Suami bersump4h atas nama anak, akhirnya terbongkar penipuan terbesar yang dia simpan bertahun

Hari demi hari, hati saya mula pulih dan saya dapat rasakan betapa sayangnya suami kepada saya.Saya sangka telah munculnya mentari dalam hidup saya. Ternyata ada rahsia yang lebih besar dari itu. Ketika itu dunia rasa gelap. Andai kata m4ti sahaja jalannya, saya sanggup diambil nyawa.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya luahan ini membuat pembaca merasa seolah membaca luahan di KRT. Tapi saya hanya ingin memohon sokongan yang membina dari semua kerana saya sedang berada di tahap terburuk seumur hidup saya.

Sedikit intro berkenaan diri ini. Berumur pertengahan 30-an, masih lagi seorang isteri, dan ibu kepada 2 hero. Saya dan suami bekerja dalam bidang professional. Mempunyai karier yang baik dan andai diizin Allah, kami pasti punya masa depan yang cerah di dalam perjalanan karier kami.

Untuk pengetahunan semua, saya dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari keluarga saya. Ini adalah kerana ibu saya melihat hubungan ini banyak memberi kesan negatif pada saya.

Tapi saya masih berkeras untuk teruskan kerana saya yakin dengan jodoh ini. Sewaktu dalam tempoh berkawan dan bertunang, telah beberapa kali suami kant0i mempunyai hubungan dengan wanita lain. Saya sendiri telah banyak kali ingin menamatkan hubungan kami, tapi setiap kali itulah suami memujuk dan menyatakan betapa sayangnya dia kepada saya dan tidak sanggup kehilangan saya.

Seperti biasa, janji manis yang ditabur untuk membuat saya kekal setia. Ya, tak dinafikan saya yang b0doh dan buta akibat cinta. Sebelum bertemu suami, saya baru sahaja bangkit dari kekecewaan akibat cinta yang terputvs di tengah jalan.

Dia merupakan seorang lelaki berlainan agama dan hubungan kami terputvs akibat tentangan dari keluarganya yang tidak akan menerima wanita Islam di dalam keluarga. Selepas pertemuan itu, suami sangat gigih menghubungi saya dari hari ke hari.

Dan oleh kerana saya baru sahaja pulih dari kekecewaan, saya melayan suami dengan sangat baik dan mula merasakan bibit cinta mula berputik. Saya sangat yakin bahawa suamilah jawapan kepada doa saya di Raudah sewaktu mengerjakan umrah sebelum pertemuan kami.

Dan sehingga sekarang, saya masih merasakan dialah jawapan kepada doa saya ketika itu. Setelah berkahwin, rezeki kami untuk menimang cahaya mata agak lewat. Hampir setahun perkahwinan barulah saya disahkan mengandung setelah pelbagai usaha.

Namun begitu, kemanisan rumah tangga kami tidak lama. Sewaktu peringkat awal berbadan dua, suami sekali lagi tertangkap mengejar seorang perempuan, S, di tempat kerjanya. S merupakan seorang janda dan tidak mempunyai anak.

Saya terbaca mesej mereka di aplikasi whatsapp. Dari mesej tersebut, suamilah yang beria hendakkan S. Namun S gigih menolak niat suami saya. Selepas terbongkar, kami berg4duh teruk di mana saya meminta suami hentikan semuanya atau saya akan tinggalkan suami.

Waktu itu, seperti biasa, janji – janji ditabur dan suami mula meletakkan password di hpnya. Alasan suami saya kerana saya berprasangka kepadanyalah yang menyebabkan dia bertindak sebegitu. Tipulah kalau hati saya tidak terdetik bahawa suami saya masih meneruskan kecurangannya di balakang saya.

Namun dek kerana kesibukan diri yang baru menjadi ibu, membina karier dan menjalankan bisnes sampingan bagi membaiki ekonomi keluarga, saya pejamkan mata. Banyak hint yang saya dapat bahawa suami saya masih mempunyai perempuan lain.

Namun setiap kali saya inginkan penjelasan, kami akan berg4duh teruk dan ia memberi kesan kepada anak sulung saya kerana suami saya seorang yang panas baran. Melihatkan kesan negatif pada anak, sekali lagi saya pejamkan mata.

Anak kedua saya lahir di waktu anak sulung telah berumur 6 tahun. Jarak yang jauh dan sewaktu mengetahui saya mengandung lagi, hubungan saya dan suami sangat hamb4r. Kami ibarat orang asing yang berkongsi katil.

