Arif selalu cerita tentang isteri dia. Sekarang aku sedar, aku dah jatuh cinta dekat isteri kawan baik sendiri

Setiap kali aku jumpa Arif, aku saje je buat – buat tanya pasal kehidupan rumah tangga dia sebab aku nak dengar cerita tentang Laila. Aku rasa rugi sangat tak kacau Laila dulu sebelum Arif. Satu hari Laila mesej aku, dia siap bagi gambar dan lepas kejadian tu terus buat aku rasa jatuh cinta..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca semua. Ni pertama kali aku buat kerja giIa ni, confess. Harap admin siarkan la confession aku ni walaupun penulisan aku tunggang terbalik. Ok, sebelum tu aku kenalkan diri.

Nama Ed, umur 20-an (tak berapa nak pertengahan tapi tak berapa nak hujung gak), bujang, berkerjaya, dan hensem (sikit la). Admin, tolong lah siarkan ya walaupun tajuk saja dah mengundang kontroversi. Bukan apa, saja saja nak luahkan beban kat d4da ni.

Nak cerita dengan orang sekeliling, haish malu beb. Kang orang cakap aku tak betul. Tak tau weh mana nak mula. Macam ni, aku ada sorang kawan baik yang memang kawan dari sekolah rendah lagi. Sampai sekarang masih rapat sebab circle of friends yang sama, minat dengan aktiviti sukan yang sama dan rumah pun dekat saja.

Aku gelarkan dia Arif saja lah ye. Jadi Arif ni dah ada isteri aku gelarkan sebagai Laila. Mereka ada 2 orang anak, 1 laki 1 perempuan. Dorang ni aku rasa dah 5-6 tahun gak la kahwin. Tak silap awal tahun 2016 la. Susah nak ingat banyak sangat kawan kahwin.

Aku saja tak kahwin – kahwin. Jadi kenapa pulak aku terjatuh cinta dengan bini dia? Sebelum korang kecam aku, baca dulu cerita aku ni ye. Arif ni umur dia tua beberapa tahun saja dari aku. Zaman bujang sebelum dia kenal bini dia sekarang, fuhhh punya lah buaya.

Tukar perempuan macam tukar baju saja. Perempuan yang dia pilih lak semua jenis glamor- glamor, rambut ropol – ropol blonde, stock – stock model la. Lagi satu, Arif tak suka perempuan bertudung. Pernah kawan kitorang nak kenenkan dia dengan sorang perempuan ni boleh tahan cun, dia tak berminat.

Aku tak minat lah dengan bertudung ni katanya. Masa Arif dok bajet playboy buaya d4rat ni kitorang dah kenal dengan Laila, sebab Laila ni kawan baik kepada tunang kepada salah seorang geng kitorang gak. Faham tak salasilah ni?

Jadi kadang – kadang, apa – apa je aktiviti kitorang buat macam bbq ke, konvoi ke mana – mana ke, tengok wayang ramai – ramai ke, tunang kawan ni ada jugak lah bawak Laila sekali. Masa ni Arif takdelah minat pun dekat Laila.

Yelah Laila perempuan bertudung. Tapi salah sorang dari geng kitorang memang angau dengan Laila, tapi Laila tak layan pun. Masa ni pun aku takde nak feeling apa pun weh. Walaupun taste aku memang perempuan pakai tudung, tapi aku tak rasa apa – apa pun masa tu.

Yang aku perasan pasal Laila masa tu, dia jenis easy going, masuk air gak dan yang paling best senyum dia tu pehhhh, cair beb. Dah lah dia ada lesung pipit. Satu hari ni geng kitorang dik3jutkan dengan gosip tergempar bila kantoi Arif dengan Laila dah pernah keluar makan berduaan.

Kitorang segeng pun apa lagi curious lah. Kami kenal sangat Arif, kenapa dia tiba – tiba keluar dengan Laila pulak kan? Bukan taste dia kot. Masa kawan kitorang angau dengan Laila, Arif ni siap cakap apa lah yang kau suka dekat Laila tu.

Jadi kitorang pelik ah dorang tiba – tiba keluar makan sama?? Rupanya kebetulan saja terjumpa masa tu. Aku pun tak ingat dah cerita dia macam mana. Tapi tu lah, dah nama pun jodoh. Lepas perjumpaan yang kebetulan tu lah dorang mula rapat dan akhirnya kahwin lah.

Ada saja cara Allah nak atur kan? Benda yang rasa macam must4hil saja pun boleh jadi. Masa ni aku memang terbuka bijik mata jugalah dengan sesuatu yang bernama kuasa Allah. Kenapa aku kata must4hil? Macam aku cakap tadi, Laila ni memang bukan taste Arif sebab dia bertudung.

