Saya kahwin dengan pak guard, bila suruh belajar dia b3ngap. Tapi ke hulu hilir bawak laptop

Suami hanya pegawai keselamatan, lepas kahwin saya suruh dia belajar tapi dia b3ngap hanya dapat kerja jadi kerani rendah. 20 tahun saya uruskan hal rumahtangga beli rumah dan kereta semua saya letak nama suami. Bila anak dah besar, mereka perasan, ‘ayah tu kerja jaga, tapi sana sini bawa laptop?’’

#Foto sekadar hiasan. Sesiapa yang lihat suami saya, Amin tentu jatuh hati kerana baik, lemah lembut, hormat orang tua, muka syurga, dua kali buat umrah dan bergelar haji, kalau saya cakap keburukan per4ngainya tak akan ada orang yang percaya.

Tetapi dia pantang tengok perempuan berduit dan berharta mulalah dia memancing. Saya perasankan kelakuannya setelah dapat dua anak. Bila terbongkar dia putvskan hubungan, katanya masih sayangkan saya. Sebelum kahwin saya kurang selidik per4ngai Amin.

Namun saya pilih dia kerana dia baik, rajin solat dan jujur dengan saya. Tolak tepi dia pengawal keselamatan sedangkan saya pegawai lulusan universiti. Tapi saya ikhlas mungkin dah j0doh saya. Lepas kahwin saya suruh dia belajar, tapi dia b3ngap, belajar tak sampai ke mana, tapi berkat usaha kami, dia dapat kerja jadi kerani rendah.

Sejak kahwin semua urusan keluarga jadi tanggungjawab saya, dari sewa rumah, makan pakai dan susu anak, belanja dapur, tadika, sekolah, segalanya atas tengkuk saya. Dia sentiasa kata gajinya tak cukup. Amin memang kaki perempuan, lepas satu, satu perempuan jadi m4ngsa.

Dan dia putvskan hubungan bila aktivitinya terbongkar konon takutkan saya. Dari awal lagi saya bagi tahu Amin saya tak tegah dia nak kahwin lagi, tetapi ceraikan saya, sebab dia tak mampu. Walaupun saya menanggung keluarga tetapi saya tak pernah beritahu ibu bapa dan adik beradik saya.

Sebab ada antara mereka dari awal menasihatkan saya supaya fikir dua kali kahwin dengan Amin kerana perbezaan kedudukan dan gaji kami, tetapi saya redha. Berkat kesabaran dan peng0rbanan saya, Allah memberi saya jalan untuk kumpul duit dan saya dapat beli tiga buah rumah murah.

Entah macam mana b0dohnya saya, semua rumah tersebut saya gunakan namanya. Cuma terbaru saya beli guna dua nama. Bukan itu saja saya beli tanah juga atas namanya, begitu juga motorsikal dan kereta.

Rasuah. Saya tak pernah bercerita pada keluarga saya bila Amin dig4ntung kerja oleh majikannya atas tuduhan rasuah. Malah saya keluar duit carikan peguam atas permintaannya. Saya lakukan kerana dia suami saya dan tak mahu anak – anak malu.

Anak – anak yang dah besar pernah tanya saya, ‘ayah tu kerja jaga, tapi sana sini bawa laptop?’’ Saya tak terfikir pulak. Namun anak – anak lebih bijak, mereka tahu ayahnya ada facebook ada emel dan mereka buka satu persatu.

Mereka terjerit panggil saya tengok facebook ayahnya mendakwa dia duda kaya dah dua tahun , ingin cari calon isteri, bekerja arkitek ada firma sendiri. Sedihnya adik beradik Amin bukan saja menambah masalah, tetapi turut menyusahkan saya.

Mereka bukan sahaja kerap datang ke rumah, malah suka minta duit Amin. Mereka juga sesuka hati merancang buat kenduri di rumah saya tanpa berbincang dengan saya dulu. Sepatutnya ketika Amin tak bekerja mereka bantu saya, bukan menyusahkan saya dengan berhutang kiri kanan.

Mereka kata Amin kaya ada rumah sewa. Sedangkan saya tak pernah merasa sesen pun walaupun rumah itu saya beli, Amin yang kutip sewa. Amin pernah ceraikan saya dua tahun lalu, tapi adik beradiknya kelam kabut suruh rujuk semula dan kami rujuk dua minggu kemudian.

Namun Allah Maha Adil, saya terjumpa draf dan dokumen tersebut dalam beg dia, siap ada surat peguam lagi. Bila rahsia terbongkar adik beradiknya tuduh saya kurang ajar nak rebut harta Amin. Siapa rebut harta siapa?

