Aku cucu kesayangan nenek tapi lepas ayah meninggaI aku terus kena halau. Baru skrg aku tahu punca

Dari kecil nenek jaga aku, jadi cucu kesayangan. Sehingga satu hari, belum sempat aku masuk rumah nenek aku kena halau. “Zaiiii… jangan kau masuk rumah aku lagi. Semua orang benci pada kau. Kau pergiIah ke mana sahaja. Tapi jangan kau jejak rumah ini lagi!!. Kau faham tak?”

#Foto sekadar hiasan. Tujuan aku hantaran hanyalah untuk dijadikan panduan pada mereka yang senasib dengan aku. Walau di mana berada. Aku perkenalkan walau pada umur 40an. Kadang – kadang Ietusan memori tanpa sedar akan datang di luar kawalan kita.

Minggu ini secara tiba – tiba aku rasa tertekan amat sangat. Terasa sesak d4da. Aku rasa nak marah walau masalah sedikit sahaja yang timbul. Aku tenangkan diri. Aku akan menyendiri bila berkeadaan tertekan. Atau aku akan cari jalan untuk bersukan. Berlari dan pelbagai aktiviti.

Tapi tahap emosi aku tak keruan. Aku rasa marah dan sedih berbaur tanpa sebab. Puas aku cari punca tapi tak bertemu. Kenapa aku jadi begini. Nak kata masalah kewangan? Tiada. Nak kata masalah kekeluargaan pun tiada.

Kereta? Pun tiada aku baru beli kereta sebab kereta aku rosak. Aku beli kereta idaman kebanyakan lelaki. Tapi aku tak gembira juga. Aku tak teruja. Aku juga ada rumah 3 unit. Ada kebun. Memang aku tak pernah rancang nak beli atau apa. Tapi tahu – tahu aku terbeli.

Aku ada anak – anak yang sihat dan gembira. Kenapa ya aku jadi begini. Aku penuhi apa yang terdaya. Berikan rumah. Keselamatan pada anak isteri. Berikan kend3raan masing – masing… jadi apa masalah aku? Puas aku terfikir. Mencari mana punca. Dah seminggu begini.

Lagu raya berkumandang tika ini. Aku memandu keseorangan. Musim – musim hujan ni aku rasa lagu raya macam hiporkrit. Bersalam – salam bermaafam. Kenapa aku fikir begitu aku pun tak tahu. Otak ku menerjah jauh terkenang sejarah lama.

Ya tika hujan inilah banyak kenangan. Teringat aku pada arw4h ayahku. Ayahku pergi diiringi hujan renyai dipagi jumaat seperti hari ini. Ketika hujan renyai ini jen4zahnya diusung ke tanah perkubvran. Aku yang berumur 8 tahun ketika itu hanya mengalir airmata dalam hujan.

Mengejar van yang membawa ayah ke tanah perkubvran sejauh 2km. Kerana ketika jen4zahnya dibawa turun dari rumah ayat yang keluar dari mulut ibu saud4raku. Hubungan kau dan aku terputvs dengan meninggaInya ayah.

Ingin aku tumpang kereta pak saud4raku mengiringi jen4zah ayahku. “Kau jangan naik kereta aku. Nanti kotor” aku yang tidak tahu mengiakan saja. Kukejar kend3raan jen4zah arw4h ayahku. Aku berlari mengejar di dalam renyai hujan. Menghala ke tanah perkubvran. Kakiku yang kecil tidak terdaya mengejar.

Ketika sampai keperkubvran jen4zah telah ditalkinkan. Allah rindunya pada ayah. Aku anak paling manja dengan ayah… tidak sempat melihat ayah. Aku hanya menangis tanpa suara… berjurai tanpa henti airmata. Tersedar kembali dari lamunan.

Hujan lebat mula renyai. Ya.. Dibulan ramadhan yang mulia dipagi jumaat. Otak aku terus terkenang sejarah lama…. Kuteruskan pemanduan. Lagu raya bersambung – sambung hari ini dalam radio sinar. Otak ku berputar kembali.

Teringat peIukan ayah mendukung ku ketika umurku 4@5 tahun. Nunnn bulan. Nunn bulan. Sambil menunjukkan bulan mengambang penuh… dipeIuknya aku dengan kasih sayang. Terlalu sayangnya padaku. Tapi kini aku kelaparan.

Dah seminggu aku hanya makan kanji yang dibuat seperti gam. Yang aku telan. Beras memang lama dah habis. Ibuku tak mampu. Ibuku tidak bekerja. Ibuku telah berusaha mencari kerja semenjak kem4tian ayah. Pelbagai kerja ibuku lakukan.

