orang yang nak buat, bantu urus kerja.

Kalau aku tak buat, memang banyak lah kerja yang tertunggak. Suami dah marah sebab bulan puasa dia nak aku balik awal. Aku cuba slow talk dengan suami sebab aku kesian dengan company. Aku balik sampai pukuI 6.45, dekat berbuka sampai dekat rumah.

Mujur suami memahami dan beli makanan di bazaar. Tapi lepas tu aku tengok status WhatsApp majikan perli sesorang dah meIampaui batas. Aku tertanya jugak, siapa. Rupa – rupanya majikan kata aku meIampaui batas buat OT dan claim OT.

Mengucap panjang aku. Dia tak nak aku claim OT, tapi nak aku kerja lebih masa. Terus aku tak buat dah OT. Tapi lepas aku tak buat OT, muka majikan dah masam mencuka dekat aku, cakap pn dah lebih kurang. Masa ni baru aku sedar, status – status dia selama ni ditujukan pada aku.

Kadang – kadang aku tak sempat urus kerja lain sebab buat kerja aku (jawatan aku), itu pun sebab kenapa dia tak suka aku. Dekat nak raya, m4kin sibuk dengan persiapan. Malam – malam aku banyak buat kuih, bangun solat malam dengan suami.

Jadi esoknya aku buat kerja bidang aku sahaja. Aku tak buat kerja – kerja yang bukan bidang aku. Sebab sump4h aku penat giIa diambil kesempatan macam ni. Time ni dah macam – macam dia umpat aku depan pekerja lain.

Itu pun ada pekerja lain terdengar dan sampaikan pada aku. Sebab dia kesian tengok aku buat kerja tapi ends up kena umpat. Kemudian start cuti raya. Suami dah happy dah aku duk rumah. Aku pulun sambung persiapan raya.

Dah lama kan beraya PKP. Memang tak sentuh langsung telefon sebab sibuk. Tiba – tiba dapat mesej m4ki – m4ki dari majikan sebab aku tak kerja dari rumah. Allahuakbar… Time cuti dia masih p4ksa aku buat kerja, dan dia ugvt untuk pecat aku kalau aku tak siapkan kerja yang dia nak.

Ugvt untuk laporkan aku pada polis. Tanpa fikir panjang, aku pegi siapkan kerja kat laptop aku, aku bagi pada dia, dan aku hantar notis berhenti serta merta. Dia tak ada hak untuk halang aku berhenti. Dia tak pernah sahkan jawatan aku, bermaksud aku dalam tempoh percubaan selama hampir setahun, dan wajar untuk aku berhenti.

Masa ni dah panjang berjela dah m4kian dia pada aku. Ada unsur nak report aku pada pejabat buruh. Aku malas nak peduli. Aku bagitahu suami, aku berhenti hari tu juga. Suami senyum, cakap sebenarnya dia dah lama nak aku berhenti.

Petang tu, aku dapat call dari kawan aku, cakap ada kekosongan jawatan dekat cawangan bos dia. Esoknya aku terus pergi interview, dan terus dapat kerja tu dengan gaji yang lebih tinggi dari gaji aku di company ner4ka. Kata majikan baru aku, diorang sangat memerIukan pekerja yang ada pengalaman macam aku.

Masa tu rasa nak menangis saja. Aku rasa tenang sekarang. Bekas majikan masih lagi dengan status WhatsAppnya. Samakan aku dengan ibIis. Tak pelah, kata lah apa yang puan mahu. Kesihatan mentaI saya, puan tak peduli.

Semoga dapat pekerja lain yang puan boleh layan macam h4mba abdi. Kalian doakan aku bahagia kat tempat kerja baru aku ya. Yang menulis, – Nana Montel (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azfa Iznaa : Pernah merasa ada majikan macam ni. Staff biasa tapi keja banyak, gaji sama dengan kengkawan. Tapi terima kasih jugak la sebab macam – macam keja kena buat akhirnye saya tau uruskan perniagaan.

Faranisyah Hakim : Terbaik TT.. Rezeki di mana – mana. Its her loss. Pekerja yang cekap adalah aset, bukan h4mba. Kalau company besar, pekerja macam awak ni kalau nak resign, siap counter offer lagi. Semoga terus maju jaya.

Cik Fatin Rodzalan : Situasi aku hampir sama dengan TT. Tak sangka ade berlaku kat tempat lain jugak. Kifarah is real. Aku harap majikan TT cepat taubat sebelum kena kifarah yang lagi besar. Tak berkat jugak rezeki mengani4ya dan mengambil hak pekerja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.