Hidup saya waktu tu sangat sibuk. Saya sibukkan diri dengan kerja dan membina kerier saya hingga ke peringkat professional untuk mengisi kesunyian di hati. Selain sibuk menguruskan anak yang telah mula bersekolah.

Perniagaan sampingan juga telah saya hentikan kerana niat asal saya adalah untuk perbaiki hubungan saya dan suami kerana sewaktu ada perniagaan sampingan, hidup kami sangat sibuk. Hampir tiada masa untuk luangkan masa bersama lebih – lebih lagi saya dapat rasakan suami telah bosan dengan saya.

Senang sahaja dia naik angin walaupun hanya untuk perkara – perkara kecil. Kami akan berg4duh teruk dan ia akan menyebabkan mood saya terganggu seharian akibat kata – kata kesat yang dilemparkan seawal pagi lagi.

Suami saya memang ingin menambah anak lagi. Selepas mengetahui saya berbadan dua, saya dapat lihat cara layanan suami kepada saya mula berubah. Kami sem4kin kurang berg4duh. Suami mula memberi perhatian kepada saya walaupun hati saya waktu itu terasa hamb4r.

Mungkin dek kerana bahagia akan menyambut anak ke-2. Sewaktu kandungan saya memasuki trimester terakhir, PKP pula dilaksanakan. Sewaktu PKP ini, saya dapat rasakan ianya membaiki hubungan kami. Kami dapat duduk bersama satu keluarga menonton tv bersama. Makan bersama. Buat aktiviti bersama hinggalah waktu melahirkan.

Perkara yang saya idamkan selama ini telah menjadi kenyataan. Hikmah PKP kepada keluarga kecil saya. Kalau dulu, suami cukup susah untuk lekat di rumah. Sentiasa ada sahaja alasan untuk keluar hingga awal pagi. Dan hari – hari seterusnya, hubungan kami sem4kin baik.

Sewaktu saya mula merasa bahagia, saya terjumpa kad ucapan hari lahir buat suami saya dengan panggiIan ‘My Lovely Hubby’. Kad itu daripada S yang suami saya pernah kejar sewaktu saya mengandungkan anak saya yang sulung.

Saya buat videocall dengan S, dan saya tanya apa hubungan dia dengan suami saya. S mengaku bahawa mereka telah menikah. Namun tiada siapa yang tahu tentang pernikahan mereka. Dunia saya terasa gelap, saya kemas baju saya dan anak – anak dan saya keluar dari rumah kami menuju ke rumah mertua saya.

Waktu itu suami saya tiada di rumah. Sampai di rumah mertua, saya ceritakan semuanya kepada ayah dan mak mertua saya. Tak lama lepas tu, suami saya tiba di rumah mertua. Seperti biasa suami memujuk saya. Berm4ti – m4tian mengatakan pernikahan dia dengan S tidak sah kerana suami menggunakan sindiket dan tidak didaftarkan di mana – mana.

Di waktu ini, saya lepaskan semua yang terbuku di hati saya sepanjang 9 tahun pernikahan kami. Suami menangis merayu agar saya memberinya peluang. Suami katakana dia sayangkan saya dan tak nak kehilangan saya. Dia dah mula berubah.

Dia dah lama abaikan S dan dah mula fokus pada keluarga kami. Suami juga bersump4h di atas nama anak sulung kami bahawa dia tidak pernah tidur bersama S. Waktu itu dunia saya kosong. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Hari – hari kami selepas itu berlalu dengan keadaan saya yang tidak punya semangat. Saya hanya biarkan semuanya dan hanya melihat usaha suami untuk memujuk saya kembali. Hari demi hari, hati saya mula pulih dan saya dapat rasakan betapa sayangnya suami kepada saya.

Saya sangka telah munculnya mentari dalam hidup saya. Ternyata ada rahsia yang lebih besar dari itu. Suatu malam suami tertidur tanpa lock hpnya. Saya terus ambil dan buka semua yang saya dapat akses. Dan waktu itulah terbongkar semua rahsia gelap yang disimpan oleh suami saya bertahun lamanya.

Bukan hanya S. Terdapat beberapa wanita lain juga telah menjadi penghibur suami saya hingga ke katil. Hanya S yang berlarutan melebihi 6tahun. Wanita – wanita lain itu kebanyakannya saya kenal dan pernah berjumpa.

Isteri orang, janda dan juga peIacur. Dunia saya terasa gelap. Waktu itu saya rekod semua perbualan, gambar dan apa sahaja yang saya dapat rekod. Hanya satu yang saya tidak dapat buka iaitu aplikasi whatsapp kerana suami saya meletakkan double security untuk aplikasi itu.

