“Seronok ya hidup macam orang bujang. Aku dah penat bela mak kau, pandai-pandailah hidup.”

Masa bulan puasa hari tu, mak minta izin abah nak duduk rumah Along dan abah izinkan. Tapi tak sampai beberapa hari ada orang kampung jumpa aku. Mereka tanya betul ke mak aku dah tinggalkan abah. Rupa – rupanya abah dah canang cerita satu kampung..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca di sini. Aku Dalila. Sudah berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Aku nak ceritakan pasal Abah aku. Abah aku seorang pesara pegawai kerajaan. Pencen pada tahun 2013. Sejak pencen, Abah berubah sepenuhnya.

Dulunya, Abah seorang yang bertanggungjawab serba – serbi. Mak pulak hanya surirumah. Kami ada 5 orang adik beradik. Aku yang nombor 4. Atas aku semua dah kahwin dan ada anak. Sejak pencen, Abah tidak lagi membeli barang keperluan rumah.

Kami adik beradik ada bagi mak duit bulanan sebanyak RM1500 sebulan. Abah dapat duit pencen dalam RM3000 sebab Abah ada ijazah. Mak aku pun ada diploma tapi bila kahwin dengan Abah, Abah suruh Mak jadi surirumah saja.

Sejak berpencen nie jangankan barang keperluan rumah, Mak minta belikan buah pun Abah tak beli. Alasan Abah, anak – anak dah bagi duit kat Mak. Jadi, gunakan duit tue untuk beli apa – apa. Abah kata, duit pencen dia, dia yang berhak.

Mak takde hak katanya. Sebab dia penat bekerja katanya. Pernah Abah cakap, “Aku yang kerja, sesedap jer nak duit pencen orang. Aku yang penat kerja..” Mak cuma buat tak tahu dan tak mengharap sangat. Dulu, Abah tak pernah berkira.

Sekarang, cucu minta belikan jajan pun Abah boleh cakap, “Minta duit kat Mak Ayah korang. Sesenang nak “pow” duit Atok..” Jangankan jajan, duit raya pun Abah tak bagi kat cucu – cucu. Mak jer yang bagi. Satu hari, Mak tak berapa sihat.

Jadi Mak cuti memasak. Abah keluar beli makanan tapinya, Abah beli untuk dia seorang. Tak dibelikan untuk Mak. Mungkin dalam hati Abah, pandai – pandailah Mak beli makanan. Duit anak – anak ada bagi. Aku duduk dengan Mak Abah.

Segala bil utiliti termasuklah Coway, Astro aku yang bayar. Abah takkan keluar sesen pun. Tapi yang buat aku dengan adik beradik aku geram, Abah demand macam – macam. Suruh pasang aircondlah, beli TV barulah.. Tapi bukan Abah yang bayar.

Kami nie ikutkan jerlah. Nanti tak beli, muncung pulak Abah tue merajuk. Siap cakap anak tak sayang Abah. Bukan kami tak sayang, kadang – kadang minta benda yang bukan keperluan pun. Saja sebab Abah tahu kawan – kawan Abah ada benda tue, Abah pun nak jugak.

Selagi tak dibelikan, selagi tuelah called anak – anak tanya bila nak belikan. Aku dengan adik beradik yang lain bukan berkira ke kedekut dengan Mak Abah sendiri. Tapi sikap Abah itulah. Tak tahu kenapa Abah berubah macam tue sekali.

Abah ada minta belikan skuter elektrik. Katanya senang nak ke surau namun hanya sekali dua saja pakai. Yang membelikan adalah Along aku. Along aku tanya Abah pakai lagi ke skuter elektrik tue. Kalau tak nak pakai, diorang nak ambil sebab boleh anak isterinya pakai buat pergi beli barang kat kedai berhampiran.

Namun, Abah hamun Along cakap Along buruk siku. Cakap Along tak ikhlas bagi dia. Abah cakap Along nie anak jenis apa dengan Abah sendiri nak buruk siku, tak ikhlas… Tak boleh buat apa dah dengan Abah nie. Awal bulan puasa hari tu, Angah nak bawa Mak pergi duduk rumah dia.

Mak tanya Abah dan minta izin. Abah jawab, “PergiIah.. Senang pun aku sorang kat rumah nie..” Jadi tinggallah Abah dengan aku serta adik bongsu aku yang baru berusia 24 tahun. Dia pun bekerja. Tapi apa yang tak sedapnya, Abah cerita kat kawan – kawan dia yang Mak tinggalkan Abah.

Sampaikan orang kampung jumpa aku, dok tanyakan hal tue. Aku cuma beristighfar… Naik malu aku. Sampaikan adik bongsu aku pun jadi m4ngsa pertanyaan. Hal itu sampai ke pengetahuan Along, Angah dengan Alang.