Tapi ialah kudrat ibu sekuat mana. Selama ini ayah yang menyara keluarga. Adik beradik ku ramai dan semua masih kecil. Tiba – tiba jiran ku memanggil “Kau ke sini sekejap” nah ambil duit ni. Tolong aku beli roti kedai depan tu.

Aku yang diajar jangan meIawan kata – kata orang dewasa pergi tanpa apa – apa kata. Tapi aku tidak terdaya. Aku berjalan perlahan dengan baju lusuhku. Berjalan dalam kelaparan. Kerinduan pada arw4h. Setengah jam kemudian aku sampai ke kedai.

Aku terp4ksa ikut jalan jauh. Jiran yang ada jalan pintas tak beri aku lalu di hadapan rumahnya. Sebab aku kotor. Sambil mengangkat penyapu dia mem4ki aku, “Jangan kau lalu di depan rumah aku. Busuk dan berpasir nanti halaman aku” aku tak berani lalu.

Setelah membeli roti seperti permintaan jiran sebeIah. Aku balik ke rumah. Seperti biasa aku berpusing mengikut arah yang jauh agar tidak lalu di hadapan rumah orang kaya tersebut. Ketika ini memang rasa sangat h1na. Itu yang aku percaya tentang diriku.

Memang aku sangat – sangat percaya. Aku busuk. Miskin. Tiada siapa yang sayang. Sekadar seperti menumpang di dunia. Tidak lebih dari seekor kucing. Seperti yang dilempar orang sekeliling. Jadi aku memang patuh apa saja arahan jiran – jiran dan apa saja.

Setiba di rumah jiran aku serahkan roti. Terliur janganlah dik4ta. Aku kelaparan mengharap jika diberi sebuku roti. “Mana duit lebih” tanya jiran ku. “ada dalam plastik tu makcik” baIasku. Aku meminta diri dan berlalu hampa kelaparan.

Baru bergerak 10 meter ke hadapan. Terasa ada pukuIan di atas kepala aku. “Eh.. Kecil – kecil kau nak menipu aku. Mana duit lebih” tempikkan dia menyedarkan ibuku dari dalam rumah. Habis poket aku yang bocor jiran ku periksa. “Kalau tiada kau pergi cari balik sekarang”

Baik makcik, jawabku patuh. Ibuku hanya memandang sayu. Aku tahu ibuku tidak mampu untuk kembalikan duit yang aku hilangkan. Hari sem4kin petang. Hujan mula turun. Kuteruskan perjalanan. Aku mengigil kesejukan dan kelaparan.

Tapi aku tiada apa yang boleh dimakan. Tenaga aku sem4kin habis. Di depan ku ada sebuah longkang yang baru dibuat. Longkang bandar yang dalam. Aku terp4ksa melompat untuk ke seberang mencari duit yang hilang kerana aku tidak dibenarkan lalu jalan yang dekat.

Dengan sepenuh kekuatan aku melompat. Tapi anak yang tiada tenaga itu rebah terus ke dalam. Kepala aku terus mencecah lantai longkang. D4daku terhentak dipembahagi longkang. D4rah memancut d3ras dari kepalaku. Ku cuba bangun.

D4rah terkeluar dari mulutku. Aku tak terdaya. Kulihat d4rahku mengalir perlahan mengikut arus air. Ku pejamkan mata. Aku teringat ayahku. Aku gembira bakal berjumpa ayahku. Buat pertama kali aku rasa aman dan gembira. “Ayah tunggu. Saya datang teman ayah yer rindu ayah”

Kata hatiku gembira. Perlahan aku hilang. Sesak nafasku. Terus hilang bersama kenangan ayah tika kita gembira bersama. Tersedar kembali aku dari lamunan. Ya. Aku tahu punca. Waktu kecil aku m4ngsa buIi yang sangat teruk.

Kini aku telah 40an tanpa sedar cetusan memori membuat aku sedih dan seperti member0ntak. Marah. Kesan – kesan lama rupanya. Baru aku tahu walau kita telah tinggal lama kenangan. Rupanya ada cetusan tr4uma. Aku tiada tempat nak mengadu hingga kini.

Apa masalah aku kena hadapi sendiri. Jadi sebenarnya aku rindukan ayah. Rindukan ayah. Rindukan rasa selamat. Dihari yang mulia ini, aku doakan Arw4h ayah ku di dalam Iindungan Allah…. Ampunilah ia ya Allah. Ya Rasullulah, berikan syafaatmu. – Zak (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Waktu raya ni aku sambung cerita minggu lepas. Tujuan hanyalah untuk kita ingat anak – anak yatim dan pend3ritaan mereka dibulan ramadhan. Cerita benar saya selepas kehilangan arw4h ayah diusia 8 tahun. Sekadar kenangan.

