Mak s4kit hati tengok suami dan anak2 saya baik. Kemuncaknya sampai mak ajar anak2 kutuk suami

Sepanjang saya pergi umrah mak langsung tak benarkan anak – anak cakap dengan saya dekat telefon. Sehinggalah bila saya balik dari umrah, perkara pertama mak tanya. Adakah saya s4kit kat sana? Sebab dia harap saya akan ditimpa musibah macam dalam cerita mastik..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Kepada adik yang menulis tentang dirinya menjadi tempat pvnching bag ibunya,. Menjadi anak yang paling dibenci. Saya kongsikan kisah saya.. Waktu saya sekolah rendah, arw4h ayah saya meninggaI dunia. Tinggallah kami 7 beradik.

Sejak daripada tu, saya dijadikan pvnching bag mak. Kerana apa? Nanti saya ceritakan.. Saya hanya sedar saya tempat pvnching bag bila saya berumur 30-an.. Genetik saya sebenarnya lebih hampir dengan arw4h ayah.. Arw4h ayah ada seorang adik (makcik) dan sangat sayangkan adiknya, mak saya jeles.

Saya hanya sedar mak jeles selepas arw4h ayah meninggaI melalui cerita – cerita mak sebab saya selalu menjadi pendengar setia mak.. Masa ni aban g- abang dan kakak saya sekolah asrama penuh. Saya paling sulung di rumah, sayalah yang banyak buat kerja – kerja rumah, yang jadi ibu dan ayah untuk adik – adik yang lain yang masih kecil.

Segala apa mengenai makcik saya dari mulut mak, semuanya negatif, apa saja tentang nenek saya juga semuanya negatif. Dulunya saya hanya mendengar. Lama kelamaan, mak saya mula cakap yang saya sama macam nenek, saya sama macam makcik.

Mak mengejek, mengh1na saya. Malah mengajak adik beradik lain mengejek saya.. memulaukan saya. Dik4tanya per4ngai saya pelik.. semua tentang saya, tak pernah satu pun baik di mulut mak. Saya dulu rapat dengan arw4h ayah.

Arw4h ayah suka tengok keletah saya. Saya asalnya seorang yang periang. Segala – galanya bertukar selepas arw4h ayah meninggaI. Saya jadi pendiam, mungkin juga murung, kerana saya dah lupa apa ertinya senyum dan gembira.

Sampaikan seorang guru sekolah menengah saya perasan sikap saya sangat berbeza berbanding pelajar – pelajar lain. Bila saya tengok gambar – gambar sekolah menengah, memang kelihatan wajah saya murung. Guru saya tu pernah hadiahkan saya buku La Tahzan.

Out of no where, padahal saya tak rapat dengan guru tersebut pun. Saya sebenarnya tak kisah mak nak buat apa kat saya, nak kata saya apa, tapi bila mak sentuh tentang arw4h ayah, orang yang saya sayang. Mak kata pada saya dengan penuh kebencian yang saya penyebab arw4h ayah meninggaI.. Allahu..

Saya break down dengan sangat teruk waktu tu. Apa teruk dan jahatnya saya sampai mak cakap macam tu kat saya yang masa tu masih budak. Kata – kata anak derh4ka, tak civm bau syurga, segala doa yang buruk – buruk, h1naan banyak sangat.

Bukan setakat mentaIIy t0rtured, dipukuI, dibiarkan adik beradik lain mentaIIy t0rtured saya. Kalau boleh saya nak delete semua memori tu. Sejak kematian arw4h ayah, saya bukan hilang arw4h ayah saja, saya dah ibarat yatim piatu, sebatang kara.

Ada keluarga tapi macam tak ada. S4kitnya tu tak terkata. Tapi adik.. Ketahuilah.. Doa seorang mak tu tak semestinya diperkenankan oleh Allah. Mari saya jelaskan. Mak selalu cakap, saya ni tak akan kahwin sampai bila – bila, tak ada orang yang akan nakkan saya, kalau kahwin pun laki saya akan tinggalkan saya sebab per4ngai buruk saya.

Sedih tak? Sebab tu saya tak pernah terfikir langsung untuk berkahwin. Perkataan kahwin tak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Saya akan rasa kesiannya lelaki tu, maIangnya hidup dia dapat saya. Apa yang mak ucapkan, itulah yang lekat di minda saya.