Angah geram sangat, Angah called Abah dan cakap, “Abah, kenapa Abah cakap yang Mak tinggalkan Abah? Abah pun dah bagi izin kan. Kenapa Abah cakap macam tue?” Namun jawapan Abah adalah, “Salah ke aku cakap macam tue. Aku cakap benda betul. Aku tak salah pun.” Abah terus m4tikan talian.

Dan sampai sekarang, Mak duduk bergilir kat rumah Along, Angah dan Alang. Mereka tak bagi Mak balik. Abah pun, takde called tanya pasal Mak ke apa. Sampai Abah cakap kat aku, “Seronok ya hidup macam orang bujang. Mak kau tu pandai – pandailah hidup. Duduk rumah anak, anaklah bela.. Aku dah penat bela Mak kau tue.”

Tengah aku berbuka makan bubur lambuk tu, aku rasa macam nak luak balik bila dengar ayat Abah. Abah ada seorang adik lelaki yang duduk berhampiran dengan kami yakni kampung sebeIah. Abah ada cakap kat dia yang Mak dah tinggalkan dia.

Sampai jumpa aku dengan adik bongsu aku nak tahu cerita sebenar. Kami pun ceritakan jerlah apa yang sebenarnya. Beberapa hari tue, adik Abah datang nasihatkan Abah. Tapi Abah tetap cakap yang Abah tak bersalah. Abah cakap dia cakap benda betul.

Sampai Abah marah cakap adik sendiri tak percaya dia. Hurmmm, entahlah.. Bila nak raya, Masih takde Abah call ke, apa ke tanyakan pasal Mak. Tapi cakap dengan orang, Mak tinggalkan Abah. Bila aku tanya Abah nak ke Mak balik rumah, dijawabnya tak kisah.

Ada ke takde Mak tue Abah tak kisah. Aku cuma rasa hampa. Dan takde sesekali pun Abah cakap nak ambil Mak balik. Memang takde ye. Along ada tanya Abah nak beraya di rumahnya ke tahun ini. Abah jawab buat apa beraya rumah orang jauh – jauh.

Duit aku jugak nanti keluar nak bayar duit minyak bagai katanya. Dan cakap, “Mak kau tue nak balik ke tak dia punya pasal. Kau bela lah Mak kau tue. Aku dah tak lalu. Aku dah bela dia dulu. Sekarang aku nak bebas.” Aku bingung, aku buntu.

Kenapa Abah aku macam tue. Semenjak Abah bersara, berubah macam tue. Kami semua taknak lebih – lebih jugak. Kalau dinasihat, kena hamun. Tanya pun kadang – kadang lebih suka nak marah dari nak jawab. Pernah tanya Mak ada buat salah ke kat Abah sampai macam nie.

Dari Abah buat macam nie, baik cakap jer Mak ada buat salah apa kat Abah. Tapinya, Abah tukar topik lain. Tak nak jawab hal tu. Kami adik beradik tak putvs berdoa semoga ada sinar di sebalik semua ini. Kami sayang Mak dan Abah.

Cuma Abah tue eg0 melangit. Dulu, zaman kami kecil Abah tak macam tue. Abah mesra, suka bergurau, mengusik Mak. Abah elok jer. Yang hairannya, kenapa sejak pencen jadi macam tue. Nak kata s4kit, Abah takde s4kit apa – apa. Semua sihat jer..

Mak pun redha dan pasrah jerlah.. Tak tahu buat apa dah. Mak balik pun, Mak jadi tunggul saja. Abah suka cakap dah tak larat bela Mak.. Please tolong kami.. – Dalila (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Puteri Pelangi : Kalau anak – anak rasa ibu bapa pilih kasih. Saya rasa bapa TT rasa anak – anak pilih kasih. Masa muda dia rasa dialah lilin yang membakar diri. Bila anak – anak semua berjaya. Anak – anak tak beri perhatian sewajarnya untuk dia.

Kadang – kadang untuk mengelakkan hal – hal sebegini, ada baiknya bagi sama banyak dua – dua. Kalau nak bagi lebih pada mak, bagi diam – diam sahaja. Seperkara lagi, mak TT Tu isteri abah TT. Wajib untuk bersama – sama suaminya. Jangan menjarakkan lagi hubungan orang tua walau kita rasa apa kita (anak – anak buat) betul di mata kita. Abah TT berkias tu. Wallahualam..

Rita Manuela : Mungkin dia kecik hati anak – anak bagi duit kat mak je. Tu yang jadi berkira melampau amat. Dia cemburu kat mak tu. Dia cemburu sebab anak – anak lebihkan mak. Dia rasa dia patut dapat lebih perhatian sebab dia sorang yang menyara family sejak muda.

Dee Ya : Semua kena pindah jangan duduk sekali dengan ayah. Biar ayah bayar sendiri bil – bil ke makanan semua ke. Biar dia beli sendiri. Mak tu adik beradik awak gilir – gilir je jaga. Jangan biar ayah Iukakan perasaan mak awak. Kalau mereka duduk bersama, nanti macam – macam pula ayah awak perlakukan mak awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.