Yang bertudung walau cantik mana pun, autom4tik jadi tak cantik di mata Arif sebab dia bertudung. Tapi, Laila ni memang sumpah lawa tak tipu. Jadi bila Arif dan Laila rapat ni, kitorang semua terk3jut lagi sekali sebab Arif dah berubah 360 darjah.

Dia tinggalkan semua perempuan – perempuan glamor keliling pinggang dia tu. Yang paling lagi terk3jut, tak sampai setengah tahun rasanya dorang rapat, Arif cakap kat kitorang dia dah ajak Laila kahwin. Semua ternganga.

Tak lama lepas tu dorang bertunang. Tak sampai setahun pun bertunang dah nikah pulak. Aiii betul tak sabar Arif ni. Sejak dari tu, aku memang curious lah. Kawan – kawan kitorang yang lain semua dah move on lah kira terima hakik4t siap bergembira sebab ada jugak gadis (selayaknya gelaran untuk Laila) yang berjaya buat seorang buaya d4rat jadi setia.

Aku pelik lah. Sebab aku yang paling rapat dengan Arif. Aku tau lah Arif tu macam mana kan. Lepas dorang kahwin aku pun jadi rapat gak dengan Laila. Jangan salah faham ye. Rapat lebih kepada sebab Laila tu isteri kawan baik aku.

Tetap ada batas – batas dia. Bahasakan diri pun aku kau saja. Tapi, sem4kin aku kenal Laila melalui pemerhatian aku dan apa yang Arif ceritakan, aku dah mula rasa sesuatu. Aku asyik teringatkan Laila. Benda ni jadi lepas dorang dah ada 1 anak dah pun.

Bukan disengajakan ye. Aku pun takde niat jahat. Aku hormat Laila sebagai wanita dan isteri kepada kawan baik aku. Macam mana aku nak describe Laila ye. Laila ni menarik perhatian aku. Dia buat aku kagum dengan cara dia bawa diri.

Laila ni datang dari keluarga kaya raya. Keluarga dia terkenal di bandar tempat asal aku ni. Tapi Laila satu keluarga jenis yang merendah diri. Takde nak hidup macam golongan orang kaya – kaya. Cool dan simple saja lifestyle dorang.

Dan Laila ni juga sangat cantik. Pandai bergaya. Body masih maintain walaupun anak dah 2. Sebab dia rajin exercise. Selalu saja kitorang jogging sama – sama dengan Arif sekali la tapi. Laila berhenti kerja bila dorang dapat anak pertama.

Laila uruskan rumah tangga sendiri bila Arif kerja. Aku salute sebab walaupun busy dengan 2 anak dan urusan rumah tangga, Arif pulak selalu outstation, kalau tak pun, balik kerja pukuI 7-8 malam, Laila tetap ada masa untuk jaga diri, melawa, exercise dan semuanya tetap terurus (dari cerita Arif).

Belum lagi kalau ada hari yang kitorang main Futsal 3 kali seminggu. Tengah malam baru balik. Tapi Arif pun suami dan ayah yang baik. Kalau dia ada di rumah dia pun ringan tuIang (cerita dari Arif sendiri dan kadang – kadang Laila pun puji suami dia depan kawan – kawan kitorang).

Aku pun tak tau lah kenapa cerita aku macam panjang dan melalut. Tapi aku cuma nak bagi korang faham dan dapat relate semua ni. Laila ada ciri – ciri perempuan yang aku suka. Aku tahu ada something special pasal Laila ni yang buat Arif berubah begitu sekali.

Misteri itu lah yang buat hati aku lagi macam tertarik – tarik jatuh hati dekat Laila. Bila aku makan masakan Laila masa Arif jemput makan – makan kat rumah dia, adoiyai masa tu rasa macam nyesal kenapa lah aku tak kacau Laila awal – awal sebelum Arif rapat dengan dia. Haha.

Laila ni bila dia bercakap, atau share something dekat social media, memang boleh nampak yang cara pemikiran dia lain dari yang lain. Walaupun pendidikan cuma tahap diploma sebab Arif kata Laila tak minat nak sambung degree, tapi pemikiran dia macam orang bijak pandai weh.

English dia pun fuhh berhabuk. Aku yang ada master kerja company terkemuka pun tak power sangat English. Oh ya, Laila ni tua 2 tahun dari Arif. Maknanya dengan aku jauh lah jugak beza. Tapi langsung tak nampak yang dia dah 30an.