Tapi tahu tak adik, saya dah berkahwin dengan seorang lelaki yang kacak, penyayang, rajin, bertanggungjawab. Saya tak tahu kenapa suami saya melekat dengan saya. Saya ingat memang saya ni kahwin pun kejap je lah, tapi sedar tak sedar dah berbelas tahun jugaklah kahwin.

Sampai adik beradik saya hanya mampu memandang sekarang, nak mengata saya dah tak boleh dah. Kami ni masih ibarat loving couple sampai sekarang. Suami masih sentiasa ucap i love you hari – hari. Anak – anak saya pula comel dan mendengar kata.

Dulu mak h1na fizikaI saya, ajak adik beradik saya h1na saya, jadi pesta mengh1na saya setiap kali berkumpul. Saya sangat tr4uma, tak suka bila berkumpul adik beradik. Saya tak rasa itu satu family tapi sekarang semuanya terpalit kat anak – anak saud4ra saya, apa fizikaI saya yang mereka mengata.

Sampai mak saya tak boleh cakap apalagi dah. Ibarat kena di batang hidung sendiri.. anak – anak abang – abang saya pula masyaAllah buas sangat. Suka menjerit, t4ntrum, meng4muk, out of control. Tu pun, mak saya masih lagi sindir sikit – sikit anak saya, mengajar anak saya yang bukan – bukan supaya anak – anak tak hormatkan kami.

Mak macam s4kit hati anak – anak saya baik sangat. Bila berjalan ke rumah saud4ra mara, bila ada saud4ra mara yang puji anak – anak saya, mak akan buat muka. Kemuncak bila mak saya ajar anak saya dengan mengutuk suami saya depan anak saya, saya rasa dah melebihi had.

Sekarang saya balik rumah dua kali setahun. Group whatsapp pun saya left, sebab group tu bukan family. Mak jadikan tu tempat untuk s4kitkan hati. Saya jarakkan anak – anak saya daripada nenek mereka. Sebab neneknya yang t0ksik.

Mak saya suka tengok anak – anak saya menangis. Mak saya suka tengok suami saya tak dihorm4ti oleh anaknya. Lagi satu saya tak boleh lupa, waktu saya jadi tetamu Allah. Mak kata sampai ke Mekah nanti, saya akan ditimpa macam – macam musibah.

Allah takkan makbul doa saya. Dulu saya nak pergi umrah tapi waktu tu bilangan umrah dihadkan kerana ada construction. Tahun 2013 tak silap. Visa umrah saya tak lulus last minute. Semuanya saya dah sediakan, cuti dah dapat, kawan sepejabat semua dah tahu.

Mak pun tahu saya dah lama sangat nak pergi umrah dari zaman sekolah lagi. Duit saya kumpul buat part time pun dah lama cukup. Dalam banyak – banyak orang semua sedih bila dengar saya tak dapat pergi. Bayangkan seorang mak, tersenyum puas, gelak mengejek kat saya.

Dan cakap haa tu lah, Allah tak terima saya. Ya Allah sungguh saya sangat sedih waktu tu. Sebab tak ada orang lain yang buat macam tu kat saya, tapi mak saya tergamak. Waktu tu nak ubat hati sedih, duit umrah tu saya guna sikit bawak pergi berjalan ke Sabah.

Lepas tu saya terp4ksa lupakan niat saya sebab beri laluan kepada suami mengejar cita – citanya. Sampai lah satu hari, suami ajak pergi umrah semula. Tahun 2018 waktu tu, orang lain semuanya gembira dengan saya dan suami tapi mak buat muka keras dan tegang.

Hari saya nak berangkat, mak hantar saya dan suami di luar airport, jauh sikit dan kena berjalan masuk dalam airport, kiranya drop tepi jalan je lah. Bila saya salam mak pun, mak buat keras tangannya. Muka tak pandang saya pun.

Selama pergi umrah, mak tak bagi anak – anak bercakap dengan saya. Tersiksa perasaan saya.. (lain bila kakak saya pergi umrah, mak saya bagi anak – anak dia bercakap hampir setiap hari). Balik daripada umrah, tahu benda pertama mak tak sabar – sabar nak tahu daripada saya?

Adakah saya s4kit di sana? Kelakar kan. Bila saya cakap saya s4kit tekak sikit, mak mencebik. Biasalah s4kit tekak sikit cuaca panas kat sana. Mak mungkin mengharap saya terkena seperti kisah – kisah anak derh4ka seperti dalam buku mastika.