Kehilangan nenek… Sekembali aku dari sekolah dengan berjalan kaki kira 3km tenaga aku seperti biasa telah tiada. Aku tidak sarapan dan hanya mengisi perut dengan air paip di sekolah. Aku berlari mendapatkan kucingku yang kunamakan comel.

Seperti biasa ku bertanya pada comel. Comel – comel ada tak makanan yang tersisa dalam tempurung makananmu. Tapi pada hari kejadian ku lihat tiada lagi tempurung bekas makanan comel. Kulihat disingki jika ada lebihan nasi cucian pinggan untuk ku makan.

Makanan biasaku jua adalah lebihan cucian pinggan yang tersangkut atau buangan basuhan pinggan. Tapi pada hari tersebut semuanya tiada. Kesian kau comel. Kerana aku kau pun kelaparan. Pasti mereka tahu bahawa selama ini comel memberiku makan melaluinya juga aku mendapat makanan.

Bencinya mereka pada aku. Sampai kau pun kelaparan comel. Mungkin mereka dah campak tempurung tempat kita berkongsi makanan. Aku pun pergi mencari buah – buah liar jika ada. Selalunya buah Ietup – Ietup dan buah yang bila makan mulut jadi ungu itu akan ku kutip makan.

Tak dapat aku ingati nama buah tersebut. Tapi hari ini aku ke surau tanah wakaf memanjat pokok kundang. Musim ini kundang berbuah lebat. Ku makan satu persatu. Bibirku pun memang telah pecah teruk akibat getah kundang yang aku makan sebelum ini.

Berkudis – kudis pipi aku. Ya. Aku terkenang saat arw4h ayah masih hidup. Nenek memang menjaga aku dari dilahirkan. Aku kesayangan nenek. Kulit ibuku keturunan cina dapat padaku. Kulit aku yang putih bersih berambut keriting per4ng separas bahu.

Memang dibela oleh arw4h ayah rambutku.. Sehingga siapa melihat aku menyatakan aku perempuan. Kerana itu ketika usia 6 tahun arwah mem0tong pendek. Mungkin kerana orang tidak dapat mengenali aku. Arw4h bertindak begitu.

Nenek menjagaku seperti menatang minyak yang penuh. Tidak pernah ku rasa sebarang pukuIan atau cubitan. Cuma nenek berubah ketika aku kembali ke semenanjung. Bapaku seorang askar, dia hanya melihat aku sayu kerana tidak mampu membantu kerana jasadnya telah dimamah usia.

Masih teringat suatu masa aku balik sekolah. Aku merayau sebelum balik. Ibu ku mencari sehingga asar. Kerana aku tersesat dalam hutan dipinggir kem kebota yang ditanam koko dan getah. Tujuan ku nak makan buah koko.

Bila ditemui ketika balik nenek memanggil lembut. “Zai. Zai. Sini sekejap”. Aku pun baring dipangkuannya seperti biasa. Nenek pun bercerita tentang h4ntu kopek menangkap kanak – kanak yang merayau. Dihujung cerita diberitahu bahawa h4ntu kopek mempunyai payud4ra yang besar.

Kanak – kanak disorok di payud4ra. Tiba – tiba nenek mengangkat bajunya dia menyerungkupkan kepalaku di dalam bajunya ditenyehnya payud4ra kemukaku… ‘Iemas – Iemas’ jeritanku. Aku dilepaskan dan berlari ke ibuku. Ibuku dan nenek aku tergelak – gelak.

Semenjak hari itu aku takut untuk merayau teringatkan h4ntu kopek… Ya, Nenek memang seperti ibuku menjaga aku dari lahir. Disaat ibuku keluar berniaga setiap hari nenek adalah penemanku. Setelah perut ku terisi buah kundang aku melalui laman rumah bapa saud4ra ku.

“Kenapa kau lalu sini? Sergahnya. Kau dah makan belom? Kalau belom makan ambil penyapu tu. Sapu laman sampai bersih. Nanti aku bagi upah makan” katanya. Baik pakcik aku membaIas. Ya aku anak yang sangat patuh waktu kecil.

Aku percaya apa sahaja orang tua – tua berkata. Jika menyatakan aku siaI. Aku b0doh. Aku percaya. Sebab aku naif. Tiada upaya. Ku sapu sampah di halaman kampung sehingga bersih. Diberikan aku cekodok 3 ulas sambil berkata “Nah makan ni. Mak kau tahu meman**t sahaja. Kau hanya layak makan banyak ni” terngiang hingga kini.

Ya, aku percaya pakcik kerana aku masih kecil tidak tahu. Tidak kah kau sedar tanah yang kau duduk tu nama ibuku. Aku melangkah sambil mengengam cekodok pemberian pakcik ku. Ya, balik nanti 3 biji cekodok ni akan bolehlah kita makan bersama kucing kesayangan ku yang kelaparan. Pasti dia menungguku. Kata benak akalku.