Bukankah itu duit titik peluh saya, adiknya Pengawal Keselamatan, mana ada duit? Saya pertahankan hak anak – anak saya. Saya ingin merujuk kembali kes perceraian pertama saya supaya pembaca faham. Saya diceraikan bulan Ramadan dua bulan selepas saya melahirkan anak.

Amin lafazkan cerai secara lisan dan menulis surat yang dia tanda tangan sendiri. Sebab dia nak kahwin. Ketika itu saya baru habis solat. Bila saya kemukakan pada hakim, Amin mengaku dia tulis dan tandatangan surat tersebut, tetapi dia enggan mengaku dia ceraikan saya.

Bukti sudah cukup nyata tetapi kerana Amin tidak mahu ceraikan saya (atas nasihat adik beradik) maka hakim cadangkan Amin angkat sump4h Istizhar bahawa dia tidak ceraikan saya. Amin ikut cakap hakim. Dan hakim tolak bukti yang saya kemukakan.

Masa itulah adik beradiknya kelam kabut pujuk Amin dan saya rujuk semula. Kerana tak tahu kedudukan saya sama ada sah bercerai atau tidak maka saya terp4ksa rujuk takut berd0sa. Dalam tempoh sebulan selepas rujuk mereka tukarkan harta saya atas nama Amin kepada nama kakak mereka, seperti saya ceritakan tadi.

Kepada penegak keadilan saya ingin maklumkan kes cerai kali kedua yang suami saya failkan memakan masa hampir setahun dengan 13 sesi perbicaraan, namun keputvsan tetap berpihak kepada Amin, walaupun Amin mengaku dia lafazkan cerai.

Tetapi hakim tanya Amin mengapa dia failkan cerai? Biarkan isteri yang buat tuntutan cerai? Dalam kes perceraian kedua ini saya habis lebih RM50,000, untuk peguam tapi Amin menang tanpa peguam bela, namun dia ditolong dan dinasihati oleh hakim yang memihak kepadanya.

Adakah kerana Amin ada anak saud4ra jadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di situ, maka semua takut dan bantu dia? Adakah ini adil? Hakim meminta saya bawa bukti, takkan saya nak bawa janda kaya dari Johor, pegawai Putrajaya, janda Gombak yang banyak rumah sewa, isteri orang yang kini hamil 5 bulan dan banyak lagi untuk jadi saksi, ataupun anak – anak saya melihat facebook ayahnya, naik mahkamah.

Sedangkan saya sudah berjanji tidak akan aibkan mereka. Tak cukupkah bukti yang saya kemukakan surat Amin ceraikan dan melafazkan cerai pada saya? Terbaru kerana Amin menang kes, dia jadi eg0 dan terus berz1na.

Anak – anak sendiri melihat bilik kami bersepah dengan pakaian, pewangi, baju tidur wanita yang tidak sempat disorokkannya ketika kami sampai. Adakah anak – anak saya juga berbohong? Atau ayahnya tidak bermaru4h. Sama – samalah anda tolong fikirkan.

Komen Netizen :

Cahaya Iman : : Marilah kita sama – sama pikirkan macamana nak settlekan masalah TT. Kesian TT.. Dia curahkan kat sini bukan untuk dih3ntam. Sama – sama kita pikirkan solution. Sama – sama kita jadikan kisah ini sebagai teladan, pedoman dan pengajaran.

Agar kita, anak – anak cucu cicit terpelihara daripada perkara – perkara sebegini. Mungkin ini dugaan Allah buat TT. Esok lusa mana tahu, Allah duga kita pula. Nauzubillah..

Nurakmal : Kahwin salah pompuan. Cerai salah pompuan. Tak kahwin salah pompuan. Semua salah pompuan.. ye? Dijadikan tuhan bersifat lemah lembut.. pun salah pompuan ye? Maybe ramai kata ni sure pasal tak sekufu, tu pasal mak ayah tak restu so tak berkat.

20 taun kawin tu. Anak – anak dah besar panjang. Tuhan perintah orang beriman supaya pelihara keluarga dari api ner4ka yang mana sy4itan dan manusia tu jadi bahan pembakar. Agak – agak tuhan seru kat sapa? Tentu pada KETUA keluarga.

Kalau ketua h4ncus apa nasib pengikut? Kenapa ramai kita cuba menafikan yang hakik4t bahwa lelaki hari ni hampas tak kira pangkat apa walau tok hakim , polis, malah sultan or ulamak? Mengambil hak orang lain tanpa pengetahuan dan setuju dia ialah MENCURI. DI DUNIA bleh lepas tapi akhir4t akan di tuntut keadilan.. kene ingat ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.