Aku dan Arif pulak yang nampak lagi tua dari dia. Laila ni pun bukan sejenis yang suka upload selfie dekat social media. Dekat instagram or fb dia takde 1 pun gambar dia selfie (alamak kanti lak stalker). Kalau dia share story cuma pasal masak – masak, quotes, pasal anak – anak dia dan aktiviti hidup dia lah.

Takdepun nak share gambar selfie or sorang – sorang tunjuk kecantikan diri kahkahkah. Tiktok ke tuktuk ke tak pernah aku tengok dia main. Yang lagi buat aku kagum, dengan kecantikan dan background family dia, Laila tetap pilih Arif jadi suami. Arif bukan lah takde rupa.

Hensem jugak kawan aku tu cuma dia berbadan gempal. Background family biasa – biasa saja. Dan Laila pun tau yang Arif tu playboy. Kenapa lah dia nak jugak kan?? Masa baru kenal Laila, gaji pun biasa – biasa. Tapi Arif masa sekolah top student.

Sampai sekarang di tempat kerja pun Arif menyerlah. Lepas kahwin dan ada anak rezeki dia pun mencurah – curah. Usia awal 30an dah dapat jawatan best dekat international company dan gaji sedap belasan ribu. Aku percaya semua tu sebab adanya wanita seperti Laila di belakang Arif.

Arif selalu cerita, kalau bukan sebab sokongan Laila, kalau bukan sebab Laila seorang yang sangat memahami, kalau bukan sebab peng0rbanan Laila berhenti kerja, jaga anak dan bagi peluang untuk Arif fokus dengan kerjaya, Arif takkan sampai ke tahap ini.

Arif juga bagitau yang dia dengan Laila tidak pernah sekalipun berg4duh dari mula kenal sampai lah sekarang dah anak 2. Laila tak pernah merungut, mengeluh bila Arif balik lewat. Kenapa Arif cerita semua ni?? Sebab aku juga selalu dengan sengaja bertanyakan Arif pasal kehidupan rumah tangga dia sebab aku nak dengar cerita tentang Laila.

Satu yang aku kagum tentang pasangan ni, dorang saling bertoleransi, Laila tak pernah halang Arif untuk beraktiviti dengan kawan – kawan, dan Arif pun bagi peluang kepada Laila untuk ber’me-time’. Arif ada upah babysitter khas untuk jaga anak – anak bila Laila nak keluar exercise atau keluar dengan kawan – kawan.

Mungkin itulah punca dorang bahagia dan tak pernah berg4duh. Aisehmen sorry lah guys aku hanyut dalam fikiran tentang Laila. Oh ada satu cerita best. Ada satu hari ni, Laila ada mesej aku. Dia send gambar sorang perempuan ni dan tanya aku kenal tak perempuan tu.

Aku kenal sangat. Salah satu bekas cinta monyet Arif lah. Tapi sebab aku malas nak panjang cerita aku cakap saja aku tak kenal. Malas nak bersoal jawab weh. Tapi gatal gak tangan aku ni mesej tanya Laila kenapa dengan perempuan tu?

Laila cakap dia nampak Arif dok contact dengan perempuan tu. Aku pun cakap lah, dah tanya Arif tak. Laila cakap dah. Arif kata tu kawan – kawan lama selalu lepak sama dulu. Sebab tu Laila tanya aku. Tapi aku tetap nafikanlah.

Aku cuba lah tenangkan Laila walaupun Laila bukan lah mengadu pun dengan aku. Dia cuma nak tau siapa perempuan tu dalam hidup Arif. Aku cakap kau jauh lagi cantik dari perempuan ni Laila. Kalau Arif nak buat hal dengan perempuan ni memang dia b0doh lah.

Laila tak baIas pun mesej tu cuma Laila cakap, jangan bagitau Arif eh aku tanya kau ni. Aku pun tunggu – tunggu lah kot – kot Arif nak cerita pasal perempuan tu. Kalau aku buka cerita tak ke kant0i. Tunggu punya tunggu berminggu tak jugak Arif cerita.

Mungkin taknak buka pekung. Jadi aku pancinglah. Aku bagitau Arif yang aku ada terjumpa perempuan tu (buat – buat cerita saja). Dan ye Arif pun cerita pasal dia contact dengan perempuan tu dan kant0i dengan Laila. Arif kata takde niat apa pun cuma nak tanya khabar.

Kalau nak berscandal ke apa buat apa dia simpan mesej tu. Tapi punca Laila suspicious sebab mesej perempuan tu memang gedik – gedik pun. Aku pun apa lagi kaw – kaw basuh Arif. Aku cakap kau takyah lah nak mesej – mesej tanya kabar bagai.