Sesampai di rumah nenekku belum ku melangkah masuk ke rumah nenek. Nenek ditangga menjerit. “Zaiiii… jangan kau masuk rumah aku lagi. Semua orang benci pada kau. Kau pergiIah ke mana sahaja. Tapi jangan kau jejak rumah ini lagi!!. Kau faham tak??… ” sambil nenek menghentak – hentak kuat tongkatnya ditangga.

Dibalingnya pakaian lusuhku di lantai tangga… kukutip baju. Kupandang wajah nenek kesayanganku untuk kali terakhir dalam hidup ku. Baik jawabku. Tidak ku tanya pada nenek kenapa. Aku tahu aku tidak diperIukan di dunia ini. Aku sedar. Sebab itu kata – kata mereka. Aku percaya.

Ku gosok kepala comel kucing kesayanganku di bawah tangga… “Comel – comel. Makanlah cekodok ini” kau laparkan?. Ni je yang dapat aku carikan untuk kau. Kuberikan 3 ulas cekodok padanya. “Ini makanan terakhir kau yer comel. Aku dah tak boleh balik” kupeluk kucing kesayanganku.

Aku pun berlalu pergi meniti permatang sawah membawa kaki tidak tahu ke mana. Berlari – lari anak hilang dari celah – celah kesamaran senja itu… Badan kecilku terus hilang di dalam kegelapan malam tiada arah tujuan.

Aku menyusur perlahan – lahan mengikut kaki. Memikirkan. Ke mana arahku. Ya mungkin aku boleh tidur di bawah rumah paklong ku yang memberi upah cekodok 3 ulas tadi. Di situ ada kepok padi. Boleh aku tidur sebentar merehatkan badan. Aku dah biasa tidur curi – curi dalam kepoknya.

Kadang – kadang takut jua dengan kambing yang suka mengeselkan badannya pada tiang kepok di malam hari. Tak apalah. Aku tiada pilihan. Aku menumpang sekejap saja kerana malam nanti aku mesti keluar dari kepuk padi sebelum pagi. Sebab nanti jika mereka tahu.

Mesti mereka meng4mok. Mengikut perancangan awal aku adalah nak curi rambutan sebab terlalu lapar. Dah terlalu lama aku tidak makan. Walaupun tanah tersebut milik mak. Tapi paklong bencikan aku. Dia halau ibuku. Aku ingin mencari ibuku di bandar.

Setiba di situ aku tanpa membuang masa terus memanjat. Perlahan – lahan aku panjat pokok rambutan. Meraba – raba dalam kegelapan untuk sampai di hujung dahan. Setiba di hujung dahan aku cuba mengapai buah tersebut.

Aku mendepakan tangan untuk memaut dahan. Tiba – tiba. ‘praaakkk’. Kepalaku terjunam dahulu ke arah tanah. Dahan yang ingin kupaut dahan yang m4ti. Tiada upaya ku lagi. Kutahan tanah dahulu dengan tangan kecilku. Berdetup bunyi Ietupan tuIangku. Aduhhh.

Kulihat tangan ku berbentuk l. Terkulai patah kuketap mulutku sekuat tenaga agar tiada jeritan. Aku takut paklong ku terdengar. Aku terus berlari lagi… Aku sambung larianku dalam kegelapan malam mencari ibu. * Seperti biasa cerita benar ini semasa saya kecil ini hanya sebagai renungan. Minta jasa – jasa baik pembaca jangan dih1na. Saya sedaya upaya meIindungi nama baik mereka yang terlibat dalam penceritaan.

* Setelah dewasa dan bertahun – tahun nenek meninggaI baru saya tahu akan pemergian nenek. Juga baru saya tahu kenapa nenek menghalau saya. Diceritakan oleh jiran berhampiran. Nenek tidak tahan melihat pengani4yaan dan terjadi perg4duhan antara nenek dan makcik. Iaitu anaknya. Tidak perlu saya sebut sehingga mana tahap perg4duhan tersebut yang pastinya mengaibkan. Al-fatihah untuk nenek tersayang. – Perindu Ayah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Entan Esmail : Kisah dulu – dulu sebagai pengajaran… Orang dulu – dulu yang j4hil dalam bab agama, Allahu… Syukurlah tt dah berjaya melepasi segala ujian kehidupan saat berstatus anak yatim yang sepatutnya diIindungi.
Terima kasih share pengalaman hidup tt.

Azlina Mina : Ye. Susahnya menjadi miskin. Orang memandang h1na. Faham perasaan tu. Memori takkan padam. Perasaan reda yang melegakan hati.

Almarjan Yusoff : Sedihnya… Semoga kisah sedih itu ada kebaikannya untuk akhir4t tuan. Semoga tuan sembuh kembali. Ubatlah hati dgn zikrullah…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.