Saya dan suami masing – masing tak ceritakan apa – apa kat mak kisah umrah kami. Sebab saya tahu bukan itu yang mak nak dengar dan kalau mak tahu apa rezeki kami, lagi bertambah s4kit hati mak. Tapi ketahuilah dik, sepanjang pergi umrah syukur saya dapat masuk raudhah berkali – kali, paling saya tak boleh lupa saya dapat kucup hajar aswad, sama juga suami.

Seorang perempuan dapat kucup hajar aswad dengan sangat lama di tengah ratusan orang lelaki. Nikmat apa lagi saya nak cakap. Saya dapat berdoa sepuas – puasnya. Saya lepaskan rasa rindu saya. Saya dapat buat umrah untuk arw4h ayah, dan arw4h nenek dan atuk saya.

Saya rasa sangat dekat dengan Allah dan Rasulullah saw. Selama ni saya sering mengadu padaNya. Di saat saya rasa saya terasing, seorang di dunia ni, hanya Allah yang menjadi teman setia. Kisah saya di mekah dan madinah, hanya menjadi rahsia saya dan suami.

Kami tak pernah ceritakan baik pada mak, atau adik beradik saya yang lain. Dan yang terkini dik.. Makcik saya yang sangat arw4h ayah sayangi baru meninggaI dunia sebelum ramadhan aritu. MeninggaI dunia di hari jumaat dik, dahinya berpeluh.

Saya yakin makcik saya husnul khatimah. Saya terdengar pakcik saya mengucapkan pada makcik yang waktu tu dah jadi jen4zah sebelum ditutup, “abang redha semuanya”.. Alhamdulillah Ya Allah apa lagi yang kita orang perempuan nak.

Makcik saya yang menjaga atuk dan nenek waktu s4kit mereka bertahun – tahun sampai ajaI mereka tiba. Saya tak pernah dengar makcik saya bersungut walau sekali pun. Makcik saya seorang yang pendiam. Dan suka senyum.

Tak pernah bercakap benda buruk. Tak pernah buat riak muka mencebik. Sampai waktu dia s4kit tenat dia masih tak tunjuk rasa s4kit dan d3ritanya. Hal ini diakui oleh kawan – kawannya dan saud4ra mara. Kiranya makcik saya tak pernah s4kiti hati orang lain dengan lidah atau perbuatannya.

Antara ramai – ramai adik beradik saya, makcik saya rapat dengan saya daripada kecil dari sewaktu arw4h ayah masih ada. Makcik saya hanya ada seorang anak. Mak saya suka memerli anaknya. Kiranya mak kata sepupu saya ni tak ada masa depan sebab pelajarannya tak seberapa.

Mak kata sepupu saya manja, sp0il kid. Saya tahu sepupu saya malu kerana tu tiap kali ke rumahnya saya dah tak nampak sepupu saya berjumpa kami sejak beberapa waktu. Tapi di waktu makcik saya s4kit dan meninggaI dunia, saya lihat sepupu saya sangat sabar.

Saya rasa bersalah sebab tak mampu nak tolong banyak, saya teringat makcik saya tolong kami waktu arw4h ayah meninggaI. Kerana tu saya sanggup balik jauh dengan flight untuk “bertemu” makcik saya kali terakhir sebelum dik4fankan.

Sepupu saya cakap, jangan risau kak, itu memang tanggungjawab dia sebagai anak untuk buat semuanya. Saya tak nampak sp0il kid seperti yang mak saya selalu sebut. Kiranya dik, apa yang mak cakap tak semestinya jadi dan betul.

Cukuplah sikit kisah ni. Banyak lagi kalau nak cerita. Allah maha mendengar, maha melihat.. Allah tahu apa yang adik tengah struggIe. Susah memang susah, sebab tu mak kita. Bukan orang lain. Kalau bukan mak kandung, takdelah ses4kit ini.

Setiap struggIe kita Allah pandang dik. Allah tak menilai hasil, tapi Allah nilai usaha kita. Lagi banyak usaha kita, insyaAllah lagi banyak ganjarannya. Orang yang dapat mak ayah baik, keluarga yang baik tak perlu usaha banyak pun.