Dari nak tanya kabar saja terus jadi benda lain nanti. Takde hal bikin hal. Arif gelak saja. Pastu dia cakap aku tak nak buat dah weh sebab 3 hari Laila bagi aku silent treatment. Makan pakai aku semua tetap terurus tapi Laila tak cakap dengan aku sepatah h4ram.

Tr4uma aku weh kata Arif. Pastu Arif ada gak tunjuk mesej dari Laila bunyi lebih kurang macam ni la. ‘jangan tipu – tipu i sebab satu hari Allah akan tunjuk gak. Kena tipu lagi s4kit daripada tau hal sebenar. Tolong terus terang walaupun  susah macam mana sekali pun, walaupun benda tu akan kecewakan i. Kita boleh berbincang’.

Lebih kurang macam tu lah. Panjang mesej tu aku tak ingat dah yang lain. Tapi lepas baca tu, tiba – tiba rasa s4kitnya tu di sini. Rasa macam jatuh cinta giIa – giIa punya weh. Respek dengan cara Laila handle masalah. Tak melatah.

Arif pun cakap bila kant0i tu Laila takde pun nak meng4muk, tinggi suara marah – marah ke apa. Alahai Arif kalau kau buat per4ngai gak kau memang hati kering lahh. Dah panjang sangat pulak cerita ni wehh. Tapi banyak lagi aku nak cerita.

Tapi jangan lah kecam aku ye. Apa yang aku rasa ni memang aku pendam saja sorang – sorang. Tak siapa pun tau. Kalau ada perjumpaan kawan – kawan pun dan Laila ada sekali aku cuba untuk tak selalu tengok dia dan tak bertentang mata. Debar teruk.

Biarlah hanya aku dan Allah yang tau. Aku harap Arif jaga Laila baik – baik dan dorang bahagia sampai ke akhir hayat. Tapi kan, kalau kita masuk syurga kita boleh mintak apa saja yang kita nak kan? Boleh tak aku nak mintak Laila jadi isteri aku kat syurga? Hahahahaha. Ok bye guys Assalamualaikum. Jom lah kita bercerita kat ruangan komen pulak ye hehehe. – Ed (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suzaila Suparman : Ed, akak doakan awak bertemu jodoh yang terbaik. Dah, jangan diangaukan si laila tu. Dia isteri orang… dihari raya ni, bawak – bawak la pergi beraya umah sed4ra mara, umah kawan – kawan sekolah rendah, sek men, masa kat U.

Mmanatau jumpa jodoh kat situ.. Jangan pergi umah arif je nanti rasa masakan Laila, malam ko jugak yang tak boleh tido, dok teringat – ingat masakan dia. All d best Ed.. insya allah, banyakkan berdoa agar bertemu jodoh yang terbaik untuk awak.

Bib Minah : Tak usahlah terpedaya dengan tipu helah sy4itan yang halusssss saja cara cucukan dia. Lagi satu apa yang dicerita selalunya surface saja. Bila dah dok serumah baru tahu keadaan yang sebenar. Tiada yang semuanya sempurna sebab manusia semuanya ada kelebihan dan kekurangan.

Cuma cara penerimaan, handle dan tolak ansur sesama pasangan tue yang membuatkan perjalanan perkahwinan itu cantik. Diorang dah bahagia cara mereka, ed carilah bahagia cara ed. Fokus pada kerjaya. Mana tau nanti boleh bahagiakan family ed sendiri macam arif buat. Didoakan semoga ed jumpa dengan jodoh yang diinginkan pada masa yang terbaik.

Nurul Zaihasra Izzati : Harap confessor baca komen ni. Saya nak tanya dengan confessor, apa perasaan awak kalau kawan BAIK awak sendiri jatuh hati ke jatuh cinta dengan isteri yang awak? Boleh terima ke? Jangan rasa perasaan ni normal ya.

Jangan normalisasikan benda ni. Dan lagi satu. Jangan rasa awak lagi bagus daripada suami dia hanya sebab awak ada master, kerja bagus atau good looking. Ada sebab Laila pilih kawan awak untuk jadi suami dia dan bukan pilih awak.

Kalau dia kawen dengan awak sekalipun, awak bukan suami yang terbaik untuk dia sebab belom ada isteri, dah simpan perasaan dekat isteri orang. Nanti dah ada isteri, jangan tak appreciate isteri sendiri dan sibuk nak pasang skandal.

So moral of the story. Jangan rasa diri lebih bagus pada orang, keep humble dan jalani hidup macam biasa. Jangan simpan angan – angan mat jenin nak memperisterikan isteri orang. One day, awak akan punya isteri jugak dan percayalah. Suatu hari, awak akan sayang sangat dekat isteri awak walaupun dia jodoh dari mak ayah ke or whatever.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.