Dan seperti jangkaan saya, suami dan S telah hidup ibarat suami isteri yang sah. Pergi bercuti bersama, balik ke kampung S untuk sambut raya, bawa S datang bertandang ke rumah mertua saya. Dan banyak lagi memori indah mereka saling berpeIukan.

Sedangkan gambar suami dan saya ibarat orang asing tanpa sentuhan. Dan yang lebih teruk, walaupun telah kant0i waktu mula – mula saya jumpa kad ucapan hari lahir itu, mereka masih lagi berjumpa, keluar makan bersama.

Dan suami masih lagi ambil gambar S menggunakan hpnya. Para pembaca sekalian, saya tidak mempunyai kata untuk menjelaskan apa yang saya rasa. Semua perasaan yang datang menghimpit serentak. Suami yang saya sayangi mengkhi4nati saya seteruk ini.

Saya k3jut suami dan tunjukkan hpnya di tangan saya tanpa lock. Suami sedar saya telah tahu semuanya dan seperti biasa suami memujuk dan terus memujuk. Saya hilang kata – kata. Saya tidak tahu nak marah apa lagi, menangis untuk alasan apa lagi.

Yang saya nampak hanyalah berpisah. Suami berkeras tidak mahu melepaskan saya. Dan seminggu selepas kejadian itu, saya disahkan mengandung anak kami yang ke-3… Dan sekarang kami masih tinggal bersama seperti sebuah keluarga yang bahagia.

Suami kata dia telah tinggalkan S. Tetapi saya tidak mampu untuk mempercayainya lagi. Saya sem4kin kerap mencari g4duh dengan suami. Saya minta untuk bertemu dengan S tapi suami tak benarkan. Malahan S telah pun block nombor hp suami dan saya daripada menghubunginya.

Kata S dia tidak mahu panjangkan lagi isu kami. Mudahkan S lari begitu sahaja. Sedangkan saya ini, setiap hari mengutip kembali serpihan hati saya yang dah menjadi debu. Mencari kembali kekuatan saya yang telah hilang.

Memikirkan anak di dalam kandungan ini membuatkan saya sering menangisi diri. Saya sayang anak ini. Dia tidak bersalah. Sewaktu tahu saya mengandung lagi, suamilah yang paling gembira kerana memang dia inginkan anak yang ramai.

Pasti kalian tertanya – tanya kenapa tidak berpisah sahaja. Ya, saya inginkan perpisahan. Tetapi suami tidak mahu. Ya, ia hanya alasan. Saya sendiri tidak pasti untuk apa lagi saya bertahan. Dengan m4buk yang teruk, anak – anak yang perlu diuruskan, beban kerja di pejabat yang menggiIa, perasaan saya yang tidak stabil.

Saya tidak punya kekuatan untuk keluar dari semua ini. Saya berdoa semoga Allah angkat semua rasa yang menghimpit ini. Andai kata m4ti sahaja jalannya, saya sanggup diambil nyawa. Saya perIukan sokongan, saya perIukan kata – kata semangat. Doakan saya dapat cari semula kekuatan diri dan jalan terbaik untuk diri saya dan anak – anak saya.. – Yang TerIuka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dilla Azman : Berpisahkan tak perlu tunggu suami yang mula dulu. Awak dah kena macam – macam kot. Takkan nak tunggu sampai dapat peny4kit baru nak angkat kaki. Bangkitlah. Awak bukan takde kerjaya.. takde masa depan.

Kalau dah sampai boleh bertandang siap ke rumah mertua, nampak sangatlah semua dah tahu. Awak je yg masih berpura – pura. Pergi je pejabat agama, mintak nasihat. Awak pun boleh minta cerai kat mahkamah. Bukti semua dah ada. Nanti kalau dah jatuh s4kit sebab peny4kit kelamin ni.. Cuba pikir.. macam mana dengan nasib anak – anak? Anak – anak ada awak je tau.

Nonie Nuralia : Puan yang manis. Kau teruskan hidup dengan segala pengkhi4natan dan penipuan yang kau sudah tahu, sebab kau seorang yang mudah di suap janji – janji manis dan memberi peluang demi peluang yang tidak pernah dihargai pun. Bagi saya.. peluang terakhir yang saya akan beri adalah peluang untuk bahagiakan diri saya sendiri.

Rose Linda Roslan : Alahai puan. Kalau puan sendiri tak sayangkan diri sendiri, berbakul nasihat orang di sini takkan dapat mengubah apa – apa. Puan ada 3 anak, sanggup ke biar mereka membesar berbapakan si penz1na yang menabur benih merata – rata? Semoga puan sedar bahawa cinta pada manusia jangan sampai melebihi cinta pada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.