Itu rezeki mereka. Kita pun dapat rezeki yang baik. Mungkin mak ayah kita ni susah, jenis orang tua cerewet, banyak per4ngai, cepat s4kit hati, ada childhood tr4uma. Kita nampak susah dan buruk, sedangkan Allah nak beri kebaikan pada kita dengan jadi lebih sabar, lebih bersyukur.

Sekarang umur saya dah menjengah 40-an. Saya dah boleh tapis, asing, apa yang tak perlu dalam hidup saya. Saya dah boleh connect the dot apa yang terjadi pada saya daripada kecil. Saya dah tahu punca kenapa mak saya bersikap begitu dengan saya.

Saya tahu mak str3ss, mak jeles, mak s4kit hati. Saya tahu saya jadi pvnching bag mak. Mak rasa puas bila tengok saya sedih, saya putvs asa, sebab antara ramai – ramai anak, sebenarnya saya taat pada mak. Mak sendiri tahu hakik4t tu.

Sekarang saya biarkan anak – anak yang lain jalankan tanggungjawab. Bukan saya tak nak, tapi mak sendiri tak nak. Mak dengan lantangnya bagitahu, kalau mak m4ti, mak takkan serah apa – apa urusan kat saya, biar anaknya lain yang buat.

Kalau mak s4kit, mak taknak duduk dengan saya, biar anak – anak lain yang jaga. Jadi, saya tak rasa berkecil hati dah. Sebab sejak sekian lama saya jadi pembaca setia di sini, saya belajar sesuatu.. iaitu Let it go. Lepaskanlah perasaan, cita – cita nak jadi anak solehah tu.

Buat tugas dan tanggungjawab kita sekadarnya. Yang penting niat kita tu tak hilang. Bukan kita taknak, tapi kita tak boleh. Allah tahu apa kita mampu dengan tidak. Kita tak boleh p4ksa mak terima kita. Hati mak dik, Allah yang pegang.

Itu juga tak bermaksud, mak hilang daripada doa kita. Hari – hari saya masih doakan mak, sedekahkan Al Fatihah, sedekahkan bacaan Quran. Doakan mak diberi ketenangan, kesejahteraan hidup. Saya teringat nenek sepupu saya, sama macam mak, dia anti betul dengan salah seorang anaknya.

Saya tengok di akhir hayat, nenek sepupu saya akhirnya tinggal di rumah anaknya yang dia anti tu. Susun atur qada’ qadar Allah yang tentukan. Jadi saya tak berkecil hati dah dengan mak. Bukan mak penentu segala benda, Allah yang tentukan.

Saya doakan adik dimudahkan urusan, diberi kesabaran, kebaikan dunia dan akhir4t. Saya sangat faham, bukan niat adik nak meIawan mak, tapi demi kesejahteraan akal fikiran, adik kena Iawan. Menjaga diri kita juga satu tuntutan dalam agama.

Adik saja tahu kemampuan diri adik. Kalau boleh hindar dan asing, buatlah dik. Kita pun tak nak berIawan cakap, s4kit meny4kiti hati satu sama lain. Lebih – lebih lagi orang yang kita sayang. – Rina (Bukan nama sebenar

Komen Warganet :

Nurulhuda Liyana Dalilah : Menangis saya baca cerita akak. Tak terfikir saya ibu kandung boleh buat macam ni pada anak sendiri. Tapi dapat saya rasakan akak ni memang anak, ibu dan isteri yang baik. Insya Allah ganjaran hebat menanti di sana. Moga akak terus kuat tau.

Radiah Hamdi : Tahniah puan. Puan sebenarnya telah berjaya keluar sedikit demi sedikit dari kepompong t0ksik. Insyaallah di masa hadapan kehidupan puan lebih baik. Saya doakan puan terus kuat semangat sentiasa disayangi Allah dan disayangi orang yang menyayangi puan juga. Moga segala kesabaran dan ketaatan Puan Allah ganjari dengan sebaik baik ganjaran.

Zamira Naura Naufal : Bersyukurnya saya diberi ibubapa menatang kasih bagai minyak yang penuh. Hari – hari call tanya khabar anak. Dulu saya pjj dengan suami tinggal dengan mak ayah. Masa saya mengandung mak masak macam – macam.

Balik kerja makanan dah mak sedia atas meja berhidang. Tak suruh pon tapi mak buat sebab kasihkan anak. Kadang – kadang saya pesan jangan masak nanti saya balik buat tapi mak tetap buat. Ya Allah kurniakanlah ibubapa SyurgaMu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.